Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 28, 2011

SEGMEN MENGINSAFI DIRI...."JANGAN TERLALU PERCAYA"....

Sedang aku berblogwalking...teringat aku akan kisah semalam...bicara di antara aku dengan seorang yang bergelar sahabat...kisah yang masih bersarang dan melekat kuat dalam fikiran aku...sahabat, kenapa kamu jadi begini??? Hancur, luluh, kecewa dan kesal dengan berita yang kamu sampaikan...berita yang telah kamu kongsi dengan aku...Andai aku tahu, bersungguh-sungguh akan aku halang kamu..Perlukah aku menangis?? Perlukan aku bersedih dengan semua yang berlaku...dengan semua yang terjadi akan diri kamu?? mengapa semudah itu sahabat?? mengapa???

Sahabat...

Jawapannya hanya pada kamu... hanya kamu yang tahu...hanya kamu yang mampu bicara tentang semua ini...sahabat.. tau kah kamu....dalam keletihan semalam, dalam kepenatan semalam... aku berusaha untuk tidak menghampakan kamu..walau pun penat mengharungi perjalanan dri Klang ke Penang...aku tetap berusaha untuk tidak menghampakan kamu...aku berusaha untuk mendengar setiap masalah, setiap keluh-kesah kamu...Namun berita semalam membuatkan aku terkedu. Mengucap panjang aku. Mengapa kamu mesti hancurkan masa depan kamu demi perasaan yang memberontak...demi rasa jiwa yang sedang menggelegak..Sahabat, apa lagi yang mampu untuk aku katakan.. untuk aku titipkan...semuanya sudah terlambat...semuanya sudah berkecai... Aku sangkakan kamu punya fikiran yang utuh..... iman dan akal yang teguh...rupanya tidak... kamu tidak seperti yang aku sangkakan... kamu tidak seperti yang aku jangkaan...kamuuu !@#$%..... Arghhh...

Sahabat...

Andai kamu tahu aku tersangat lah sedih dengan berita ini... Dimana lagi letaknya harga diri, dimana pergi rasa malu dalam hati dan sanubari....Ya sahabat, aku tak punya apa-apa...namun ingatlah pesan aku padamu semalam, usahlah kamu serahkan apa yang kamu miliki demi menguji hakikat cinta sejati....usah lah terlalu taksub mengejar cinta....usah terlalu percaya pada setiap janji dan bicara....biarkan diri kita keseorangan... jangan terlalu terburu-buru....Jangan lah menjadi terlalu memberi...Semoga kamu sedar wahai sahabat...Semoga kamu masih punya jiwa yang suci...Menegrtilah kisah semalam benar-benar buat aku berfikir sejenak untuk apa semua nini? perlukah?

Sahabat...

Semoga kamu kembali ke pangkal jalan...mengertilah aku sayang sama kamu...kamu wanita dan aku juga wanita... kita sama-sama wanita.... Jagalah diri...Lindunglah permata yang kita punya...Jangan lah terlalu mudah percaya pada pasangan... semoga engkau mengerti wahai sahabat...

ingatlah...
Tiada istikah CINTA SEJATI dalam dunia kahir zaman ini

Walau pun semuanya telah terjadi, tetap aku titipkan doa buatmu sahabat... Semua yang terbaik hanya untuk kamu....Bertaubatlah...Allah sentiasa mengampunkan dosa hmbanya...

Semua kamu beroleh setiap rasa gembira dan bahagia....

Subhan-Allah....

Inikah yang dinamakan cinta DUNIA????


-------------------------------------------------->>>


itu cerita antara aku dengan seorang sahabat di sebelah malamnya... sebelah siang-Nya aku dipertemukan dengan seorang wanita yang sangat derita kehidupannya...semuanya selepas ditinggalkan insan yang bernama lelaki...'Dia' kita namakan akak A(bukan nama sebenar)....dulu, 13 tahun yang lalu dia hampir menggelar seorang pendidik...menggelar pendidik pada waktu itu adalah satu pekerjaan yang aku pkir cukup bagus...tapi apakan daya....disebabkan terlalu mengikut kehendak hati yang tengah memberontak, dia sanggup tinggalkan pengajiannya yang papa waktu itu sudah berada di tahun akhir...subhanallah... syangnya....bayangkan, dah berapa tahun berjuang, di saat-saat akhir kita mengalah...sangat sayang...sayang rugi... kan??


tapi apa yang boleh kita buat...nafsu menguasai akal...semua nampak indah...semua nampak bahagia...Ditinggalnya kedua ibu bapa yang berpenat lelah demi mencari menguap nasi demi membesarkan dia hanya untuk mengikut kekasih hati... kononnya mahu berkahwin dan hidup bahagia dengan kekasih hati... pastinya sangat indah kan?? walau apa pun, kita kena ingat...jodoh, pertemuan, kehidupan kita semua di tangan-Nya.. kita boleh rancang... tapi dia yang akan tentukan....


Menyesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidah berguna.... fikir masak-masak dalam buat apa pun leputusan...sangat indah perumpaan nenek moyang kita..segala nya pasti ada sebab dan musababnya...

Dia awal perkahwinan, mereka sangat bahagia... semua sangat indah..sangat sweet untuk dikenang... tapi panas yang kita harapkan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari... selepas disahkan mengandung, si suami mula berubah sedikit demi sedikit... dari penyanyang jadi garang n tegas tak bertempat... dari romaktik jadi tukang pkul...dari sayang jadi benci...segalanya berubah...segala sudah tidah sweet...bila di soal selidik, rupanya dia sudah punya kekasih baru...dia tinggalkan isteri yang tengah sarat mengandungkan anaknya demi mengikut kekasih hati...sebulan kemudian bertahun ditunggu, dia tetap tidak kembali...Si isteri punah harapan...dan mula mengatur langkah demi untuk memulakan hidup baru...

Kamu semua tahu apa yang akak ni buat demi untuk menganggung hidup mereka anak branak???

Akak mngutip dan mencari barangan terpakai dari satu tempat ke satu tempat...dari satu rumah ke satu rumah...azabnya.... bayangkan dari bakal bergelar seorang pendidik... simpati saya menggunung.... Akak ni ibu kepada student mama saya... dan sebagai seorang guru yang sangat mulia budi pekertinya, mama mengajak akak ni datang rumah n ambil ja barang terpakai yang ada kat rumah kami... x perlu bayar... n disebabkan kami bakal pindah hujung tahun nie, banyak jugaklah barang-barang yang kami hulurkan... semoga ianya dapat membantu akak ni dlam membesarkan anaknya...

opsss anak akak ni sangat good looking... sangat bersih mukanya...mama kata "insyaallah 5A UPSR tahun depan"...doa seorang guru...insyaallah...

bila tengok akak tu angkat barang empat lima kali ulang alaik ambik barang hantar kat rumah dia, aida pun offer dia nak tlong angkat barang2 tu.... kesian.. dua2 branak ja wat keja2 macam tu...yang bapak syok duk ngan pompuan lain... binawe sungguh...

itulah ceritanya... pepakat lah kita ambil pengajaran...nak wat pape pun pikir la betol2...pikir ke depan... jangan akyik nak berseronok ja...

SILA LIKE :-)

Wednesday, August 17, 2011

Penyakit GOUT.. penyebab dan penawar!!!

Alkisahnya semalam kawan semeja sekopi aku ngadu sakit Gout....mulanya aku x tau gout tu hape... penah dengar tapi x penah nak tengok dengan mata kepala sendiri apa tu sakit gout... So bila dia ngadu aku dia tengah sakit... silalah bayang macam mana gelabahnya haku... aku mmg species x bleh dengar orang tengah sakit... menggelabah melebihi orang yang tengah sakit......

Rasanya dah lama aku x dengar orang sakit2 nie.. last masa sepupu aku, Si Angah nak bersalinkan Si Dani... Si Dani ni degil x nak keluar... lama angah sakit.... so aku? badan dekat Reka Cetak... otak aku dah kat dewan bersalin..... bila dah tak terbendung terus redah gi Razif....Aku dengan sepupu ku Kakcik mundar mandir kat depan pintu bilik bedah... risau gila... air mata x yah cakap... macam aku yang tengah nak bersalin... merembes kluar melimpah ruah...xda nak kontrol2 lagi... bila dah tau keadaan angah.. aku makin lama makin cool... ttiba ada nurse sorong bby keluar... fresh baby from the oven... trus bangun terjah... tgk mother's name: Izdihar... waaa,... nangis lagi... rsa x prcaya,.. slami ni tengok perut ja..skrang dh ada dpan mata....[tu baru anak orang k... ko tengok nnti i wajib la i menangis smpai pengsan!]

oppssssttt melalut.... kembali ke pangkal jalan....ni aku buat research sikit kat internet... khas utkmu kawan...



Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.
GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat 
gout.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Tisu lembut 
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan 
gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam. 

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

“Selain kaki, 
gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diseranggout akan bengkak, merah dan panas. 

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil 
gout palsu atau pseudogout
.

Tanda-tanda

Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).

FAKTOR RISIKO
·  Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
·  Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapatgout.
·  Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
·  Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
·  Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
·  Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat 
gout. .

Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

Mewarisi
Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.
Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhakan 
gout tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).

Individu yang kerap mengalami serangan 
gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.
Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).
Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

Diagnosis

Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid aspirated ) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes.
Aras Serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal.

Rawatan

Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah ( colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids ). (Dalam bahasa Inggeris)
Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.
Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.
Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut.
Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.
Diet rendah Purine:
  • ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
  • strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
  • elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
  • hadkan daging kepada satu hidangan sehari
  • Jangan makan
    • sweetbreads, buah pinggang, hatiotak, atau sebarang daging organ lain
    • sardin
    • ikan bilis
    • hasil daging, consommés, dan ( gravies )
  • Guna secara berhemah:
    • asparaguskacanglentilspeascendawancauliflowerspinachrhubarb
  • Elakkan kurang air:
    • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
    • Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin Ctea dan alkohol.
  • Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.


----->So, En Nasrol jaga and syangilah diri anda.... :)

SILA LIKE :-)

Tuesday, August 16, 2011

SMALAM AIDA SUKA MEMBEBEL BERMIMPI!!

Sejak akhir-akhir ni, aida sangat kerap bermimpi... hampir saban malam... nak kata aida x basuh kaki, aida dah basuh.. nak kata aida x baca doa, aida dah baca.. tapi mimpi still mimpi...

Smalam.. aida mimpi lagi...agak sengal sikit mimpi kali nie..

Lepas degree aida sambung master....u mana x masuk la plak dalam mimpi..so masa tangah study tu u tempat aida study wat open day... masa open day tu salah sorang dri classmate aida bawak bby dia...dia nya wife dah xda, meninggal masa bersalinkan baby diaorg.. so dalam ramai-ramai budak class kitaorang, ngan aida ja bby dia x nangis... wahhh penangan sukakan bby sampai terbawa2 dalam mimpi...hahahaha... sengal yang amat kan?? 

Bila dah sekali pegang, terus aida rasa syang... baby gurl die chomel sangat tau...sekali tengok terus jatuh cinta...selalu ja teringat2...

So lepas dri pertemuan pertama dengan bby dia tu, aida jadi rindu sangat...so dengan muka yang x malunya aida pun gtai dia aida dah rindu sangat dengan anak dia...dia senyum....hensem ala-ala Seth tan[hahhaha ok ni tipu]...dia ajak aida teman dia beli barang bby dia hujung minggu tu... 

so hujung minggu tu kami pun keluar la... dia, aida n baby... sumpah mcam laki bini...hahahah...then handphone bunyi... REKA CETAK SDN BHD call.... wakaaka.... x dpat den nak tau hujung pangkal mimpi nih....


SILA LIKE :-)

Saturday, August 13, 2011

ohooohooo BALIK KAMPUNG.....ohooohoo BALIK KAMPUNG.... HATI GIRANG..!!!

Salam semua.... salam rindu... salam ramadhan...

Mula-mula meh kita tiup habuk yang mula bersawang nih...errr berdebu-debu dah blog aida suka membebel nih....dah berminggu dah x menghapdet.... bukan tiada idea.. bukan tiada keinginan...tapi tiada kesempatan...mcam2 halangan yang menimpa diri sehingga la bl0g ni sangat terabai....dengan sakit perut... dengan cirit birit smpai kekurangan air dalam badan,dengan charger lapt0p rosak sememang nya amatlah menghalang aida dri on9...

sedap x sedar esok dah genap dua minggu umat islam mengerjakan ibadah puasa...cepat sungguh masa berlalu... rasa mcm baru smalam mula berpuasa....then lagi dua mingguu....yey.. nak raya... tapi bukan raya sebenarnya yang dinanti...Aida suka mmbebel lagi excited nak balik kampung!!!

bukan sebab dah lama x balik.. bukan sebab  rindu family, bukan sbb nak makan masakan mama... tapi sebab...inilah kali PERTAMA aida suka bebel balik kampung time raya...

xpenah ok.. xpenah sepanjang 21 tahun aida hdup aida balik kampung...[silalah bersimpati!!!!!!]..xpenah ok.. inilah yang julung-julung kalinya..

So bleh bayang tak macam mana excited nya aida nak balik kampung? macam mana obsesnya... lagi dua minggu nak puasa, aida dah dengar dah lagu raya...orang cakap jalan sesak.... enam ke tujuh jam kereta stuck...aggghhh... i dont care.. nak jugak rasa... nak jugak excited...macam nak burn lagu balik kampung... hahahha...moh kita nyanyi...

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

SILA LIKE :-)