Sunday, June 23, 2013

AYAM GORENG CILI KAK PILLA

Jumaat lepas aku  puasa.

Sampai rumah dalam 6.45 macam tu.. cepat-cepat pi dapur. Mama tengah masak. Tanya mama dia nak masak apa? Dia kata nak masak ikan sweet sour. Aku mcam lemah dengar. Ala kenapa ikan? Fobia dah aku nak makan ikan. So aku pun jenguk peti ais ikan mama. Ada apa lagi yang boleh aku masak secepat mungkin. Ada ayam! Terus aku ingat ayam goring cili kak Pilla.

Aku keluarkan ayam n rendam dngan air. Pastu aku bergegas gi solat asar. Lepas solat aku bersilat mandikan ayam yang dah keras tu.. potong2 bagi kecik aku goreng  dgn cili…

Aku siap masak around 7.35 dah. Sah-sah maghrib dah masuk. Punya leka masak sampai aku xsedar dh azan. Mau nya tak leka sebelah tungku masak ayam, sebelah lagi aku goreng sayur. Menang sepantas kilat la aku masak.

Sedap weh ayam kak pilla tu… sebab ayam dia still rangup… Aku slalu kalau goreng cili aku blander, ini tumbuk. Macam penat sikit la, tapi aku lagi suka yang ni.. aku makan dengan kicap n sayur yang aku goreng ja. Mabeles weh, makan bertambah lah aku. Mama yang anti ayam pun ambik banyak kira sedap la tuu…

Nak resipi? Meh aku share resipi kat korang.

Bahan-bahan
Ayam (setengah ekor)
Bawang merah  - 5 labu (ditumbuk)
Bawang Putih – 5 ulas (ditumbuk)
Cili Padi – 15 tangkai (ditumbuk)
Garam
GulaSerbuk Kunyit
Tepung Jagung
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Potong ayam kecik-kecik. Aku x suka ayam goreng besar. Kang x garing.
2. Gaul bersama garam dan kunyit. Masukkan jugak  satu setengah sudu besar tepung jagung. Gaulkan. Mama kalau goreng apa2 pun dia letak tepung jagung sikit… baru rangup.. garam tu bagi lebih sikit. Nanti x payakh letak dah.
3. Goreng ayam n ketepikan.
4. Masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili yang ditunbuk tadi. Tumis hingga naik bau… masukkan sedikit air dan masak sampai kering sikit…
5. masukkan ayam. Kacau sebntar. Balik-balikan. Siap

Mudahkan? gambar xda.....aku lepas siap terus makan sbb dh masuk baru berbuka. X sempat aku nak capai handphone segala...

Selamat mencuba!

SILA LIKE :-)

GENAP SEMINGGU BEKERJA...

Lupa bagitau. Aku dah keja. Still graphic designer. Aku suka keja aku sekarang. Gaji + Cra keja + boss semua aku suka. Aku xpernah keja dengan Cina. Ni first time. Dan sepanjang aku keja sini seminggu, kesimpulan yang boleh aku buat adalah orang cina cekap berniaga. Aku solute anak-anak taukeh aku ni. Taukeh dengan bini taukeh pun hari-hari datang tapi just duduk dalam bilik khas. Lepak +tgk tv + pantau ja keja diaorang. Yang lain-kain semua bagi anak dia urus. Anak dia pun bukannya ramai. Dua ja. Dua bagus bagi aku. Muda ja diaorang tapi cekap.

Cara komunikasi antara boss dengan pekerja adalah sangat bagus. Macam aku, aku share blik dengan anak boss. Ala-ala boss dengan secretary tu duduk sebilik. Tapi aku designer la. Kerja aku plak sikit2 ja, buat logo + packaging baru untuk product diaorangn buat catalog ja.. haha syok oo…

Dah seminggu aku keja. Tapi internet belum sambung. So boss cakap aku relaks ja dulu. Wat la apa-apa. Jenguk la katalog2 lama. Haha aku free sampai tetiba aku rasa aku duduk kat alam lain. Mimpi rupanya.. boleh macam tu? & >___<

Majikan aku Cina. Dalam kurungan haruslah surau tak disediakan. Tapi tu bukanlah alasan. Lunch hour ja aku keluar gi solat kat masjid sebelah opis. Kalau aku malas, aku solat ja kat blik aku. Kalau boss ada aku segan sikit. So aku solat kat bilik stor.

Gaji? Haaa rahsia la. Tapi berbaloi la dngan jauhnya tu kan… dekat 40 minit jugak la Kulim ke rumah aku tu. Ok je kot bagi aku. Lagipun bukannya lama pun. Kalau ada rezeki aku sambung study awal, Bulan 9 ni masuklah. Kalau xda aku keja sampai bulan 12… masuk intake bulan 1..

Apa2 pun aturan Allah yang aku nantikan. Smoga masa depan aku cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ameen 

SILA LIKE :-)

KAWIN!!!

Kawin.

Saat umur menjangkau 23 tahun, ramai kenalan-kenalan yang dah kawin. Asal hujung minggu ja, pasti ada jemputan. Ada antara kenalan yang anak dah nak masuk dua.. omaigod, asallah korang express sangat? Ke aku yang lambat kejar?Time acara kenduri kendara nil ah ramai yang mula ajukan soalan2 yang sangat x best nak di jawab…

“Ko bila lagi Aida?”
“Lepas ni mesti Aida!”
“Aida bila ko nak jmput kami makan nasi minyak hang?”
“Kita tunggu time Aida nanti mesti grand!”

Haii la korang, aku ni nak kawin dengan sapa pun xtau lagi. Korang dah pikir sampai ke grand segala. Apa la. Sungguh aku skrang solo. Agak-agak sesapa ada kenalan tu, meh la tlg kenalkan. Owh ya pasti ramai yang tanda tanya bermain-main kat kepala korang kan? Mana en boifren aku. Em aku x brani nak komen banyak-banyak kat sini.Aku serahkan semuanya pada-Nya yang kat atas sana.. Aku x salahkan dia, aku mahupun pihak yang terbabit. Hati sakit mmg sakit. Tapi tahlah, aku dah serik kot. Malas nak bercinta-cinta dah lepas ni.

Ada plak yang kata karang, tu la sapa suruh bercinta lama-lama. Last-last x jadi. Weh, sapa korang nak cakap macam tu? Aku kalau nak kawin, aku kena pikir banyak benda. Haa nnti mesti korang cakap aku suka pikir lebih2 kan? Aku kan, kalau hati aku kata tak janganlah sapa nak paksa aku.. Adalah sebab knapa hati ni asyik rasa taknak kahwin je dulu… memang bahagia.. aku nafikan.. bahagia sangat.. sampai sekarang pun, aku xmampu dan aku pasti aku takkan mampu lupa dia sampai bila-bila. Tapi yelah kan, tiap orang pasti ada jugak kekurangan/kelemahan masing… Aku dan dia sama ja..

Sekarang aku berserah ja. Kalau dah namanya jodoh,berpisah macam mana pun pasti bersatu juga.. macam cikgu sekolah mama aku. Diaorang bercinta zaman sekolah dulu, bila masuk u semua pakat-pakat terpisah. Masing jumpa orang lain, dan kawin. Dua tiga tahun lepas tu, sorang pasangan meninggal sbb kemalangan.. sorang lagi bercerai.. so diaorang bertemu jodoh balik.. Allahuakbar… Aturan Allah yang maha hebat…
Ada sorang kenalan aku plak, blogger jugak.. Dia lagi lah. Dia umur nak masuk 26 dah. Kawan-kawan pakat kawin, pakat ada anak segala. Dia still solo. Dia bengang kawan-kawan duk Tanya, dia tanamkan azam, kalau umo dia genap 26 n dia still x kawin, dia nak sambung phD kat Aussie. Agak2 dekat dengan birthday dia tu, dia buat kesimpulan. Mmg belum jodoh dia. So dia pun buat la apply ka nk continue kat Aussie. Masa nak gi hantar paperwork kat supervisor, dia jumpa sorang mamat ni… diaorang kenal sebulan terus tuning. Then after 4 months diaorang kawin.. haaaa… x jadilah nak pi Aussie segala tu.. trus kawin jaga laki… Nampak x point yang cuba aku nak smpaikan kat sini.

Andai Allah kata ada pasti ada!

Lagipun kan, aku rasa kawin awal ni kalau mentally x sedia rimas plak tengoknya. Mungkin pada kita kita dah sedia tapi bukan pada mata orang lain yang menilai. Cara urus diri, suami, anak, wang, hal rumah kadang-kadang akan buat kita tampak kurang bersedia sebenarnya. Nampak sangat sebenarnya. Kekadang rimas tengok, tapi sapa kita nak bersuara? Kawin pun belom ada hati nak tegur-tegur orang.

Aku dgn Dia x delah putus terus. Kamu still berhubung, cuma Suam sikit la… mcm smalam dia call, rasanya dalam setengah jam cakap, kami lagi banyak diamkan diri dari bercakap. Hai la. Ni semua gara-gara pihak terbabit. Smoga mereka serik dan sedar akan kesalahan mereka. Bertaubatlah.

So kawan-kawan,
Doakan yang baik-baik untuk kami. Ya Allah, kau berkatilah hubungan kami, restuilah kami dan rahmatilah hidup kami. Satukan hati kami dan akhirilah hubungan kami dengan perkahwinan hingga ke akhir usia kami. Jauhkanlah kami dari benda xelok yang mahu berdamping dan mengganggu kami. Hanya padamu kami pinta dan pohon segala sesuatu. Ameen…  T___T

SILA LIKE :-)

AZAB TERCEKIK TULANG IKAN

Saya tercekik tulang ikan.

Bunyi mcam nak gelak2 je kan.. macam nak ketawan sambil guling-guling atas lantai… tapi azabnya…. Masyaallah… tuhan sahaja yang tahu.. sakit… terlalu sakit… Hari kejadian adalah hari Sabtu yang lalu… yaaa kawan.. masuk hari ni dah 7  hari saya hidup dengan tulang ikan mencucuk di tenguk saya… bukan x cuba buang.. dah cuba tapi gagal..

Klinik pun dah pi… bukan satu klinik tau… dah banyak klinik pi… yang last pi kat Sungai Petani… even dekat dia pun tulang still x keluar tapi puas hati sebab dia lah yang paling bersungguh-sungguh tolong aku.. makaseh yaa doc… jasamu kukenang…  Dia bagi 5 jenis ubat bersama satu injection sebab mulut, tossil, tekak n segalanya dalam mulut aku dah bengkak… Now sakit da kurang, cuma bila tulang tercucuk tu rasalah sakitnya… kurang lah sikit dari sebelum-sebelum ni…  bila aku gi clinic n doc try korek nak kluarkan tulang tu, tekak aku makin luka…. Sebab lokasi tulang tu adalah dibawah n blakang lidah… so kalau aku bukak bulut luas2 je dah sakit… ini tambah pulak dengan doc korek2… errr azab gila rasanya…

Seksa rupanya tercekik tulang ni… Selalu kalau tercekik jolok2 sikit dah boleh kluar.. ini dah makan masa seminggu lebih dah tapi  masih belum keluar… bayangkan lah kan dekat 10 klinik aida pi… mcam orang bodoh rasanya bila sampai je depan kaunter klinik tu kena Tanya sama ada diaorang boleh buang tulang atau x… ada yang cakap boleh, ada yang ckp kena jmpa doc dlu… dan ada jugak yang tanpa rasa simpati trus lajuja jawab tak boleh… adehlaaa… sakitnya hati ini…. Dah la tekak baru terlepas rasa tercucuk… terasa macam nak jolok ja tulang ikan dalam mulut diaorang.. eeeee ko tu nurse ja pun… eh silap pembantu klinik je pun.,… apa salahnya kalau kau Tanya kat doc dlu then baru bgtau aku…. Eeeeeee… Agak hangin di sini…

Tu bab pi klinik… Ada jugak petua orang tua-tua yang aku cuba follow…. Bnyak ooo…  ini antaranya yang diaorang bgtau n yang aku cuba…

1. Telan kepalan nasi kosong… erm yang ni aku punya kepal sampai tak sedar dah habis nasi dua pinggan tapi tulang still kat situ…

2. Minum air dari senduk sambil selawat … hahaha ayaq habis sejaq besar… tetap jugak ada tulangnya… huhuhu

3. Letak minyak gamat kat lubang bontot… yang ni masa dengar mula-mula aku gelak guling-guling weh… apa kena mengenanya bontot dengan tekak pun aku x tau…ker aku yang memang x tau pape? Hahaha.. adeh… mcm

4. Libas ekor kucing kat leher yang sakit… aku xla takot kucing setakut aku takot katak… tapi aku rasa sepanjang hidup aku 23 tahun xpenah la aku nak pi belai2 kucing.. cium-cium2 lagi lah tak.. haha… seriau sikit aku dengan kucing tu…dia kan suka bagi tindas balas yang cepat.. pegang sikit mengiau dia tunjuk taring… haa mmg tak la aku nak dekat… tapi disebabkan aku dah sadis sangat sakitnya aku pun cuba la… kat opis ada sekor kucing… suka lepak kat depan opis… dia tgah baring… aku pun duduk kat lantai depan opis… tunduk macam nak sujud tu pastu aku pun tarik la ekor dia pelan-pelan… menggigil aku time tu… sakit punya pasal aku gagahkan jugak…. Kena lah ekor kucing tu kat leher.. tpi kjap sangat… 3 saat pun x sampai aku rasa…. Kucing tu mngiau skit punya kuat… huh!

5. Baca doa yang maktok aku kasi 3X, Slawat 3X n tiup kat air tu…. Ni pun aku buat… tapi tulah… hampa jugak resultnya…


Banyak dah cara cuba… Penat dah rasanya… redha jela kalau da memang dia nak tumpang duduk kat sini… tapi please la tulang…. Jangan lukakan tekak aku… azab ooo…

SILA LIKE :-)

BLOG YANG BEST!!

Salam.. Hai semua…

Aihh laa.. bersawang jugak kan blog ni? Konon2 I’m back la sangat. Asyik tenggelam timbul tenggelam timbul since duduk rumah ni.. Orang makin duduk rumah makin la lapang, ini duduk rumah makin sibuk… biasa la.. saya kan superwomen… haha.. [sila muntah]

Sejak terjebak dengan blog ni kan, ada la dua tiga blogger yang sangat mendapat tempat kat hati ni.. Antara blog yang aku addict n ketagih nak menjenguk blog diaorang hari-hari adalah blog Kak Pilla, blog Cheeramon, Blog Kak Moon, Blog Kak Ana Suzanna, Blog ladynoe, Blog Peej burhan, n blog masak kak Ita…

Kenapa aku suka blog diaorang? Meh aku story..

Blogkak Pilla – Aku suka blog kak Pilla sebab aku suka cara dia dengan anak-anak dia.. aku suka tengok gambar-gambar lauk yang wan[mak kak pilla] masak… semua Nampak sedap ja… Kak Pilla masak pun aku suka… simple n cepat siap punya… aku suka Amani bam2.. aku suka kaseh… n now bila KAk Pilla dah bertudung, lagi lah suka nak menjenguk… berseri-seri muka dia skrang.. seri bertudung ke seri makan ephyra? Hahaha jawab kak pilla.. jawab!! =P

BlogCheeramon – Ni geng Kak pilla jugak ni.. blogger2 otai… Kak Chera pun sama jugak  suka tengok cara dia treat anak dia… Dia pun suka makan… suka buat  review pasal makan kat sana sini…  So aku kalau dah xda idea nak makan kat mana kat blog dialah tempat aku nak rujuk…

BlogKak Moon – Geng Kak pilla jugak… Aku start baca blog Kak Moon since dia tulis pasal Norma… Aku jatuh hati dengan gaya penulisan dia yang sangat dating dari hati aku rasa… Bila aku baca blog dia, aku boleh rasa kasih saying Talib untuk Norma.. Aku boleh rasa kasih saying Kak Moon untuk Norma, Talib n Rafiq… owhh korang mesti tertanya-tanya sapa karektor yang aku sebut-sebut tadi tu.. Talib ni adik ipar kak Moon… then wife talib, Norma mengidap barah otak.. dapat tau masa tengah mengandungkan Rafiq n masa tau tu dah di stage 4… Talib yang jaga Norma… ya Talib… Sikit pun dia tak tinggalkan Norma… Sampai Norma tenat dan meninggal pun Talib ada bersama… Kalau korang follow dari awal korang akan faham… Korang bayangkan, Norma dah banyak kali tenat – baik kejap – tenat .. then sampai la yang terakhir tu, Talib niat dalam hati.. Kalai ditakdirkan Norma pergi dia redha… then x lama lepas tu, Norma dah xda… Kiranya sebelum ni Talib pasang harapan yang tinggi untuk Norma sembuh… Nampak x kasihnya suami di situ??  Sebelum Norma meninggal, diaorang ada masuk dalam Wanita HAri Ini… menangis aku dengar Talib cakap.. Norma pun masa tu kurus sangat… lain sangat dengan gambar masa dia sihat.. owh ya, Norma tu cikgu…  serang dah dekat setahun dah Norma xda.. Rafiq pun dah besar dah.. Talib?? Talib masih sendiri.. belom ada tanda-tanda nak cari pengganti…
Maap kak moon, nak review pasal blog Kak Moon tapi crita pasal orang lain je bnyak.. haaa pasal Kak Moon.. Kak Moon ni photography sekali dengan laki dia, En sultan. Gambar2 yang dia ambik selalunya gambar portrait la.. n salah sorang customer tetap dia Aida Gadis melayu.. Gambar diaorang majoriti memang kak Moon yang ambik… Lawa..  Lawa sangat!!.. Haa kalau korang nak beli langsir murah pun korang boleh baca blog Kak Moon… Lawa2 weh langsir kat jalan TAR tu…

BlogLadynoe –  Aku baca blog Ladynoe ni since dia nak kawin… Sekarang ni anak dia dah dua… haha berabad dah… Minat aku pada grafik dating dari dia la… Aku suka baca blog dia sebab dia suka bersederhana.. ko mampu ko beli.. ko x mampu ko diam.. eh x, untuk ladynoe ni dia lain sikit… kalau orang lain x mampu diam kan? Dia plak dia akan piker cara nak dapatkan apa yang dia nak dengan harga yang murah… cth, dia nakkan frame canvas yang orang slalu letak kat picture wall rumah tuu… dia gi SSF, satu harga RM60.. xkan nak beli satu.. kan ke mahai… at leat kena beli 6 baru cantin susun kat wall tu…. Then dia carilah idea… dia google gambar dari internet sendiri then dia pi print canvas… haa lebih dari separuh dia save waa cakap luu… bagus dia ni… aku suka tengok mcam mana dia excited nak wat birthday celebration untuk Sabrina[anak sulung dia]… semua benda dia wat sendiri… xdanya nak upah candy buffet segala…

BlogPeej – Aku suka kak Peej sebab keslumberan dia… betul eh aku eja slumber tu.. tetiba kompius plak… Kak peej ni pun suka makan…. Geng kak pilla jugak dia ni.. pengaruh besar kak pilla tu…semua orang kawan ngan dia…  Dalam slumber2 Kak Peej ni dia pandai masak waa cakap lu.. tambah2 part sambal bilis dengan tempe tu… menggoda doh aku tengok.. Nampak sedap gila.. Nampak ranggup gila ikan bilis tu… Dia pun suka review bab makanan area KL… n now dia tengah menggoda aku makan lava chocolate kek kat pavi.. haihh laaa….

BlogKak Ana Suzanna – Haaaa yang ini idola no.1 aku… aku paling respect kak Ana ni… aku pernah tanamkan niat…. Kalaulah aku dpat laki yang boleh buatkan aku xpayah bekerja[berkemampuan lebih sikit maksud aku], aku nak jadi macam kak Ana…. Dia rajin n pandai masak weh… selalu ja aku telan ayaq liuq gulp2 tengok blog dia.. Laa ni dia tengah pregnant anak ke-4, so aktiviti memasak dikurangkan.. kalau tak tu sampai ke pagi dia masak weh.. bukannya nak smbut tetamu ke, wat kenduri kea pa.. untuk anak dengan laki dia ja makan…. Dia pandai wat deserrt weh… Banyak dah dessert dia yang menggoda aku smpai aku gigih buat… antaranya yang aku penah buat Devil Chocolate Cake, trifle, Bread Puding, Chocolate cheese cake, cream puff, dadih, Lamb grill with spinash, Salmon masak apa tah n dll laa… bnyak kot aku nak senarai…

Kak ana kalau kau tengok dia kecik ja.. tapi dia memang superwomen la aku cakap kau… dia boleh handle rumah tu sorang2.. kira laki dia gi keja cari duit ja,.. anak2 dia pun dia yang ambik n hantar.. anak dia dah la sekolah jauh.. kiranya kalau dah gi hantar tu tak balik dah.. tunggu sampai anak dia habis sekolah baru balik… rumah semua dia urus sendiri… rumah dia besar weh.. sorang bibik pun dia tak pakai.. ini baru la boleh dikatakan rajin dan pembersih… kalau setakat ko tak boleh tengok rumah semak tapi kau pemalas baik x yah crita kat orang weh.. wat malu ja…
Aku memang jadikan ka kana ni role model aku la bila aku kawin dan ada keluarga sndri.. Sronok rasanya kalau dapat urus anak2 sendiri..ehhh lupa plak kawin pun blum.. mananya nak datang anak??? Ayooo…

BlogMasak Kak Nita – Kak Nita ni plak super bab memasak… super plus sangat creative.. dia kan kalau masak kan aku mmg boleh tengok jela… nak buat memang aku tak terdaya… boleh buat tapi aku tau aku takkan dapat secantik dia… dia kalau membaking kan weh, siap ada rough sketches segala.. haaa hebat kan? Aku yang graphic designer ni pun xpenah nya nak bersketch kalau time memasak ni…. Dia dasyat ooo
Ada la skali tu kan, aku Nampak dia buat creampuff,,, dapnyaa la kan.. aku pun rajinkan la diri nak wat… skali aku buat masin n haruslah tak secantik kak ita buat… orang kan selalu buat cream puff kan bentuk macam tahi lembu tu kan.. dia x weh…. Dia buat bentuk angsa… siap bersayap, bermata bagai.. adeh x paham aku… aku kalau buat macam tu aku mmg x kasi orang makan.. tetamu datang tengok n ambik bau ja… sapa makan aku cepuk sedas… Yelaa.. ingat senang nak buat???

Haaa ni je dulu blog2 kesukaan aku yang aku tak rajin nak review… nanti aku ada mood aku review lagi eh…. Mood malas menguasai diri skrang ni.. errr malas.. malas.. malas…  >____<

SILA LIKE :-)