Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 23, 2013

KAWIN!!!

Kawin.

Saat umur menjangkau 23 tahun, ramai kenalan-kenalan yang dah kawin. Asal hujung minggu ja, pasti ada jemputan. Ada antara kenalan yang anak dah nak masuk dua.. omaigod, asallah korang express sangat? Ke aku yang lambat kejar?Time acara kenduri kendara nil ah ramai yang mula ajukan soalan2 yang sangat x best nak di jawab…

“Ko bila lagi Aida?”
“Lepas ni mesti Aida!”
“Aida bila ko nak jmput kami makan nasi minyak hang?”
“Kita tunggu time Aida nanti mesti grand!”

Haii la korang, aku ni nak kawin dengan sapa pun xtau lagi. Korang dah pikir sampai ke grand segala. Apa la. Sungguh aku skrang solo. Agak-agak sesapa ada kenalan tu, meh la tlg kenalkan. Owh ya pasti ramai yang tanda tanya bermain-main kat kepala korang kan? Mana en boifren aku. Em aku x brani nak komen banyak-banyak kat sini.Aku serahkan semuanya pada-Nya yang kat atas sana.. Aku x salahkan dia, aku mahupun pihak yang terbabit. Hati sakit mmg sakit. Tapi tahlah, aku dah serik kot. Malas nak bercinta-cinta dah lepas ni.

Ada plak yang kata karang, tu la sapa suruh bercinta lama-lama. Last-last x jadi. Weh, sapa korang nak cakap macam tu? Aku kalau nak kawin, aku kena pikir banyak benda. Haa nnti mesti korang cakap aku suka pikir lebih2 kan? Aku kan, kalau hati aku kata tak janganlah sapa nak paksa aku.. Adalah sebab knapa hati ni asyik rasa taknak kahwin je dulu… memang bahagia.. aku nafikan.. bahagia sangat.. sampai sekarang pun, aku xmampu dan aku pasti aku takkan mampu lupa dia sampai bila-bila. Tapi yelah kan, tiap orang pasti ada jugak kekurangan/kelemahan masing… Aku dan dia sama ja..

Sekarang aku berserah ja. Kalau dah namanya jodoh,berpisah macam mana pun pasti bersatu juga.. macam cikgu sekolah mama aku. Diaorang bercinta zaman sekolah dulu, bila masuk u semua pakat-pakat terpisah. Masing jumpa orang lain, dan kawin. Dua tiga tahun lepas tu, sorang pasangan meninggal sbb kemalangan.. sorang lagi bercerai.. so diaorang bertemu jodoh balik.. Allahuakbar… Aturan Allah yang maha hebat…
Ada sorang kenalan aku plak, blogger jugak.. Dia lagi lah. Dia umur nak masuk 26 dah. Kawan-kawan pakat kawin, pakat ada anak segala. Dia still solo. Dia bengang kawan-kawan duk Tanya, dia tanamkan azam, kalau umo dia genap 26 n dia still x kawin, dia nak sambung phD kat Aussie. Agak2 dekat dengan birthday dia tu, dia buat kesimpulan. Mmg belum jodoh dia. So dia pun buat la apply ka nk continue kat Aussie. Masa nak gi hantar paperwork kat supervisor, dia jumpa sorang mamat ni… diaorang kenal sebulan terus tuning. Then after 4 months diaorang kawin.. haaaa… x jadilah nak pi Aussie segala tu.. trus kawin jaga laki… Nampak x point yang cuba aku nak smpaikan kat sini.

Andai Allah kata ada pasti ada!

Lagipun kan, aku rasa kawin awal ni kalau mentally x sedia rimas plak tengoknya. Mungkin pada kita kita dah sedia tapi bukan pada mata orang lain yang menilai. Cara urus diri, suami, anak, wang, hal rumah kadang-kadang akan buat kita tampak kurang bersedia sebenarnya. Nampak sangat sebenarnya. Kekadang rimas tengok, tapi sapa kita nak bersuara? Kawin pun belom ada hati nak tegur-tegur orang.

Aku dgn Dia x delah putus terus. Kamu still berhubung, cuma Suam sikit la… mcm smalam dia call, rasanya dalam setengah jam cakap, kami lagi banyak diamkan diri dari bercakap. Hai la. Ni semua gara-gara pihak terbabit. Smoga mereka serik dan sedar akan kesalahan mereka. Bertaubatlah.

So kawan-kawan,
Doakan yang baik-baik untuk kami. Ya Allah, kau berkatilah hubungan kami, restuilah kami dan rahmatilah hidup kami. Satukan hati kami dan akhirilah hubungan kami dengan perkahwinan hingga ke akhir usia kami. Jauhkanlah kami dari benda xelok yang mahu berdamping dan mengganggu kami. Hanya padamu kami pinta dan pohon segala sesuatu. Ameen…  T___T

SILA LIKE :-)

No comments:

Post a Comment