Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 15, 2012

THIS MEANS WAR terbaik!!!!

Ada tak sesapa yang tetiba rasa nak tengok wayang? kalau korang ada pasang niat nak tengok wayang, ni crita pertama yang aku suggest.. terbaikk wokk!!!klakar xyah cakap la.. hlang kawalan diri nih..


Nah, ni  sipnosis die...

Director McG (Terminator Salvation) is best known as an action film kind of guy and while This Means War has some action scenes, it is at its core, a romantic comedy.  With a screenplay courtesy of Simon Kinberg (Mr. and Mrs. Smith) and Timothy Dowling (Role Models) and featured performances from Reese WitherspoonChris Pine and Tom Hardy, we are treated to a humorous take on the  competitive nature of the alpha male.  The movie starts out sluggish and unfunny, but once it hits its stride it is mostly fun and games through the very end. 
Pine plays FDR Foster and Hardy plays Tuck, two best friends and CIA agents who have been through thick and thin together.  From the opening sequence set atop a Hong Kong skyscraper, they react in perfect unison to the other’s every move as they foil the daring robbery attempt by uber-euro-trash-criminal Heinrich (Til Schweiger). 
Of course this being a comedy you’ll need to roll with the ridiculous series of choreographed scenes that seemingly makes every bad guy such an utter buffoon that they get waylaid by our two heroes without either even breaking a sweat.  
While Heinrich manages to escape, his little brother takes a header off the skyscraper and thus sets up the story’s revenge seeking bad guy backdrop. 
All the action scenes follow this same outrageous formula from the paintball park to the restaurant knockdown to the final car chase scene on a closed highway.  Implausible and unbelievable come to mind many times, but this was never meant to be anything other than a silly love story.  It seems like nothing could come between them until they both meet the same amazing woman.  Witherspoon plays that amazing woman, Lauren, and while she is instantly attracted to Tuck, she begins to fall for the charming FDR.  Little does she know that these two brothers will pull out every stop in order to best the other, including making improper use of the Patriot Act in order to achieve the upper hand.  They recruit teams of agents to assist them in eavesdropping and to commandeer top secret military hardware as this delirious spy vs. spy spoof rolls toward the predictable finale.

There are some scenes that seem to have been inserted as nothing more than filler.  Such as when Lauren runs into an old flame and his fiance and foolishly lies about her love life.  Rather than just saying hello and moving on, she pretends she's off to meet her boyfriend for lunch, only to find herself seated next to them at a sushi bar sans her non-existent boyfriend.  I suppose it has happened to someone just like this, after all, writers usually draw from personal experiences.  
In a perfectly cast supporting role, Chelsea Handler portrays Lauren’s best friend, Trish. It’s Trish who advises Lauren to try online dating, how she meets Tuck, before then suggesting that Lauren try dating both men, like test-driving a car.  While the dating games of the insane continue, Heinrich inches closer and closer to the unsuspecting and love-smitten agents until the timing to strike is just right.
This is the perfect movie if you’re looking for a date film that has a little something for both of you.  Action and romance with good looking actors.  Just remember that it’s only a movie and it is meant to entertain you.

SILA LIKE :-)

Tuesday, March 13, 2012

MENGANTUK!!!

Saat entry ni ditulis, aku berada dalam keadaan mengantuk yang amat sngat.. amat-amat sangat....[baca dalam keadaan yang sangat tertekan.. hahhaha] haishhh...semua ni gara-gara kena overnite dengan sahabat-sahabat seperjuangan.... selalunya kalau kitaorang nak berovenite kitaorg dah prepared dri awal-awal lagi... tapi kali ni gara-gara kerja kitaorang kena reject, kena la overnite jugak...

Aku plak awal2 lagi memang dah rasa macam nak tak nak ja overnite ni... manakan nya tak,, aku dah la malam smalam tido x smpai 3 jam... malam ni nak berjaga? macam tak mampu ja....semua gara-gara En.boifren la... bergayut smpai ke pagi... kalau aku tak tertidur takda nya dia nak stop bercakap... potpetpotpet ngalah pompuan.... 

Skarang ni kitaorang tengah bersiaran secara langsung di nasi kandar DEEN... menunggu detik2 jam 6 pagi nak naik hostel... yang mana outsider tengah tunggu train mula nak beroperasi.... errr wa cakap lu.... jam tu rasa lama sangat nak berdetik....rasa macam nak panjat tangga betulkan jam ke pkol 6 ja... hishhh... lamanya...

En boifren? haishhh x payah tanya la... dah naik kematu jari den kol kacau dia tido.... tido mati betul... haishhh....

moh layan gambar2 diaorang dalam keadaan yang sangat tertekan.... wakakkaka...semuanya super duper tension... 

 lomantik... hahahhaha... ingat senang nak tengok mereka2 ni rajin mcam ni? satu dalam 10 ribu.... muahahahha...


 acece.... yg kat blakang tu gaya sama la.... ehem2... :P

yang ni yang paling kritikal... time ni jam dah pkul 5.15am... ada lagi 45 mint terakhir sebelum masing2 terjun atas katil sndri... masa...ceptlah berlalu.!!!..

daaaa....




SILA LIKE :-)

Tuesday, February 28, 2012

JOM TENGOK!!!

Mood: Seronok + happy + excited

salam bloggers... salam silent readers... 

ehem2.... lamanyew la tak berblog... hri ni pun curi-curi masa nak berblog... ni pun sebab excitd tahap gaban dah nih... nak tau knapa excited??? haaa moh kita tengok gambar nih...


beza tak? beza tak? baik korang cakap beza.. kalau tak aku bunuh diri... ok tipu ja.. aku syg diri aku sendri.. kalau tak masakan aku super duper excited nak hilangkan cacat cela kat muka bagai kan? memula aku xla prasan sangat... smpai la dua tiga hari before aku jalankan misi jalan-jalan cari makan kat Kuching... En.boifren la tetiba mimpi suh aku MMS gmbar.... x pepenah2 ak dia macam tu...dh tu aku pun send jela... nk cakap gmbar bnyak kat FB... dia tu kalau online sebulan skali ja... tu pun kekadang... 

x lama lepas aku send kat en boifren, dia text aku ckap muka aku dh lain. aku? aku pelik la jugak, lain yang macam mana nya.. bila tengok.. haah laaa... dh lain.. lain sangat... dah kurang bekas jerawat.... dh cerah.... cik suka...

n kat sini aku nak kongsi dengan semua orang yang mana nak cntikkan kulit muka... nak putihkan... dan nak hilangkan parut jerawat.. aku baru ja cuba produk ni.. x smpai sebulan pun.. tu pun bukannya ikut time sangat... kejap2 x pakai krim malam... kekadang cuci pun tak.. tpi kesannya sangatla memberansangkan... sangat buatkan aku kembali bersemangat nak jaga muka aku...

kat bawah ni ada beberapa feedback dri pengguna2 lain... semuanya feedback die sgt memberansangkan... tapi aku rasa, dalam semua muka aku yang paling teruk kot... 





Nama product ni Aura Maya... kat toko2 jamu aku rasa xde.. aku pun beli online jaaa... sesapa nak beli bleh jenguk jenguk2 kat SINI... :)

SILA LIKE :-)

Thursday, February 16, 2012

the arrival of Faisol's & Nysa's son....

I am pleased to announce
the arrival of Faisol's & Nysa's son..........
MUHAMMAD FAHIMUDDIN MOHAMMAD FAISOL

born on 15 FEBRUARY 2012
weighing 2.95 kg


"Enjoy my first pic uncles n aunties", Fahimuddin.... :)

SILA LIKE :-)

"SELAMAT DATANG CINTA" terbaik wokk!!

Morning bl0ggers....
sekarang demam mengahbiskan baucer buku 1 Malaysia tengah melanda para mahasiswa dan mahasiswi..... tu la kan.. ada duit pun susah... xda lagi la susah... bila ada xde plak benda penting nak dibeli... Ramai yang merungut tak tau nak beli apa...tapi tidak aku...

hahaha...aku kalau bab nak menghabiskan duit ni memang laju ja... x smpai setengah jam baucer tu licin owkeh... hahhaha... tapi berbelanja ikut kepentingan la... macam aku, xda sangat buku berkaitan pelajaran yang aku nak kena beli... semua notes yg lecturer bagi pun dah habis cukup dah... so aku guna baucer tu dengan cara yang lain...

First aku beli buku   "MEN NEED SEX, WOMEN NEED LOVE" ... bunyi agak kebiruan tapi buku ni sangat la banyak informasi yang bleh kita dapat... kena plak dengan tajuk yang aku kena kaji semester nih... aku kaji tajuk "PREMARITAL SEX OR SEX BEFORE MARRIAGE IS A MAJOR CONTRIBUTOR TO THE PROBLEM OF ABORTION AMONG TEENAGERS" ... sangat kena la dengan buku yang aku beli tuu... haaa lupa plak... buku tu RM 78... 

Balance yang ada apa yg aku buat??
Ermmm aku beli la barang2 yang aku nak pakai pada masa2 yang akan datang...  mcam pisau sepeket, pen berpeket2, double-sided tape, n apa lagi tah... LUPa!!

Saki baki dia haruslah aku beli buku2 yg berkaitan phtography n novel... novel mana bleh lupa... jiwa mak owkeh... aku rembat 4 buah novel... memang terbaik... 

dan yang paling terbaik adalah novel nih...

...

...



Tajuk : Selamat Datang Cinta

Penulis : Aini Atiera
Penerbit : Fajar Pakeer Sdn. Bhd



Sinopsis:

Tidak ternoktah cinta, jika hati masih rindu
Ain Mardhiah dan Syed Adib Abrar. Pertemuan mereka membawa kepada ikatan pernikahan yang sah. Bahtera bahagia yang selalu Adib impikan bersama Hanin dahulu akhirnya dicapai bersama Ain. Baginya, Hanin adalah sejarah lalu, manakala Ain adalah masa depannya. Hidupnya kini hanyalah Ain.


Siapa sangka, bahtera bahagia yang dilayari bersama tercalar kerana kehadiran semula Hanin. Kerana wanita itu, Adib dan Ain menderita. Semuanya musnah gara-gara tindakan Hanin.



Ain ~ Semua yang berlaku adalah salah Adib. Lelaki itu tidak berusaha melindungi dirinya. Kerana Adib, dia kehilangan peluang untuk mendukung dan melihat cahaya mata mereka yang pertama.



Adib ~ Tuduhan Ain terlalu berat untuk ditanggung. Bagaimana isteri tercinta tergamak membuat tuduhan yang begitu berbisa sekali?



Bilakah semua ini akan berakhir? Bahagiakah mereka setelah saling menyakiti antara satu sama lain? Akan pergikah cinta yang pernah datang itu? Dan Ain, tegakah membiarkan hati suami terus terluka? Sampaikah hati Adib membiarkan isteri terus dalam tanda tanya atau adakah hanya hati yang bercerita bisa membasuh dan merawat luka dan kecewa?



-------------------------------------------------------------------------

kalau sesapa yang ada keinginan nak beli novel... aku memang sarankan novel nih... aku sangt la jamin korang takkan rasa menyesal sikit pun.... kalau tnya aku.. aku bagi 5 star... memang sangt terbaik...basah lencun bntal ai uuu.... 

Sebab2 aku kata novel ni best n terbaik:

1. diaorang bercinta lepas kawin... before kawin just knal2 mcm gitu je... 
ada la sikit2 mcam vanilla coklat...sangat manis macam gula2...

2. aku suka cara novelis smpaikan ukhwah persahabatan antara Adib dengan 3 orang kawan dia.. sngat sampai msej yang dia nak sampaikan... kawan dikala susah dan senang... susah nak jumpa kawan2 yang ada di sbelah kita tak kira apa jua keadaan... bila bca trus otak knangkan kawan2 aku... smoga hubungan kita juga kekal mcm ni... :)

3. part si Adib kecewa bila wife dia tuduh dia yg bunuh anak diaorg...terbayang muka dia menangis buat aku pun sama mnangis...

4. Rizal salah sorang kawan baik adib anak yatim piatu... dan dia menumpang kasih ibubapa kawan2 baik dia..... masa dia nak kawin.... dia minta mak n ayah adib tolong pinangkan... arghhh aku suka ksih syang yang mcm ni... even suka... aku tetap mnangis... 

So korang, mana yang terpikir nak habiuskan baucer... mana yang terpikir nak beli novel apa... aku sarankan novel ni.... 

p/s: before baca spare tisu... pintu jgan lupa tutup rapat2.. kang kantoi mata berair :D

SILA LIKE :-)

Tuesday, January 24, 2012

ARTWORK-ARTWORK SEMESTER LALU...

Semester paling maut antara semester yang pernah aku lalui.... bak kata kawan aku KHAI, sem depan lagi parah... so wait yah... sem depan pastinya aku akan berebut2 masa nak tido... kena pkir habis dulu baru bleh tido.. kalau takk, nyesal la kau keja tak siap... [errr aku..semalas2 aku, keja aku on time owkeh]

untuk sem lepas, macam yang pernah aku war-warkan kat korang, subject yang aku ambik semua subject maut... mmg  hishh...x payah cakap la....so serabut... 

tapi serabut mana pun, sepenat mana pun ko wat..semua nya hilang bila lecturer komen n cakap dia puas hati... masa tuh waa cakap luu.... secara drastiknya semua penat lelah hilang mcm tu ja... terus rasa seronok n kpala mula bayangkan katil yang slama satu semester ni ko jeling2 ja dri jauh... wakaka...bleh plak mcm tuuu... :)

cakap banyak x guna.... jom layan gmbar....

my midterm mini project....  KOTAK TUDUNG EKSLUSIF untuk tudung Ariani...sebab musabab aku wat?  aku kalau beli tudung keras depan tu aku sangat geram tengok makcik yang jual tu renyuk2 masuk dalam plastik... tdung yang aku wat ni tdung Ariani ekslusif... beli beratus2 tapi bubuh dlaam paper bag jaaa... so, aku pun terpikir why not kalau letak dalam kotak cantik2...  dri situ la semuanya datang...bila dah siap,
sangat puas hatiii bila dengar lecturer komen.. Alhamdulillah, dia cakap simple but nice... SRONOK!


ni plak final project untuk subjek packaging. packaging untuk perfume Aris Rosa... brand, logo semua kena create sendiri.. nama pun final kan... so kena ada bnyak item... then memandangkan tiap kali nak gi memana aku kena selitkan botol perfume kat dlaam baju nak elakkan dari pecah... terus dpat idea.. why not buat satu porch yang bleh ada span n senang untuk travel ke mana2... maka berhasil la porch yang diatas.... kotak perfume tu plak aku matt so lain dari kotak2 orang lain... mahal memang mahal... tapi gasak la.. janji output dia aku puas hati... 



gmabar ni aku ambik masa tengah draw buah pear... yang ni untuk subject 3D drawing... 
xdala aku nak hntar sebijik macam ni kat lecturer... tebal la jugak..aku lukis buah epal dua tiga angle, bendera, bekas tisu, pemadam, botol air, tin minuman, pasu, lesung batu, n tempayan...puas hati jugakkk... :D

Booklet untuk Tourism Malaysia.. yng ni kerja group... sungguh2 aku cakap, aku x brapa suka kerja group nih... dri awal lecturer bagi aku dh mula rasa.. mesti ada yang x best... output dia... haishh.... bila dah namanya kerja group, ingat lah selalu x semua ahli akan komitet... ada yang wat kerja menggunung.. tapi diam seribu bahasa... itu bagus!.. saya suka.. tapi bila dapat yang wat kerja celah2 gigi tapi canang buat kerja banyak.. aihhh ini saya anti... cukup anti... buktinya??? 

korang tengok booklet yang di atas... ada 40 page termasuk kulit.. aku sorang2 yang design.. aku yang check semua spelling n everything... print, pinishing semua aku buat...aku penat... tapi aku diam...yang lain2... ynag buat sketches bagus... detail sketches yang diaorg buat... yg buat slide dgn yang buat proposal aku kecewa.... sungguh aku kecewa... ko byangkan ko buat slide ja... tapi apa pun xdak... langsung x detail... aku mmg cukup pantang la org buat keja asal siap nih...

Aku memang marah.. aku mmg nyampah... nasib la.. pastu dah buat salah.. lecturer tegur ko x bleh accept... suka suki ko ja nak ngata lecturer ko sana sini... errr  sorry... aku mmg x bleh nak layan msej2 ko yang sangat  errrr.... malas nak sebut...

tapi kan.. tapi kan... marah macam mana pun terus sejuk bila tengok gmbar kat bawah nih...

My lecturer Puan Lala tengah tengok hasil kerja saya..
hilang semua rasa marah... hilang semua rasa geram bila lecturer cakap... "good job... Your layout.. your composition semua ok.. Finishing pun kemas..good job!!!" Maseh puan... saya kecewa tapi bangga dengan kerja saya.. :)

p/s: untuk assignment photography next entries ok...

SILA LIKE :-)

Tuesday, January 10, 2012

D.A.T.I.N.G!!!

Mood: haruslah hati bunge2... :D

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah dengan izin dripadanya dapat kami bertemu setelah sekian lama.....lama.....tersangat la lama.....hanya hp yang menghubung kami dalam jangka masa hampir 6 bulan.. lamakan? tetiba pikir, andai suatu hari kelak, kami terputus talian phone xtau la... cant imagine...  :(  

Bayangkan la.. 6 bulan owkeh..... bukan satu jangka masa yang sangat skejap....orang lain, pasangan lain tiap2 hari boleh kuar makan sama2... setiap minggu bleh habiskan masa bersama... KAMI?? 

Aghhhhh...
(*ni link ke entry dating yang sblum ni.. tnpa dirancang., tapi bgi aku sgt sweet ok...  :)  KLIK SINI)

kekadang bila on phone En.boifren slalu cakap kalau blh minggu ni kita jumpa kejap...kalau bleh bulan depan kita kuar makan sama2....itu semua sekadar nak diamkan mulut aku yang saban malam potpet potpet nak jumpa..yewlaaa... hari2 gi kolej.. tengok pompuan2 lain balik kelas dengan boifren... dtang kelas boifren turunkan depan kelas...errrr JEALOUS mak tauuu.... nak mcm tuu jugakkk....

dulu penah la sekali.....malam masa kitaorang gayut En boifren cakap "esok balik abg ambik ea?"......ingat aku nak caya? hahhaa tak owkeh...aku gi kolej macam biasa... habis kelas makan n minum dengan bodyguard2 aku kat kdai mamak raja laut...sekali dia kol..cakap ada kat depan kolej.. aku??? gelak sudah... dia ya ya ja suh aku gi kat dia.... aku pun layankan jela.. sekali keluar mmg betol aku nmpak keta dia tersadai depan bas Leng seng.... perghhh nak pengsan mak... masuk balik kdai mamak, gtau kekawan ada hal jap... malu seh nak gtau aku nak kuar dating... :)

pastu bila aku nyelinap masuk keta, dia dah buat muka comey... alahai... xjadi den nak marah... x jadi den nak lekuk kpala dia... terus senyum.. hati bunge2.... hahaha gedik sgt dah ni... panggg tampar pipi jap...
tapi siyes tau nak marah kena pikir byak kali...nak marah rasa rugi... dah la nak jumpa setengah tahun sekali... skali jumpa setiap detik yang berlalu mstilah nk yang indah belaka...

emm dah... berbalik pada topik asal... sesapa yang follow aku kat laman sosial muka tembok buku tau la yang en.boifren ada post kat wallpost aku ajak gi DATING... ingat die memain jekkk... n kalau dating pun dalam otak terpikir mesti kat kdai mamak deen bawak kondo aida jaaa.... sekali pagi isnin tu dia kol... ajak gi dting kat tempat2 best sikit... haku?? terpkir la jgak best mcm mana sbb kitaorang bukanlah yang jenis reti nak berdating berdua kat taman2 bunga ni...dh xda idea.. aida pun cakap kat dia dtang je dulu... nanti decide la...

Then after solat dhuha, dia kol cakap dah ada kat bawah... aida pun trun la... dalam hati agak2 dia  dgn sapa.. kitaorang jenis yang x brapa suka nak dating berdua...slalu msti ada kawan atau sdaramara yang follow kitaorang... bila dh smpai kat depan pintu guard... dah nampak dia tengah sandar kat tepi pintu keta... wa cakap luu,.. dia parking sikit punya bertentang dengan pintu utama kat situ... malu aiii... dah la masa trun lift tu skali dengan jiran sebelah rumah...smacam ja makcik tu snyum kat haku... malu...then dah dekat dia terus gi kat pintu penumpang... bukakan pintu... waahhh romantik uuu....mak suka... apa lagi.. terus feeling2.. tengok En boifren pun dah x nampak macam En boifren dah... nampak abg Aaron terus... hahahah [sila muntah purple]

dah masuk dalam keta... dia terus ajak temakan dia hantar dummy kat UIA... ok... bleh feeling2 jadi dak UIA jap...dah settle dia decide nak gi pavi...tapi mana leh.. kan ke tengah ada perhimpunan besau pasal kes anwar tuu... so x jadi... dia ckap nak beli baju kerja..aida cakap die.. KL festival dh laa.. ada parkson...rembat jela kat situ... nak masuk Kl takot jamm...

dah sampai KL festival, perut kitaorg bukan nyanyi.. dah siap main drum tau... terus menapak masuk AP (Ayam Penyet)...... makan dulu baru pusing2 cari barang En.boifren..... Menu macam biasa.... aida makan nasi putih + ayam penyet... en boifren plak nasi putih + pece lele...then add on gulai lemak pucuk ubi dgn sup ekor...dah licin pinggan, kitaorang mulakan misi... misi pertama masuk butik polo...En boifren mmg pencinta polo... dh rembat dua kitaorang pun menapak keluar... ttiba dia cakap..

En boifren: eh awk x nak ke yunk? ambik arr shelai yang smaa.. t kita boria...
aku: xpela...[mula tnduk2 malu]
En.boifren: huh, gatai. malu2 plak! JOm...

pastu lepas menapak kuar buat kali kedua kitaorang masuk plak dalam parkson... mmg borong sakan la... dia palk baru dapat $$$$$....haaa kena sangat dengan sale yang sdang berlansung... sana sini pandang ada diskaun..wahhhh.... tapi haku x dak det.. so duduk diam2... tengok sudah...   ----> ok smbung balikk.... lepas jadi pengkritik bebas, En boifren berjaya merembat dua tiga lai sluar, kemeja dgn tie...... pastu trun kasut... pastu turn bawah... masuk la bagian pompuan...sampai kat bahagian baju  Erica dia stop...

En boifren: eh lawa la baju tuu... xnak?
Aku: dh beli la...[smbil terus ikut dia menapak ke dlaam]
En boifren: yang ni x da gi kan?
aku: blom!!
En.boifren: Miss, nak try..[refer to sales girl yg ada kat situ]
Aku: haaa???
En.boifren: gi la try... abg blanja... bayar hutang sbb dh lama x date
Aku: hihihii [suka]

pastu... kita orang meneruskan perjalanan ke bahagian kasut, handbeg n dll.... dah penat merembat aku ckap kat dia dah la... then kuar.. lalu plak kat kedai2 kat luar parkson... dia heret masuk kedai hp... sempat die rembat sebijik kat dia... Aku?? hahah nak mati publish kat sini... kang tak pasal2 kena label kaki kikis.. padahal aku x mintak pn...

bila tengok cara die... wahh bestnya keja... tapi penat tu pnat la jugak... haku tengok cara die keja... mmg tabik spring la... pkol 11 malam tu awal sngt la kalau dia still kat opis...hishhhhh... selagi dia bujang katanya.... eh ko pikir mak nak kasi ko balik lelewat mcm gitu kalau dh jadi laki mak?erghhh... cukup la hidup sderhana... janji ada masa bersama...  [ehh ko pesal jah? dh masuk bab rumah tangga dh nih]


ok... tersasul owkeh... ker dah smpai seru?  :P

kita orang berpisah jam 5... then En boifren trus blik JB... :-'(  Ni hasil rembatan dia buat aku...

thanks yunk...syang awak ketat.....

nampak x bantal love tuu... itu la hadiah pertama yang dia kasiii..... bantal yang  menemani aku tido saban malam...... x penah basuh ok... tetap ada bau perfume dia walaupun hakikatnya xda,... hahhhahaha

p/s: bahagis bila melihat sahabat bahagia... :)

SILA LIKE :-)

Sunday, January 8, 2012

DUA RIBU DUA BELAS (2012)....

Tu dia.. dah 2012 baru ko nak hapdet ke Aida? Asal x tunggu 2020 ja?? Wah ayat kau jah... meletup...kalah Azwan Ali...amboi..amboi..amboi...apa boleh buat...sem ni sem yang paling busy rasanya sepanjang aku study dip n degree nih..busy yang amat sngat...sampai nak membebel pun dah xda masa... [nak bebel? tido pun curi2 ok]...

Sapa yang follow perkembangan aida kat laman sosial muka tembok buku tau la...siang malam pagi petang sibuk sampaikan kekadang rasa 24jam pun dah tak cukup sehari.. boleh macam tu? aih tapi tu la hakikatnya...bila balik tengok katil geram jaaa...hati plak asyik tertanya2... bila nak bleh landing puas2...nak melingkar taknak bangun...

Bersosial? [sila jgn byang mcm Nur Amalina Si budak genius tu ok! kitaorg bersosial scara positive] Memang x penah sempat la kan... tapi bila dah teringin sangat nak habiskan masa dengan kawan-kawan korang tau apa kami wat?? nah tengok nih....

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

p/s: tgk.. tetap nak luangkan masa sama2.. betapa sehati2 sejiwanya kami..tengok keyboard
laptop.. standard ja semua
Haaa.. tengok.. aku tak tipu tau.. mmg aku bz sangat sem nih... gmbar ni time kitaorang overnite kat KFC...kena snap gmbar sebagai bukti memandangkan aku bukanlah yang jenis kuar berovernite segala nih... tapi disebabkan assignment yang maha bnyak.. maka nak tak nak kena jugak..mata tak yah cakap la.. semua dah mengantuk...tapi bertahan demi siapkan kerja masing2...

Sem ni aku ambik 5 subject... dengar mcam x la banyak kan? itu bagi course lain... bukan kami course graphic n multimedia nih...walaupun 5, aku cakap kau mmg nak pecah otak nak settle satu2...nih subject yang aku ambil sem nih:-

  1. Video Production, visual effect & compositing
  2. Packaging design
  3. 3D Animation
  4. Design Management & profesional practice
  5. Digital Photography
Haa mcm xda pape pun kan... elehh.. 5 jek.. tapi ko jangan tak tau.. kami macam nak pecah kepala.. macam nak baling laptop.. macam nak hempuk kepala kat dinding....[ok.. aku tipu.. aku syang kepala aku] tambah2 subject Video production tuu...wa cakap luuu....azab kau tau... wlaupun aku suka sbject ni sbb byak yang aku blajar tapi sbject ni mmeg sengal... ko buat sikit laptop hang.. buat sikit laptop hang..sampai lame2 ko pun akan hang sekali... nasib la final project die berkumpulan..jadik cepat2 aku smbar si Khai masuk group aku.. dia pro.. aku amatur... :)

tu crita video... blom packaging... 3D... design management n photo... semak ok.. tapi alhamdulillah... semua dah siap.. tingal nak submit ja... biar penat lelah... biar bersengkang mata tak cukup tido.. janji aku cukup puas hati dengan hasil kerja aku... Sangat puas hati... nanti next entries aku upload semua hasil kerja aku...

owhh..  1.30am sudah... nak tidoo atas tilam empuk yang aku heret dri Penang datang kemari..sikit punya jauh aku heret...penat tau...daaa... niteee

p/s: Lamanya x DATING !!!


SILA LIKE :-)

Thursday, December 1, 2011

OMBAK RINDU!!!! TERBAIK SIH!!!

Tu dia... sana sini orang bercakap pasal OMBAK RINDU.... Especially kami, kaum2 hawa ni... peminat novel x payah cakap la kan... since dari bulan ( dah tercangak2 menghitung hari... n akhirnya taraaaaa...

Hari ni adalah 1 DISEMBER 2011

Yey... Ombak Rindu dah kluar. So budak gemuk ni apa lagi terus x boleh duduk diam... text kekawan sana sini mintak temankan tengok wyang...mula2 nak tengok hari khamis malam, tapi bila pkir2 balik rasa macam dah tak boleh nak bersabar lagi dah... terus ajak roomate gi tengok malam rabu jugak... tayangan pertama owkeh...

First impression: Waaa... ramai sih...

haaaa korang jangan tak tahu, seat majoriti penuh... tinggal seat yang paling depan je... tu pun budak2 GSC masuk n tengok kat situ... so kira totally full la...Aku pun apa lagi, selamat menyagak la... dapat seat 4 dari depan... waaaa sakit doh tengkuk....tapi tak pe... Abg Aaron punya pasal, aku relakan... :D

Masa tengok promo filem nie, ramai yang tertanya2... sama ada Maya Karin boleh ke idak bawak watak Izzah... jawapannya... sangat cemerlang owkeh... terbaik la Maya... memang terkesan di hati... watak dia pegang sangat ayu, lembut n sopan...suara dia pun mendayu2 bak buluh perindu.... Abg Aaron? x payah cakaplah... of course la terbaik... scene dia buat muka serious pun orang gelak tau...

moh layan gmbar plak ea...

[Budak2.. sila tutup mata]

Yang ni kira sayu sikit la...Muka ganas tapi 
wahhhh...satu colour sikit... layankan jela...
MAsa ni x tau apa motif, air mata den meleleh2... hahaha.... feeling jdi Izzah kot.. hahhaha
[sila muntah hijau]

part bila Haris luahkan rasa syana pada Izzah... Banjir!!!
Arghhhh sweetnyaaaa....
Kalau macam ni, tak gerak 3 hari 4 malam pun xpa... Saya RELA..

Hensem sihhh!!!!

Wahhhh lawanya background....
Part ni paling sedih.... uhukkkk... mak mertua sikit punya KEJAm!!!


So, x payah nak tunggu2 lagi dah.... gi la layan cepat2... best sangat... x rugi....


Before layan wayang, apa kata pi baca novel ni dulu.... lagi feel bila tengok movie.....



Lepas ni please buat plak filem adaptasi dari novel BICARA HATI, KAU & AKU, SUAMI YANG KU BENCI, CINTA XXL.... mesti best...
Jap2... cer korang tengok betol2 gambar kat bawah nih......

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..


Ada x macam En bf????? Ada kan? ke aku ja yang angau ni?

SILA LIKE :-)

Sunday, November 20, 2011

RUMAH BARU??? YANG LAMA TETAP DI HATI!!!

Semuanya sudah berada di stage-stage terakhir... Sememangnya aku berasa sangat sedih untuk berpindah... Hampir 20 tahun aku tinggal dan membesar di rumah lama... Banyak nostalgia.. banyak kenangan yang terpahat di sanubari...

Abah kata paling lewat kitaorang pindah pun dalam bulan 3 tahun depan... maksudnya aida hanya ada lbih kurang 4 bulan lagi...uhuuu... dah x lama lagi dah... masa... breklah kejap...huhuhuhuhuhuhu...

Sekarang ni rumah baru tu just tinggal nak pasang lantai mozek, nak cat n pasang kabinet... mmg x lama dah.. indon2 tu wat keja agak cepat... tiap kali balik haruslah ada banyak perubahan...huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu beratnya hati nak pindah..

Ni pandangan dri bahagian depan...
ni plak dri tepi...

SILA LIKE :-)

JODOHKU JIRAN SEBELAH RUMAH.....TAHNIAH AMIN & YANA :P

Congrate to both of you Amin & Yana... Selamat Pengantin Baru...Selamat Menjadi kekasih yang halal...

Amin & Yana... cinta korang sangat sweet...JIRANKU SUAMIKU, JODOHKU JIRAN SEBELAH RUMAH, JIRANKU KEKASIHKU...tu semua tajuk2 novel yang penah aku baca..... tapi kali nie semuanya kisah benar semata-mata....

Buat semua kawan2, blogger2, penjenguk2 sekalian... dua2 kawan aida ni berjiran owkeh.. macam mana cinta diaorang berputik aida blom interview lagi... yang pasti kami [geng2 satu sek agak terkejut]... mana nya tak.. si yana ni agak pendiam.. Amin? hahaha...sengai2 sikit la...tu yang semua memasing terkejut tu...

apa2 pun... jodoh tu Allah yang tentukan..... x  payah susah nak mencari ke sana ke mari... ianya pasti akan dtang sendiri....

Ni pic Amin & Yana yang aku cilok dri Fb diaorang... gmabar masa tunang hari tuu.....

Yana... you look gorgeous dear... sangat cantikk!!!!


Bak pinang dibelah 24[hover tak] :P

Haaa nampak tak... ini dri rumah Amin nak gi rumah Yana.. Pakai gate kecik ja.... korang ada???
x payah start enjin kereta pun... yang tudung putih tu Wafa rasanya... adik kepada Amin...
dah kawin jugak awal tahun hari tu... Bakal ibu muda.. Tahniah wafa...

Buat Amin n Yana... Selamat Pengantin Baru...Selamat melangkah ke alam baru... Selamat menjadi kekasih yang halal.... doa aku, moga cinta antara kalian kekal hingga ke syurga... dan...

scroll down please....

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

hek eleh... desprete eh nak tau...hahha

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

JANGAN LUPA KASI 'NI' KAT KITAORANG BANYAK2!!
MUAHAHHA [gelak jahat]

CHOMEL KAN???? LARIIII!!!  :P
p/s: dah keluar sorang inform aku ea..nnti aku ajak kawan serang korang... :P

SILA LIKE :-)

Thursday, November 3, 2011

MOOD KEMBALILAH....

Salam semua... salam pembuka bicara...

Kehadapan bl0g  Aida suka bebel yang amat saya sayang...amat...Rindu nak kembali berblog... rindu nak berblogwalking... rinduuu...rindu sangat2...ramai yang pm kat muka buku, ramai yang text msej bertanyakan hal yang sama...

Kenapa blog aida suka membebel dah lama tak terhapdet????

Alahai... kamu2 semua sangat sweet owkeh... kamu buat cik empunya blog ni tersangat la terharu....x sangka kamu semua tyertunggu smpai mcm ni... tak sangka aida suka bebel dapat perhatian sebegini?? sungguh sya tak sangka!!!!!

Empunya blog sangat bz kebelakangan ni....sangat2 ok... this semeter memang langsung xda exam... semuanya hanya bergantung pada assignment, mini project, final projek... memang mak semput la semester ni,... dengan video production nya, dengan design managementnya, dengan packaging, 3D... photography x yah cakap la... kena ke hulu ke hilir doh nak shot gmbar... mau x terbontang mak... sempat ke ko nak online... memang takk...

Dah tu kan, dengan mood plak asyik nak merewang2 je sejak dua menjak nih... haih la... mood.. mana ko? kembali lah... 

Nak kata x online langsung memang tipu la... online ja slalu.. tapi nak perah otak nak post entry tu rasa malas sangat....bila ada idea semangat kau nak post... taip title pastu mula la nak taip entry.. masuk perenggan pertama trus kaku.. then save dalam draft... jadilah penuh la draft mak dengan entry yg tak terpublish... wahhh malas beno kan?

papa pun den janji.... insyaallah.. I will back as soon as posible... janji!!! Korang jangan lupa terus support Aida Auka Bebel ea... syg korang ketat!!!

With Love,
Aida Najwa Abdul Ghani

SILA LIKE :-)

Sunday, October 16, 2011

HEBATKAN HATI SEORANG WANITA!!

First baca story ni dari dinding muka buku milik si tantek manis Aida albakry...so sebagai seorang perempuan bila baca ja pun hati ni asyik nak menyumpah ja si suami dalam cerita di bawah.... hishh... cayalah... rileks je wife die handle... berhemah plak tuu....jom baca!!!
-------------------------->

´Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´

"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

beeep beeeeppp... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan
abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

SILA LIKE :-)

Sunday, October 9, 2011

ALKISAH AKU DENGAN BAS...

Bas! satu benda yang aku teringin sangat nak naik dlu...aku x penah naik bas dlu... since aku kecik, sekolah rendah memang xpernah.. bila umur berganjak, dpat la aku naik bas... masa tu kalau x silap aku form 5... sian kan aku... tu bas ekspress... kalau bas lompat2 lagilah jangan tnya...

bukan aku ja.. even adik2 aku pun sama... bila penang dah ada bus rapid, kitaorg desprete sangat nak naik...teringin tahap yang memang tak bleh crita la.. tapi nak wat camna.. mmg xde pluang la...bila kawan2 ajak outing, aku memang seram nak naik bus.. nama pun x penahkan...ni la padahnya bila xda kampung.. dapat plak parent yang rajin yang amat nak mengambik menghantar.... ko cakap la ko nak gi mana pun.. haruslah dia hantar ko smpai depan pagar... jadinya jangan lah mimpi ko nak berpeluang naik bas...

tapi sekarang???

haaaaa... korang jangan gelak owkeh, since aku dh stay n study kat Kl nie, almost every week aku balik naik bas... haaa...haaa...haaa qada dlu kan xpenah naik... haaa ambik ko... wajib hari jumaat dengan ahad aida naik bas dri penang ke KL n dri Kl ke penang...dah tu, nak gi kelas pun kena naik bas...kira pakej lengkap la kan...terlalu kerap naik sampaikan ada beberapa orang driver n penjual tiket memang kamcing...hahahah...berkawan dengan driver sudah...untung-untung dapat naik bus free... kan3?

kekadang bila nak panjat tangga bas tu rasa mcam nak muntah ja... hahahha bleh mcm tuu.. ok daaa...kepala dah mula weng weng... sekarang pun aida dalam bus ni on the way balik Kl, bersiaran secara langsung dari dalam bas.... haaa dalm bas lagi... buweekkkk nak muntah.. haahahaha... kan dh ckp... hari ahad hri naik bas....kita tak tipu ok...

Ni senarai bas yang aida rasa ok bila naik.. selesa n cara die bawak pun tak pening..
1. transnational
2. Super nice, KPB, Economy [satu company..bas pun sama ja]
3. Eagle

Bas yang x mungkin aida naik dah...
1. pancaran matahari - seat die ok la..tapi laluan dia ya rabbi.. kecik nak mampus.. terlekat punggung.. ha7
2. Plusliner - seat kecik, bas air corn xrasa, seat single tak de handrest..
3. Mara liner - banyak lipas owkeh!!

SILA LIKE :-)

Sunday, September 18, 2011

HIDUP DIKELILINGI MULUT LONGKANG SANGAT MENYAKITKAN JIWA!!!

Mood: Panas..Panas..Panas

Mood memang tengah di puncak, bila2 masa saja boleh meletup. Knapa manusia suka sibukkan hal orang lain?Kalau xtahu, diam. Jangan xtahu tapi buat2 tahu. Saya rimas ok. Tersangat rimas. Arghhh!!! Why people suka nak jaga tepi kain orang? Knapa x nak jaha tepi kain sendiri? sedangkan kain sendiri tu koyak.. berlubang-lubang..

Best kan kalau boleh terus attact mereka-mereka yang terbabit n terus gam kan mulut mereka nih dengan double sided tape..Heaven gila kan? tapi saya tak boleh! Menjawab pun x boleh. Mama cakap, kita jangan layankan mulut2 mereka.. diam sudah... tapi sungguh saya tak boleh... darah saya meluap-luap..tau kenapa???kerana mereka membualkan perihal mama dan abah saya!!

"Tukar kereta macam tukar baju"
"Rumah dah elok, duk membaziaq buat pa"
"Mana depa cekau(dpat) duit banyak buat rumah? sorang cikgu, sorang buat bendang ja..Pelik!"
"Berjalan sana sini, beli tu beli ni mana dapat duit?"

Ehh hello... kamu xtahu, kamu jangan nak cakap yang bukan2...abah saya... ya abah bersawah ja.. bukan pengurus besar, bukan doktor, bukan business man berjaya dan bukan juga kerja hebat2... hanya pesawah.. tapi kamu tahukah berapa relong sawah yang dia kerjakan? macam mana dia usahakan? kamu tak tahu kan? jadi baik kamu diam!! Saya sendiri tak pasti berapa relung sawah yang abah kerjakan.. tapi rasanya lebih dari 20 relung.. ada yang sendiri, ada yang pajak n ada yang sewa... abah saya kerja tak macam orang lain... bangun seawal jam 4 pagi, solat tahajud, baca Quran sambil tunggu azam subuh.. then gi subuh berjemaah kat masjid, dengar tazkirah smpai pkol 7 lebih... then balik terus siap2 pergi sawah..bersawah la dia sampai ke petang... sawah plak bukan setempat... merata-rata..itu sekarang... dulu masa abah kerja as second engineer kat Hp abah still gi bersawah...kamu tau ke semua tu? kamu tak tahu.. so kamu layak diam..jangan kamu buat2 tahu..

Buat sawah pun bukannya buat sekadar lepas batuk kat tangga...dia bersungguh-sungguh buat... ikut cara yang betul..sistematik! Even baja pun, abah x gunakan baja yang ppk bagi free tu, abah akan habiskan beriban2 semusim untuk beli baja yang bagus untuk tanaman dia.. Hasil yang abah dapat pun berbaloi2 la.. lebih dari orang lain.. sehingga abah di pilih untuk menjadi pesawah under MARDI... so setiap hasil n proses tanaman abah akan dipantau oleh pihak mardi...ada juga peruntukan untuk setiap musim...

Mama memanglah cikgu.. tapi korang tau x sejarah hidup mama? mama pun dulu engineer jugakk... smpai dah nak dipilih jadi pengurus mama terpaksa behenti n jadi cikgu...semuanya sebab nak peruntukkan masa yang lebih untuk kami adik bradik..mama sanggup tinggalkan gaji yang 3x ganda dari gaji cikgu...semuanya sebab kami... then mama n abah share duit beli tanah... then jual... bila dpat duit beli lagi... mcm tu la seterusnya... so abah sya bukan pesawah biasa... mama bukan cikgu jaa...So rasanya korang dah dapat kot jawapan nya kan? dri mana mama n abah saya cekau duit...

then, mama n abah kerja berlandaskan islam.. zakat, sedekah menjadi keutamaan...mereka tak penah lupa...n yang paling saya kagum dengan mereka, mereka tersangatlah suka melayan tetamu...yang ni memang saya perasan, cakap lah korang nak datang rumah, wajib mama masakkan something...aida pernah tanya mama, tak penat ke? mama boleh duduk di dapur sehari suntuk memasak..dari pagi sampai petang..mama cakap kita kena melayan tetamu sebaik mungkin...nanti murah rezeki...pintu rezeki terbukak luas untuk mereka yang meraikan tetamu..itulah yang buatkan saya xpenah merasai nikmat raya mcam kamu-kamu semua..syaa x penah berpeluang untuk pergi beraya dengan kawan2.. tak penah...selalunya kawan jyang akan dtanag beraya dengan rumah aida... jeles tgk sepupu keluar beraya... aida palk kena sibukkan diri tolong mama kat dapur...memana kawan aida yang rpaat diaorang mmg dah tahu n diaorang xkisah.. Alhamdulillah diaorang faham... Sayang korang... tiap kali raya mmg aku sentiasa tunggu kamu.. :)

So itulah ceritanya, mama dengan abah bukannya dri keluarga yang senang lenang..semuanya tak dtaang bergolek... semuanya hasil isaha mereka berdua... Alhamdulillah.. rezeki membuak-buak...

Buat pemilik mulut2 longkang di luar sana... jaga mulut kamu,,, kamu tak tahu hapa baik kamu diam...nak hidup senang berusahalah.. jangan nak duk goyang kaki tunggu duit mak bapak bagi... eeee malu sikit weh... nak bangga2 ko buat rumah... beli keta tapi bukan duet ko...x malu ke weh? eeeee..kalau aku sumpah malu... buat habius duit mak bapak ja...

Buat mama n abah... kamu ibu bapa terhebat... Saya bangga menjadi anak kamu... Muahhh... big hug! :)

SILA LIKE :-)