Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 3, 2013

RESIPI TIRAMISU

Wallah... ini adalah kegemaran... Tahap ketensioanan mendadak ke tahap maksimum bila tengok gambar tiramisu ni time mood DIET tengah on... hahaha siap huruf besar lagi...

Aida first time makan Tiramisu ni kat Starbuck... Mak oi, memang kuat coffee yang dia pakai... Siap ada bijik-bijik coffee laaa.... Aida dengan sepupu2 time tu, kitaorang ambik satu je tapi penangannya dasyat... berjaya tengok midnight tanpa mnguap.. haha... itu hebat!

Actually dah lama teringin nak buat tiramisu ni, tapi masa tu minat memasak kurang... dah tu tengok bahan-bahan dia pun, mak aih.... menyusahkan... masa tu cream cheese pun x kenal... mcm mana nak buat tiramisu... sampai la terfollow blog akak ni... Slalu dia mention cepat dan pantas dia buat tiramisu... Bahan-bahan yang dia pakai pun tak lah pelik-pelik sangat...

So mood masak turns on....

Jom la buat tiramisu... ini resipi yang dijanjikan untuk kalian... =)

Bahan-Bahan:-
Biskut ladyfinger/savoiardi [boleh jugak guna kek span.. tapi aida prefer biskut... kalau kek lunyai sgt]
250ml Whipping cream [Aida guna brand Emborg]
Cream Cheese [Aida guna brand Philadhephia... Brand Fatura murah skit.. tpi suka Philadhephia jgak]
Serbuk Koko [guna brand Van Houten je]
Serbuk Nescafe
Esen Vanilla
Air putih
1/2 cwn gula pasir

Cara-cara:-
1. Masukkan cream cheese, whipping cream, esen vanilla, dan gula ke dalam mixer.
[Aida dah selalu buat, so aida masukkan semua sekaligus.. Bagi yang first time and beginner dinasihatkan jangan tiru aksi ni.. Bahaya... kalau yang tak biasa boleh melambung semuanya.. korang putar dulu cream cheese, gula n esen vanilaa.. dah sebati baru korang masukkan whipping cream.
2. Putar sampai semuanya sebati... Mula-mula putar slow je dlu... agak dah sebati sikit baru lajukan.. kalau terus laju memang terpelanting semuanya..]
3. Bancuh serbuk nescafe dgn air.. kalau nak biasa2 guna sesudu kecik nescafe je.. kalau yang coffee lover n suka pahit boleh doublekan..air ini kita guna untuk melembapkan biskut
4. Tuangkan air nescafe tu dalam piring.. tuang sikit-sikit ja, celup biskut ladyfinger dpan n blakang.. lepas tu susun dan bekas/cawan kaca
5. Lpas tu letak la cream cheese yang kita putar tadi... ikut korang la nak letak bnyak mana,, aku masa mula-mula letak ciput ja, sbb bukan jenis suka cheese... cheese cake mmg x makan... skali bila makan sedap la pulak... terus buat lebih]
6. dengan menggunakan penapis korang ayak serbuk koko.. kena guna penapis. kalau tak, tak sekata,.. ada tebah, ada nipis serbuk koko tu nanti...

macam nih...


7. then korang ulang step 5 dan 6 smpai korang puas hati dgn ketinggian tiramisu korang...

Buat la sampai jadi macam nih.....


ini dia hasilnya... nak nampak sedap cucuk sikit daun pudina kat atas tu... wallah sangat... yang ni untuk makan sendiri...


yang ni pulak untuk diagihkan kepada jiran tetangga... baru sempat nak berbalas bekas yang jiran hantar minggu-minggu yang lalu..

So selamat mencuba... dah buat nanti jangan lupa tagged tau... kalau nak hantar sikit kat rumah adalah lebih baik.. =)


SILA LIKE :-)

No comments:

Post a Comment