Untuk lauk pauk malasla nak hapdet resipi kat sini... tapi untuk dessert nak share... Aida percaya masih ramai yang belom penak makan kek karamel bercoklat moist ni... slalu makan kek biasa ja.... coklat adalah lebih sedap... tambah2 kami seisi rumah adalah penggemar kek coklat...
Step nak buat dia agak panjang, tpi bagi aida x la susah... kalau susah xde nya nak jadi...ye tak?? so meh kita jenguk resipi dia dulu:-
RESIPI UNTUK KARAMEL:-
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1/2 cwn susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur(kuning+putih)
Cara-cara:
1. Tabur 2 sudu besar gula dalam loyang kek. Gunakan loyang segi empat lagi cntik. Aida pakai bulat sbb yg segi empat besar sgt.
2.Letak loyang atas dapur dan cairkan gula dengan apai yang perlahan. Make sure gula tadi memenuhi ruang loyang. Nak pusingkan ke, nak sapu pakai berus ke terpulang.
3.Bila gula dah memenuhi ruang, tutup api dan ketepikan.
4.Kacau bahan yg lain(susu cair, susu pekat, esen vanilla, kuning telur & telur) mengunakan whisker/senduk dan tapiskan dalam loyang gula hangus tadi.
5.Bakar karamel secara 'STEAM BAKE' pada suhu 180 drjah celcius selama 15 minit. Cara steam bake leceh, so aida kukus sampai ja. Dalam 25 minit ke 30 minit.
Sementara nak tunggu karamel masak, jom siapkan bahan chocolate moist plak.
Bahan A:-
1 cwn serbuk koko (brand apa pun x kisah. Aida guna beryl's)
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (aida guna half ja..manis sgt muak.. bila half dia pahit2 sikit)
1/2 cwn gula kastor(aida pakai 2/5 ja)
1/2 cwn minyak masak
Cara-cara:-
1. satukan semua bahan dalam periuk, gaul hingga sebati dan masak atas dapur gas dengan api yang perlahan
2.dah sebati, padamkan api dan rehatkan sekejap.
Bahan B:-
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas diayak bersama2
Bahan C:-
4 biji telur
Cara-cara:
1. Pkul telur dengan whisker sebentar (Aida blend sekejap)
2.Satukan Bahan B & Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang seli & gaulkan sebati menggunakan whisker atau senduk.
3.Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Jangan tuang sekaligus. Karamel masih lembut dan akan bersatu dengan kek coklat. Untuk mengelakkan kedua2 bersatu, masukkan adunan coklat tdi menggunakan senduk secara perlahan2.
4. Bakar secara steam bake pada suhu 180 drjah celcius selama 1 jam. Aida kukus 1 jam setengah.Untuk dapatkan output yg cntik, tutup loyang dengan aluminium foil.
Lpas dah masak, biarkan kek sejuk sebelum ditebalikkan..makan bersama ice-cream untuk kenikmatan yang berganda :P
Yang ni yang aida buat... nipis sebab saiz loyang agak besar...
Slamat mencuba!
SILA LIKE :-)
No comments:
Post a Comment