Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 27, 2011

Kita manusia hanya mampu merancang....sabarlah wahai sahabat..

Written by : purplE lAdy

Kita manusia hanya mampu merancang.. betapa hebat pun kita segalanya ditetapkan oleh yang maha Esa...betapa agung kekuasaannya... kita sebagai hamba hanya mampu menerima segala takdir yang sudah ditentukan kepada kita... Semuanya sudah tersurat di Loh Mahfuz..

Macam mana sayangnya kita kepada seseorang.. kita perlu ingat.. kehilangan itu suatu yang pasti... sama ada cepat atau lambat..ia pasti kunjung tiba... x kira berpisah hidup atau mati..semua ditangan Yang Maha Esa..kita sebagai insan yang lemah perlulah sentiasa bersedia menerima akan kehilangan itu kelak...

Dan bercakap jugak mengenai kehilangan, aku tau... aku belum bersedia kehilangan orang yang aku sayang...Beberapa bulan yang lepas, sahabat baik aku since aku tadika kehilangan ibu tersayang... aku sangat kenal dan agak rapat dengan seluruh ahli keluarga beliau... Since aku dapat tahu berita kehilangan tu, aku dah terlambat.. jenazah dah selamat dikebumikan... mengalir air mata aku mengenangkan sahabat aku tu... lebih pilu bila mama bagitau sahabat aku sndri pun tak smpat melihat wajah ibunya buat kali terakhir.. Ya Tuhan.. dugaan apakah ini?

Aku sms sahabat aku... alhamdullillah.. dia sangat tenang...sangat redha dengan segala ketentuan yang diberikan kepdanya...sedangkan aku? Air mata ini tidak berhenti2 mengalir.. entahlah.. aku cuba menyelami andainya segala yang berlaku tu terjadi kpada aku..Kuatkah aku? tegakah aku? Sedangkan kami sama.. kami anak perempuan sulung...usia kami juga sebaya...kami ada 3 orang adik yang usianya hampir sama serta  masih lagi bersekolah... sorang lelaki dan dua perempuan...usia ibu bapa dia juga seusia dengan ibu bapa aku..jadi tak mustahil ianya juga boleh menimpa aku..

Betapa banyak persamaan antara kami... buat Nurul Izzati bt Che Johar.. doa aku smoga ko kuat hadapi segalanya...Hnya dia yang lebih mengerti apa yang terbaik buat diri kita..walaupun kita jauh.. jangan lah teragak2 nak berkongsi dengan aku...Aku sayang ko zaty.. selalu-selalu la text aku... keep on smiling syg.. ;-)

sahabat yang saya maksudkan adalah yang berbaju biru dan bertudung putih itu...
kuatnya dia...betapa saya sangat mengagumi kekuatan diri dia..nampak mcm muda remaja.. tapi semua tanggungjawab
seorang ibu digalasnya kini... 

Dan ini wajah kedua ibu bapa saya..Semoga Allah panjangkan usia mereka..
saya masih belum bersedia untuk kehilangan salah sorang dari mereka.. dua apatah lagi... 

Buat Zaty: Aku yakin, aku pasti... mak ko mesti tengah tersenyum lebar kat sana tgk ko jaga adik2... :-)

SILA LIKE :-)