Jumaat lepas aku puasa.
Sampai rumah dalam 6.45 macam tu..
cepat-cepat pi dapur. Mama tengah masak. Tanya mama dia nak masak apa? Dia kata
nak masak ikan sweet sour. Aku mcam lemah dengar. Ala kenapa ikan? Fobia dah
aku nak makan ikan. So aku pun jenguk peti ais ikan mama. Ada apa lagi yang
boleh aku masak secepat mungkin. Ada ayam! Terus aku ingat ayam goring cili kak
Pilla.
Aku keluarkan ayam n rendam dngan air.
Pastu aku bergegas gi solat asar. Lepas solat aku bersilat mandikan ayam yang
dah keras tu.. potong2 bagi kecik aku goreng
dgn cili…
Aku siap masak around 7.35 dah. Sah-sah
maghrib dah masuk. Punya leka masak sampai aku xsedar dh azan. Mau nya tak leka
sebelah tungku masak ayam, sebelah lagi aku goreng sayur. Menang sepantas kilat
la aku masak.
Sedap weh ayam kak pilla tu… sebab ayam dia
still rangup… Aku slalu kalau goreng cili aku blander, ini tumbuk. Macam penat
sikit la, tapi aku lagi suka yang ni.. aku makan dengan kicap n sayur yang aku
goreng ja. Mabeles weh, makan bertambah lah aku. Mama yang anti ayam pun ambik
banyak kira sedap la tuu…
Nak resipi? Meh aku share resipi kat
korang.
Bahan-bahan
Ayam (setengah ekor)
Bawang merah - 5 labu (ditumbuk)
Bawang Putih – 5 ulas (ditumbuk)
Cili Padi – 15 tangkai (ditumbuk)
Garam
GulaSerbuk Kunyit
Tepung Jagung
Minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Potong ayam kecik-kecik. Aku x suka ayam
goreng besar. Kang x garing.
2. Gaul bersama garam dan kunyit. Masukkan
jugak satu setengah sudu besar tepung
jagung. Gaulkan. Mama kalau goreng apa2 pun dia letak tepung jagung sikit… baru
rangup.. garam tu bagi lebih sikit. Nanti x payakh letak dah.
3. Goreng ayam n ketepikan.
4. Masukkan sedikit minyak, tumis bawang
merah, bawang putih dan cili yang ditunbuk tadi. Tumis hingga naik bau…
masukkan sedikit air dan masak sampai kering sikit…
5. masukkan ayam. Kacau sebntar.
Balik-balikan. Siap
Mudahkan? gambar xda.....aku lepas siap terus makan sbb dh masuk baru berbuka. X sempat
aku nak capai handphone segala...
Selamat mencuba!
Selamat mencuba!
SILA LIKE :-)
No comments:
Post a Comment