Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 23, 2013

BLOG YANG BEST!!

Salam.. Hai semua…

Aihh laa.. bersawang jugak kan blog ni? Konon2 I’m back la sangat. Asyik tenggelam timbul tenggelam timbul since duduk rumah ni.. Orang makin duduk rumah makin la lapang, ini duduk rumah makin sibuk… biasa la.. saya kan superwomen… haha.. [sila muntah]

Sejak terjebak dengan blog ni kan, ada la dua tiga blogger yang sangat mendapat tempat kat hati ni.. Antara blog yang aku addict n ketagih nak menjenguk blog diaorang hari-hari adalah blog Kak Pilla, blog Cheeramon, Blog Kak Moon, Blog Kak Ana Suzanna, Blog ladynoe, Blog Peej burhan, n blog masak kak Ita…

Kenapa aku suka blog diaorang? Meh aku story..

Blogkak Pilla – Aku suka blog kak Pilla sebab aku suka cara dia dengan anak-anak dia.. aku suka tengok gambar-gambar lauk yang wan[mak kak pilla] masak… semua Nampak sedap ja… Kak Pilla masak pun aku suka… simple n cepat siap punya… aku suka Amani bam2.. aku suka kaseh… n now bila KAk Pilla dah bertudung, lagi lah suka nak menjenguk… berseri-seri muka dia skrang.. seri bertudung ke seri makan ephyra? Hahaha jawab kak pilla.. jawab!! =P

BlogCheeramon – Ni geng Kak pilla jugak ni.. blogger2 otai… Kak Chera pun sama jugak  suka tengok cara dia treat anak dia… Dia pun suka makan… suka buat  review pasal makan kat sana sini…  So aku kalau dah xda idea nak makan kat mana kat blog dialah tempat aku nak rujuk…

BlogKak Moon – Geng Kak pilla jugak… Aku start baca blog Kak Moon since dia tulis pasal Norma… Aku jatuh hati dengan gaya penulisan dia yang sangat dating dari hati aku rasa… Bila aku baca blog dia, aku boleh rasa kasih saying Talib untuk Norma.. Aku boleh rasa kasih saying Kak Moon untuk Norma, Talib n Rafiq… owhh korang mesti tertanya-tanya sapa karektor yang aku sebut-sebut tadi tu.. Talib ni adik ipar kak Moon… then wife talib, Norma mengidap barah otak.. dapat tau masa tengah mengandungkan Rafiq n masa tau tu dah di stage 4… Talib yang jaga Norma… ya Talib… Sikit pun dia tak tinggalkan Norma… Sampai Norma tenat dan meninggal pun Talib ada bersama… Kalau korang follow dari awal korang akan faham… Korang bayangkan, Norma dah banyak kali tenat – baik kejap – tenat .. then sampai la yang terakhir tu, Talib niat dalam hati.. Kalai ditakdirkan Norma pergi dia redha… then x lama lepas tu, Norma dah xda… Kiranya sebelum ni Talib pasang harapan yang tinggi untuk Norma sembuh… Nampak x kasihnya suami di situ??  Sebelum Norma meninggal, diaorang ada masuk dalam Wanita HAri Ini… menangis aku dengar Talib cakap.. Norma pun masa tu kurus sangat… lain sangat dengan gambar masa dia sihat.. owh ya, Norma tu cikgu…  serang dah dekat setahun dah Norma xda.. Rafiq pun dah besar dah.. Talib?? Talib masih sendiri.. belom ada tanda-tanda nak cari pengganti…
Maap kak moon, nak review pasal blog Kak Moon tapi crita pasal orang lain je bnyak.. haaa pasal Kak Moon.. Kak Moon ni photography sekali dengan laki dia, En sultan. Gambar2 yang dia ambik selalunya gambar portrait la.. n salah sorang customer tetap dia Aida Gadis melayu.. Gambar diaorang majoriti memang kak Moon yang ambik… Lawa..  Lawa sangat!!.. Haa kalau korang nak beli langsir murah pun korang boleh baca blog Kak Moon… Lawa2 weh langsir kat jalan TAR tu…

BlogLadynoe –  Aku baca blog Ladynoe ni since dia nak kawin… Sekarang ni anak dia dah dua… haha berabad dah… Minat aku pada grafik dating dari dia la… Aku suka baca blog dia sebab dia suka bersederhana.. ko mampu ko beli.. ko x mampu ko diam.. eh x, untuk ladynoe ni dia lain sikit… kalau orang lain x mampu diam kan? Dia plak dia akan piker cara nak dapatkan apa yang dia nak dengan harga yang murah… cth, dia nakkan frame canvas yang orang slalu letak kat picture wall rumah tuu… dia gi SSF, satu harga RM60.. xkan nak beli satu.. kan ke mahai… at leat kena beli 6 baru cantin susun kat wall tu…. Then dia carilah idea… dia google gambar dari internet sendiri then dia pi print canvas… haa lebih dari separuh dia save waa cakap luu… bagus dia ni… aku suka tengok mcam mana dia excited nak wat birthday celebration untuk Sabrina[anak sulung dia]… semua benda dia wat sendiri… xdanya nak upah candy buffet segala…

BlogPeej – Aku suka kak Peej sebab keslumberan dia… betul eh aku eja slumber tu.. tetiba kompius plak… Kak peej ni pun suka makan…. Geng kak pilla jugak dia ni.. pengaruh besar kak pilla tu…semua orang kawan ngan dia…  Dalam slumber2 Kak Peej ni dia pandai masak waa cakap lu.. tambah2 part sambal bilis dengan tempe tu… menggoda doh aku tengok.. Nampak sedap gila.. Nampak ranggup gila ikan bilis tu… Dia pun suka review bab makanan area KL… n now dia tengah menggoda aku makan lava chocolate kek kat pavi.. haihh laaa….

BlogKak Ana Suzanna – Haaaa yang ini idola no.1 aku… aku paling respect kak Ana ni… aku pernah tanamkan niat…. Kalaulah aku dpat laki yang boleh buatkan aku xpayah bekerja[berkemampuan lebih sikit maksud aku], aku nak jadi macam kak Ana…. Dia rajin n pandai masak weh… selalu ja aku telan ayaq liuq gulp2 tengok blog dia.. Laa ni dia tengah pregnant anak ke-4, so aktiviti memasak dikurangkan.. kalau tak tu sampai ke pagi dia masak weh.. bukannya nak smbut tetamu ke, wat kenduri kea pa.. untuk anak dengan laki dia ja makan…. Dia pandai wat deserrt weh… Banyak dah dessert dia yang menggoda aku smpai aku gigih buat… antaranya yang aku penah buat Devil Chocolate Cake, trifle, Bread Puding, Chocolate cheese cake, cream puff, dadih, Lamb grill with spinash, Salmon masak apa tah n dll laa… bnyak kot aku nak senarai…

Kak ana kalau kau tengok dia kecik ja.. tapi dia memang superwomen la aku cakap kau… dia boleh handle rumah tu sorang2.. kira laki dia gi keja cari duit ja,.. anak2 dia pun dia yang ambik n hantar.. anak dia dah la sekolah jauh.. kiranya kalau dah gi hantar tu tak balik dah.. tunggu sampai anak dia habis sekolah baru balik… rumah semua dia urus sendiri… rumah dia besar weh.. sorang bibik pun dia tak pakai.. ini baru la boleh dikatakan rajin dan pembersih… kalau setakat ko tak boleh tengok rumah semak tapi kau pemalas baik x yah crita kat orang weh.. wat malu ja…
Aku memang jadikan ka kana ni role model aku la bila aku kawin dan ada keluarga sndri.. Sronok rasanya kalau dapat urus anak2 sendiri..ehhh lupa plak kawin pun blum.. mananya nak datang anak??? Ayooo…

BlogMasak Kak Nita – Kak Nita ni plak super bab memasak… super plus sangat creative.. dia kan kalau masak kan aku mmg boleh tengok jela… nak buat memang aku tak terdaya… boleh buat tapi aku tau aku takkan dapat secantik dia… dia kalau membaking kan weh, siap ada rough sketches segala.. haaa hebat kan? Aku yang graphic designer ni pun xpenah nya nak bersketch kalau time memasak ni…. Dia dasyat ooo
Ada la skali tu kan, aku Nampak dia buat creampuff,,, dapnyaa la kan.. aku pun rajinkan la diri nak wat… skali aku buat masin n haruslah tak secantik kak ita buat… orang kan selalu buat cream puff kan bentuk macam tahi lembu tu kan.. dia x weh…. Dia buat bentuk angsa… siap bersayap, bermata bagai.. adeh x paham aku… aku kalau buat macam tu aku mmg x kasi orang makan.. tetamu datang tengok n ambik bau ja… sapa makan aku cepuk sedas… Yelaa.. ingat senang nak buat???

Haaa ni je dulu blog2 kesukaan aku yang aku tak rajin nak review… nanti aku ada mood aku review lagi eh…. Mood malas menguasai diri skrang ni.. errr malas.. malas.. malas…  >____<

SILA LIKE :-)

No comments:

Post a Comment