Thursday, March 31, 2011

BUAT TATAPAN SEPUPU TERSAYANG....

google punya google jumpa pic yang cute miut nih...gambar ni ku tujukan buat tatapan sepupu tersyang Puan Elina yang nun jauh di Klang...Jumpa pic ni ja terus aku ingatkan ko.. hahhaa...

p/s:sila check dah bleh komen di bawah ke blom...

...
...
...
..
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
ceh nak tengok jugak??
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
..
...
...
...
...
...
...
...
...
...
berani ke?
...
...
...
..
..
..
..
...
...
...
...
...
tadaa!!!!
...
...
...
...
...
...
...
...


SILA LIKE :-)

SAPE YG SUKA BERLEGGING??? BACA ARTIKEL NIH!!!

Sekarang nie banyak fesyen yang entah hapa2... kekadang terpikir..selesa ke si pemakai pakai pakaian yang mcam tu?? kita yang tengok ni pun rimas doh...penah sekali tu baca blog sorang mamat nih dia kata dia rimas tengok pompuan2 sekarang suka pakai tudung x siap... pakai separuh jalan ja...aida pun cuba paham apa yang dia maksudkan... bila dia attach gmbar cntoh kat email...hahaha... bila tngok balik yeww.. mmg nampak mcm pakai separuh jalan ja..ada yang nampak tengkuk.. ada yang nampak telinga.. ish mcam2 la...

Tu baru bab tudung belom lagi bab pakai.. baju seluar.. ish mcam2...paling serius legging.. adoih... mcm bogel tgk.. kita ynag pompuan ni tengok pun beristofar dalam hati.. kalau laki tengok??????? jawab2!! so jangan salahkan lelaki dalm kes rogol, bunuh semua nie.. kita pompuan pun salah...tapi yang paling x bleh blah ada plak yang pakai dress paras paha pastu x pakai legging... adoyai... selesakah mereka? pakai xrasa apa2 ka?nak-nak plak lalu kat tempat tengah berangin.. tau plak korang nak tarik2...adoiyai dunia.. bila korang pakai mcam tu, x pkir ke abg2, pakcik2, atuk2 yang dah lama x dapat tngok korang... mau habis tegak semuanya..ish nauzubillah...takot dohhh

bila baca blog kak Me, dia tinggalkan link page artikel yang Imam Muda Ashraf tulis pasal Berlegging nie... dengan adanya artikel ni dapat buat korang sedar yang lengging tu sebenarnya hukamnya haram... HARAM ok.. pakai berdosa!!

Baca artikel ni!


Saya Tergoda Wanita yang ber’Legging’

Islam tidak mengharamkan secara total apa yang dinamakan dengan fesyen. Ianya juga meraikan sesiapa yang menghendaki gaya penampilan yang kemas dan cantik. Kerana imej seseorang itu terletak pada cara ia mengenakan pakaian. Malah Islam juga tidak menggalakkan umatnya kelihatan selekeh dari pandangan mata umum. Ianya seolah-olah menggambarkan sikap umat Islam itu amat rendah pada peri pentingnya keterampilan yang kemas dan cantik. Malah Allah SWt lebih menyukai hambaNya yang bijak menggunakan nikmat kurniaannya sebagai tanda bersyukur.
Namun dalam masa yang sama, kekemasan dan kecantikan itu bukanlah suatu yang tidak didasari oleh peraturan dan ketetapan yang disediakan oleh Allah SWT. Malah kecantikan itu pula mestilah tidak dituruti bersama dengan sifat riya’ mahupun takabbur dengan kecantikan dan kekemasan pakaian yang dikenakan.
Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”.
Lalu bertanya seorang lelaki :
“Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takabbur?”.
Baginda menjawab :
“Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takabbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.
Selain dari penjagaan aurat, Allah menjadikan pakaian juga sebagai perhiasan bagi si pemakai. Maka perhiasan itu suatu yang tidak menyalahi hukum malah ianya merupakan fitrah seorang insan. Ini dinyatakan di dalam surah al-A’raaf ayat 26 yang bermaksud :
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (libaasa) pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk (wariisya) perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.


Menurut Tafsir Jalalain’, “Ų§Libaasa” dalam ayat tersebut ialah pakaian bertujuan untuk menutup aurat. Adapun “Wariisya” ialah apa yang diambil atau dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu bertujuan untuk perhiasan. Menutup aurat  adalah sebagai keperluan asas. Sementara yang keduanya iaitu perhiasan adalah sampingan kepada tujuan pakaian.
Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran Surah an-Nahl, ayat 81 maksudnya :
“Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang
Seluar kebiasaannya merupakan pakaian bagi lelaki. Namun ianya juga mula dipakai oleh golongan wanita. Sehinggakan terdapat sebahagian pendapat dari ulama yang mengharamkan secara terus pemakaian segala jenis seluar bagi wanita. Walaubagaimanapun ramai juga dikalangan ulama yang membenarkan pemakaian seluar kepada wanita berdasarkan jenis seluar yang dipakai.
Terdapat juga kesalahan segelintir mereka yang menyalahgunakan dalil hadis Nabi SAW sehinggakan mereka berpendapat wanita itu lebih mulia jika memakai seluar. Ini disebabkan salah faham mereka kepada maksud hadis yang diriwayatkan oleh Al-Uqayli, Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal iaitu :
“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang”
Sedangkan hadith ini berlaku pada satu ketika ada seorang wanita yang jatuh dari kenderaan sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya. Maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Jika diteliti hadith dari Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Riwayat Bukhari)
Hukum ini umum, bagi membolehkan perempuan dan lelaki memakai seluar. Asalkan seluar perempuan hendaklah berbeza dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri berasaskan sabda Nabi SAW dari Ibnu Abbas maksudnya :
Rasulullah melaknat ke atas lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”(Riwayat Bukhari)
Menurut Syeikh Atiyyah Saqqar, Mantan Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif didalam kitab Mausuah al-Usrah  katanya :
Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib celanya seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini. Cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang mengundang perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi dipakaikan pula di luarnya kain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping tidak kelihatan rupa bentuknya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa
Ini bermaksud wanita dibenarkan memakai seluar dengan menepati syarat penutupan aurat yang sebenar.
Permasalahan yang muncul adalah trend anak muda yang semakin ramai mengenakan seluar yang terlalu ketat sehinggakan menampakkan tubuh badan mereka. Seluar yang dimaksudkan ialah seluar yang dipanggil ‘legging’ dalam bahasa inggerisnya. Seluar ketat ini terkadang dilihat dipakai oleh wanita yang bertudung. Ianya dengan jelas menampakkan bentuk aurat wajib yang ditutup. Sehinggakan pemakainya menonjolkan bentuk tubuh seperti betis, peha dan kemaluan dengan ketara.
Dalam isu pemakaian seluar ketat bagi lelaki menjadi perbincangan para ulama. Antara yang mengharamkan pemakaian seluar ketat dengan tidak mengira lelaki mahupun perempuan ialah Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan didalam kitabnya Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtha’ Al-Mushallin mengatakan bahawa :
“Majoriti pemuda-pemuda yang menamakan dirinya remaja Muslim, mereka mengingkari wanita-wanita yang berpakaian ketat, kerana membentuk tubuhnya. Sementara pemuda ini sendiri lupa dirinya yang turut sama melakukan perbuatan tersebut. Tidak ada perbezaaan antara seorang wanita yang berpakaian ketat dan seorang lelaki yang memakai seluar yang membentuk tubuh, kerana keduanya sama-sama membentuk kedua punggungnya. Sedangkan punggung lelaki dan punggung perempuan adalah aurat, keduanya sama hukumnya.
Namun sebahagian pandangan dari Mazhab Syafie yang mengharuskan bagi lelaki. Asalkan ianya tidaklah sehingga menampakkan bentuk kemaluan mereka. Jika ternampak bentuk kemaluan maka ianya jatuh kepada hukum haram.
Tetapi majority para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’. Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian. Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya
dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,
”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah
Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka
Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai
lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad
(21279)
Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.
Maaf dengan tajuk diatas. Kerana bukan saya sahaja suka, semua lelaki juga tergoda. Tidak semestinya lelaki tergoda, maka lelaki akan sukakan ia. Kerana anda lebih bijak membezakan antara lelaki yang tergoda dan lelaki yang terjatuh cinta. Jangan salahkan pencuri yang merampas harta anda, jika anda sendiri yang memberi kunci kepadanya.

SILA LIKE :-)

DIA...

Ya tuhan...
dugaan apa yang kau berikan padaku ini??
kemana aku pergi, ke mana aku tuju..
byangannya tetap mengekori aku..

Ya tuhan,
aku pinta..aku merayu..
jauhkan dia dariku Ya Tuhan..
dia bukan milikku...
aku bukan miliknya...

Andainya dia bertemu jodoh suatu hari nanti,
Aku doakan dia bertemu dengan wanita yang syang dia spenuh hati..
Takkan tinggalkan dia..xkan buat dia terkapai seorang diri..
moga doaku saban hari termakbul suatu hari nanti..

Buat si dia..
Smoga awak sejahtera jauh di sana...
Lupakan sya..saya hanya insan biasa yang tak punya apa2..
doa sya..smoga awak sihat hendaknya...
Smoga awak berjaya di bumi ambia sana..
Awak kenangan terindah yang akan tersemat dalam hati sya smpai bila..

SILA LIKE :-)

Monday, March 28, 2011

NAK JADI FLORIST.. JADI LA BETOL2...

alkisahnya macam nie.. tengah best-best layan novel.. tangan plak duk pegang tisu ja... air hidung semua meleleh.. tetiba rasa nak check Hp... dari pagi tdi x check..almaklumlah... En. boifren xda kat sini... dua minggu outstation..so check2... ada byak msej... one of it dri my roomate, Amalina..

Amalina: weh courier kol aku
Aida (Me): courier.. awat?
Amalina: bunga, laki hang kot..siap ada happy sweet 21th birthday gi
Aida (Me): jap aku tnya dia.

So aku pun msej la En.boifren.. memang lambat la nak reply msej aku... huh.. miskol2 at last dia reply jugak..memang dia hangin la kan... pe hal plak florist tu delivery hari nie..patutnya isnin depan...huh.. mmg berbakul2 la florist tu kena maki hamun...tapi masalahnya.. bukan dia yang kol florist tu...dia kat luar..so, aku plak yang kena kol.. dah tu kan.. xnak plak nak ngaku silap... nak charge RM12 untuk delivery.. pehal plak... bukan salah kitaorang pun..

so, aku tunggu msej dri En.boifren nak bayar ke tak.. dia cakap byar je la.. aku pun dh tau kan.. xleh la dia nak tukar plan..x best nnti...aku pun ok jela.. suruh si ain housemate aku pass balik kat delivery pnya orang tuu.. huh.. sengal...

kepada En.boifren:
Walaupun dah x suprise...n plan x menjadik.. i love u more la.. hehehe... thanks for the flower... sangat terharu di sini..cepat la isnin menjelma, x sabar nak dengar orang jauh menyanyi...huhuhu..by the way bayar balik RM120.. hahahah...

SILA LIKE :-)

Thursday, March 24, 2011

TETIBA AKU EMO...

Salam semua... uwaa.. blog ni dah bersawang... seminggu jugak rasanya x hapdet blog...semua sebab exam la.... huh.. xsuka exam!! [bleh plak mcm tu]..hehehe..actually entry kali nih terpost terawal sehari.. x bleh tahan dah.. nak jugak post hari nie.. hhuhuhu... padahal esok ada lagi satu paper... creative concept for advertising.. xpe.. bantai ja esok... toyol pun dh kasi mamam tdi.. kua3...

Tadi tengah khusyuk2 baca notes tetiba dpat mesej dari Si Shafiq...ni msej die...

"Pas nie x bleh kejut korg lg..Da dapat notis kena kosongkan rumah..Aqu kena pindah lepas midterm"...
[sila baca dengan nada yang cukup perlahan, sayu, sedih]

ohh noooo... tidakk.. tersentap doh baca mesej dia.. hati tertiba jadi sedih.. tetiba sayu.. kehilangan nya pasti kami semua[warga-warga cdds perempuan yg stay kat PV12] rasai.. masakan tidak... Mamat ni la yang kejutkan kami saban pagi, yang ingatkan kami tentang segala hal la kan sini...adoyai... hope dia still dpat stay kat sini... kehadiran dia sangat la kami perlukan...dia ni kira mcm abg-abg la kat sini..sangat concern ok... sngat bertanggung jawab...sanggup habiskan creadit dia kol/msej kami..dah2.. kang kembang semangkuk plak mamat nih.. hahaha

ok... inilah jejaka yang diperkatakan seperti yg di atas..
muka tu nak abg-abg je kan.. kuakuakua...

To shafiq...
Ko jangan nak ngada nak pindah dri PV12 nie... no no no... kalau nak meh kami semua ramai2 teman ko gi jumpa ibu..Kami sanggup.. huhuhuhuh :-P



SILA LIKE :-)

Friday, March 18, 2011

CERITERA CINTA ANTARA SI AKU DAN SI KATAK...

Dah baca tajuk yang di atas? agak-agak korang la kan.. korang rasa cam na? ada mcam pasangan kekasih x? haiwan kesayang mungkin? arghhh sudah2... xmo merepek banyak-banyak..

ok.. bagi sesapa yang mengaku dia kenal  Aida... tapi x tau ceritera antara aida dengan katak baik korang cakap korang x knal owkeh... hahaha..buat pengetahuan kalian semua... KATAK adalah haiwan yang paling menakutkan buat seorang budak yang sangat becok... yang sangat suka membebel ini... hahaha... bagi yang tau akan hal ni nescaya x susah untuk korang paham... tapi bagi yang tak tahu.. eeerrrr..susah nak gambarkan di sini bagaimana perasaan Aida bila berhadapan dengan katak...[bunyi mcm tah hape2 je kan??katak ja pun...] haaa korang xtau... baik korang diam...

korang tau x.. andainya diberi pilihan untuk memegang antara katak dengan dinasour..Aida sanggup pilih dinasour..walhal katak skit punya kecik berbanding dinasour,.. biar la..ada Aida kisah? buweekk :-P

Dulu masa kecik-kecik kalau gi rumah maktok dan bermalam kat sana mesti maktok dan semua orang akan tension dengan Aida.. dengan mama lagi la.. tapi apa-apa pun.. Aida yang selalunya menang...naluri ni tersangat la kuat.. tambah-tambah bab katak nie.. kalau Aida kata ada..ada la...dan memang selalunya ada pun..penah la sekali tu.. mama suruh mandi... asal suruh mandi ja riuh-rendah jadinya.. asal riuh-rendah ja mesti kena suruh mandi... so lepas dah bertekak dengan mama x nak mandi...mama dah mula nak hangin..so dah takot kan.. pegang towel mula la melangkah menuju je bilik air... sampai depan pintu ja.. bukan kaki yang mula jejak bilik air tu.. tapi kepala ja.. hahah.. belh plak mcam tu? korang bleh bayang x mcm na? x leh sudah.. abaikan!! ok smbung balik.... lepas dah terjungoi kepala, mata mula scan melilau cari katak... time tu akan dengar suara maktok yang tengah sibuk memasak kat dapur... maka bermulalah dialog antara cucu dan maktoknya...

Maktok: xdak aih katak tu.. dia pun bukan nak tunggu hang sampai ke siang
Aida: mata terus scan seluruh pelusuk bilik air... wat dek ja ngan apa yg maktok cakap...tetiba mata tertangcap kat batu penggiling...rasa mcam ada ja kat situ..terus panggil maktok..Maktok.. mai sat...
Maktok: ish hang ni..awat ketegaq sangat xtau.[membebel tapi kaki tetap terus melangkah menghampiri aku]
Aida: tok tengok kat batu giling tu... mcm ada ja...
Maktok: mana? xdak nak ada aih..
Aida: ala angkat la tgk.. mesti ada...

disebabkan malas nak bertekak dengan cucu dia ni...dia pun angkat la..jeng..jeng.. jeng.. korang rasa ada x?of course ada ok... bukan sekor.. bukan dua ekor... tapi tiga ekor... hahaha...see.. betapa kuatkan naluri i kan? ada sesapa nak nafikan x?

Actually byak sebab kenapa Aida takot sangat dengan katak nie... rasanya x ramai yang tau...OK kat bawah ni antara sebab2 i takot katak:

1. KLIK SINI dan korang akan tau knapa aida takot sangat dengan katak.. x sanggup nak publish gmabr kat blog i... suka geliiiii... aida jumpa spesies nie time mandi air terjun beberapa tahun yang lalu kat Kuala Kangsar... rumah kawan baik tok wan(panggilan for my grandpa)...rasanya time ni umo aida dalam 5/6 tahun mcm tu la... gabak punya besar.. ingatkan batu..rupanya KATAK... arrr ptut la tekan lembik jaaaa... hahahha since dri hari tu.. mmg nak mandi air terjun seram gila... jarang la bleh mandi dengan tenang... mata mesti melilau cari pnya..

2. ada satu hari tu, aida ikut mak sedara balik kampung husband die... masa tengah makan tu terdengar makcik-makcik cerita ada sorang budak perempuan.. x perempuan sangat la.. around 20 something mati kena gigit katak kat cipap[xda niat nak mcarut k] dia.. bdak tu gi toilet.. nak buang air kecil.. toilet kat luar rumah... then org pelik knapa dia x kluar selepas sejam lebih... bapak die pun tendang la pintu bilik air tu.. anak dia dah terbaring kat lantai dah... orang semua pelik knapa dia mati.. x sakit.. xda incident pape.. sampaila masa nak mandikan jenazah arwah, si tukang mandi tu rasa pelik n lembik2 time basuh cipap perempuan tu.. bila tengok.. ada sekor katak puru tengah gigit klent** pompuan tu.. tarik punya tarik x lepas gak.. n org tua2 kata katak kalau gigit xkan lepas kalau x denga bunyi guruh.. so, diaorang terpaksa bunuh katak tu laaaa...huhuhu seram x? eee...

then baca plak kat internet kalau terkena bisa, tulang n kulit katak bleh bengkakkan kaki macam ketubuhan... eee,...

"ada jenis katak yg tak perlu tencin atau air liur : melalui kulit dia jek pon dah beracun
ada katak yg self defense dia akan mengeluarkan cecair beracun melalui kulit gak"-sumber internet..

mood: makin takot.. makin geli..


3. sebab yang ke-3.. ni yang paling aida x bleh blah ok.. huh sumpah aida ingat sampai mati...mmg x bleh nak lupa la.. gila azab... crita dia mcm ni...time tu aida sekolah Arab[now org semua panggil kafa]..so tengah-tengah kusyuk bersembang[standard la kan..ahhaha] tu tetiba ada sorang budak nie halakan penyodok yang dalamnya ada KATAK!!!! KATAK ok.. bukan buaya, bukan ular, bukan jugak harimau.. tapi katak... katak tu agak sedikit besar n mmg get ready dah nak melompat.. per.. rasanya time tu jaraknya just 2/3 inci jaa.. korang bleh bayangkan x?[pejam mata byangkan cepat!]errrr.... then katak tu turun naik turun naik ja nafasnya..smbil tengok aida... sumpah seram.. then apa lagi... bangun... x lari lagi... maki hamun dlu budak bangang yang halakan katak tu.. mmg kecut la bdak tu... sambil maki hamun tu mata ni meleleh2 menangis... huhuhu... terus lari balik rumah.. beg, basikal semua tinggal.... oppsss lupa.. sbelum lari balik rumah aida lalu tmpat letak basikal dlu... mata terus tertatap kat basikat mamat bangang tadi... terus g kat basikal tu then tolak sekuat hati.... haaaa padan muka ko... yg siannya... bukan basikal dia ja yang jatuh... hbais semua basikal kat situ terbalik..sian korang  nasib la kan... then terus lari2 balik rumah... [kuat oo larii.. xpenah lari sekuat n sejauh tu]... then sampai rumah.. masuk bli... tutup pintu bilik kuat2... menangis... then lpas dri tu seminggu demam panas... 


4. yang keempat ne biasa la... katak masuk dalam kasut sekolah...muahahha... pakai2 kaki rasa lembik jaa.a. eeee...sumpah geli geleman... errr... kasut yang mana dah dimasuki katak memang terus akan dihumban kan ke dalam tong sampah ya kawan2.. mmg xpakai dah.. hahah sengal x?


So, tu la antara sebab-sebab aida takot katak... so sesapa nampak katak...plezzz dont tell me.... :-)



SILA LIKE :-)

Friday, March 11, 2011

WAHAI WANITA..PERTAHANKAN MAHKOTA!!! PEMURAH ITU ADA WAKTUNYA....

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua sahabat-sahabat yang saya sayangi.. Fuh..fuh...fuh..meh buang habuk dulu meh.. Dah dua hari blog tersayang ni berhabuk.. x sempat nak menjengah memandangkan assignment yang sedikit bertimbun tuu..ok kawan-kawan semua.. perkongsian hari ini adalah berkenaan dengan calon isteri dan suami.. Kemungkinan besar kalian seringkali membaca terbaca mengenai keluhan-keluhan serta luahan perasaan teman-teman sekeliling apabila sambung putus cinta a.k.a clash dengan pakwe atau makwe tersayang samaada dalam wall laman sosial facebook ataupun di post-post blog masing-masing...

Kadang-kadang kita yang tiada kaitan tumpang sedih dan sayu membaca rentetan penderitaan dan kekecewaan yang diluahkan oleh mereka..Zaman bercinta diibaratkan macam makan garam pun rasa manis...meriah bagai nak rak..Sana sini tayang gambar berdua..Bermesra bukan main..Dedah sana..dedah sini...gaya plak ala-ala manja gitu..Kekadang mata yang melihat jadi keliru...dah kawinkah mereka? adik bradik kah? berpeluk... bergesel macam gam..Kucup pipi macam dapat aiskrim..Pegang tangan pun dah macam x nak lepas..Niat asalnya mahu menggambarkan kemesraan yang terjalin kepada umum..dan kebarangkalian ianya menimbulkan rasa sedikit meluat, menyampah, kasihan.. semuanya bergaul dalam satu...

Maaf dipohon..ampun dipinta andainya ada yang terasa... Entry kali ini berlain benar daripada asalnya..sekali beralih arah tiada salahnya...Entry kali ini bukan la membawa kita sama-sama berbincang perihal halal haram perbuatan terbabit..masing-masing sudah tahu dan sedia maklum apa hukumnya..Entry kali ini lebih kepada berkongsi apa yang patut dan apa yang tidak patut dalam sesuatu perhubungan yang belum ada kesudahannya lagi...Aida bukanlah orang yang patut menyuarakan hal sebegini kerana siapalah Aida pada teman-teman...[mungkin akan ada yang akan berkata "mak bapak kami x kecoh pun, apa kau nak sibuk"]..Masalah nya di sini mak ayah korang tau ke?Kalau ada yang tahu, n diamkan dri xtau la nak cakap... Aida hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan..Namun, sangatlah zalim andainya Aida enggan berkongsi kesilapan yang telah dialami oleh insan-insan terdekat yang membawa seribu satu penyesalan dalam diri Aida..Semua hanya untuk dikongsi tidak lebih.. tidak kurang agar yang baru bermula dapat berhenti... yang terlajak dapat mengundur dan yang terlanjut tidak mengulanginya lagi...

Peringatan kursus ini ditujukan kepada teman-teman sejenis yang berstatus 'female' mengenai tingkah laku anda yang akan merendahkan 'saham' anda apabila ada yang terpikir-pikir untuk menjadikan anda calon menantu atau calon isteri mereka. Kata orang, dalam apa jua keadaan kaum lelakilah yang akan menang dan rasa bertuah. Saya setuju!.. Cuba anda pikir, tak kira apa yang kita bahaskan, dari sudut mana sekali pun apabila sepasang kekasih berpisah, yang paling teruk menanggung kerugian adalah kaum wanita. Rugi air mata usah dicerita.. rugi harta tidak terkira..Rugi maruah..Rugi saham diri.. dan yang paling azab dan menyedihkan apabila mereka rugi mahkota yang sepatutnya menjadi hak milik mutlak buat sang suami..

Sedangkan kaum lelaki hanya akan berkabung seketika sebelum mencari pengganti seterusnya..Tanyalah kepada mana-mana lelaki pun, apa yang dia rasa apa bila berpisah... Kebanyakkan menjawab biasa biasa sahaja...."tiada jodoh nak buat macam mana"...Tapi cuba anda tanya kaum wanita yang baru berpisah...alamatnya tidak terjawablah dengan kata-kata...Cukuplah riak muka serta linangan air mata yang menceritakan betapa remuknya hati mereka untuk merelakan perpisahan yang sangat menyedihkan dan sadis itu...

Dipendekkan cerita...cukuplah dan berhentilah memberi kaum lelaki sebarang peluang...jangan terlalu bermurah hati..Cukuplah dengan memberi mereka ruang untuk bertapak di hati kita selagi mana mereka belum bersedia membawakan kadi sebagai tukang rasmi dalam menghalalkan ikatan sebuah perhubungan..Cukuplah dengan memberi mereka kesempatan untuk 'mengambil kesempatan' atas kelemahanhati budi kita...Selagi mereka masih belum bersedia janganlah kalian tawarkan cinta kalian..Jangan gadaikan masa depan dan maruah keturunan kalian kerana terikut dek gaya hidup teman-teman lain yang tidak sedikit pun menguntungkan itu..Biarkan mereka dengan dunia mereka selagi mereka terdaya...

Jangan jadikan alasan 'chop' untuk mengharuskan perhubungan yang langsung tiada nilai dan tidak diredhai itu..Jangan jadikan alasan 'datang ke IPT' adalah masa dan waktu untuk mencari pasangan..Jangan katakan memang sudah termaktub jodoh kalian betemu si dia di sini... Perjalanan kita masih jauh..Masih banyak yang perlu kita kejarkan..Banyak jua ruang dan kesempatan untuk memikirkan siapakan teman terbaik kamu..Lelaki baik untuk perempuan baik..dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..Itu janji yang Allah aturkan untuk kita hamba yang dia ciptakan dari setitis air yang sangat hina...

Semua ini hanyalah untuk dikongsi tanpa mengharapkan apa-apa.. Cuma kasihan melihat teman-teman sejenis yang menderita ditinggalkan si dia... Atas sedikit pengalaman yang bersisa, Aida hamparkan seluas-luasnya buat tatapan semua.. Jika hari ini mereka yang terkena tidak mustahil esok adalah hari kita...Tak usahlah kita menadah tangan berdoa pada yang Esa kerana ianya memang termaktub tidak diizinkan olehnya dan bagaimana mahu dimakbulkannya.. Justeru, apakan penyelesaiannya? Kembalilah kita pada fitrah sama seperti sewaktu ibu bapa membenarkan kita untuk memasuki alam pengajian tinggi selepas SPM dulu.."SINGLE BUT UNAVAILABLE" status kebanyakkan daripada kita ketika itu... Lalu mengapa kita tukarkan status itu sebelum segulung ijazah/diploma dipersembahkan kepada ayah dan bonda tercinta...

Ataupun, andainya si dia masih berkeras untuk kekal bersama dan berjanji untuk bertanggungjawab atas segalanya hingga akhir hayat dikandung badan maka laksanakan petua ini!!! Ajaklah teman lelaki anda balik menghadap kedua orang tua anda. Katakan inilah bakal suami anda bila tiba masanya kelak.. Jika dia tidak bersedia bertemu ibu bapa anda, maka jawapannya dia sememangnya tidak ikhlas dan tidak bersungguh-sungguh bersama anda. Jika diri sendiri sebenarnya yang tidak sanggup melakukannya maka iulah jawapannya anda berpura-pura... Saya sudah berjaya lakukannya.. ANDA BAGAIMANA?????????

Wallahua'lam....

p/s: yang baik kita jadikan tauladan... yang buruk kita jadikan sempadan... Tiada hak cipta kerna ilmu itu hak mutlak Yang Maha Esa Allah SWT... Silalah copy dan paste sesuka hati anda untuk manfaat semua..Cuma mohon jangan salah gunakan entry ini... Jika ada sebarang usaha untuk sabotaj, sila jawab di Padang Mahsyar kelak...

Salam sayang,
Aida suka membebel,
11/03/2011 (3.36am)

SILA LIKE :-)

Tuesday, March 8, 2011

BILA AIDA TERHARU... :-)

selamat pagi semua follower-follower, blogger-blogger, mak ayah, adik-adik, sdara-mara, rakan2 tau.. n x lupa juga kepada stalker2 yang menjengah blog i nih senyap-senyap... thanks sebab sudi menjengah..hahaha... ko ingat aku xtau ko jengah blog aku? xpa... i like.. ziarah menziarahi antara satu sama lain itu satu amalan mulia... sangatla aku alu-alukan kedatangan ko kat blog aku yang serba serbi kekurangan nie.. x pa.. one day.. akan aku post entry pasal ko.. kebaikan yang penah ko buat kat aku... :-) [x baik gaduh2.. mak kita xkasi]

hahaha... Aida sengal... ada sesapa terasa? terbatuk? tersedak? hahaha...

Actually Aida bukan tau membebel je.. n bukan tau nak perli orang jaa.. Aida jugak tau mcam mana nak touching2.. terharu.. sebak.. n yang sewaktu dengannya laa...baru2 nie laptop kesayngan ni buat hal.. so decide nak balik penang.. nak repair n wat segala mcam la kat laptop nie.. so beli la tiket kat Petronas... tiket pkol 11malam... so dlaam pkol 8.30 tu aida mandi la.. [mandi pun nak crita ke? blog i owkeh.. i punya suka la] dah mandi mula nak kemas-kemas beg... baru nak kemas? ish3...pedaaa...

tetiba hp berdering je bunyi... tgk la sape kol... +491775082***... uikss.. no mana nie? nak kata Singapore? x kan dia nak kol kan?sedikit pelik laa.. no oversea nie... so pe gi cancel la kan..jangan harap nak angkat kalau no x kenal.. oversea nye no plak tu... tah sapa2 plak nanti kan...so lepas matikan die kol g skali.. ala... sapa nie.. xkan silap no kol smpai dua kali kan? erm angkat jela... dah angkat jangan harap nak cakap kan.. tunggu ja org sblah sana nak cakap...

Aida(Me): ---diam---
Si polan2: hello. Bleh cakap dgn Aida Najwa?
Aida(Me): pergh.. dia tau nama penuh aku kot.. sapa nie? dengar sora sumpah mcm orang umo
                26++....then Aida pun tanya la... sapa ni?
Si polan2: Ni Azwan Dahlan... bla3....bla2...bla3..

WAN!!!!...sungguh aku tak sangka dia nak kol aku... terharu x yah cakap la.. control gila x mau nangis.. roomate plak time tu ada kat situ.. so tahan gila la kan...Susah kot nak jumpa kawan yang nak kol dri oversea.. kalau kol Girlfriend tu lain la.. hari2 pun x pa.. gi pun ramai kot kawan Aida yang duduk oversea... UK ada, Korea, Jepun, China, Jepun.. mcm2 la.. semua jangan kan nak kol nak tegur kat Fb pn payah... but mamat ni.. adoyai Wan... x terluah dek kata-kata..

Actually, Si Azwan ni sekelas dengan aku masa sekolah rendah.. dari darjah 1 smpai drjah 6...so dengan mulut kami yang dua-dua sama becok nie buatkan aku rasa aku sdikit close la dengan dia.. hahah.. n aku ingat gi.. aku selalu lawan Math dgn dia nie... kekadang dia menang.. kekadang aku menang...so fair n square la kan....

aku rindu gila nak jumpa dia...bila ko nak balik Wan? tu la.. masa duduk sekampung sikit pun x hingat nak jumpa..sekarang dah berbatu2 baru tau langit tu duk atas ke duk bawah kan..kan3...sape setuju angkat tangan pusing2 sikit macam dalam crita hantu mak limah tuu...hahha

kk.. ngantuk...
2.52 am sudah..

with love,
Aida suka membebel
2.52am

p/s: wan... xmo ngaku ke? ko x nyesal? hahaha.. tengok arr nantii.. kalau ape yang aku rasa ni betol tau la aku nak dera korang nanti... bek ko bgtau aku cepat... hahaha.. kalau x sumpah ko nyesal Wan.. duk duk rangka plan dah nie nak kenakan ko... hahaha...

SILA LIKE :-)

Sunday, March 6, 2011

SAYANG SAYA SUDAH SEMBUH.. SUDAH SIHAT WALAFIAT..

Alhamdullillah.. berkat doa semua sayang saya sudah kembali smbuh... sudah sihat walafiat... mudah-mudahan ianya terus sihat dan tak sakit-sakit lagi...

Creadit to mama dan abah yang bertungkus lumus bawak my sayang gi klinik untuk mendapatkan khidmat perubatan... So selepas dikenakan bayuran sebanyak RM250... maka ianya pun kembali normal dan hidup juga lebih pantas dari sedia kala... Syukran!!

Opss.. lupa plak...My sayang tu laptop tau.. xmau pkir ke lain owkeh!.. xmau.. xmau..hahaha

As u all tau, i can't live without my laptop... without internet access... huuhuhu.. i kan blogger tegar..setiap masa gigih menaip entries.. kihkihkih.. tegar ke? haa itu yang kita x tau [baca nada Los & Faun k]...kekawan selalu cakap Aida blogger tegar.. tah la.. rasanya x la tegar sangat... biasa2 je...

Life without internet access ni xda serinya tau.. hidup terasa sepi.. jiwa terasa kosong..as for me, biar xda handphone.. hidup masih bleh diteruskan...huuuhuhu... lihatlah donia.. betapa Aida addict dengan internet nie..tapi ok what... i just pergi dari satu blog ke satu blog... then i read their new entries... actually ni good activity what.. byak ja info2 yang bleh Aida dapat.. susah mau cerita kat sini.. hnya yang suka berblog saja yang tau betapa nikmatnya dunia blogging nih... kan kak yat kan? [kalau ya sila angguk]hehehe tetiba teringat kak yat...sorang wanita/ibu/isteri yang sangt gigih berblog demi untuk memastikan seorang bapa yang nun jauh di tengah lautan sana mampu melihat proses perkembangan serta pembesaran anaknya...


SILA LIKE :-)

Wednesday, March 2, 2011

WEDDING PERTAMA VERSI SKPK

Uikkk.. pasal kahwin lagi.. knapa eh korang prasan tak setiap entry yang Aida post mesti ada kaitan dengan kahwin..sudah sampai kah auranya? jeng.. jeng.. jeng...

sudah-sudah... ok berbalik kepada tajuk entry yang di atas..baru-baru nie Aida ada attend wedding kawan baik masa Aida kecik2 dlu.... nama dia Noor Nabila Huda bt Rosdi [nama yang tak mungkin aku lupa sampai bila.. hehehe]...Alhamdullillah, dia dah pun slamat menjadi kekasih yang halal buat En Azrol...hehehe... sangat la sweetg couple mereka berdua nih.. dua-dua malu-malu biawak...

Yang bestnya.. kami sedikit excited bila dapat tau Nabila ni nak kawin.. time nie la dapat jumapa semua kawan-kawan yang dah berkurun x jumpa.. semua memang dah lain.. muka matured ja.. dulu-dulu? xyah duk crita la.. yang pakai tudung senget ada, yang pakai tudng rambut berjuntai keluar pun ada, yang hingus meleleh pun ada.. ish3 betapa bezanya kami yang dulu dengan kami yang sekarang...

Bila dah di invited, kami pun memasing mula la planning nak jumpa kat mana, pkol brapa, n macam2 la.. Ok first sekali, si driver yang chomel nih gi jemput Si Zaty dlam pkol 10 macam tu la.. then bila dah jumpa pa lagi kan... gossip la kan... YEAH.. KAMI GOSSIP GIRL..another group plak nak kumpul depan SMKPK.. xpa.. tapi sebiji moto/keta pun x dak.. Kami msej Fazliyana["Wan betul x aku eja nie"...hahaha] then suruh dia kluar.. lepas ambik Yana kami ambik Si  Ustazah Farihah plak... Farihah nak bawak keta die.. tapi Aida x kasi.. wat pa nak bazirkan minyak? keta pun mmg kosong untuk dua orang...so carpool jela..[alasan..sedangkan kalau kereta lain payah nak bergosip]heh2... 

Lpas ambik Farihah kami gi Bertam ambik Tiyah...anak Si Pakcik Ghazali... bapak die suka senyum..malu kot.. lama x jumpa... rasanya aku dah lama x jumpa Tiyah nie.. since aku pindah Form 1 rasanya.. rindu gile kot.. mcm nak peluk2.. tapi dalam keta kan.. malu kot.. tahan2... Dengan Tiyah ni Aida rapat masa kami kat SMKKS dlu...huhuhu really miss the moment la korang...Aida, Tiyah, Nurfah, Yati, Adlina, Julia. n da dua tiga orang lagi...eee.. kenangan yang sangta indah untuk dikenang...

Sudah2 dah melalut lagi... huhu..yeah.. saya memang suka membebel..terbukti sudah.... ok smbung balik..lepas ambik Tiyah kami gi Secret Recipe.. nak belikan kek untuk nabila...Secret Recipe x bukak la plak kan.. aiyekkkpkol brapa tah nak bukak..padahal time tu dah dekat pkol 11 kot.. disebabkan nak kejar masa, kami pun bantai la beli kat kek yang lain... terima la seadanya wahai sahabat.. then kami pun terus shoot gi Padang Serai... Majlis Akad Nikah berlansung di masjid... so smpai ja kami kat Masjid tetiba aku jadi nerbes[baca nervous ok]... segan kot.. nak cakap pa nanti... dah lama kot x jumpa... Dengan si pengantin ni lagi la.. dari tahun 2000.. kenduri tahun 2011..byangkan la kan.. 11 tahun kot..huhuhu.. kami dekat ja pun.. tapi tahla.. payah benar nak jumpa..

xpa, x jumpa x semestinya aku x ingat..x jumpa x smstinya dia bukan kawan kawan Aida... dia kawan yang paling Aida kenangkan.. sunguh rpat kami dlu... sampaikan MANDI pun sama2 la.. hahaha[sila jgn pkir ke lain ok.. kmi bdak gi time tu.. hahaha] makan, minum, tido tu x payah cakap la.. selalu ja aku lepak rumah dia..dia pn selalu ja lepak rumah aku.. huhuhu.. sampai sekarang bila ja Aida lalu kat tepi rumah lama dia, Aida selalu mcm ternampak "kami' tengah main2 kat situ.. haihh kuat sangt ingatan aku kat ko Bila.. ko ingat aku x? huhuhuu... n yang paling aku x bleh lupa.. masa ko nak pindah tu.. perghhh.. sampai mati aku ingat...hahaha..[ sesapa nak tau.. tunggu entry seterusnya]...MALUU kot... hahah.. tapi seriusly.. bila aku tau ko nak pindah.. mmg aku lost gila.. aku terasa sangt kehilangan ko tu.. hukhukhuk...ko pun satu.. saja kan bgtau aku last2 minute.. nasib baik aku x da sakit jantung.. kalau x, x sempat nak tengok ko nikah..

ya Allah... Aida membebel pe lagi nie... hahahha abaikan kawan... ok2.. smbung balik.. bila dah sampai masjid.. kami masuk la.. [xkan duk luar plak kan]...ada sepasang gi pengantin yang sedang diakad nikahkan.. Nabila tengah tunggu turn time tuu... n kat belakang die.. mak aih.. ramai kot kawan-kawan sekolah dlu... ada Mira 6 Amal, Idayu,Yati, Zawanis, Azad, Dayah, Yani n dua tiga orang g.. best ooo...[Wan, ko jeles x?]ahahha... then kami pun babai2.. duduk n sembang2 la kan.. xlama lepas tu turn nabila palk diakadnikahkan... pergh.. knapa tah aku plak yang nerbes terlebih[baca nervous aku kata!]..ish sapa yang nak kawin nie..

Dengan dua kali lafaz dah sah kawan aku sorang nie jdi bini orng.. ish dah kawin ko kan.. aku sedikit slow la nak terima hakikat ni.. ermm opsss lupa plak..Idayu pun kawan baik aku.. rindu dayu jugak.. Dayu pleazz mai la umah aku raya2... kami gi rumah Nabila plak lepas tu.. memasing memang mula lapar la kan... tahap apa? haa yang tu yang kita x tau[baca nada dalam crita Los & Faun tu]..lauk on that day tersangt la sedap... makan plak sambil sembang.. lagi la kenyang... leps makan kami duduk2 lama jugak la,, bukan senang nak jumpa kan.. n around pkul 2 mcm tu kami minta diri nak balik...

dalam hati aku time tu... bila plak la nak jumpa kan?? Adoyai...

p/s: Entry aku post saje nak panas2kan Azwan yang nun jauh di Jerman nuh... Wan ko rasa pape x? n korang semua pelik x knapa xda gmboo? Sila tnya Wan... jawapan ada kat die.. huhuhu... owkeh... 4.am already.. need to sleep... class awal esok... tadda semuaaa...

With love,
Aida suka membebel,
4am,
2/3/2011







SILA LIKE :-)

Tuesday, March 1, 2011

SEBULAN JA LAGI SAYA DAH 21 TAHUN...

Waaa.. masa berlalu dengan begitu pantas sekali... knapa laju sangat nih? ke brek aku rosak? errr... korang lagi sebulan Aida dah 21 Tahun... dah wahhh... cepatnya setahun berlalu...erm.. dah 21 kan..x bleh nak kbdak2an sangat dah...

erm kawan-kawan Aida dah ramai kot yang kawin.. ada yang anak dah berjalan, ada yang baru bby, yang tengah mengandung.. n ada jugak yang dlam proses nak kawin...aiseyy korang ni.. laju la... next wedding will be wedding Nysa & Faisol... mmg sehari suntuk la kan kat wedding diorang nnti... kawan rapat kot... pasal diaorang nnti Aida post for the next entry... :-)

Terpikir jugak kekadang tu, nanti sampai giliran Aida brapa la anak diaorang kan? ermm pape pun Aida doakan yang terbaik untuk korang... suka tengok korang memasing happy...

p/s: Actually entry nih di post membawa matlamat yang satu... nak ingatkan suruh simpan duit... jalan lupa kasi hadiah... hehehehe

SILA LIKE :-)