Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

RESIPI TIRAMISU

Wallah... ini adalah kegemaran... Tahap ketensioanan mendadak ke tahap maksimum bila tengok gambar tiramisu ni time mood DIET tengah on... hahaha siap huruf besar lagi...

Aida first time makan Tiramisu ni kat Starbuck... Mak oi, memang kuat coffee yang dia pakai... Siap ada bijik-bijik coffee laaa.... Aida dengan sepupu2 time tu, kitaorang ambik satu je tapi penangannya dasyat... berjaya tengok midnight tanpa mnguap.. haha... itu hebat!

Actually dah lama teringin nak buat tiramisu ni, tapi masa tu minat memasak kurang... dah tu tengok bahan-bahan dia pun, mak aih.... menyusahkan... masa tu cream cheese pun x kenal... mcm mana nak buat tiramisu... sampai la terfollow blog akak ni... Slalu dia mention cepat dan pantas dia buat tiramisu... Bahan-bahan yang dia pakai pun tak lah pelik-pelik sangat...

So mood masak turns on....

Jom la buat tiramisu... ini resipi yang dijanjikan untuk kalian... =)

Bahan-Bahan:-
Biskut ladyfinger/savoiardi [boleh jugak guna kek span.. tapi aida prefer biskut... kalau kek lunyai sgt]
250ml Whipping cream [Aida guna brand Emborg]
Cream Cheese [Aida guna brand Philadhephia... Brand Fatura murah skit.. tpi suka Philadhephia jgak]
Serbuk Koko [guna brand Van Houten je]
Serbuk Nescafe
Esen Vanilla
Air putih
1/2 cwn gula pasir

Cara-cara:-
1. Masukkan cream cheese, whipping cream, esen vanilla, dan gula ke dalam mixer.
[Aida dah selalu buat, so aida masukkan semua sekaligus.. Bagi yang first time and beginner dinasihatkan jangan tiru aksi ni.. Bahaya... kalau yang tak biasa boleh melambung semuanya.. korang putar dulu cream cheese, gula n esen vanilaa.. dah sebati baru korang masukkan whipping cream.
2. Putar sampai semuanya sebati... Mula-mula putar slow je dlu... agak dah sebati sikit baru lajukan.. kalau terus laju memang terpelanting semuanya..]
3. Bancuh serbuk nescafe dgn air.. kalau nak biasa2 guna sesudu kecik nescafe je.. kalau yang coffee lover n suka pahit boleh doublekan..air ini kita guna untuk melembapkan biskut
4. Tuangkan air nescafe tu dalam piring.. tuang sikit-sikit ja, celup biskut ladyfinger dpan n blakang.. lepas tu susun dan bekas/cawan kaca
5. Lpas tu letak la cream cheese yang kita putar tadi... ikut korang la nak letak bnyak mana,, aku masa mula-mula letak ciput ja, sbb bukan jenis suka cheese... cheese cake mmg x makan... skali bila makan sedap la pulak... terus buat lebih]
6. dengan menggunakan penapis korang ayak serbuk koko.. kena guna penapis. kalau tak, tak sekata,.. ada tebah, ada nipis serbuk koko tu nanti...

macam nih...


7. then korang ulang step 5 dan 6 smpai korang puas hati dgn ketinggian tiramisu korang...

Buat la sampai jadi macam nih.....


ini dia hasilnya... nak nampak sedap cucuk sikit daun pudina kat atas tu... wallah sangat... yang ni untuk makan sendiri...


yang ni pulak untuk diagihkan kepada jiran tetangga... baru sempat nak berbalas bekas yang jiran hantar minggu-minggu yang lalu..

So selamat mencuba... dah buat nanti jangan lupa tagged tau... kalau nak hantar sikit kat rumah adalah lebih baik.. =)


SILA LIKE :-)

Wednesday, September 25, 2013

RESIPI PUDING CARAMEL..

Dalam banyak-banyak resipi aida paling suka resipi yang nih... Selain tak menggunakan banyak telur, resipi ni jugak tak menggunakan serbuk agar-agar/jelly.... So, as for me ia adalah super duper sedap...

And for the beginner dan mereka-mereka yang baru menjinak-jinakkan diri dengan dunia masakan... 
Anda boleh cuba buat this puding... confirm jadilah... kalau kek, muffin dll susah... mendaplah, x naik lah, padatlah macam-macam..

Ok done membebel,
ini resipi yang dijanjikan pada kalian...

RESIPI PUDING CARAMEL

Bahan untuk caramel:
5 sudu besar gula
Sedikit air

Cara-cara:
- Letakkan gula bersama satu sudu besar air ke dalam loyang pembakar.
- Cairkan gula dengan menggunakan api yang perlahan.
- Bila kesemua gula dah larut, tambahkan lagi sesudu besar air
- kacau hingga sebati dah gula berubah menjadi keperangan..(hati-hati jangan sampai terlalu perang, nnti caremel akan jadi hangus dan pahit)
- tutup api , dan ketepikan.

Bahan untuk puding:
5 sudu besar gula pasir
2 biji kuning telur
3 biji telur
500ml susu segar
esen vanilla

Cara-cara:
- pukul kesemua telur besama gula. (pukul slow-slow ja..xpayah pukul macam pukul telur dadar tu tau... pukul ala-ala manja untuk larutkan gula ja).
- Agak-agak gula dah larut, ketepikan.
- panaskan susu segar bersama esen vanila. Juga menggunakan api yang perlahan. Susu x perlu sampai mendidih. Nak suam-suam kuku ja)
- Kemudian, tuangkan campuran susu tadi ke dalam adunan telur tadi... masuk sedikit demi sekit sambil kacau.
-kemudian, tapiskan adunan tadi (tapis sebab nak buang ketulan-ketulan putih telur. Kalau tak, nanti puding tak cantik)
- tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar yang ada caremel tadi.

Pastikan periuk kukusan di panaskan terlebih dahulu, biasanya aida panaskan periuk kukusan dulu baru start mengadun. Kukus selama 30 minit dengan menggunakan api sederhana.. Sekiranya selepas 30 minit puding masih lembik, sila tambah lagi masa kukusan... Kukus sampai puding betul-betul masak...

Kalau yang xda periuk kukus, boleh jugak guna kaedah bakar.. Tapi kena guna kaedah 'steam bake' lah..

'Steam bake'= letak loyang adunan ke dalam loyang lain yang berisi air panas


Bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 40-45 minit.

Siap! Hiaslah mengikut kreativiti anda... Aida buat x rncg... so xda stawberry segala.. kosong jela...

 first time

 2nd time...

n ini yang buat semalam...

Semalam buat first time guna kaedah steam bake... output dia lagi cntik... kalau pakai kukus, dia kurang cantik dan senget (periuk kukus mama senget) =)

Selamat Mencuba kawan-kawan...
[nanti dah buat tagged tau kat facebook... =)]

SILA LIKE :-)

Sunday, June 23, 2013

AYAM GORENG CILI KAK PILLA

Jumaat lepas aku  puasa.

Sampai rumah dalam 6.45 macam tu.. cepat-cepat pi dapur. Mama tengah masak. Tanya mama dia nak masak apa? Dia kata nak masak ikan sweet sour. Aku mcam lemah dengar. Ala kenapa ikan? Fobia dah aku nak makan ikan. So aku pun jenguk peti ais ikan mama. Ada apa lagi yang boleh aku masak secepat mungkin. Ada ayam! Terus aku ingat ayam goring cili kak Pilla.

Aku keluarkan ayam n rendam dngan air. Pastu aku bergegas gi solat asar. Lepas solat aku bersilat mandikan ayam yang dah keras tu.. potong2 bagi kecik aku goreng  dgn cili…

Aku siap masak around 7.35 dah. Sah-sah maghrib dah masuk. Punya leka masak sampai aku xsedar dh azan. Mau nya tak leka sebelah tungku masak ayam, sebelah lagi aku goreng sayur. Menang sepantas kilat la aku masak.

Sedap weh ayam kak pilla tu… sebab ayam dia still rangup… Aku slalu kalau goreng cili aku blander, ini tumbuk. Macam penat sikit la, tapi aku lagi suka yang ni.. aku makan dengan kicap n sayur yang aku goreng ja. Mabeles weh, makan bertambah lah aku. Mama yang anti ayam pun ambik banyak kira sedap la tuu…

Nak resipi? Meh aku share resipi kat korang.

Bahan-bahan
Ayam (setengah ekor)
Bawang merah  - 5 labu (ditumbuk)
Bawang Putih – 5 ulas (ditumbuk)
Cili Padi – 15 tangkai (ditumbuk)
Garam
GulaSerbuk Kunyit
Tepung Jagung
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Potong ayam kecik-kecik. Aku x suka ayam goreng besar. Kang x garing.
2. Gaul bersama garam dan kunyit. Masukkan jugak  satu setengah sudu besar tepung jagung. Gaulkan. Mama kalau goreng apa2 pun dia letak tepung jagung sikit… baru rangup.. garam tu bagi lebih sikit. Nanti x payakh letak dah.
3. Goreng ayam n ketepikan.
4. Masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili yang ditunbuk tadi. Tumis hingga naik bau… masukkan sedikit air dan masak sampai kering sikit…
5. masukkan ayam. Kacau sebntar. Balik-balikan. Siap

Mudahkan? gambar xda.....aku lepas siap terus makan sbb dh masuk baru berbuka. X sempat aku nak capai handphone segala...

Selamat mencuba!

SILA LIKE :-)

Saturday, July 28, 2012

KEK KARAMEL COKLAT MOIST

Ohoo..last week masa balik kampung mood memasak menguasai diri... rajin yang lain macam... dari lauk pauk smpai la ke dessert aida wat... hahahaha...

Untuk lauk pauk malasla nak hapdet resipi kat sini... tapi untuk dessert nak share... Aida percaya masih ramai yang belom penak makan kek karamel bercoklat moist ni... slalu makan kek biasa ja.... coklat adalah lebih sedap... tambah2 kami seisi rumah adalah penggemar kek coklat...

Step nak buat dia agak panjang, tpi bagi aida x la susah... kalau susah xde nya nak jadi...ye tak?? so meh kita jenguk resipi dia dulu:-

RESIPI UNTUK KARAMEL:-
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1/2 cwn susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur(kuning+putih)

Cara-cara:
1. Tabur 2 sudu besar gula dalam loyang kek. Gunakan loyang segi empat lagi cntik. Aida pakai bulat sbb yg segi empat besar sgt.
2.Letak loyang atas dapur dan cairkan gula dengan apai yang perlahan. Make sure gula tadi memenuhi ruang loyang. Nak pusingkan ke, nak sapu pakai berus ke terpulang.
3.Bila gula dah memenuhi ruang, tutup api dan ketepikan.
4.Kacau bahan yg lain(susu cair, susu pekat, esen vanilla, kuning telur & telur) mengunakan whisker/senduk dan tapiskan dalam loyang gula hangus tadi.
5.Bakar karamel secara 'STEAM BAKE' pada suhu 180 drjah celcius selama 15 minit. Cara steam bake leceh, so aida kukus sampai ja. Dalam 25 minit ke 30 minit.

Sementara nak tunggu karamel masak, jom siapkan bahan chocolate moist plak.

Bahan A:-
1 cwn serbuk koko (brand apa pun x kisah. Aida guna beryl's)
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (aida guna half ja..manis sgt muak.. bila half dia pahit2 sikit)
1/2 cwn gula kastor(aida pakai 2/5 ja)
1/2 cwn minyak masak

Cara-cara:-
1. satukan semua bahan dalam periuk, gaul hingga sebati dan masak atas dapur gas dengan api yang perlahan
2.dah sebati, padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B:-
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas diayak bersama2

Bahan C:-
4 biji telur

Cara-cara:
1. Pkul telur dengan whisker sebentar (Aida blend sekejap)
2.Satukan Bahan B & Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang seli & gaulkan sebati menggunakan whisker atau senduk.
3.Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Jangan tuang sekaligus. Karamel masih lembut dan akan bersatu dengan kek coklat. Untuk mengelakkan kedua2 bersatu, masukkan adunan coklat tdi menggunakan senduk secara perlahan2.
4. Bakar secara steam bake pada suhu 180 drjah celcius selama  1 jam. Aida kukus 1 jam setengah.Untuk dapatkan output yg cntik, tutup loyang dengan aluminium foil.

Lpas dah masak, biarkan kek sejuk sebelum ditebalikkan..makan bersama ice-cream untuk kenikmatan yang berganda :P 

 Yang ni yang aida buat... nipis sebab saiz loyang agak besar...


Slamat mencuba!

SILA LIKE :-)

Wednesday, July 25, 2012

Mee Kari

Aku pun tak tau since bila aku suka gila makan mee kari ni... slama ni aku rasa aku so so ja...nak kata suka sangat pun tak... nak kata tak suka pun x.... tapi skrang daa lain.. pantang nampak mesti aku nak punya...

So last week balik kampung... suh la mama ajar buat mee kari.... dah siap terus hapdet kat fb... n ade dua tiga orang request nak resipi... so nah... special utk korang... :))

Untuk Kuah:-
1 paket Rempah daging babas 
2 paket rempah kari alagapas
2 sudu kunyit
5 ulas bawang putih
3 labu bawnag besar
halia (sebesar ibu jari)
sedikit minyak
serai
Daun pandan

Cara-cara:-
1.  rempah kari daging alagapas, rempah kari daging babas dan kunyit dengan air. Ketepikan. Kemudian, kisar bawang putih, bawang besar, dan halia.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan serai dan daun pandan.
3. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan kacau hingga naik bau.
4. setelah naik bau, masukkan rempah yang dibancuh bersama kunyit dan tuangkan sedikit air. Biar sampai pecah minyak.
5. masukkan santan masak hingga mendidih.
6. setelah mendidih masukkan ayam air. Kuantiti air terpulang, jangan terlalu bnyak dan jangan terlalu sedikit.
7. masukkan garam dan serbuk perasa sesedap rasa

Untuk Sambal:
Setengah kilo kerang
cili kering
bawang merah
bawang putih
belacan
minyak

Cara-cara:-
1. rebus kerang. biarkan sejuk dan kopek kerang
2. Kisar cili kering yang telah direndam dengan air panas, bawang merah, bawang putih, dan belacan.
3. panaskan minyak dan tuangkan bahan yang dikisar tadi.
4. masak smpai sambal kering dan masukkan kerang. 
5. sedia untuk dihidangkan.

Untuk hiasan:
Mee kuning sepeket (dicelur/direndam dengan air panas)
taugeh
fish ball & fish cake
kacang panjang
daun bawang

cara-cara:
1. masukkan mee kuning dlaam mangkuk... 
2. letakkan kuah bersama ayam.
3. letakkan fish ball, fishcake, taugeh, kaun bawang dan sambal kerang
5. sedia untuk dimakan :))


Dan ini hasilnya yang kami buat last week..


Selamat mencuba! :))

SILA LIKE :-)

Thursday, April 12, 2012

PUDING ROTI BERKUAH KASTARD....

Salam petang tuan-tuan dan puan-puan...di hari yang mulia ini kita akan bersiaran secara langsung dari Senduk-Senduk Jamadilawal... 

Opppsssstttt terlebih sudahh.... itulah yang terjadi bila mood masak menguasai diri... wakaka... arghhh sudah lah Cik Aida... entry ni dah lama terperap dalam draft... asyik x jadi nak post..... apa pun x bleh bila malas menguasai diri...

hri tu masa balik PENANG tetiba mood rajin masak menguasai diri... trasa gila nak makan Puding roti... first makan kat mydin... tpi sos dia vnila mcm air je... cuma pekat sikit... yang aku wat ni die cmpur kastart sikit... tapi sedap jugak....

Ni hasil dia....

Sodap... buat pagi... siap tgah hari.. pkol dua dah licin...
ok la kan? first time wat menjdi... haruslah nak wat lagi...sesapa teringin bleh try wat... senang sangat...bleh makan dgn kuah jastard.... bleh makan dengan  ais krim jugakk... yummy...

bgi yang nak try... nah resipi....


Bahan-bahan

  • 4 keping roti, disapu mentega/ saya guna 8 keping roti gardenia
  • 450ml susu segar/ 600 ml susu
  • 3 biji telur
  • 25g gula/ 3/4 cawan gula
  • 1 sudu besar tepung kastard/ 2sb tepung jagung
  • Kismis secukupnya

Cara-cara

  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan. (Lainkali saya perlu kurangkan masa membakar .. leka.. mcm terhangus pulak..)
Bahan sos kastard 

1 tin susu cair
2 sb tepung jagung
2 sb gula
sedikit esen vanila

Cara2
Satukan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.


untuk sesapa yg nak try rsipi baru... aku suggest korang jenguk blog ni... tapi before jenguk make sure pegang siap2 tuala dengan tisu... takot meleleh ja... elakkan menjenguk di bulan Rmadhan... bleh batal puasa ooo

Slamat mencuba!!!

p/s: Eh dah pandai masak la.. dah bleh kawinnn!!

SILA LIKE :-)