Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 24, 2012

SAHABAT SUATU MASA DAHULU....

Sahabat.... 
Dulu kita sangat akrab...
Gelak ketawa bersama sudah terlalu kerap...
Ketika berduka kau sahaja yang boleh diharap....
Takada benda lain lagi yang paling mujarab...


Sahabat...
Itu dulu....
sewaktu kita belum ada sengketa...
Sebelum wujudnya pelbagai prasangka...
Sebelum kau memilih kaca dan bukan permata...
Sebelum kau berubah berpaling muka....


Sahabat....
Pernahkah kau ingat lagu-lagu itu?
Pernahkah kau rindu saat-saat yang berlalu?
Pernahkah kau sebut-sebut namaku?
Pernahkah kau meyesal dengan apa yang berlaku?


Sahabat...
Biar kuberitahu mu apa yang kamu tidak tahu...
Aku menangis kenangkan diri dan sikapmu...
Kenapa kau sanggup khianati sahabatmu demi sesuatu yang palsu?
Aku sentiasa berdoa agar kau tak lupakan semua itu...
Agar kau tahu, harga persahabatan bukan mampu ditunjuk-tunjuk sebegitu....


Aku hanya aku... punya kelebihan dan kekurangan...






SILA LIKE :-)

No comments:

Post a Comment