Monday, January 25, 2010

...pEw yAng kenA tAu sbeluM pi bAndung...


+ Kawasan paling banyak Factory Outlet Store (FOS) ialah di Jalan Riau dan Jalan Dago, namun Jalan Setiabudhi mempunyai Rumah Mode, FOS paling popular di Bandung.

+ Teksi bermeter lebih murah dari teksi biasa. Teksi Bluebird adalah teksi yang paling baik khidmatannya dan satu-satunya teksi yang menggunakan meter di sana.

+ Pastikan mempunyai kenderaan untuk bergerak (kereta sewa, teksi etc...) kerana jarak antara FOS/ kedai adalah agak jauh. Kalau datang secara berkumpulan lebih jimat.

+ Luangkan masa ke tempat2 menarik seperti Tangkuban Perahu (sebuah kawah gunung berapi yang masih aktif tetapi tidak berbahaya). Bertolak seawal pagi kerana anda akan sampai sebelum ramai orang tiba, memudahkan anda mengambil gambar sepuasnya. Tetapi jangan membeli di sana kerana barangan di Pasar Baru lebih murah. Jangan hairan jika penjual mengikut ke mana saja anda pergi kerana itu memang cara mereka berjualan. Pastikan ada memakai kasut sneakers dan elakkan kasut bertumit kerana perjalanan ke kawah sangat jauh.

+ Bawa beg lebih yang kosong kerana anda akan perlukannya apabila pulang kelak!

+ Pasar Baru adalah tempat wajib untuk kunjungan wanita melayu. Blouse berharga RM80 di Malaysia cuma dalam RM15 sahaja di Pasar Baru! Datang pada waktu pagi sekitar jam 10. Ambil masa satu hari untuk membeli-belah di sini kerana anda punya masa untuk menawar dan membeli barangan yang anda sukai.

+ Sekiranya ingin berjimat, menaiki Angkutan (sejenis van teksi) adalah pilihan terbaik untuk bergerak dari satu tempat ke tempat, tetapi perlu tahu di mana hendak pergi kerana angkutan hanya melalui jalan2 tertentu sahaja.

+ Terdapat banyak hotel di Bandung. Hotel 3 bintang sudah cantik dan mema
dai memandangkan anda perlu jimatkan wang untuk membeli-belah!
+ Harga fridge magnet di airport sangat mahal kira-kira RM12 duit Malaysia. Jadi kalau jumpa di Pasar Baru, tolonglah beli untuk saya...hahaha
+ Cihampelas Street sangat terkenal kepada penggemar jeans dan tempatnya sangat happening tetapi berhati-hati dengan barangan tiruan kerana di sini anda sukar untuk membezakan mana yg asli dan mana yang tiruan.
+ Di FOS juga anda harus berhati-hati kerana ketulenan barangannya ada yang meragukan. Jika anda inginkan beg tangan, hanya ada sati FOS yang menjual yang original di mana harganya RM300 lebih sedangkan yang lain kebanyakannya tiruan kelas satu atau dua. FOS itu terletak berhampiran kedai kek Kartika Sari.
+ Membeli brownies adalah satu kemestian sama ada untuk di makan sendiri atau untuk diberikan kepada teman-teman. Kalau tidak sempat membelinya, anda boleh mencuri masa pada pagi sebelum kepulangan anda (jika flight jam 11 ke atas) dengan membelinya dalam perjalanan pulang. Kedai brownies Amanda dibuka seawal jam 9.00.
+ Segalanya boleh jadi wang di sini. Dari menyanyi di tengah jalan raya hinggalah memayungkan orang ketika hujan. Hati-hati menolak pelawaan orang berjualan. Dan jika anda tidak mahu mendengar nyanyian penyanyi jalanan (yang memang sedap dan tidak sumbang, tidak hairan mereka punyai penyanyi berbakat) anda pastikan cermin tingkap teksi tertutup rapat dan buat tidak tahu saja. Tetapi kadang-kadang ketika anda makan mereka akan datang dan menghulur mangkuk duit dan menyanyikan untuk anda, maka berilah duit untuk keselamatan anda.
+ Ambil peluang naik kuda di tengah kota Bandung.
+ Jangan belikan kasut sebagai hadiah untuk orang yang anda tidak bawa bersama kerana berkemungkinan kasut itu tidak muat. Itu yang terjadi kepada saya di mana kasut Nike yang berharga RM40 tidak muat untuk Hariz Hakimy saya.
+ Cuba rasa makanan di sini. Sedap dan setnya yang lengkap mesti diiringi dengan sup sayur/jagung/asam dan juga tauhu/tempe.
+ Kalau bertanya kepada orang di sini mereka selalu kata tempat yang hendak dituju itu dekat banget tetapi kesudahannya anda akan melepeh kepenatan kerana berjalan.
+ Jalan di sini tidak sukar mana. Jadi kalau nak senang sewa saja kenderaan dan pandulah sendiri.
+ Harga pas ialah harga yang tidak boleh ditawar lagi, harga mati. Harga diskon adalah harga yang diberi potongan diskaun.
+ Kalau nak mudah, boleh bawa kertas yang mengandungi senarai ringgit dan rupiahnya. Mudah untuk anda membuat anggaran harga barangan tersebut.
+ Jangan tertipu dengan harga teksi dari airport. Ia mesti tidak lebih 100, 000 rupiah untuk satu teksi.
+ Jangan lupa asingkan sedikit wang untuk membayar harga duti

SILA LIKE :-)

No comments:

Post a Comment