Thursday, July 5, 2012

ERTI TANGGUNGJAWAB!

Salam bloggerz.....
Alhamdulillah pagi yang damai walaupun membawa pengkhabaran yang kurang indah.... biarlah... biarlah dia dengan tujuan asal hidup dia.... malas nak ambil tau, even kekdang rasa nak gitau dia "eh ko tau x, ko dah kantoi? aku dah tau la! Nipu ja kau tuu!!!"... huh... dah aida duk diam2... biar dia ngan hal dia.. jaga hal ko dah....

Tapi bukan lah itu yang mahu aku coretkan di sini... hal yang aku mahu coretkan adalah lebih besar... lebih serius... lebih penting dan lebih kekeluargaan... muncul jugak kerisauan di hati, andainya apa yang ingin dicoretkan mengundang seribu satu rasa di hati orang lain.... mengundang sesuatu yang buruk dlaam hubungan kekeluargaan... tapi biarlah... hanya pendapat dan curahan hati....

dua atau tiga bulan yang lalu, one of my auntie sakit. sakit apa? dalam bahasa yang sopan dan manis didengar, dia mengidap ganguan pada mental...GILA adalah satu perkatan yang sangat biadap... so plez... jangan mntioned org gila... sebut 'dia tak waras' adalah lebih sweet :)  ... based on apa yang doc bagitau yang aida faham... otak dia gagal berfungsi secara normal...which is my auntie akan  dengar dua tiga mesej serentak... x paham? mcm ni.... normally otak kita akan cakap "aida makan".... tu aja... tapi otak dia lain... kalau satu suara kata makan, satu lagi kata jangan makan atau pun dia akan kata msej yang lain... 

cth... "aida mkan"... satu lagi lak "aida mandi"... haaa mcm tu.... so ini lah yang wat my aunt akan keliru untuk terima msej yang mana satu n lastly dia akan menjerit....itulah yang sbanrnya... bila dah mendekati mereka2 yang macam ni baru kita akan faham...and please bila one of your family members ada yang menyidap penyakit yang mcam ni, please la jangan terus lari n ignore dia mcm tu... itu akan membawa keburukan yang maha banyak... itu akan lebih memburukkan keadaan mereka... kita as the family members, sepatutnya kita lah berdiri sebelah mereka, pegang tangan, dan hulurkan bantuan...n the most important things is we must treat them well....bayangkan kita di tempat mereka... mestilah kita pun mengharap perhatian yang sama kan? jangan lupa hidup kita bagaikan roda.. hri ni mgkin kita di atas... esok2bila kita di bawah, jangan lah terkejut andai tak de sapa pun pedulikan kita....

aida tak suka cakap kosong.... dan semua yang dicoretkan di entry ini adalah semua yang aida lalui..... Punya adik bradik yang banyak bukanlah penentu masa depan kita terjamin kelak.... take note n be aware... jangan lah terkejut andainya kakak dan abg yang slalu bersama kita hilang dan aib macam tu ja... inilah lumrah dunia yang sangat pahit utk kita telan dan sangat x best untuk kita hadapi....

ok.. berbalik kepada crita my auntie yang sakit tu, dia adalah ank yang ke-5 daripda 6 adik bradik...... ramai kan? sangat ramai sebenarnya.... dia punya seorang abg(my dad), tiga kakak, dan seorang adik perempuan..... semua nya hubungan baik2 sahaja... xde masalah dlam perhubungan... tapi bila nasib menipa diri, dia sakit maka hilanglah semua... dalam ramai2 bradik tadi yang datang tunjuk muka, yang datang menghulurkan bantuan adalah segelintir daripada mereka sahaja.... and syukur Ya Allah, my dad adalah salah seorang insan yang terpilih untuk tau erti tanggung jawab.... bukan ingin memuji atau mengangkat2 diri... tapi inilah hakikat yang diterima.... my dad la segalanya....

tertnya x mana yg lain? 

Erm entahlah.... bak kata mama... apa yang kita buat, kita kena set in mind itu adalah tanggungjawab.... dan plz.. jgnlah mengharapkan sebarang pembalasan dri apa yang kita buat.... ikhlas itu penting.... dan ahamdulillah, apabila kita dibesarkan di kalangan mereka2 yang bertanggungjawab, pastu kita jugak akan terpilih untuk menjadi slaah seorang daripada mereka... syukrun :)

Bila dah besar n dah punya lesen kereta, teruslah set in your mind yang lesen tu bukan lah hnya untuk kepentingan diri.... kepentingan orang lain jga perlu diambil kira.... So, berasaskan sesuatu yang dipanggil tanggungjawab, aida ngan angah( adik llaki) yang juga sudah punya lesen mula menggalas tanggungjawab yang selama ni mama dan abah dah jalankan dengan sangat bagus... dan kami jga mahu jadi sebagus mereka... Bila my aunt warded, kami(Angah n Me) lah yang bawak maktok mlawat my aunt.... bila mereka-mereka yang mempunyai masalah mental kena tahan di wad, polisi melawat adalah berbeza dari pesakit2 lain... mereka yang menghidapi penyakit yang sebegini hanya akan dibenarkan mlawat dgan kebenaran doktor... bila nak dtang, kenal call doc n tnyakan khabar sebab emosi mereka-mereka ini adalah tidak menentu... penah jugak dah smpai, tetiba doc tak bagi tengok.... katanya emosi my aunt terganggu n takot dia hilang kawalan... kali pertama kami dibenarkan melawat adalah selepas seminggu dia di wad.... masa tu aida, maklang, jihah(cousin), maktok n maklang  yang melawat... angah tak ikut coz kereta dah penuh...

bila smpai kat depan pintu wad, ada interkom bagai... safety la kan? diaorg kan boleh bertindak di luar kawalan... so dh masuk kena bgitau plak nurse kat situ anda waris sapa ni then dia akan suruh tunggu kat bilik yang dikhaskan di untuk pelawat di situ... bila my aunt smpai.... so aida tengok dia.... she's look different..... sangat kemas dan terurus.... x mcam kat rumah... nampak sngt tak terurus... pastu i'm asking her... "Cik yah kenal x kami".... dia jawab "tak".... pastu satu2 muka kami dia pandang... n she's crying.... n terus dia peluk maktok.... uwaaaaa... Me? apa lagi.. teruslah menangis!!  then kami pun stay kat bilik yang dah dikhaskan tuu... maktok tnya dia dah makan ke blom, maktok ada bawakkan makanan.... terus dia ambik beg yang maktok bawak n makan dgn sangat gelojoh.... Me? menangis lagi... aida tau dia sangat rindukan makanan rumah... 7 hari kot...

Bila dah makan, kita orang sembang2... lebih kurang mcm ni la..

Aida: Cik Yah kenai org x?
Cik Yah: Aida Najwa....

Haaaa ambik kau mak..skali ngan nama penuh dia sebut which is i never espect... ingat dia nak sebut Along ja... n tanya semua kat situ semua dia knai... tnya dia knal my Angah n my dad pun dia knal.... tapi jangan terkejut.... kakak n adik bertuah yang lansung tak melawat dia memang dia tak kenal.... I'm asking her:-

Aida: cikyah kenal makngah x?
Cikyah: huh x knai aih. dia bukan nak mai tgk pun. [itu yg dia balas]
Aida: kenai maksu x?
Cikyah: Hazwani Hassan tu? nama ja misi[jururawat], tpi ngan org x heran pun...

haaa tengok... jangan fikir mereka ada masalah otak mereka xda perasaan.... bla dah jadi macam ni sapa yang nak kita persalahkan... haruslah mereka yang bertanggung jawab.... dlaam nak menjaga hati, sebenarnya jauh di sudut hati ni nak sangat mereka2 yang tak bertanggung tu baca entry ini... bukan nak keruhkan keadaan... tapi nak wujudkan kesedaran.... jangan terlalu bongkak n lupa diri.... hidup kita tak lama.... entahlah.... as for me, aida rasa mereka2 ini malu sbenarnya.... malu nak bgtau umum yang mereka ada sedara n darah daging yang kurang waras.... bab ni aida puji Angah.... my one n only bro.... patutnya, remaja yang tengah membesar mcm dia yang patut malu... tapi dia tak... dia sangat cool... dia yang kerap bawak my aunt jumpa doc bila ada check up... Alhamdulillah dia tahu erti tanggungjawab....

Kat bawah ada few pic yang sempat aida snap... 


Dia makan dengan sangattt excited sekali...smpai kena suruh dia slow down n kunyah perlahan2... betapa dia rindukan rumah... so aida pun ambik kesempatan ni cakap kat dia... "CIkyah kena duk sini, wat perangai elok2... baru la misi bagi balik cepat. Duk sini bukan best pun". Kena pandai main dengan emosi...

Dah habis makan kami borak2.... time ni la sessi pertanyaan either dia kenal kami or tak... tanya dia apa aktiviti kat sini.... siap ada taici[aku xreti nak eja bebetul weh] dengan sessi basuh kereta dengan kawan2... macam best kan?

jihah(sepupu), maktok, n my aunt

Owh ini maklang... dulu kecik saya duduk dengan dia....
Dia la babysitter saya dulu....

borak n terus borak...


jihah...

Ini adalah pesakit lain yang nasib dia lebih kurang sama... disebabkan stress ja dia jadi mcm ni... dia sangat minat tentera..tapi dah dua kali apply x berjaya, dia jadi tension.... mcam2 kan? so jangan tension2... [hari tu tengok mcam hensem... mimpi kot?]

Nie jadual aktiviti diaorang.... KLIK untuk tumbesaran....

OK nak balik dah... part ni kompem aku duduk jauh2...aku kan hati kaca...
org lain steady lagi, aku airmata dah di tubir mata... wahh sastera kau...

nampak pintu tuuu? pintu tu la yang menempatkan ramai yang senasib dgn my aunt...
ok jom tekan bell panggil nurse

ok nurse dah bukak pintu... trus ja my aunt masuk...
kami ni punya la risau kot2 dia x nak masukkan... alhamdullillah...

P/S: Itulah dia rencana yang maha esa... kita yang sihat walafiat... yang senang lenang yang nak sombong diri alpa dengan tanggungjawab sendiri... dunia boleh la lepas... nanti2? pikir2 la... korang lagi tua dari aku!

SILA LIKE :-)

No comments:

Post a Comment