Aku pun tak tau since bila aku suka gila makan mee kari ni... slama ni aku rasa aku so so ja...nak kata suka sangat pun tak... nak kata tak suka pun x.... tapi skrang daa lain.. pantang nampak mesti aku nak punya...
So last week balik kampung... suh la mama ajar buat mee kari.... dah siap terus hapdet kat fb... n ade dua tiga orang request nak resipi... so nah... special utk korang... :))
Untuk Kuah:-
1 paket Rempah daging babas
2 paket rempah kari alagapas
2 sudu kunyit
5 ulas bawang putih
3 labu bawnag besar
halia (sebesar ibu jari)
sedikit minyak
serai
Daun pandan
Cara-cara:-
1. rempah kari daging alagapas, rempah kari daging babas dan kunyit dengan air. Ketepikan. Kemudian, kisar bawang putih, bawang besar, dan halia.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan serai dan daun pandan.
3. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan kacau hingga naik bau.
4. setelah naik bau, masukkan rempah yang dibancuh bersama kunyit dan tuangkan sedikit air. Biar sampai pecah minyak.
5. masukkan santan masak hingga mendidih.
6. setelah mendidih masukkan ayam air. Kuantiti air terpulang, jangan terlalu bnyak dan jangan terlalu sedikit.
7. masukkan garam dan serbuk perasa sesedap rasa
Untuk Sambal:
Setengah kilo kerang
cili kering
bawang merah
bawang putih
belacan
minyak
Cara-cara:-
1. rebus kerang. biarkan sejuk dan kopek kerang
2. Kisar cili kering yang telah direndam dengan air panas, bawang merah, bawang putih, dan belacan.
3. panaskan minyak dan tuangkan bahan yang dikisar tadi.
4. masak smpai sambal kering dan masukkan kerang.
5. sedia untuk dihidangkan.
Untuk hiasan:
Mee kuning sepeket (dicelur/direndam dengan air panas)
taugeh
fish ball & fish cake
kacang panjang
daun bawang
cara-cara:
1. masukkan mee kuning dlaam mangkuk...
2. letakkan kuah bersama ayam.
3. letakkan fish ball, fishcake, taugeh, kaun bawang dan sambal kerang
5. sedia untuk dimakan :))
Dan ini hasilnya yang kami buat last week..
Selamat mencuba! :))
SILA LIKE :-)
No comments:
Post a Comment