Thursday, December 1, 2011

OMBAK RINDU!!!! TERBAIK SIH!!!

Tu dia... sana sini orang bercakap pasal OMBAK RINDU.... Especially kami, kaum2 hawa ni... peminat novel x payah cakap la kan... since dari bulan ( dah tercangak2 menghitung hari... n akhirnya taraaaaa...

Hari ni adalah 1 DISEMBER 2011

Yey... Ombak Rindu dah kluar. So budak gemuk ni apa lagi terus x boleh duduk diam... text kekawan sana sini mintak temankan tengok wyang...mula2 nak tengok hari khamis malam, tapi bila pkir2 balik rasa macam dah tak boleh nak bersabar lagi dah... terus ajak roomate gi tengok malam rabu jugak... tayangan pertama owkeh...

First impression: Waaa... ramai sih...

haaaa korang jangan tak tahu, seat majoriti penuh... tinggal seat yang paling depan je... tu pun budak2 GSC masuk n tengok kat situ... so kira totally full la...Aku pun apa lagi, selamat menyagak la... dapat seat 4 dari depan... waaaa sakit doh tengkuk....tapi tak pe... Abg Aaron punya pasal, aku relakan... :D

Masa tengok promo filem nie, ramai yang tertanya2... sama ada Maya Karin boleh ke idak bawak watak Izzah... jawapannya... sangat cemerlang owkeh... terbaik la Maya... memang terkesan di hati... watak dia pegang sangat ayu, lembut n sopan...suara dia pun mendayu2 bak buluh perindu.... Abg Aaron? x payah cakaplah... of course la terbaik... scene dia buat muka serious pun orang gelak tau...

moh layan gmbar plak ea...

[Budak2.. sila tutup mata]

Yang ni kira sayu sikit la...Muka ganas tapi 
wahhhh...satu colour sikit... layankan jela...
MAsa ni x tau apa motif, air mata den meleleh2... hahaha.... feeling jdi Izzah kot.. hahhaha
[sila muntah hijau]

part bila Haris luahkan rasa syana pada Izzah... Banjir!!!
Arghhhh sweetnyaaaa....
Kalau macam ni, tak gerak 3 hari 4 malam pun xpa... Saya RELA..

Hensem sihhh!!!!

Wahhhh lawanya background....
Part ni paling sedih.... uhukkkk... mak mertua sikit punya KEJAm!!!


So, x payah nak tunggu2 lagi dah.... gi la layan cepat2... best sangat... x rugi....


Before layan wayang, apa kata pi baca novel ni dulu.... lagi feel bila tengok movie.....



Lepas ni please buat plak filem adaptasi dari novel BICARA HATI, KAU & AKU, SUAMI YANG KU BENCI, CINTA XXL.... mesti best...
Jap2... cer korang tengok betol2 gambar kat bawah nih......

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..


Ada x macam En bf????? Ada kan? ke aku ja yang angau ni?

SILA LIKE :-)

Sunday, November 20, 2011

RUMAH BARU??? YANG LAMA TETAP DI HATI!!!

Semuanya sudah berada di stage-stage terakhir... Sememangnya aku berasa sangat sedih untuk berpindah... Hampir 20 tahun aku tinggal dan membesar di rumah lama... Banyak nostalgia.. banyak kenangan yang terpahat di sanubari...

Abah kata paling lewat kitaorang pindah pun dalam bulan 3 tahun depan... maksudnya aida hanya ada lbih kurang 4 bulan lagi...uhuuu... dah x lama lagi dah... masa... breklah kejap...huhuhuhuhuhuhu...

Sekarang ni rumah baru tu just tinggal nak pasang lantai mozek, nak cat n pasang kabinet... mmg x lama dah.. indon2 tu wat keja agak cepat... tiap kali balik haruslah ada banyak perubahan...huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu beratnya hati nak pindah..

Ni pandangan dri bahagian depan...
ni plak dri tepi...

SILA LIKE :-)

JODOHKU JIRAN SEBELAH RUMAH.....TAHNIAH AMIN & YANA :P

Congrate to both of you Amin & Yana... Selamat Pengantin Baru...Selamat Menjadi kekasih yang halal...

Amin & Yana... cinta korang sangat sweet...JIRANKU SUAMIKU, JODOHKU JIRAN SEBELAH RUMAH, JIRANKU KEKASIHKU...tu semua tajuk2 novel yang penah aku baca..... tapi kali nie semuanya kisah benar semata-mata....

Buat semua kawan2, blogger2, penjenguk2 sekalian... dua2 kawan aida ni berjiran owkeh.. macam mana cinta diaorang berputik aida blom interview lagi... yang pasti kami [geng2 satu sek agak terkejut]... mana nya tak.. si yana ni agak pendiam.. Amin? hahaha...sengai2 sikit la...tu yang semua memasing terkejut tu...

apa2 pun... jodoh tu Allah yang tentukan..... x  payah susah nak mencari ke sana ke mari... ianya pasti akan dtang sendiri....

Ni pic Amin & Yana yang aku cilok dri Fb diaorang... gmabar masa tunang hari tuu.....

Yana... you look gorgeous dear... sangat cantikk!!!!


Bak pinang dibelah 24[hover tak] :P

Haaa nampak tak... ini dri rumah Amin nak gi rumah Yana.. Pakai gate kecik ja.... korang ada???
x payah start enjin kereta pun... yang tudung putih tu Wafa rasanya... adik kepada Amin...
dah kawin jugak awal tahun hari tu... Bakal ibu muda.. Tahniah wafa...

Buat Amin n Yana... Selamat Pengantin Baru...Selamat melangkah ke alam baru... Selamat menjadi kekasih yang halal.... doa aku, moga cinta antara kalian kekal hingga ke syurga... dan...

scroll down please....

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

hek eleh... desprete eh nak tau...hahha

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

JANGAN LUPA KASI 'NI' KAT KITAORANG BANYAK2!!
MUAHAHHA [gelak jahat]

CHOMEL KAN???? LARIIII!!!  :P
p/s: dah keluar sorang inform aku ea..nnti aku ajak kawan serang korang... :P

SILA LIKE :-)

Thursday, November 3, 2011

MOOD KEMBALILAH....

Salam semua... salam pembuka bicara...

Kehadapan bl0g  Aida suka bebel yang amat saya sayang...amat...Rindu nak kembali berblog... rindu nak berblogwalking... rinduuu...rindu sangat2...ramai yang pm kat muka buku, ramai yang text msej bertanyakan hal yang sama...

Kenapa blog aida suka membebel dah lama tak terhapdet????

Alahai... kamu2 semua sangat sweet owkeh... kamu buat cik empunya blog ni tersangat la terharu....x sangka kamu semua tyertunggu smpai mcm ni... tak sangka aida suka bebel dapat perhatian sebegini?? sungguh sya tak sangka!!!!!

Empunya blog sangat bz kebelakangan ni....sangat2 ok... this semeter memang langsung xda exam... semuanya hanya bergantung pada assignment, mini project, final projek... memang mak semput la semester ni,... dengan video production nya, dengan design managementnya, dengan packaging, 3D... photography x yah cakap la... kena ke hulu ke hilir doh nak shot gmbar... mau x terbontang mak... sempat ke ko nak online... memang takk...

Dah tu kan, dengan mood plak asyik nak merewang2 je sejak dua menjak nih... haih la... mood.. mana ko? kembali lah... 

Nak kata x online langsung memang tipu la... online ja slalu.. tapi nak perah otak nak post entry tu rasa malas sangat....bila ada idea semangat kau nak post... taip title pastu mula la nak taip entry.. masuk perenggan pertama trus kaku.. then save dalam draft... jadilah penuh la draft mak dengan entry yg tak terpublish... wahhh malas beno kan?

papa pun den janji.... insyaallah.. I will back as soon as posible... janji!!! Korang jangan lupa terus support Aida Auka Bebel ea... syg korang ketat!!!

With Love,
Aida Najwa Abdul Ghani

SILA LIKE :-)

Sunday, October 16, 2011

HEBATKAN HATI SEORANG WANITA!!

First baca story ni dari dinding muka buku milik si tantek manis Aida albakry...so sebagai seorang perempuan bila baca ja pun hati ni asyik nak menyumpah ja si suami dalam cerita di bawah.... hishh... cayalah... rileks je wife die handle... berhemah plak tuu....jom baca!!!
-------------------------->

´Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´

"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

beeep beeeeppp... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan
abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

SILA LIKE :-)

Sunday, October 9, 2011

ALKISAH AKU DENGAN BAS...

Bas! satu benda yang aku teringin sangat nak naik dlu...aku x penah naik bas dlu... since aku kecik, sekolah rendah memang xpernah.. bila umur berganjak, dpat la aku naik bas... masa tu kalau x silap aku form 5... sian kan aku... tu bas ekspress... kalau bas lompat2 lagilah jangan tnya...

bukan aku ja.. even adik2 aku pun sama... bila penang dah ada bus rapid, kitaorg desprete sangat nak naik...teringin tahap yang memang tak bleh crita la.. tapi nak wat camna.. mmg xde pluang la...bila kawan2 ajak outing, aku memang seram nak naik bus.. nama pun x penahkan...ni la padahnya bila xda kampung.. dapat plak parent yang rajin yang amat nak mengambik menghantar.... ko cakap la ko nak gi mana pun.. haruslah dia hantar ko smpai depan pagar... jadinya jangan lah mimpi ko nak berpeluang naik bas...

tapi sekarang???

haaaaa... korang jangan gelak owkeh, since aku dh stay n study kat Kl nie, almost every week aku balik naik bas... haaa...haaa...haaa qada dlu kan xpenah naik... haaa ambik ko... wajib hari jumaat dengan ahad aida naik bas dri penang ke KL n dri Kl ke penang...dah tu, nak gi kelas pun kena naik bas...kira pakej lengkap la kan...terlalu kerap naik sampaikan ada beberapa orang driver n penjual tiket memang kamcing...hahahah...berkawan dengan driver sudah...untung-untung dapat naik bus free... kan3?

kekadang bila nak panjat tangga bas tu rasa mcam nak muntah ja... hahahha bleh mcm tuu.. ok daaa...kepala dah mula weng weng... sekarang pun aida dalam bus ni on the way balik Kl, bersiaran secara langsung dari dalam bas.... haaa dalm bas lagi... buweekkkk nak muntah.. haahahaha... kan dh ckp... hari ahad hri naik bas....kita tak tipu ok...

Ni senarai bas yang aida rasa ok bila naik.. selesa n cara die bawak pun tak pening..
1. transnational
2. Super nice, KPB, Economy [satu company..bas pun sama ja]
3. Eagle

Bas yang x mungkin aida naik dah...
1. pancaran matahari - seat die ok la..tapi laluan dia ya rabbi.. kecik nak mampus.. terlekat punggung.. ha7
2. Plusliner - seat kecik, bas air corn xrasa, seat single tak de handrest..
3. Mara liner - banyak lipas owkeh!!

SILA LIKE :-)

Sunday, September 18, 2011

HIDUP DIKELILINGI MULUT LONGKANG SANGAT MENYAKITKAN JIWA!!!

Mood: Panas..Panas..Panas

Mood memang tengah di puncak, bila2 masa saja boleh meletup. Knapa manusia suka sibukkan hal orang lain?Kalau xtahu, diam. Jangan xtahu tapi buat2 tahu. Saya rimas ok. Tersangat rimas. Arghhh!!! Why people suka nak jaga tepi kain orang? Knapa x nak jaha tepi kain sendiri? sedangkan kain sendiri tu koyak.. berlubang-lubang..

Best kan kalau boleh terus attact mereka-mereka yang terbabit n terus gam kan mulut mereka nih dengan double sided tape..Heaven gila kan? tapi saya tak boleh! Menjawab pun x boleh. Mama cakap, kita jangan layankan mulut2 mereka.. diam sudah... tapi sungguh saya tak boleh... darah saya meluap-luap..tau kenapa???kerana mereka membualkan perihal mama dan abah saya!!

"Tukar kereta macam tukar baju"
"Rumah dah elok, duk membaziaq buat pa"
"Mana depa cekau(dpat) duit banyak buat rumah? sorang cikgu, sorang buat bendang ja..Pelik!"
"Berjalan sana sini, beli tu beli ni mana dapat duit?"

Ehh hello... kamu xtahu, kamu jangan nak cakap yang bukan2...abah saya... ya abah bersawah ja.. bukan pengurus besar, bukan doktor, bukan business man berjaya dan bukan juga kerja hebat2... hanya pesawah.. tapi kamu tahukah berapa relong sawah yang dia kerjakan? macam mana dia usahakan? kamu tak tahu kan? jadi baik kamu diam!! Saya sendiri tak pasti berapa relung sawah yang abah kerjakan.. tapi rasanya lebih dari 20 relung.. ada yang sendiri, ada yang pajak n ada yang sewa... abah saya kerja tak macam orang lain... bangun seawal jam 4 pagi, solat tahajud, baca Quran sambil tunggu azam subuh.. then gi subuh berjemaah kat masjid, dengar tazkirah smpai pkol 7 lebih... then balik terus siap2 pergi sawah..bersawah la dia sampai ke petang... sawah plak bukan setempat... merata-rata..itu sekarang... dulu masa abah kerja as second engineer kat Hp abah still gi bersawah...kamu tau ke semua tu? kamu tak tahu.. so kamu layak diam..jangan kamu buat2 tahu..

Buat sawah pun bukannya buat sekadar lepas batuk kat tangga...dia bersungguh-sungguh buat... ikut cara yang betul..sistematik! Even baja pun, abah x gunakan baja yang ppk bagi free tu, abah akan habiskan beriban2 semusim untuk beli baja yang bagus untuk tanaman dia.. Hasil yang abah dapat pun berbaloi2 la.. lebih dari orang lain.. sehingga abah di pilih untuk menjadi pesawah under MARDI... so setiap hasil n proses tanaman abah akan dipantau oleh pihak mardi...ada juga peruntukan untuk setiap musim...

Mama memanglah cikgu.. tapi korang tau x sejarah hidup mama? mama pun dulu engineer jugakk... smpai dah nak dipilih jadi pengurus mama terpaksa behenti n jadi cikgu...semuanya sebab nak peruntukkan masa yang lebih untuk kami adik bradik..mama sanggup tinggalkan gaji yang 3x ganda dari gaji cikgu...semuanya sebab kami... then mama n abah share duit beli tanah... then jual... bila dpat duit beli lagi... mcm tu la seterusnya... so abah sya bukan pesawah biasa... mama bukan cikgu jaa...So rasanya korang dah dapat kot jawapan nya kan? dri mana mama n abah saya cekau duit...

then, mama n abah kerja berlandaskan islam.. zakat, sedekah menjadi keutamaan...mereka tak penah lupa...n yang paling saya kagum dengan mereka, mereka tersangatlah suka melayan tetamu...yang ni memang saya perasan, cakap lah korang nak datang rumah, wajib mama masakkan something...aida pernah tanya mama, tak penat ke? mama boleh duduk di dapur sehari suntuk memasak..dari pagi sampai petang..mama cakap kita kena melayan tetamu sebaik mungkin...nanti murah rezeki...pintu rezeki terbukak luas untuk mereka yang meraikan tetamu..itulah yang buatkan saya xpenah merasai nikmat raya mcam kamu-kamu semua..syaa x penah berpeluang untuk pergi beraya dengan kawan2.. tak penah...selalunya kawan jyang akan dtanag beraya dengan rumah aida... jeles tgk sepupu keluar beraya... aida palk kena sibukkan diri tolong mama kat dapur...memana kawan aida yang rpaat diaorang mmg dah tahu n diaorang xkisah.. Alhamdulillah diaorang faham... Sayang korang... tiap kali raya mmg aku sentiasa tunggu kamu.. :)

So itulah ceritanya, mama dengan abah bukannya dri keluarga yang senang lenang..semuanya tak dtaang bergolek... semuanya hasil isaha mereka berdua... Alhamdulillah.. rezeki membuak-buak...

Buat pemilik mulut2 longkang di luar sana... jaga mulut kamu,,, kamu tak tahu hapa baik kamu diam...nak hidup senang berusahalah.. jangan nak duk goyang kaki tunggu duit mak bapak bagi... eeee malu sikit weh... nak bangga2 ko buat rumah... beli keta tapi bukan duet ko...x malu ke weh? eeeee..kalau aku sumpah malu... buat habius duit mak bapak ja...

Buat mama n abah... kamu ibu bapa terhebat... Saya bangga menjadi anak kamu... Muahhh... big hug! :)

SILA LIKE :-)

Thursday, September 15, 2011

CERITERA RAYA 2011

Lebaran kali ini sememangnya dinanti dengan penuh ketidaksabaran...Manakan tidak.. lebaran kali ini merupakan lebaran yang julung-julung kalinya boleh merasai nikmat balik kampung.... rumah maktok mama n abah sama ja.. dua-dua dekat... jadi, kami adik beradik sememangnya x penah rasa nikmat tu... selalu je dengar orang story jalan jammed, excident bederet... but tahun ni saya boleh.... yey!!!!

Mulanya kami bercadang mahu bertolak Sabtu petang.. tapi semuanya jadi dah x sabar nak balik dan kami ambil keputusan balik Jumaat malam... hati dah sememangnya xda kat bumi Klang...pkol 11 lebih kami bertolak...kluar ja dari rumah kami terus menuju gi station pump... isi minyak... topup touch n go  dan draw duit...tapi nak dijadikan cerita semua mesin ATM system down... x bleh keluarkan duit kat mana-mana ATM.. x bolah nak topup touch n go... kami sudah blur di situ... mula terbayang terpaksa nak beratur panjang bayar tol jap gi... n terpaksa bayar duit minyak pakai duit seringgit yang nak bagi kat budak2...hahahaha

Then Am cakap nak try kat Esso plak... kami pun gerak la gi Esso...pergh nasib baik bloh topup touch n go.. n kitaorang isi minyak dengan duit yang aa.. tawakal jela..balik malam tu jalan jammed xla teruk sangat... pkol  12 bertolak dri Klang, pkol 5 kami dah tengah bersahur kat Penang..kreta memang banyak...penuh owkeh...memang dah trasa la suasana nak raya tu... dengan radio plak tak habis2 mainkan lagu balik kampung...sronok ok.. heaven giler...

Kitaorang ada kesempatan 3 hari berbuka kat kg...menu hari2 wajibla penuh meja...n haruslah hari2 berbuka dengan air jagung faberet kami...hahaha smpai pakcik air jagung tu dah kenal sgt dah ngan kami walaupun lain hari lain orang yang gi beli....

Kami: Pakcik air jagung 15 bungkus
Pakcik: ni org kolompo tu ka?
KAmi: haah pakcik.
Pakcik: hampa pi jalan2 dulu, sat gi mai ambik na..
*kami pn pi la jalan dri hujung gerai ke hujung gerai.. dah dekat nak habis baru pi ambik ayaq jagung tu.
Anak pakcik: nak siap dah, 15 bungkus air jagung n bos bagi free ayaq nyiok...
kami: hahaha tq pakcik
Anak Pakcik: jmpa lg na tahn depan mana nak tau kalau kot2 nak bukan cwangan ayaq jagung kat Klang..
Kami: insyaallah... hahaha

haaa bleh x?15 bungkus sekali beli tu blom lagi air2 yang lain... yang bancuh kat rumah...hish... mmg semua hantu air...

ok meh nak terus crita hari raya kat korang...preparation utuk hari raya nnti aida update kat next entries...ada beberapa orang request nak resipi serunding udang kering turun temurun kami...

HARI RAYA PERTAMA

Hari raya pertama, macam biasa la... pepagi dah dengar mama ai menjerit suruh bangun... mandi sunat n gi solat aidilfitri.... then balik solat yang best... memasing bersolek chomel-chomel, hensem2 nak bergambar...eeee sronok... 

Dah siap bersolek? mari la berlensa kawan2...ok ni before kami memohon ampun antara satu sama lain....memasing bnyak dosa!

Am selaku pemegang mohor besau raja2....
Angah, Am n Dani!!!
Bila mak buyung kena attack!!
memasing taksub dengan mak buyung!
gila-gila kami...
Elin, Poji n Rina Mysterina yang menyibukkkk
ahakkk.. T_T
Rina Mystrina
Angah n Dani..
Then, lepas semua dah get ready, sesi bersalaman di pagi raya dimulakan...didahului dengan yang besau2, dan disusuli dengan yang kecik...meh layan moment indah kami sefamily...

Abg Long selaku ketua chief persatuan cucu-cucu Tok Abah memulakan acara...
Abglong with my auntie aka his mommy
Abg Long with my mama...
Am dengan mama...
Am dgn abah..
yang ni memasing tgah bratur tunggu giliran
"PakLong, Dani minta maaf yew",Dani.
Air Mata Syawal..


Rina Mysterina yang byak dosa dgn abgnya
Acik n Auntie
bermaafan antara sepupu-sepupu
Auntie's son, daughers, SIL, n grandchild
Again!
Cousins!!!
Abg Long, Auntie, Dani, Mama n Abah
All of us during first day raya...x semeriah tahun lepas...
Carca merba...hahaha... love them damn much...
Auntie;s family
hahahahahhahaha..... rasa chomel sgt dh la tuu...
jangan jeles ok.... still dpat duit raya...
xbleh balh ok... siap tisu sekotak... hahhaa
sila buat profile pic.. hahhaa
Dani with his maksu
Ayah n Dani..
With Dani at kubur... duduk jauh2...
Ni yang pali best... lama sangat x balik kampung smpai x prasan ada view cantik kat rumah maktok...
layanla aksi ala-ala photoshoot raya kami... ohhhh sronok... akhirnya impian nak berphotoshoot tercapai...

Achik, me, Rina Mysterina n Piya!!
owhhhh i like...
smile please....
T_T
3 dara pingitan
three girls... girlz powerr!!
peace.. no war..
Along n yaya
At mami house...
my mom...
Yaya n aidil...
Aidil..
yaya n kakcik...
HARI RAYA KEDUA

Hari raya kedua, kitaorang balik beraya di kedah...seawal jam 6 pagi kitaorang dah bngun...then bergerak ramai-ramai balik kampung....sronok ok...

Kimie!!!
Kimie n Uni
Acik n angah...
Maklang... person yang jaga Aida dulu...
PAkngah n Achik...
candid!!!
xde motif.. blasah jelaa..
Cousin!!!
terikk...
Please dont try this at home... hahaha...
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..



hahahahhaa... curi kuihhh bawak balik... sikit punya x malukan????
Nak tau kuih apa yang jadi faberet???? meh kita zoom!!!

Kuih mammur!!! my feberet...ada rahsia di sebalik kuih ni...hahhaha nnti aida crita di next entries..
kami....
my mom...
atas titi pun menjadikk
muhammad


eeeee budakkk chomelll
thanks yayang dtang rumah aii.... syang kamu...
thanks too En.faisol jgak sbb bwk wife kamu...
At merbok...

Per motif....


OK.. Done.. itu cerita kami...cerita raya kami...tak semuanya indah... dlaam indah ada jugak sedihnya... ini la raya puasa terakhir kami di situ...20 tahun stay situ...haruslah ada sedu di hati... T__T


SILA LIKE :-)