Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 25, 2013

RESIPI PUDING CARAMEL..

Dalam banyak-banyak resipi aida paling suka resipi yang nih... Selain tak menggunakan banyak telur, resipi ni jugak tak menggunakan serbuk agar-agar/jelly.... So, as for me ia adalah super duper sedap...

And for the beginner dan mereka-mereka yang baru menjinak-jinakkan diri dengan dunia masakan... 
Anda boleh cuba buat this puding... confirm jadilah... kalau kek, muffin dll susah... mendaplah, x naik lah, padatlah macam-macam..

Ok done membebel,
ini resipi yang dijanjikan pada kalian...

RESIPI PUDING CARAMEL

Bahan untuk caramel:
5 sudu besar gula
Sedikit air

Cara-cara:
- Letakkan gula bersama satu sudu besar air ke dalam loyang pembakar.
- Cairkan gula dengan menggunakan api yang perlahan.
- Bila kesemua gula dah larut, tambahkan lagi sesudu besar air
- kacau hingga sebati dah gula berubah menjadi keperangan..(hati-hati jangan sampai terlalu perang, nnti caremel akan jadi hangus dan pahit)
- tutup api , dan ketepikan.

Bahan untuk puding:
5 sudu besar gula pasir
2 biji kuning telur
3 biji telur
500ml susu segar
esen vanilla

Cara-cara:
- pukul kesemua telur besama gula. (pukul slow-slow ja..xpayah pukul macam pukul telur dadar tu tau... pukul ala-ala manja untuk larutkan gula ja).
- Agak-agak gula dah larut, ketepikan.
- panaskan susu segar bersama esen vanila. Juga menggunakan api yang perlahan. Susu x perlu sampai mendidih. Nak suam-suam kuku ja)
- Kemudian, tuangkan campuran susu tadi ke dalam adunan telur tadi... masuk sedikit demi sekit sambil kacau.
-kemudian, tapiskan adunan tadi (tapis sebab nak buang ketulan-ketulan putih telur. Kalau tak, nanti puding tak cantik)
- tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar yang ada caremel tadi.

Pastikan periuk kukusan di panaskan terlebih dahulu, biasanya aida panaskan periuk kukusan dulu baru start mengadun. Kukus selama 30 minit dengan menggunakan api sederhana.. Sekiranya selepas 30 minit puding masih lembik, sila tambah lagi masa kukusan... Kukus sampai puding betul-betul masak...

Kalau yang xda periuk kukus, boleh jugak guna kaedah bakar.. Tapi kena guna kaedah 'steam bake' lah..

'Steam bake'= letak loyang adunan ke dalam loyang lain yang berisi air panas


Bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 40-45 minit.

Siap! Hiaslah mengikut kreativiti anda... Aida buat x rncg... so xda stawberry segala.. kosong jela...

 first time

 2nd time...

n ini yang buat semalam...

Semalam buat first time guna kaedah steam bake... output dia lagi cntik... kalau pakai kukus, dia kurang cantik dan senget (periuk kukus mama senget) =)

Selamat Mencuba kawan-kawan...
[nanti dah buat tagged tau kat facebook... =)]

SILA LIKE :-)

No comments:

Post a Comment