Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 25, 2013

RESIPI PUDING CARAMEL..

Dalam banyak-banyak resipi aida paling suka resipi yang nih... Selain tak menggunakan banyak telur, resipi ni jugak tak menggunakan serbuk agar-agar/jelly.... So, as for me ia adalah super duper sedap...

And for the beginner dan mereka-mereka yang baru menjinak-jinakkan diri dengan dunia masakan... 
Anda boleh cuba buat this puding... confirm jadilah... kalau kek, muffin dll susah... mendaplah, x naik lah, padatlah macam-macam..

Ok done membebel,
ini resipi yang dijanjikan pada kalian...

RESIPI PUDING CARAMEL

Bahan untuk caramel:
5 sudu besar gula
Sedikit air

Cara-cara:
- Letakkan gula bersama satu sudu besar air ke dalam loyang pembakar.
- Cairkan gula dengan menggunakan api yang perlahan.
- Bila kesemua gula dah larut, tambahkan lagi sesudu besar air
- kacau hingga sebati dah gula berubah menjadi keperangan..(hati-hati jangan sampai terlalu perang, nnti caremel akan jadi hangus dan pahit)
- tutup api , dan ketepikan.

Bahan untuk puding:
5 sudu besar gula pasir
2 biji kuning telur
3 biji telur
500ml susu segar
esen vanilla

Cara-cara:
- pukul kesemua telur besama gula. (pukul slow-slow ja..xpayah pukul macam pukul telur dadar tu tau... pukul ala-ala manja untuk larutkan gula ja).
- Agak-agak gula dah larut, ketepikan.
- panaskan susu segar bersama esen vanila. Juga menggunakan api yang perlahan. Susu x perlu sampai mendidih. Nak suam-suam kuku ja)
- Kemudian, tuangkan campuran susu tadi ke dalam adunan telur tadi... masuk sedikit demi sekit sambil kacau.
-kemudian, tapiskan adunan tadi (tapis sebab nak buang ketulan-ketulan putih telur. Kalau tak, nanti puding tak cantik)
- tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar yang ada caremel tadi.

Pastikan periuk kukusan di panaskan terlebih dahulu, biasanya aida panaskan periuk kukusan dulu baru start mengadun. Kukus selama 30 minit dengan menggunakan api sederhana.. Sekiranya selepas 30 minit puding masih lembik, sila tambah lagi masa kukusan... Kukus sampai puding betul-betul masak...

Kalau yang xda periuk kukus, boleh jugak guna kaedah bakar.. Tapi kena guna kaedah 'steam bake' lah..

'Steam bake'= letak loyang adunan ke dalam loyang lain yang berisi air panas


Bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 40-45 minit.

Siap! Hiaslah mengikut kreativiti anda... Aida buat x rncg... so xda stawberry segala.. kosong jela...

 first time

 2nd time...

n ini yang buat semalam...

Semalam buat first time guna kaedah steam bake... output dia lagi cntik... kalau pakai kukus, dia kurang cantik dan senget (periuk kukus mama senget) =)

Selamat Mencuba kawan-kawan...
[nanti dah buat tagged tau kat facebook... =)]

SILA LIKE :-)

Tuesday, September 3, 2013

Happy birthday shabat!!!

Buat sahabat,
Terima kasih mnjadi sahabat sbenar2 sahabat... Terima kasih slalu ada di kala jatuh dan bangunnya diri ini... Terima kasih slalu pinjamkan telinga utk mendngar sgala rntihan serta keluh kesah... Terima kasih sahabat... Terima kasih...

Sedar tak sedar hampir 3 tahun usia perkenalan kita... Segala jatuh dan bgn kita harungi bersama... Mnyulam kejayaan juga bersama... Alhamdullillah semoga persahabatan ini kekal buat selamanya... 

Sahabat, 
Selamat ulang tahun...
Hanya doa yang menyiringi kamu tahun ini... 
Hanya ini yg mampu aku hadiahkan kepada kamu lantaran beratus kilometer jarak antara kita... 

"Ya Allah, kau ampunkan segala salah dah silap sahabat ku ini, murahkan rezekinya Ya Allah... Pelihara dirinya dari segala kemungkaran serta kejahatan... Kau kuatkanlah iman dan taqwanya Ya Allah... Kau hadirkan padanya pasangan yang mampu membahagiakannya Ya Allah serta mampu menerima hbungan persahabatan antara kami.... Kau anugerahkan padanya rezeki yang halal.. Pekerjaan yang baik... Serta kejayaan serta rezeki yg melimpah ruah... 

Hanya padamu aku memohon dan meminta segala sesuatu... Amin ya rabbal alamin"

Ini kami....

Lpas presentation... Jarang pakai formal mcm ni, sesekali kena pakai wajib posing smpai muntah...

Kenangan jalan2 siapkan assignment sekitar Melaka... 

Inilah sahabat kesayangan saya... Mohd Shafiq Suparman... Aku rindu kau gilaaaa!!! Errr kenapalah nun jauh di Johor kau lahir... Kalau penang jugak kan best!! Wajib aku hadap muka kau hari2....

Rndu... Rnduuu... Rnduu sahabat...

Semoga ukhwah antara kita kekal selamanya... Maaf lambat wish... Aku update smalam lagi... Tapi tersimpan cntik dalam draft ja... Hohoho....

Owhh nah kek...

Gambar adalah ehsan drpd pakcik google... =P

SILA LIKE :-)