Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 23, 2013

GENAP SEMINGGU BEKERJA...

Lupa bagitau. Aku dah keja. Still graphic designer. Aku suka keja aku sekarang. Gaji + Cra keja + boss semua aku suka. Aku xpernah keja dengan Cina. Ni first time. Dan sepanjang aku keja sini seminggu, kesimpulan yang boleh aku buat adalah orang cina cekap berniaga. Aku solute anak-anak taukeh aku ni. Taukeh dengan bini taukeh pun hari-hari datang tapi just duduk dalam bilik khas. Lepak +tgk tv + pantau ja keja diaorang. Yang lain-kain semua bagi anak dia urus. Anak dia pun bukannya ramai. Dua ja. Dua bagus bagi aku. Muda ja diaorang tapi cekap.

Cara komunikasi antara boss dengan pekerja adalah sangat bagus. Macam aku, aku share blik dengan anak boss. Ala-ala boss dengan secretary tu duduk sebilik. Tapi aku designer la. Kerja aku plak sikit2 ja, buat logo + packaging baru untuk product diaorangn buat catalog ja.. haha syok oo…

Dah seminggu aku keja. Tapi internet belum sambung. So boss cakap aku relaks ja dulu. Wat la apa-apa. Jenguk la katalog2 lama. Haha aku free sampai tetiba aku rasa aku duduk kat alam lain. Mimpi rupanya.. boleh macam tu? & >___<

Majikan aku Cina. Dalam kurungan haruslah surau tak disediakan. Tapi tu bukanlah alasan. Lunch hour ja aku keluar gi solat kat masjid sebelah opis. Kalau aku malas, aku solat ja kat blik aku. Kalau boss ada aku segan sikit. So aku solat kat bilik stor.

Gaji? Haaa rahsia la. Tapi berbaloi la dngan jauhnya tu kan… dekat 40 minit jugak la Kulim ke rumah aku tu. Ok je kot bagi aku. Lagipun bukannya lama pun. Kalau ada rezeki aku sambung study awal, Bulan 9 ni masuklah. Kalau xda aku keja sampai bulan 12… masuk intake bulan 1..

Apa2 pun aturan Allah yang aku nantikan. Smoga masa depan aku cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ameen 

SILA LIKE :-)

No comments:

Post a Comment