Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 24, 2013

PLEASE HELP SYRIA...

Lama sudah tidak berblog... tapi hari ni Allah rajinkan diri ini untuk berblog...poster ini jugak yang menggerakkan hati saya untuk berblog sambil beramal hari ni..


Allahuakhbar,
Agak mengecewakan bila melihat jumlah dana terkumpul melalui kempen Facebook untuk Misi Bantuan Kecemasan Syria baru berjumlah RM510.00. SMS juga telah dihantar ratusan namun berbalas hanya 4 sahaja. 

Saya harus kuat dan berusaha lagi sebelum terbang salur bantuan ke bumi Syam. Mungkinkah sahabat-sahabat hanya sedih dan simpati bila saya paparkan gambar kanak-kanak yang sadis disana nanti? Janganlah tawaran yg kita diletakkan begitu utk mula terpanggil dan membantu.

Insyallah, saya akan mengetuai Misi Bantuan Kecemasan Syria yang bakal berangkat pada 27hb(Ahad) October ini. Misi akan cuba masuk ke kawasan bergolak di Aleppo dan Idlib untuk sampaikan bantuan kecemasan berupa makanan, ubat-ubatan serta keperluan lain. Keadaan Syria kini tersangat meruncing dan bantuan kita tersangat diperlukan.

Hari-hari terakhir sebelum terbang ke Syria, saya cuba round Penang-Ipoh-Alor Star untuk usaha dapatkan sebanyak mungkin sumbangan dan bantuan. Bakal berjumpa dan gerakkan team ArabyGroup juga utk bagi bantuan serta zakat berbaki.Definasi keperluan Terdesak dan Kecemasan ini seperti tidak sangat dikisahkan.

Kalau saya gagal mengumpul, maafkan saya Saudaraku di Syria, cukuplah kami masuk meredah bahaya sampaikan salam dan doa rakyat Malaysia sahaja.

Jumlah terkini sudah RM4,070.00. Jazakallah kepada yang peduli dan ambil usaha salur sumbangan peribadi hatta yang buat kutipan di Universiti (UM), sekolah dan sebagainya. Ini Misi Bantuan Kecemasan, sekiranya tidak terdesak sudah pasti saya akan susun strategi yang lebih berprotokol.

Masih jauh dan rendah namun usaha masih boleh dilaksanakan bersama sahabat sekalian. Biar kita menjadi perlaksana misi bantuan ini bersama. Jauh dekat kita sedang bergerak bekerja bersama.

Saya mohon sahabat doakan agar misi bantuan ini dipermudahkan. Kepada yang bersimpati dengan saudara kita di Syria, marilah bersama membantu salurkan INFAQ/Sumbang/ZAKAT melalui mewakilkan saya atau menerusi laman web berikut:

www.tabungsyria.com

Atau terus salurkan ke account
15400-1880630425 (Al-Rajhi Bank)
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

dari kita untuk Ummah
Sani Araby Al-Kahery
Pengarah Strategik MAPIM

-----------------------------------------------------------------------

Insan yang sedang memegang dslr itu adalah majikan saya... beliau adalah salah seorang yang Allah pilih untuk membantu menjalankan misi ini...

Awak-awak sekalian,
kita mampu berhabis beratus-ratus ringgit serta beribu-ribu ringgit untuk membeli barang-barang kesukaan kita... sanggup berhabis beribu-ribu untuk jelajah negara-negara luar...sanggup berhabis beratus-ratus untuk makan makanan yang sedap...

Saya tahu ada yang tak pernah lupa untuk memberi... tak pernah lupa untuk bersedekah serta tak pernah lupa untuk membayar zakat tapi saya juga pasti masih ramai yang lupa serta alpa dengan semua ini... terutama mereka-mereka baru bekerja yang seusia saya....

Andai tak banyak yang anda mampu tolong, mungkin RM10 sudah sangat membantu... atau mungkin dengan hnya menyebarkannya kepada orang ramai supaya memberi dana... tak kira bagaimana janji anda cuba untuk bantu...

Kongsikan pada teman-teman, saudara mara serta sesiapa saja.. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik anda... 

SILA LIKE :-)

Thursday, October 3, 2013

RESIPI TIRAMISU

Wallah... ini adalah kegemaran... Tahap ketensioanan mendadak ke tahap maksimum bila tengok gambar tiramisu ni time mood DIET tengah on... hahaha siap huruf besar lagi...

Aida first time makan Tiramisu ni kat Starbuck... Mak oi, memang kuat coffee yang dia pakai... Siap ada bijik-bijik coffee laaa.... Aida dengan sepupu2 time tu, kitaorang ambik satu je tapi penangannya dasyat... berjaya tengok midnight tanpa mnguap.. haha... itu hebat!

Actually dah lama teringin nak buat tiramisu ni, tapi masa tu minat memasak kurang... dah tu tengok bahan-bahan dia pun, mak aih.... menyusahkan... masa tu cream cheese pun x kenal... mcm mana nak buat tiramisu... sampai la terfollow blog akak ni... Slalu dia mention cepat dan pantas dia buat tiramisu... Bahan-bahan yang dia pakai pun tak lah pelik-pelik sangat...

So mood masak turns on....

Jom la buat tiramisu... ini resipi yang dijanjikan untuk kalian... =)

Bahan-Bahan:-
Biskut ladyfinger/savoiardi [boleh jugak guna kek span.. tapi aida prefer biskut... kalau kek lunyai sgt]
250ml Whipping cream [Aida guna brand Emborg]
Cream Cheese [Aida guna brand Philadhephia... Brand Fatura murah skit.. tpi suka Philadhephia jgak]
Serbuk Koko [guna brand Van Houten je]
Serbuk Nescafe
Esen Vanilla
Air putih
1/2 cwn gula pasir

Cara-cara:-
1. Masukkan cream cheese, whipping cream, esen vanilla, dan gula ke dalam mixer.
[Aida dah selalu buat, so aida masukkan semua sekaligus.. Bagi yang first time and beginner dinasihatkan jangan tiru aksi ni.. Bahaya... kalau yang tak biasa boleh melambung semuanya.. korang putar dulu cream cheese, gula n esen vanilaa.. dah sebati baru korang masukkan whipping cream.
2. Putar sampai semuanya sebati... Mula-mula putar slow je dlu... agak dah sebati sikit baru lajukan.. kalau terus laju memang terpelanting semuanya..]
3. Bancuh serbuk nescafe dgn air.. kalau nak biasa2 guna sesudu kecik nescafe je.. kalau yang coffee lover n suka pahit boleh doublekan..air ini kita guna untuk melembapkan biskut
4. Tuangkan air nescafe tu dalam piring.. tuang sikit-sikit ja, celup biskut ladyfinger dpan n blakang.. lepas tu susun dan bekas/cawan kaca
5. Lpas tu letak la cream cheese yang kita putar tadi... ikut korang la nak letak bnyak mana,, aku masa mula-mula letak ciput ja, sbb bukan jenis suka cheese... cheese cake mmg x makan... skali bila makan sedap la pulak... terus buat lebih]
6. dengan menggunakan penapis korang ayak serbuk koko.. kena guna penapis. kalau tak, tak sekata,.. ada tebah, ada nipis serbuk koko tu nanti...

macam nih...


7. then korang ulang step 5 dan 6 smpai korang puas hati dgn ketinggian tiramisu korang...

Buat la sampai jadi macam nih.....


ini dia hasilnya... nak nampak sedap cucuk sikit daun pudina kat atas tu... wallah sangat... yang ni untuk makan sendiri...


yang ni pulak untuk diagihkan kepada jiran tetangga... baru sempat nak berbalas bekas yang jiran hantar minggu-minggu yang lalu..

So selamat mencuba... dah buat nanti jangan lupa tagged tau... kalau nak hantar sikit kat rumah adalah lebih baik.. =)


SILA LIKE :-)