Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 24, 2013

AWAS SI MULUT CELUPAQ!

Mood: Marah + Geram + Rasa nak lempang tapi tak bleh

Insiden semalam...

Seorang Nenek: Lamanya tak nampak hang. Buat apa la ni? Qeja [kerja dalam loghat utara] dah ka?
Aku: -tengah susun ayat nak jawab-

Tiba-tiba ada yang menyampuk...

Si Mulut Celupaq: Dia tak buat apa aih. Makan tidoq makan tidoq ja la ni. 
Aku: !@#$%^&*()ER*()_@#$%^&*() [memaki di dalam hati]

Betul aku tak nafikan.. tak pernah nafikan kata pepatah 'mulut orang manakan bisa ditutup'... tapi bila jadi kat aku.. aku memang sungguh2 rasa nak pi tampar muka dia sedas.. pastu kat mulut tu aku nak letak gam gajah... eehh takk gam gajah x kuat sangat ... nanti aku mintak pendapat kat makcik n pakcik google, gam apa yang paling kuat... aku nak gamkan mulut celupaq hang tuuu...

eeeeee.... geramnyaaaaa!!!

Ikutkan hati mati pompuan tu aku kerjakan... nak lempang2.. nak sepak2... nak tumbuk2 sampai hati aku puas... tapi nak wat mcm mana kan, rasa hormat yang terlalu tinggi mama dan abah dah terapkan dalam diri ni.. so aku sabar laaa... walhal dalam hatiii... bukan sebakul, dah selaut aku maki....

Buat Si Mulut Celupaq...
Aku memang duk rumah mengangkang ja,,, makan tido makan tido ja aku kat rumah ni haa... tengah aku tido tu, adik aku pagi2 boleh sampai sekolah... boleh sampai tempat tuisyen... SAPA YANG HANTAR?? mama balik mengajar, abah balik sawah makanan untuk tengah hari dah siap terhidang... SAPA YANG MASAK?? baju dah siap dibasuh... SAPA YANG BASUH?? bila petang, rumput basah disiram.. SAPA YANG SIRAM??? pokok pun dah siap bersiram... ikan dah siap di bagi makan... SAPA YANG WAT WEH SEMUA TU? HANTU? TOYOL? POCONG? 

Petang-petang sambil tengok tv, baju2 siap berlipat... SAPA YANG LIPAT??? sebesar2 rumah aku parents aku [8 bilik + 7 bilik air + 3 dapur + 3 living], kami x pakai khidmat bibik... takda tenaga luar yang menyumbang.. dari dalam rumah smpai ke pokok2 semua sendiri... n bila semua orang keluar ke sekolah dan bekerja, aku lah insan yang bertanggung jawab mengemas dan mencuci rumah...  hang xtau papa baik hang diam!

Aku tak keja?
Weh, mana ko tau aku kat rumah aku tak keje apa2... Aku ada ja wat freelance dri rumah.. nnti tnya plak freelance tu apa! Freelance tu mengangkang depan tv sambil makan kacang.. hahaha.. Tu lah, dasar tak tau apa2 tapi menyibuk nak ambil tau hal orang..

eee aku geram wehh.. aku geram gila ngan hang nih...
Rasa mcam diri tu bagus sangat.. rasa mcam dah habis rajin... Rajin sangat je hang tu? Aku tengok rumah bersepah mcam tongkang pecah... kain tu kalau bubuh dalm bilik, pintu bilik pun x bleh bukak... Apahal x lipat? Kata ko bagus sangattttttttttt? Tulah manusia, tau nak menyibuk hal orang.. hal sendiri.. hal keluarga sendiri sampai x sempat nak sibuk eh?

Aku x keja tapi aku rasa aku xpenah menyusahkan sapa2.... Aku rasa aku cukup membantu skrg ni.. Sambil2 tu skill buat krja rumah boleh lah aku asah... Abah skrg gi keja x payah kelam kabut nak hantar adik aku.. gi Tuisyen pun pi balik aku yang hantar...  Aku xpenah mintak duit abah untuk kegunaan peribadi... bahkan aku guna duit aku kadang2 nak beli papa utk dimasak & untuk rumah... ko apa tau?? 

Hidup aku biar la aku yang tentukan... korang2 please la.. xpayah la susah nak sibukkan diri.. Sikit pun aku x hadap!.. Haa lagi satu, aku tengah tunggu panggilan nak smbung master... tulah aku x nak kerja lagi... Berlambak dah offer kerja aku dpat.. aku je yang x nak... 

Dah la.. makin taip makin aku nmpak muka ko kat screen laptop ni... kang x pasal2 terbang tinggi laptop ni...

Sebelum aku jadi macam ni baik aku stop!

hahahahaha

Bye!

p/s: Pembaca kesayangan saya, tolong tinggal jejak anda di komen @ shoutbox boleh? hari2 ada readers dan silent readers tapi sya xtau sape... tegur2 lah saya.. =)

SILA LIKE :-)

1 comment: