Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

RESIPI TIRAMISU

Wallah... ini adalah kegemaran... Tahap ketensioanan mendadak ke tahap maksimum bila tengok gambar tiramisu ni time mood DIET tengah on... hahaha siap huruf besar lagi...

Aida first time makan Tiramisu ni kat Starbuck... Mak oi, memang kuat coffee yang dia pakai... Siap ada bijik-bijik coffee laaa.... Aida dengan sepupu2 time tu, kitaorang ambik satu je tapi penangannya dasyat... berjaya tengok midnight tanpa mnguap.. haha... itu hebat!

Actually dah lama teringin nak buat tiramisu ni, tapi masa tu minat memasak kurang... dah tu tengok bahan-bahan dia pun, mak aih.... menyusahkan... masa tu cream cheese pun x kenal... mcm mana nak buat tiramisu... sampai la terfollow blog akak ni... Slalu dia mention cepat dan pantas dia buat tiramisu... Bahan-bahan yang dia pakai pun tak lah pelik-pelik sangat...

So mood masak turns on....

Jom la buat tiramisu... ini resipi yang dijanjikan untuk kalian... =)

Bahan-Bahan:-
Biskut ladyfinger/savoiardi [boleh jugak guna kek span.. tapi aida prefer biskut... kalau kek lunyai sgt]
250ml Whipping cream [Aida guna brand Emborg]
Cream Cheese [Aida guna brand Philadhephia... Brand Fatura murah skit.. tpi suka Philadhephia jgak]
Serbuk Koko [guna brand Van Houten je]
Serbuk Nescafe
Esen Vanilla
Air putih
1/2 cwn gula pasir

Cara-cara:-
1. Masukkan cream cheese, whipping cream, esen vanilla, dan gula ke dalam mixer.
[Aida dah selalu buat, so aida masukkan semua sekaligus.. Bagi yang first time and beginner dinasihatkan jangan tiru aksi ni.. Bahaya... kalau yang tak biasa boleh melambung semuanya.. korang putar dulu cream cheese, gula n esen vanilaa.. dah sebati baru korang masukkan whipping cream.
2. Putar sampai semuanya sebati... Mula-mula putar slow je dlu... agak dah sebati sikit baru lajukan.. kalau terus laju memang terpelanting semuanya..]
3. Bancuh serbuk nescafe dgn air.. kalau nak biasa2 guna sesudu kecik nescafe je.. kalau yang coffee lover n suka pahit boleh doublekan..air ini kita guna untuk melembapkan biskut
4. Tuangkan air nescafe tu dalam piring.. tuang sikit-sikit ja, celup biskut ladyfinger dpan n blakang.. lepas tu susun dan bekas/cawan kaca
5. Lpas tu letak la cream cheese yang kita putar tadi... ikut korang la nak letak bnyak mana,, aku masa mula-mula letak ciput ja, sbb bukan jenis suka cheese... cheese cake mmg x makan... skali bila makan sedap la pulak... terus buat lebih]
6. dengan menggunakan penapis korang ayak serbuk koko.. kena guna penapis. kalau tak, tak sekata,.. ada tebah, ada nipis serbuk koko tu nanti...

macam nih...


7. then korang ulang step 5 dan 6 smpai korang puas hati dgn ketinggian tiramisu korang...

Buat la sampai jadi macam nih.....


ini dia hasilnya... nak nampak sedap cucuk sikit daun pudina kat atas tu... wallah sangat... yang ni untuk makan sendiri...


yang ni pulak untuk diagihkan kepada jiran tetangga... baru sempat nak berbalas bekas yang jiran hantar minggu-minggu yang lalu..

So selamat mencuba... dah buat nanti jangan lupa tagged tau... kalau nak hantar sikit kat rumah adalah lebih baik.. =)


SILA LIKE :-)

Wednesday, September 25, 2013

RESIPI PUDING CARAMEL..

Dalam banyak-banyak resipi aida paling suka resipi yang nih... Selain tak menggunakan banyak telur, resipi ni jugak tak menggunakan serbuk agar-agar/jelly.... So, as for me ia adalah super duper sedap...

And for the beginner dan mereka-mereka yang baru menjinak-jinakkan diri dengan dunia masakan... 
Anda boleh cuba buat this puding... confirm jadilah... kalau kek, muffin dll susah... mendaplah, x naik lah, padatlah macam-macam..

Ok done membebel,
ini resipi yang dijanjikan pada kalian...

RESIPI PUDING CARAMEL

Bahan untuk caramel:
5 sudu besar gula
Sedikit air

Cara-cara:
- Letakkan gula bersama satu sudu besar air ke dalam loyang pembakar.
- Cairkan gula dengan menggunakan api yang perlahan.
- Bila kesemua gula dah larut, tambahkan lagi sesudu besar air
- kacau hingga sebati dah gula berubah menjadi keperangan..(hati-hati jangan sampai terlalu perang, nnti caremel akan jadi hangus dan pahit)
- tutup api , dan ketepikan.

Bahan untuk puding:
5 sudu besar gula pasir
2 biji kuning telur
3 biji telur
500ml susu segar
esen vanilla

Cara-cara:
- pukul kesemua telur besama gula. (pukul slow-slow ja..xpayah pukul macam pukul telur dadar tu tau... pukul ala-ala manja untuk larutkan gula ja).
- Agak-agak gula dah larut, ketepikan.
- panaskan susu segar bersama esen vanila. Juga menggunakan api yang perlahan. Susu x perlu sampai mendidih. Nak suam-suam kuku ja)
- Kemudian, tuangkan campuran susu tadi ke dalam adunan telur tadi... masuk sedikit demi sekit sambil kacau.
-kemudian, tapiskan adunan tadi (tapis sebab nak buang ketulan-ketulan putih telur. Kalau tak, nanti puding tak cantik)
- tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar yang ada caremel tadi.

Pastikan periuk kukusan di panaskan terlebih dahulu, biasanya aida panaskan periuk kukusan dulu baru start mengadun. Kukus selama 30 minit dengan menggunakan api sederhana.. Sekiranya selepas 30 minit puding masih lembik, sila tambah lagi masa kukusan... Kukus sampai puding betul-betul masak...

Kalau yang xda periuk kukus, boleh jugak guna kaedah bakar.. Tapi kena guna kaedah 'steam bake' lah..

'Steam bake'= letak loyang adunan ke dalam loyang lain yang berisi air panas


Bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 40-45 minit.

Siap! Hiaslah mengikut kreativiti anda... Aida buat x rncg... so xda stawberry segala.. kosong jela...

 first time

 2nd time...

n ini yang buat semalam...

Semalam buat first time guna kaedah steam bake... output dia lagi cntik... kalau pakai kukus, dia kurang cantik dan senget (periuk kukus mama senget) =)

Selamat Mencuba kawan-kawan...
[nanti dah buat tagged tau kat facebook... =)]

SILA LIKE :-)

Sunday, June 23, 2013

AYAM GORENG CILI KAK PILLA

Jumaat lepas aku  puasa.

Sampai rumah dalam 6.45 macam tu.. cepat-cepat pi dapur. Mama tengah masak. Tanya mama dia nak masak apa? Dia kata nak masak ikan sweet sour. Aku mcam lemah dengar. Ala kenapa ikan? Fobia dah aku nak makan ikan. So aku pun jenguk peti ais ikan mama. Ada apa lagi yang boleh aku masak secepat mungkin. Ada ayam! Terus aku ingat ayam goring cili kak Pilla.

Aku keluarkan ayam n rendam dngan air. Pastu aku bergegas gi solat asar. Lepas solat aku bersilat mandikan ayam yang dah keras tu.. potong2 bagi kecik aku goreng  dgn cili…

Aku siap masak around 7.35 dah. Sah-sah maghrib dah masuk. Punya leka masak sampai aku xsedar dh azan. Mau nya tak leka sebelah tungku masak ayam, sebelah lagi aku goreng sayur. Menang sepantas kilat la aku masak.

Sedap weh ayam kak pilla tu… sebab ayam dia still rangup… Aku slalu kalau goreng cili aku blander, ini tumbuk. Macam penat sikit la, tapi aku lagi suka yang ni.. aku makan dengan kicap n sayur yang aku goreng ja. Mabeles weh, makan bertambah lah aku. Mama yang anti ayam pun ambik banyak kira sedap la tuu…

Nak resipi? Meh aku share resipi kat korang.

Bahan-bahan
Ayam (setengah ekor)
Bawang merah  - 5 labu (ditumbuk)
Bawang Putih – 5 ulas (ditumbuk)
Cili Padi – 15 tangkai (ditumbuk)
Garam
GulaSerbuk Kunyit
Tepung Jagung
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Potong ayam kecik-kecik. Aku x suka ayam goreng besar. Kang x garing.
2. Gaul bersama garam dan kunyit. Masukkan jugak  satu setengah sudu besar tepung jagung. Gaulkan. Mama kalau goreng apa2 pun dia letak tepung jagung sikit… baru rangup.. garam tu bagi lebih sikit. Nanti x payakh letak dah.
3. Goreng ayam n ketepikan.
4. Masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili yang ditunbuk tadi. Tumis hingga naik bau… masukkan sedikit air dan masak sampai kering sikit…
5. masukkan ayam. Kacau sebntar. Balik-balikan. Siap

Mudahkan? gambar xda.....aku lepas siap terus makan sbb dh masuk baru berbuka. X sempat aku nak capai handphone segala...

Selamat mencuba!

SILA LIKE :-)

Monday, May 13, 2013

I LOVE COOKING!!

Aida suka masak? haha sila jangan muntah wahai pembaca tersayang.. Tahun baru, minat juga baru.. Andai ada yang penah kenal diri ini nescaya anda tahu betapa diri ini terlalu tidak tahu memasak.. betul.. tak tipu tau...Saya sangat daif dalam bab memasak suatu ketika dahulu...

Mcam mna boleh minat? meh nak story...

Masa sekolah menengah, Aida duduk hostel... Sesapa yang penah duduk hostel tau la.. tiap kali balik dari kampung ja pasti akan ada satu beg untuk isi makanan, satu beg isi baju dan satu beg isi buku...Wajib... Kalau tak ada rasa mcm loss gila.. rasa tak lengkap, rasa teruk sangat...over kn?hahah tapi tu lah hakikatnya... kalau dah xda apa sangat nak bawak dari rumah, wajib singgah memana, tapau apa yang patut... sebab nanti saat semua orang duduk ramai2 dalam dorm dan buka tupperware masing2, dri sendiri x ada lah segan sangat nak tunggu kawan2 ja bukak tupperware... at least ko ada sesuatu untuk di kongsi jugak...

Dan korang tau x, saat tu  jugak kawan2 yang lain majoritinya masak sendiri bekal2 yang dibawa... semua nak kawan2 rasa skill memasak diorang.. sambal udang la, laksa la, ayam masak merah la.. mcam-macam ada.. semua hebat2... semua boleh masak... KECUALI... yaa kecuali saya seorang...

Saban minggu, saya xpenah miss bawal bekalan dari rumah.. tapi semuanya mama yang masa... bukn saya... teruk kan? tapi masa tu bz SPM, so xda lagi rasa keinsafan nak blajar masak... lepas SPM la bermula segalanya...

Time ni minat memasak mula ada dalam diri.. walaupun masak cuma sebulan sekali... at least ada yang dimasak... waktu ni menu pun sangat limited... apa yang boleh dimasak? korang jangan gelak tau...

Nasi goreng kejap jadi kejap x [hri ni buat sedap, minggu depan wat hancur], telur goreng, segala sambal2, tomyam,spagetty, n cucur2... tu je yg saya boleh kot...haaa maggi... maggi saya pandai... >__<

haha teruk kan? sadis sangat...

then bila sambung diploma, minat tu makin bertambah... dah mula start sikit2 buat dessert, dan skill pun dah makin ok.. dah tak kaku.. bila lecturer anjurkan camping, suka ja dengan relahati nak memasak.. sanggup tu aida angkut semua periuk dgn pinggan mangkuk mama gigih pi camping... mmg x nampak mcm org nak gi camping langsung... sehari sebelum camping tu siap pi tido rumah kawan sbb nak kukus n perap ayam untuk barbecue... nampak x? dh mula semngat kan?

Sebenarnya, benda2 macam ni kita kena paksa diri... kalau nak tunggu minat bilanya nak pandai... minat tu insyaallah akan datang dengan sendirinya... Mcam bab masak ni, mungkin sesetengah orang pikir x pandai masak pun xpa... makan luar dah la... nanti dah kawin makan je kat luar... x pun kalau yang kaya sikit boleh suruh bibik masak... tapi sampai bila??

sampai satu saat, kita sendiri akan muak... kita akan bosan...

macam aida, dah la xtau masak.. pantang pula dngan bawang...dari aida baby lagi mama kta kalau org yg lepas pegang bawang pegang aida, aida akan muntah... aida start pegang bawang masa lepas SPM.. itu pun paksa diri... lepas kupas 2/3 labu terus rasa nak muntah... bau dia tu yang xtahan... sahari juga akan pening selagi bau kat tangan still ada...teruk memang teruk.. sampai la mama marah2 bising suh aida paksa diri jugak blajar pegang bawang...

Sekarang dah ok.. even still akan rasa meloya lepas kupas bawang, aida cuba ignorekan... cuba bertahan...

Bila dah smbung degree, kena duduk jauh dri family... So bila dah rindu msakan mama.. mula la call minta resipi.. hujung minggu ja gigih turun mydin beli barang2 nak masak... n thnks jugak untuk roomate aida, eina yang selalu bergabung tenaga memasak... best oo... xda pengkritik.. rasa x jadi kami buang... pastu takde rasa bersalah terus turun makan kat mamak.. hahaha...

satu lagi medium yang naikkan minat aida nak memasak adalah blog!. thanks kepada blog kakak2 yang selalu hapdet makanan yang mabeles sangat tu...sebab kan x tahan tgk gambar2 kat blog diaorg, aida pun apalagi.. google resipi  dan try la buat... alhamdullillah... majoritinya menjadi... alhamdullillah...

Since dah minat memasak, rancangan2 kat tv pun dah berunsurkan masakan... 5 rencah 5 rasa, sarapan, jjcm, masterchef n hari2 mmg mengadap AFC [Asian Food Channel]... hari -hari mengadap tapi langsung tak muak... 

ok dah penat dah ni membebel panjang...meh tengok hasil-hasil tangan aida dan org sekeliling.. ada yang dimasak secara individu.... ada yang dimasak secara beramai2..

 Nasi lemak with sambal ikan bilis, ikan blis, telur mata dan timun... Aida masak last week rasanya...
Second time buat nasi lemak, tapi first time buat untuk mama abah dan adik2 makan...alhamdulillah.. licin..
Kalau mama n abah makan diam xde complaint apa2, luluslah tuu.. heeee =)

 Nasi ayam!! First time jugak serve kat mama abah dan adik2...

Caremel chocolate moist cake.... kalau tebal sedap lagi kot.. 

My sambal udang with petai... udang dinasour!! 

 My favourite drinks ever... air limau asam boi... ambik asam boi rendam dalam air panas yang mendidih.. tutup n biarkan semalaman... letak air, gula sikit n perahkan limau kasturi... letak ais n minum... perghhh...
air yg sangat sesuai untuk hilangkan dahaga...

 Buat Melaka...

Curry Mee!! 

 garlic bread with mushroom soup!

Kuih keria

 Cucur Badak... masa upload kat fb ramai yang tanya... kenapa nama cucur badak tapi ada udang kat atas... 
jawapan dia, bada besar sgt so x sesuai nak letak... n cucur udang utara mmg ada udang kat atas...

 nasi tomato n ayam masak merah... jadi tapi beras biasa so nasi kurang cntik... 
presentation failed... rumah bujang kan?

My first mee hoon goreng...

Asam pedas tumis ikan pari.. 

 Ayam masak negro kicap... ke negro lagi sesuai?

 Masak lemak nanas

 Daging goreng kunyit..

 Ayam masak merah...

 Kacang buncis goreng...

 Lala masak cili...

 Bread pudding... 

 Blueberry cheese tart kami yg gabak dan hangit.. hahaha

 Ikan goreng.. Menggoreng ikan untuk majlis keramaian juga adalah satu kemajuan!

 Dadih for Dhia's birthday..

My Durian Crepe.. masa ni fanomena durian crepe baru mula.. blom ramai yang buat... so resipi pun x banyak... nak buat lagi la nnti..

 Cream puff yang sangat mengecewakan... dah la nak wat punya tak semenggah...
sekali tengok mcm cream puff... dua kali tengok mcm kulit katak... errr... oo yahh...aida silap beli butter...supposely guna unsalted butter... n apa jadi?? yaaa MASINNNN!!!
X tau nama ape.... beli roti panjang... potong serong2.. letak butter, letak salad n tomato... adik2 x makan so baik x yah letak... nnti masuk tong smpah jaa... letak inti sardin, letak cheese n bakar smpai garing.... 

Rosemarry beef steak with spinach in the making... 

Home made Potato mashed!! yummy!!

   Rosemarry beef steak with spinach siap... 

 Blackpepper lamb chop serve with coleslow and potato mashed...

 Grilled Chicken with rosemarry...

Vege...

 Pancake with ice cream and maple syrup!

 Vietnam style...

 Bread pudding in the making..

 Laksam in the making...

 Fried Mee...

 Caremel Pudding... love!

Sardin Puff...

 In the making.. jumpa kamu dalam oven.. =)

  Sambal udang...

 Mushroom and beef Carbonara...

Caremel pudding lagi...  
 Ayam masak kicap...

 Terung berlado...

 Fried Seafood Spagetty...

Bread pudding... 

itu saja yang sempat di snap... itu saja yang sempat di hias cantik2.. ok x? Apa2 pun, mulakan dengan paksaan... insyaallah ikhlas dan minat akan datang kemudian...

p/s: Pembaca kesayangan saya, tinggal jejak anda di komen @ shoutbox boleh? hari2 ada readers dan silent readers tapi sya xtau sape... tegur2 lah saya.. =)

SILA LIKE :-)