Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

KETENTUAN...

Hai Hai Hai..
Lamanya tak hapdet.. rindu blogging... rindu.. rindu... rindu...

Semua sihat? Aida alhamdullillah... Sihat... Makin boleh terima semuanya... Ada yang tanya macam mana boleh terima semuanya semudah ni...

Emm actually, what ever happen adalah bagus kalau kita kembali kepada-Nya.... Bila hati dekat kepadanya, insyaallah... semuanya akan ok... semuanya akan jadi baik-baik sahaja... sungguh....

Rasa sedih beransur pergi..
Rasa rindu berkurang di hati...
Rasa kehilangan beredar pergi...
Rasa kecewa berterbangan pergi...

Bila rasa- rasa itu menjengah di hati, bersujudlah kepadanya... rasanya masyaallah.... tenang sangat-sangat... tak mampu nak diluah di sini....

Rasa-rasa yang menjengah itu tadi bertukar dan menjadi satu perasaan, satu tangkapan yang lain.. antaranya..

"Ya, dia terbaik... Tapi mungkin ada lagi yang lebih baik....Janji Allah itu pasti, andai dia tetapkan itu jodoh aku, maka cepat atau lambat ya dia jodoh aku"

"Allah bagi aku segalanya... Aku hargai, tapi mungkin aku tak pernah bersyukur serta berterima kasih kepada-Nya..."

"Aku hilang dia, aku makin dekat kepada-Nya... itu satu bonus... itu lebih baik..."

Itu antaranya lah... kalau nak kata langsung tak sedih tu tipulah... saat jari jemari ini sedang rancak menaip, air mata bercurah keluar.... tapi hati perlu kuat... hidup perlu diteruskan..

5 tahun bukanlah sekejap... lama... sangat lama... 

Orang kata kita perlu sedetik untuk cintakan orang, dan bertahun untuk melupakan... kalau 5 tahun? mungkin berabad... mungkin seumur hidup...

Wallahuaklam...

Kita hanya rancang, dan perancangan allah yang pasti......

SILA LIKE :-)

Sunday, June 23, 2013

GENAP SEMINGGU BEKERJA...

Lupa bagitau. Aku dah keja. Still graphic designer. Aku suka keja aku sekarang. Gaji + Cra keja + boss semua aku suka. Aku xpernah keja dengan Cina. Ni first time. Dan sepanjang aku keja sini seminggu, kesimpulan yang boleh aku buat adalah orang cina cekap berniaga. Aku solute anak-anak taukeh aku ni. Taukeh dengan bini taukeh pun hari-hari datang tapi just duduk dalam bilik khas. Lepak +tgk tv + pantau ja keja diaorang. Yang lain-kain semua bagi anak dia urus. Anak dia pun bukannya ramai. Dua ja. Dua bagus bagi aku. Muda ja diaorang tapi cekap.

Cara komunikasi antara boss dengan pekerja adalah sangat bagus. Macam aku, aku share blik dengan anak boss. Ala-ala boss dengan secretary tu duduk sebilik. Tapi aku designer la. Kerja aku plak sikit2 ja, buat logo + packaging baru untuk product diaorangn buat catalog ja.. haha syok oo…

Dah seminggu aku keja. Tapi internet belum sambung. So boss cakap aku relaks ja dulu. Wat la apa-apa. Jenguk la katalog2 lama. Haha aku free sampai tetiba aku rasa aku duduk kat alam lain. Mimpi rupanya.. boleh macam tu? & >___<

Majikan aku Cina. Dalam kurungan haruslah surau tak disediakan. Tapi tu bukanlah alasan. Lunch hour ja aku keluar gi solat kat masjid sebelah opis. Kalau aku malas, aku solat ja kat blik aku. Kalau boss ada aku segan sikit. So aku solat kat bilik stor.

Gaji? Haaa rahsia la. Tapi berbaloi la dngan jauhnya tu kan… dekat 40 minit jugak la Kulim ke rumah aku tu. Ok je kot bagi aku. Lagipun bukannya lama pun. Kalau ada rezeki aku sambung study awal, Bulan 9 ni masuklah. Kalau xda aku keja sampai bulan 12… masuk intake bulan 1..

Apa2 pun aturan Allah yang aku nantikan. Smoga masa depan aku cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ameen 

SILA LIKE :-)

KAWIN!!!

Kawin.

Saat umur menjangkau 23 tahun, ramai kenalan-kenalan yang dah kawin. Asal hujung minggu ja, pasti ada jemputan. Ada antara kenalan yang anak dah nak masuk dua.. omaigod, asallah korang express sangat? Ke aku yang lambat kejar?Time acara kenduri kendara nil ah ramai yang mula ajukan soalan2 yang sangat x best nak di jawab…

“Ko bila lagi Aida?”
“Lepas ni mesti Aida!”
“Aida bila ko nak jmput kami makan nasi minyak hang?”
“Kita tunggu time Aida nanti mesti grand!”

Haii la korang, aku ni nak kawin dengan sapa pun xtau lagi. Korang dah pikir sampai ke grand segala. Apa la. Sungguh aku skrang solo. Agak-agak sesapa ada kenalan tu, meh la tlg kenalkan. Owh ya pasti ramai yang tanda tanya bermain-main kat kepala korang kan? Mana en boifren aku. Em aku x brani nak komen banyak-banyak kat sini.Aku serahkan semuanya pada-Nya yang kat atas sana.. Aku x salahkan dia, aku mahupun pihak yang terbabit. Hati sakit mmg sakit. Tapi tahlah, aku dah serik kot. Malas nak bercinta-cinta dah lepas ni.

Ada plak yang kata karang, tu la sapa suruh bercinta lama-lama. Last-last x jadi. Weh, sapa korang nak cakap macam tu? Aku kalau nak kawin, aku kena pikir banyak benda. Haa nnti mesti korang cakap aku suka pikir lebih2 kan? Aku kan, kalau hati aku kata tak janganlah sapa nak paksa aku.. Adalah sebab knapa hati ni asyik rasa taknak kahwin je dulu… memang bahagia.. aku nafikan.. bahagia sangat.. sampai sekarang pun, aku xmampu dan aku pasti aku takkan mampu lupa dia sampai bila-bila. Tapi yelah kan, tiap orang pasti ada jugak kekurangan/kelemahan masing… Aku dan dia sama ja..

Sekarang aku berserah ja. Kalau dah namanya jodoh,berpisah macam mana pun pasti bersatu juga.. macam cikgu sekolah mama aku. Diaorang bercinta zaman sekolah dulu, bila masuk u semua pakat-pakat terpisah. Masing jumpa orang lain, dan kawin. Dua tiga tahun lepas tu, sorang pasangan meninggal sbb kemalangan.. sorang lagi bercerai.. so diaorang bertemu jodoh balik.. Allahuakbar… Aturan Allah yang maha hebat…
Ada sorang kenalan aku plak, blogger jugak.. Dia lagi lah. Dia umur nak masuk 26 dah. Kawan-kawan pakat kawin, pakat ada anak segala. Dia still solo. Dia bengang kawan-kawan duk Tanya, dia tanamkan azam, kalau umo dia genap 26 n dia still x kawin, dia nak sambung phD kat Aussie. Agak2 dekat dengan birthday dia tu, dia buat kesimpulan. Mmg belum jodoh dia. So dia pun buat la apply ka nk continue kat Aussie. Masa nak gi hantar paperwork kat supervisor, dia jumpa sorang mamat ni… diaorang kenal sebulan terus tuning. Then after 4 months diaorang kawin.. haaaa… x jadilah nak pi Aussie segala tu.. trus kawin jaga laki… Nampak x point yang cuba aku nak smpaikan kat sini.

Andai Allah kata ada pasti ada!

Lagipun kan, aku rasa kawin awal ni kalau mentally x sedia rimas plak tengoknya. Mungkin pada kita kita dah sedia tapi bukan pada mata orang lain yang menilai. Cara urus diri, suami, anak, wang, hal rumah kadang-kadang akan buat kita tampak kurang bersedia sebenarnya. Nampak sangat sebenarnya. Kekadang rimas tengok, tapi sapa kita nak bersuara? Kawin pun belom ada hati nak tegur-tegur orang.

Aku dgn Dia x delah putus terus. Kamu still berhubung, cuma Suam sikit la… mcm smalam dia call, rasanya dalam setengah jam cakap, kami lagi banyak diamkan diri dari bercakap. Hai la. Ni semua gara-gara pihak terbabit. Smoga mereka serik dan sedar akan kesalahan mereka. Bertaubatlah.

So kawan-kawan,
Doakan yang baik-baik untuk kami. Ya Allah, kau berkatilah hubungan kami, restuilah kami dan rahmatilah hidup kami. Satukan hati kami dan akhirilah hubungan kami dengan perkahwinan hingga ke akhir usia kami. Jauhkanlah kami dari benda xelok yang mahu berdamping dan mengganggu kami. Hanya padamu kami pinta dan pohon segala sesuatu. Ameen…  T___T

SILA LIKE :-)

AZAB TERCEKIK TULANG IKAN

Saya tercekik tulang ikan.

Bunyi mcam nak gelak2 je kan.. macam nak ketawan sambil guling-guling atas lantai… tapi azabnya…. Masyaallah… tuhan sahaja yang tahu.. sakit… terlalu sakit… Hari kejadian adalah hari Sabtu yang lalu… yaaa kawan.. masuk hari ni dah 7  hari saya hidup dengan tulang ikan mencucuk di tenguk saya… bukan x cuba buang.. dah cuba tapi gagal..

Klinik pun dah pi… bukan satu klinik tau… dah banyak klinik pi… yang last pi kat Sungai Petani… even dekat dia pun tulang still x keluar tapi puas hati sebab dia lah yang paling bersungguh-sungguh tolong aku.. makaseh yaa doc… jasamu kukenang…  Dia bagi 5 jenis ubat bersama satu injection sebab mulut, tossil, tekak n segalanya dalam mulut aku dah bengkak… Now sakit da kurang, cuma bila tulang tercucuk tu rasalah sakitnya… kurang lah sikit dari sebelum-sebelum ni…  bila aku gi clinic n doc try korek nak kluarkan tulang tu, tekak aku makin luka…. Sebab lokasi tulang tu adalah dibawah n blakang lidah… so kalau aku bukak bulut luas2 je dah sakit… ini tambah pulak dengan doc korek2… errr azab gila rasanya…

Seksa rupanya tercekik tulang ni… Selalu kalau tercekik jolok2 sikit dah boleh kluar.. ini dah makan masa seminggu lebih dah tapi  masih belum keluar… bayangkan lah kan dekat 10 klinik aida pi… mcam orang bodoh rasanya bila sampai je depan kaunter klinik tu kena Tanya sama ada diaorang boleh buang tulang atau x… ada yang cakap boleh, ada yang ckp kena jmpa doc dlu… dan ada jugak yang tanpa rasa simpati trus lajuja jawab tak boleh… adehlaaa… sakitnya hati ini…. Dah la tekak baru terlepas rasa tercucuk… terasa macam nak jolok ja tulang ikan dalam mulut diaorang.. eeeee ko tu nurse ja pun… eh silap pembantu klinik je pun.,… apa salahnya kalau kau Tanya kat doc dlu then baru bgtau aku…. Eeeeeee… Agak hangin di sini…

Tu bab pi klinik… Ada jugak petua orang tua-tua yang aku cuba follow…. Bnyak ooo…  ini antaranya yang diaorang bgtau n yang aku cuba…

1. Telan kepalan nasi kosong… erm yang ni aku punya kepal sampai tak sedar dah habis nasi dua pinggan tapi tulang still kat situ…

2. Minum air dari senduk sambil selawat … hahaha ayaq habis sejaq besar… tetap jugak ada tulangnya… huhuhu

3. Letak minyak gamat kat lubang bontot… yang ni masa dengar mula-mula aku gelak guling-guling weh… apa kena mengenanya bontot dengan tekak pun aku x tau…ker aku yang memang x tau pape? Hahaha.. adeh… mcm

4. Libas ekor kucing kat leher yang sakit… aku xla takot kucing setakut aku takot katak… tapi aku rasa sepanjang hidup aku 23 tahun xpenah la aku nak pi belai2 kucing.. cium-cium2 lagi lah tak.. haha… seriau sikit aku dengan kucing tu…dia kan suka bagi tindas balas yang cepat.. pegang sikit mengiau dia tunjuk taring… haa mmg tak la aku nak dekat… tapi disebabkan aku dah sadis sangat sakitnya aku pun cuba la… kat opis ada sekor kucing… suka lepak kat depan opis… dia tgah baring… aku pun duduk kat lantai depan opis… tunduk macam nak sujud tu pastu aku pun tarik la ekor dia pelan-pelan… menggigil aku time tu… sakit punya pasal aku gagahkan jugak…. Kena lah ekor kucing tu kat leher.. tpi kjap sangat… 3 saat pun x sampai aku rasa…. Kucing tu mngiau skit punya kuat… huh!

5. Baca doa yang maktok aku kasi 3X, Slawat 3X n tiup kat air tu…. Ni pun aku buat… tapi tulah… hampa jugak resultnya…


Banyak dah cara cuba… Penat dah rasanya… redha jela kalau da memang dia nak tumpang duduk kat sini… tapi please la tulang…. Jangan lukakan tekak aku… azab ooo…

SILA LIKE :-)

Friday, May 24, 2013

AWAS SI MULUT CELUPAQ!

Mood: Marah + Geram + Rasa nak lempang tapi tak bleh

Insiden semalam...

Seorang Nenek: Lamanya tak nampak hang. Buat apa la ni? Qeja [kerja dalam loghat utara] dah ka?
Aku: -tengah susun ayat nak jawab-

Tiba-tiba ada yang menyampuk...

Si Mulut Celupaq: Dia tak buat apa aih. Makan tidoq makan tidoq ja la ni. 
Aku: !@#$%^&*()ER*()_@#$%^&*() [memaki di dalam hati]

Betul aku tak nafikan.. tak pernah nafikan kata pepatah 'mulut orang manakan bisa ditutup'... tapi bila jadi kat aku.. aku memang sungguh2 rasa nak pi tampar muka dia sedas.. pastu kat mulut tu aku nak letak gam gajah... eehh takk gam gajah x kuat sangat ... nanti aku mintak pendapat kat makcik n pakcik google, gam apa yang paling kuat... aku nak gamkan mulut celupaq hang tuuu...

eeeeee.... geramnyaaaaa!!!

Ikutkan hati mati pompuan tu aku kerjakan... nak lempang2.. nak sepak2... nak tumbuk2 sampai hati aku puas... tapi nak wat mcm mana kan, rasa hormat yang terlalu tinggi mama dan abah dah terapkan dalam diri ni.. so aku sabar laaa... walhal dalam hatiii... bukan sebakul, dah selaut aku maki....

Buat Si Mulut Celupaq...
Aku memang duk rumah mengangkang ja,,, makan tido makan tido ja aku kat rumah ni haa... tengah aku tido tu, adik aku pagi2 boleh sampai sekolah... boleh sampai tempat tuisyen... SAPA YANG HANTAR?? mama balik mengajar, abah balik sawah makanan untuk tengah hari dah siap terhidang... SAPA YANG MASAK?? baju dah siap dibasuh... SAPA YANG BASUH?? bila petang, rumput basah disiram.. SAPA YANG SIRAM??? pokok pun dah siap bersiram... ikan dah siap di bagi makan... SAPA YANG WAT WEH SEMUA TU? HANTU? TOYOL? POCONG? 

Petang-petang sambil tengok tv, baju2 siap berlipat... SAPA YANG LIPAT??? sebesar2 rumah aku parents aku [8 bilik + 7 bilik air + 3 dapur + 3 living], kami x pakai khidmat bibik... takda tenaga luar yang menyumbang.. dari dalam rumah smpai ke pokok2 semua sendiri... n bila semua orang keluar ke sekolah dan bekerja, aku lah insan yang bertanggung jawab mengemas dan mencuci rumah...  hang xtau papa baik hang diam!

Aku tak keja?
Weh, mana ko tau aku kat rumah aku tak keje apa2... Aku ada ja wat freelance dri rumah.. nnti tnya plak freelance tu apa! Freelance tu mengangkang depan tv sambil makan kacang.. hahaha.. Tu lah, dasar tak tau apa2 tapi menyibuk nak ambil tau hal orang..

eee aku geram wehh.. aku geram gila ngan hang nih...
Rasa mcam diri tu bagus sangat.. rasa mcam dah habis rajin... Rajin sangat je hang tu? Aku tengok rumah bersepah mcam tongkang pecah... kain tu kalau bubuh dalm bilik, pintu bilik pun x bleh bukak... Apahal x lipat? Kata ko bagus sangattttttttttt? Tulah manusia, tau nak menyibuk hal orang.. hal sendiri.. hal keluarga sendiri sampai x sempat nak sibuk eh?

Aku x keja tapi aku rasa aku xpenah menyusahkan sapa2.... Aku rasa aku cukup membantu skrg ni.. Sambil2 tu skill buat krja rumah boleh lah aku asah... Abah skrg gi keja x payah kelam kabut nak hantar adik aku.. gi Tuisyen pun pi balik aku yang hantar...  Aku xpenah mintak duit abah untuk kegunaan peribadi... bahkan aku guna duit aku kadang2 nak beli papa utk dimasak & untuk rumah... ko apa tau?? 

Hidup aku biar la aku yang tentukan... korang2 please la.. xpayah la susah nak sibukkan diri.. Sikit pun aku x hadap!.. Haa lagi satu, aku tengah tunggu panggilan nak smbung master... tulah aku x nak kerja lagi... Berlambak dah offer kerja aku dpat.. aku je yang x nak... 

Dah la.. makin taip makin aku nmpak muka ko kat screen laptop ni... kang x pasal2 terbang tinggi laptop ni...

Sebelum aku jadi macam ni baik aku stop!

hahahahaha

Bye!

p/s: Pembaca kesayangan saya, tolong tinggal jejak anda di komen @ shoutbox boleh? hari2 ada readers dan silent readers tapi sya xtau sape... tegur2 lah saya.. =)

SILA LIKE :-)

Wednesday, July 25, 2012

AKU MARAH!!!

Semalam ada orang buat aku marah....
ada orang buat aku terus tutup laptop and masuk tido...
Aku marah... aku marah... dan yaaa aku marah...

Dah lama aku tak view blog aku.... dah lama x check bilangan pembaca n like semua...
pastu trasa hati nak check chat box... kot2 ada yang menegur o mintak aku tinggalkan jejak
kat blog diaorang plak... godek2 punya godek aku nmpak la msej hamba Allah nih...

Ya Allah...
Aku mengucap + beriktifar jap dalam hati...
Rasanya aku xde cri masalah dengan orang.... kecuali orang tu yang cari masalah dengan aku..
aku baca  mesej tu bnyak2 kali... n trus dpat idea...

buat Si klmuBODOH tu... 
Saya rasa awak yang bodoh....tengok nickname dah la...awak yang letakkan diri awak bodoh... bukan klmu, dan bukan jugak saya... Untuk pengetahuan awak yang saya yakin awak memang tak tahu... chat box tu bukan la sekadar chat box.... kitaorang ada akaun masing2.... dan setiap orang yang tinggalkan
msej, admin boleh tahu.... x kisah la ko pakai nama klmuBODOH ke, aidaBODOH ke, apa2 nama pun
boleh buat kami tau sapa awak... nak ngan x nak jaaa....

Kekadang kita nak kata orang bodoh, kita tu dah cukup pandai ka?
blajar sampai mana dah? Phd? ke dip ja, pastu kerja bapak lari dri course ko?
ke ko pon study degree sama mcm aku? dah bagus sangat ke pointer ko dah dpaat CGPA 4.0? 
Sape ko nak kata aku bodoh???

Yew aku memang study KLMU jeee.... IPTS je... x sambung IPTA pun...
tapi sape ko nak kata aku bodoh dan IPTS tu bodoh? Aku x study IPTA tak bermaksud aku
x layak dan xpernah dpat smbung IPTA... aku dpat smbung UiTM!! ko mesti x tau kan?
So sila tarik balik kata2 ko yng sangat biadap tuu... hak aku aku nak study mana, ko ape kisah?
jaga diri ko sudah! Aku pun xde kacau duit ko even aku study mana pun...

Bagi aku study IPTA pun x guna kalau habis blajar kpala srabut nak bayar hutang PTPTN,
study IPTS aku dpat MARA... n satu lagi, MARA x bgi pinjaman kat orang yang BODOH... 

Kat bawah ni aku upload kasi korang tengok sikit apa yang orang bodoh tu kat kat aku...


Tengok la msej paling atas tuu... aku x tau kalau korang baca muka korang senyum... aku baca memula aku marah... lama-lama aku gelak... sebab aku rasa yang bodoh tu dia...bukan aku....sekilas ikan di laut aku tahu dia sapa... cuma aku terpikir nak terus tau atau tak? perlu ke nak keluarkan duit upah orang utuk benda2 yang mcm ni... akan dipikirkan....

So buat Si klmuBODOH tuu....
please la mind your own words ok.... gi giant, beli cermin besar n suluh diri kau.... 
Aku ker kau yang bodoh tuu?

p/s: Bodoh2 aku pun every sem aku dekan... bodoh lagi kew? ngek tul!!!

SILA LIKE :-)

Saturday, July 14, 2012

DUA TAHUN MENANTI AKHIRNYA... ALHAMDULILLAH>> THANKS ALLAH... :))

PEnantian tu satu penyiksaan... dua tahun menanti dan malam ni tanggal 12 July 2012 ko muncul jugak akhirnya..... Alhamdulillah, bersyukur jugak kerana dikurniakan sahabat2 yang ambil berat n selalu di sisi.. bila tengok wallpost aida kat Fb yang tah hapa2 tuu... ramai yang pm tanya knapa aida post mcm tuu... masyaallah.. hebatnya kurniaan tuhan.. saat kita hilang sorang kawan, dia hadiahkan kita dengan ramai sahabat... syukran :)

actually benda yang aida maksudkan tu haid/period aida... sebenarnya dah dekat dua tahun kot aida x dtang period yang betul2 period... i mean bukanlah x dtang terus, datang la jugak 3/4 bulan skali... tapi bila dah dtang dua hari ja dah habis... tah apa2 tah... Pad tu x yah cakap la... bertahun dah x beli... pakai panty line jaaa tau....so sebab ini jugaklah muka aida selalu ja ada jerawat... huhuhuhu

aida ada jugak jumpa dua tiga orang doctor.... n the result adalah sama... doc cakap dont worry semua tu hanyalah disebabkan hormon yang kurang stabil... ayooo dh 22 pun x stabil lagi ka? bila tnya diaorng any solution yang boleh stabilkan hormon, dengan slumber ja doc jawab.. "awak kawin la, trus stabil"[sambil senyum2]... aku???? ohhh nooo... nak kena kawin la ni??.. hahhahaa

Actually x brapa faham, apa kena mengena kawin dengan hormon stabil.... agak blur di situu...tpi x pe.. nnti nak tnya akak blogger yg kerja doc sakit puan tu... kompem dia tau kan... hopefully terjawab la segala pertanyaan yang membelengu selama ni.. :D

Aida kan bangsa beli stok banyak2, pastu campak dalam almari... jadi memang berkurun la x topup benda ni... bila gi mydin/giant/tesco.... jeling-jeling je... dalam hati "Bila nak habis stok aku nih?" uhuuuu

Owhhh ini super duper sweet...super duper cute... dunia grafik sgt meluas sekarang... smpai pad pun dan ada design bagai dah... sweet sgt smpai rasa x tergamak plak nak pakai...[muka minta lempang]

Haaaa ko tengok, memang sweet gila design kotex sekarang nih... packaging pun nampak class je.. aida kan bangsa pandang luaran... gasak la bayar mahal janji cntikk.... owhh tahniah untuk designer yang wat aku teruja smpai mcm ni.... dan sebagai tanda sokongan korang kat kotex... jangan lupa layan Memberku hawa setiap ahad, jam 10.30 malam di tv3.... hero i blakon owkeh :D


p/s: mama abah... nak kawin!!! nak stabilkan hormon.... [boleh mcm tu]???

SILA LIKE :-)

Friday, June 22, 2012

ENTRY X ADA TAJUK

Tengok tajuk tu je sangat jelas menggambarkan apa yang hati aku rasa sekarang.... aku blur... aku serabut... n aku lost.... sapa yang kenal aku dalam erti kata yang benar2 knal aku tau la aku ni mcam mana....bila aku blur mcm mana... bila aku serabut mcm mana....bila aku start merepek... aku merepek gila... bila aku blur, tahap blur aku tu sangat menggila...

contohnya, aku blh nak buang sampah dalam peti surat pejabat pos..... korang bayangkan tong sampah ngan peti surat pun aku dah x kenal... aku penah naik LRT ke Sentul....sedangkan aku nak turun kat masjid jamek... aku penah masuk lorong smart tag sedangkan aku mmpu beli touch n go ja...dasyat kan seorang aku...

ok tu cerita lama... cerita barunya beberapa malam yang lepas aku kuarkan duit kat ATM... aku dah dua malam tido x cukup.... dlaam dua jam macam tu ja aku tido dua hari brturut2... pastu ditambah plak dengan kelas smpai malam, maka haruslah aku mengalami tahap kepenatan yang amat sangat... slalunya kalau ambik duit, tangan aku laju ja halakan kat tempat insert kad tunggu kad kuar..pastu aku akan cepat2 latak tangan kat tmpat duit kluar walau pun time tu duit blom pun kluar...

tapi malam tu... dah takdir... dah ketentuanya aku boleh plak tinggalkan duit mcm tu jaaa.... haishh rezeki kau la wahai pencuri.... aku halalkan... bab ko mncuri tu masalah kau dengan 'DIa'...

dan makanya .... marilah kita makan maggi seminggu berturut2... bajet lari... wakakaka

SILA LIKE :-)

Wednesday, June 6, 2012

yeyy!!! Bye2 KLMU!!!!

Alhamdullillah, semester ni aku akan ambik project.... aku pasti aku akan bertambah2 busy memandangkan semester ni adalah semester yang sangat pendek untuk kami.... tapi takpa... akan aku jadikan jangka masa yang pendek tu sebagai salah satu tunggak untuk aku lebih bekerja keras...

dah ambik project maknanya aku akan tinggalkan KLMU sikit masa lagi..... aku sendiri blom pasti ke mana hala tuju aku selepas nih..... nantilah... dekat2 nak habis praktikal baru la aku pkir.....aku pkir nak praktikal kat kampung halaman ja... tapi mama macam nak aku try kat KL... tengok la....

so kawan2... meh doakan smoga semuanya baik2 sahaja.... smoga semester kali ni result aku bertambah baik... bukan x bersyukur dengan apa yang dah aku dpat,... tapi aku rasa aku nak yang lebih baik... doakan aku.... :)

SILA LIKE :-)

Tuesday, April 24, 2012

MY BIRTHDAY CELEBRATION :D

Salam blogger....Salam satu Malaysia....

Rindu nak berblogging... rinduu sangat2... banyak entry nak di post tapi malangnya semuanya  hanya tersimpan rapi di draft... aih laaa... malasnya ko Aida... :D   Suka diingatkan di sini, bagi insan yang bernama Aida Najwa, semuanya hanya dimulakan dengan mood... kalau mood ada, kejap ja settle... kalau mood xda jangan la dipaksa... mmg xkan ada hasilnya...

Entry kalinya sepatutnya  di post malam 4.4.2012 yg lalu... tapi apa bleh buat kan i kan memanjang sibuk... tak sempat nak manjakan blog i nih.... errrr gedix.... sumpah muntahh!!!

Smbutan kali ni agak srabut owkeh... aida pun x idamkan lebih2 memandangkan 4.4.2012 jatuh pada hri rabu... hari bekerja... so Cik Aida.. sila jgan prasan cik Abe awak kat nak plan lebih2 ea [ayat sedapkan diri]....shari sebelum birthday.... aida, shafiq, khai, lily, mimbar, n amin gi celcom centre kat Ampang Park... settlekan hal celcom yang jalan critanya akan aida post pada entry2 yg akan dtg...kami berjanji untuk jumpa kat LRT Ampang Park pkol 12... Aida dgn mibar dri Wangsa Maju... yang lain2 dari Sultan Ismail...so wajibla Aida n mimbar yang smpai dulu....kami pun tunggu la diaorang smbil menahan senak kat perut... err membuak2 rsanya.... 

Bila diaorang smpai je terus kitaorang jalan keluar dri LRT Ampang Park tu... Celcom Centre tu x jauh dari ampang park... kitaorg jalan ja... malas nak ambik teksi walaupun masa tu hujan... siap berpayung berdua gitu... ouhhh romantik gitu [ampun khai n lily].... Lepas dah settle hal kat Celcom centre kami pun jalan kaki ke LRT Ampang Park  smula... bila memasing dah lapar kitaorang decide nk makan kat KLCC... so kami naik train trun kat KLCC plak... kitaorg makan kat foodcourt je... banyak choice sikit...

Lepas makan kami teman amin gi wat report kat Balai Polis Dang Wangi..... balai polis Dang Wangi tapi stay kat Jalan TAR... agak pelik di situ... owhh abaikan.... bila dah settle temankan Amin... Aida ngan mimbar gi Sogo.... dahaga gila wehh... dalam hti duk berangan dpat minum each a cup pon sodap....owhh sya sgt adore dia punya Mango Smootie dgn Green Tea Premium iCe Blended.... sedap wehhh... sapa blom cuba sila cuba yew... pasti anda akan addict seperti mana saya...

Ok sambung balik... dah masuk dalam Sogo tu Aida jalan-jalan jap... geram tengok bnyak gila sales kat situ... pastu ttiba rasa nak msej En.Boifren... tengok2 hp ada 23 miscall dri die... agak pelik di situ... asal call smpai 23 kali.. sdangkan dia tau aida kuar dgn kawan2... pastu baca mesej die... skali dia gtau dia kat bawah PV12... Aida??? haaa? biar betul mamat nih? terus call die.... skali die cakap dh dekat sejam lebih dia tido dalam keta... haaa len kali dtang x yah la bgtau lagii... hailaaa

Aida gtau die aida kat Sogo... dia suh tunggu n dia dtg ambik Aida kat sogo... aida terus jalan2... agak2 setengah jam aida turun groundfloor beli air... kompem pakcik tu pun dahaga... So aida beli dua Each a cup...satu Green Tea Premium Ice Blended.. n satu gi Mango Smoothie,.. pastu aida tapau dua Hot & Roll crispy pizza...then terus kluar tunggu En boifren dekat luar.. nmpak je dia dh nak smpai terus cepat2 jalan n masuk dalam keta... En boifren dah buat muka selenge..... Aku???

Aku: bgus la dtang x bgtau...
En boifren: [sengih] Dah nama pun suprise... mana leh gtau...
Aku: [diam....mata dh berair sbb aku mmg tau dia x leh dtg. Kerja banyak satu hal...Birthday aku lak hri bekerja... mmg aku x harap pun die nak datang]
En.boifren: diam plak die... xmo la diam... pnat drive pun x hbih g nih...
Aku: jap2... org terkejut lagi ni... xsngka die nak dtang..
En.boifren: gedix!! dah nak makan kat mana ni birthday girl?
Aku: blom la.. esok bru birthday girl... up to you.. org x kisah...
En boifren: Ayam penyet? Old town? Burger King? KFC? Mc D? Pizza? ke nak Sushi King?
Aku: lain2 x kisah, Sushi King jangan nak ngada.. [mmg x bleh trima dek tekak]
En boifren: makan Old Town la... nak?
Aku: OK....

Smpai je oldtown aku order curry me dgn Root Beer Float... En boifren lak makan  Nasi Lemak dgn hot white coffee...roti bakar wajibla ada.... lpas makan kitaorang pun bergerak kluar dari Oldtown tuu....dalam keta aku diam... die plak dh jeling2.... standard la... aku kan tamak sikit...so skali jumpa mmg berat gila nek lepas die balik... sedar tak sedar aku dh smpai kat bawah blok... errrghhh... time tu rasa mmg dh x bleh cakap pape dah.... aku mmg speechless gila... aku diam.... mata berair... nak melangkah kluar hati berat...

En Boifren: Ni napa diam nih? mula la tuu
Aku: [snyum. tangan trus lap air mata...mmg x leh tahan dah]
En boifren: dah la. Org dtg jauh2 sedih plak. Ptutnya sronok.
Aku: hishh... orang menangis sronok la ni...
En Boifren: eleh. ngada.
Aku: suka hati la... mmmm b nak balik dah ke? [plezzz jawab la tak-dalam hati]
En boifren: haah syg... b nak singgah rumah ummi jap.... dia suruh ambik lauk... esok kerja la...
Aku: anak mak btol! Tdi dtang sini bertolak kol brapa?
En boifren: jeles! b gi submit kerja je.. pastu b suh Acik tunjukkan kat client.. 10 pgi b bertolak dh... pkol 3 dh smpai KL...
Aku: siannya... mesti penat kan? tq b... {mata merah}
En boifren: xpe.... mcm x biasa syg nih... Happy Birthday syg, be a good girl, happy2 slalu, jangan tinggal solat, jgn lupa b. [muka dia cool gila owkeh]
Aku: [Aku??? hnguk2.... pastu lap ayaq mata...xleh cakap pape dah]
En boifren: haihh nangis plak dia
Aku: eeee.... sweetla... thanks b... thanks sgt2...even busy pun snggup dtng jugak.... :D
En.boifren:  xpe... anything for you... hadiah postpone ea.. x smpat kalau nak gi hari ni... b balik dulu ea... takee care...
Aku: nnti smpai msej syg ea.... Kim salam Ummi tauu..

Gila kan? dia suka wat Aida serba salah... dtg dri JB... then balik semula... kerja gila namanya tuu...sya sangat2 menghargainya.... terima kasih En boifrenn.... syg awak smpai mati!!

Esoknyaaa(04.04.2012)....

Aida gi klas mcm biasa.... pastu si Afifi ajak makan kat Maju Junction.... aku pun on jela... perut pun memasing dah lapar... smpai je aku makan mee kari yang bapak tawar gila... dengan air mata kuching... tengah2 makan tetiba si biey, lily dengan mirul datang bawak kek siap berlilin.... aku? erghhhh tmpat awam kot... agak malu la kan bila diaorang pepakat bngun n nyanyi Happy Birthday kat aku, mibar n Amin.... owhh yer lupa lak nak bgtau... aku dengan Amin berkongsi tarikh birthaday yang sama.... so kita orang diraikan bertiga...

tengah sedap2 makan kek En boifren mesej tnya tengah wat apa... aku pun cakap la tengah makan2  kek dengan budak2 kelas ni... pastu die reply.... laaa dh smbut ke? plan mcm lain... aku blur jap? then terus die gelak2 n gtau yang dia dh komplot dgn mmber aku Shafiq n Khai... n disebabkan shafiq lambat bgi feedback die terus bank in kan duit kat akaun aku..... dia suh bawak kawan2 makan Seoul Garden... mmg happening gila makan steamboat ramai2.... makan sambil main masak2..... syok sgt....

Penat dah taip panjang2... meh layan gmbar kitaorang main masak2 plak... :D

OUR BIRTHDAY CAKE... maseh korangg...

Kami borthday girl n boys

AMIN.AIDA.MIMBAR

sila jgn tiru aksi ini di rumah... ni BFF saya ok....
alolo.... sweet jaaa....
tayang Amin...

jom main masak-masak

Fiq n Nas

makan la mana pun... maggi tetap idaman hati

Mereka la penghibur tika hati lara....

Amin wat muka chomel

Nas masak bendi je kerjanya.... 

My BFF :D

aksi manja

Errrr... 

Peacee...

Biey n Me

Amiqul

Vegetarian

makan makan...

percaya atau tidak silah percaya... mereka berjaya menghabiskan
kesemuanya... 

siap lapin baju owkehh... baru feel bila makan

Mimbar n Amin...
Thanks kepada En boifren kerana sudi sponsor makan malam kami... syang kamu bnyak2... buat semua sahabat-sahabat saya... sya syang anda semua... thanks for the cake n everything... Muahhh...

SILA LIKE :-)

Tuesday, February 28, 2012

JOM TENGOK!!!

Mood: Seronok + happy + excited

salam bloggers... salam silent readers... 

ehem2.... lamanyew la tak berblog... hri ni pun curi-curi masa nak berblog... ni pun sebab excitd tahap gaban dah nih... nak tau knapa excited??? haaa moh kita tengok gambar nih...


beza tak? beza tak? baik korang cakap beza.. kalau tak aku bunuh diri... ok tipu ja.. aku syg diri aku sendri.. kalau tak masakan aku super duper excited nak hilangkan cacat cela kat muka bagai kan? memula aku xla prasan sangat... smpai la dua tiga hari before aku jalankan misi jalan-jalan cari makan kat Kuching... En.boifren la tetiba mimpi suh aku MMS gmbar.... x pepenah2 ak dia macam tu...dh tu aku pun send jela... nk cakap gmbar bnyak kat FB... dia tu kalau online sebulan skali ja... tu pun kekadang... 

x lama lepas aku send kat en boifren, dia text aku ckap muka aku dh lain. aku? aku pelik la jugak, lain yang macam mana nya.. bila tengok.. haah laaa... dh lain.. lain sangat... dah kurang bekas jerawat.... dh cerah.... cik suka...

n kat sini aku nak kongsi dengan semua orang yang mana nak cntikkan kulit muka... nak putihkan... dan nak hilangkan parut jerawat.. aku baru ja cuba produk ni.. x smpai sebulan pun.. tu pun bukannya ikut time sangat... kejap2 x pakai krim malam... kekadang cuci pun tak.. tpi kesannya sangatla memberansangkan... sangat buatkan aku kembali bersemangat nak jaga muka aku...

kat bawah ni ada beberapa feedback dri pengguna2 lain... semuanya feedback die sgt memberansangkan... tapi aku rasa, dalam semua muka aku yang paling teruk kot... 





Nama product ni Aura Maya... kat toko2 jamu aku rasa xde.. aku pun beli online jaaa... sesapa nak beli bleh jenguk jenguk2 kat SINI... :)

SILA LIKE :-)

Tuesday, January 24, 2012

ARTWORK-ARTWORK SEMESTER LALU...

Semester paling maut antara semester yang pernah aku lalui.... bak kata kawan aku KHAI, sem depan lagi parah... so wait yah... sem depan pastinya aku akan berebut2 masa nak tido... kena pkir habis dulu baru bleh tido.. kalau takk, nyesal la kau keja tak siap... [errr aku..semalas2 aku, keja aku on time owkeh]

untuk sem lepas, macam yang pernah aku war-warkan kat korang, subject yang aku ambik semua subject maut... mmg  hishh...x payah cakap la....so serabut... 

tapi serabut mana pun, sepenat mana pun ko wat..semua nya hilang bila lecturer komen n cakap dia puas hati... masa tuh waa cakap luu.... secara drastiknya semua penat lelah hilang mcm tu ja... terus rasa seronok n kpala mula bayangkan katil yang slama satu semester ni ko jeling2 ja dri jauh... wakaka...bleh plak mcm tuuu... :)

cakap banyak x guna.... jom layan gmbar....

my midterm mini project....  KOTAK TUDUNG EKSLUSIF untuk tudung Ariani...sebab musabab aku wat?  aku kalau beli tudung keras depan tu aku sangat geram tengok makcik yang jual tu renyuk2 masuk dalam plastik... tdung yang aku wat ni tdung Ariani ekslusif... beli beratus2 tapi bubuh dlaam paper bag jaaa... so, aku pun terpikir why not kalau letak dalam kotak cantik2...  dri situ la semuanya datang...bila dah siap,
sangat puas hatiii bila dengar lecturer komen.. Alhamdulillah, dia cakap simple but nice... SRONOK!


ni plak final project untuk subjek packaging. packaging untuk perfume Aris Rosa... brand, logo semua kena create sendiri.. nama pun final kan... so kena ada bnyak item... then memandangkan tiap kali nak gi memana aku kena selitkan botol perfume kat dlaam baju nak elakkan dari pecah... terus dpat idea.. why not buat satu porch yang bleh ada span n senang untuk travel ke mana2... maka berhasil la porch yang diatas.... kotak perfume tu plak aku matt so lain dari kotak2 orang lain... mahal memang mahal... tapi gasak la.. janji output dia aku puas hati... 



gmabar ni aku ambik masa tengah draw buah pear... yang ni untuk subject 3D drawing... 
xdala aku nak hntar sebijik macam ni kat lecturer... tebal la jugak..aku lukis buah epal dua tiga angle, bendera, bekas tisu, pemadam, botol air, tin minuman, pasu, lesung batu, n tempayan...puas hati jugakkk... :D

Booklet untuk Tourism Malaysia.. yng ni kerja group... sungguh2 aku cakap, aku x brapa suka kerja group nih... dri awal lecturer bagi aku dh mula rasa.. mesti ada yang x best... output dia... haishh.... bila dah namanya kerja group, ingat lah selalu x semua ahli akan komitet... ada yang wat kerja menggunung.. tapi diam seribu bahasa... itu bagus!.. saya suka.. tapi bila dapat yang wat kerja celah2 gigi tapi canang buat kerja banyak.. aihhh ini saya anti... cukup anti... buktinya??? 

korang tengok booklet yang di atas... ada 40 page termasuk kulit.. aku sorang2 yang design.. aku yang check semua spelling n everything... print, pinishing semua aku buat...aku penat... tapi aku diam...yang lain2... ynag buat sketches bagus... detail sketches yang diaorg buat... yg buat slide dgn yang buat proposal aku kecewa.... sungguh aku kecewa... ko byangkan ko buat slide ja... tapi apa pun xdak... langsung x detail... aku mmg cukup pantang la org buat keja asal siap nih...

Aku memang marah.. aku mmg nyampah... nasib la.. pastu dah buat salah.. lecturer tegur ko x bleh accept... suka suki ko ja nak ngata lecturer ko sana sini... errr  sorry... aku mmg x bleh nak layan msej2 ko yang sangat  errrr.... malas nak sebut...

tapi kan.. tapi kan... marah macam mana pun terus sejuk bila tengok gmbar kat bawah nih...

My lecturer Puan Lala tengah tengok hasil kerja saya..
hilang semua rasa marah... hilang semua rasa geram bila lecturer cakap... "good job... Your layout.. your composition semua ok.. Finishing pun kemas..good job!!!" Maseh puan... saya kecewa tapi bangga dengan kerja saya.. :)

p/s: untuk assignment photography next entries ok...

SILA LIKE :-)

Sunday, August 28, 2011

SEGMEN MENGINSAFI DIRI...."JANGAN TERLALU PERCAYA"....

Sedang aku berblogwalking...teringat aku akan kisah semalam...bicara di antara aku dengan seorang yang bergelar sahabat...kisah yang masih bersarang dan melekat kuat dalam fikiran aku...sahabat, kenapa kamu jadi begini??? Hancur, luluh, kecewa dan kesal dengan berita yang kamu sampaikan...berita yang telah kamu kongsi dengan aku...Andai aku tahu, bersungguh-sungguh akan aku halang kamu..Perlukah aku menangis?? Perlukan aku bersedih dengan semua yang berlaku...dengan semua yang terjadi akan diri kamu?? mengapa semudah itu sahabat?? mengapa???

Sahabat...

Jawapannya hanya pada kamu... hanya kamu yang tahu...hanya kamu yang mampu bicara tentang semua ini...sahabat.. tau kah kamu....dalam keletihan semalam, dalam kepenatan semalam... aku berusaha untuk tidak menghampakan kamu..walau pun penat mengharungi perjalanan dri Klang ke Penang...aku tetap berusaha untuk tidak menghampakan kamu...aku berusaha untuk mendengar setiap masalah, setiap keluh-kesah kamu...Namun berita semalam membuatkan aku terkedu. Mengucap panjang aku. Mengapa kamu mesti hancurkan masa depan kamu demi perasaan yang memberontak...demi rasa jiwa yang sedang menggelegak..Sahabat, apa lagi yang mampu untuk aku katakan.. untuk aku titipkan...semuanya sudah terlambat...semuanya sudah berkecai... Aku sangkakan kamu punya fikiran yang utuh..... iman dan akal yang teguh...rupanya tidak... kamu tidak seperti yang aku sangkakan... kamu tidak seperti yang aku jangkaan...kamuuu !@#$%..... Arghhh...

Sahabat...

Andai kamu tahu aku tersangat lah sedih dengan berita ini... Dimana lagi letaknya harga diri, dimana pergi rasa malu dalam hati dan sanubari....Ya sahabat, aku tak punya apa-apa...namun ingatlah pesan aku padamu semalam, usahlah kamu serahkan apa yang kamu miliki demi menguji hakikat cinta sejati....usah lah terlalu taksub mengejar cinta....usah terlalu percaya pada setiap janji dan bicara....biarkan diri kita keseorangan... jangan terlalu terburu-buru....Jangan lah menjadi terlalu memberi...Semoga kamu sedar wahai sahabat...Semoga kamu masih punya jiwa yang suci...Menegrtilah kisah semalam benar-benar buat aku berfikir sejenak untuk apa semua nini? perlukah?

Sahabat...

Semoga kamu kembali ke pangkal jalan...mengertilah aku sayang sama kamu...kamu wanita dan aku juga wanita... kita sama-sama wanita.... Jagalah diri...Lindunglah permata yang kita punya...Jangan lah terlalu mudah percaya pada pasangan... semoga engkau mengerti wahai sahabat...

ingatlah...
Tiada istikah CINTA SEJATI dalam dunia kahir zaman ini

Walau pun semuanya telah terjadi, tetap aku titipkan doa buatmu sahabat... Semua yang terbaik hanya untuk kamu....Bertaubatlah...Allah sentiasa mengampunkan dosa hmbanya...

Semua kamu beroleh setiap rasa gembira dan bahagia....

Subhan-Allah....

Inikah yang dinamakan cinta DUNIA????


-------------------------------------------------->>>


itu cerita antara aku dengan seorang sahabat di sebelah malamnya... sebelah siang-Nya aku dipertemukan dengan seorang wanita yang sangat derita kehidupannya...semuanya selepas ditinggalkan insan yang bernama lelaki...'Dia' kita namakan akak A(bukan nama sebenar)....dulu, 13 tahun yang lalu dia hampir menggelar seorang pendidik...menggelar pendidik pada waktu itu adalah satu pekerjaan yang aku pkir cukup bagus...tapi apakan daya....disebabkan terlalu mengikut kehendak hati yang tengah memberontak, dia sanggup tinggalkan pengajiannya yang papa waktu itu sudah berada di tahun akhir...subhanallah... syangnya....bayangkan, dah berapa tahun berjuang, di saat-saat akhir kita mengalah...sangat sayang...sayang rugi... kan??


tapi apa yang boleh kita buat...nafsu menguasai akal...semua nampak indah...semua nampak bahagia...Ditinggalnya kedua ibu bapa yang berpenat lelah demi mencari menguap nasi demi membesarkan dia hanya untuk mengikut kekasih hati... kononnya mahu berkahwin dan hidup bahagia dengan kekasih hati... pastinya sangat indah kan?? walau apa pun, kita kena ingat...jodoh, pertemuan, kehidupan kita semua di tangan-Nya.. kita boleh rancang... tapi dia yang akan tentukan....


Menyesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidah berguna.... fikir masak-masak dalam buat apa pun leputusan...sangat indah perumpaan nenek moyang kita..segala nya pasti ada sebab dan musababnya...

Dia awal perkahwinan, mereka sangat bahagia... semua sangat indah..sangat sweet untuk dikenang... tapi panas yang kita harapkan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari... selepas disahkan mengandung, si suami mula berubah sedikit demi sedikit... dari penyanyang jadi garang n tegas tak bertempat... dari romaktik jadi tukang pkul...dari sayang jadi benci...segalanya berubah...segala sudah tidah sweet...bila di soal selidik, rupanya dia sudah punya kekasih baru...dia tinggalkan isteri yang tengah sarat mengandungkan anaknya demi mengikut kekasih hati...sebulan kemudian bertahun ditunggu, dia tetap tidak kembali...Si isteri punah harapan...dan mula mengatur langkah demi untuk memulakan hidup baru...

Kamu semua tahu apa yang akak ni buat demi untuk menganggung hidup mereka anak branak???

Akak mngutip dan mencari barangan terpakai dari satu tempat ke satu tempat...dari satu rumah ke satu rumah...azabnya.... bayangkan dari bakal bergelar seorang pendidik... simpati saya menggunung.... Akak ni ibu kepada student mama saya... dan sebagai seorang guru yang sangat mulia budi pekertinya, mama mengajak akak ni datang rumah n ambil ja barang terpakai yang ada kat rumah kami... x perlu bayar... n disebabkan kami bakal pindah hujung tahun nie, banyak jugaklah barang-barang yang kami hulurkan... semoga ianya dapat membantu akak ni dlam membesarkan anaknya...

opsss anak akak ni sangat good looking... sangat bersih mukanya...mama kata "insyaallah 5A UPSR tahun depan"...doa seorang guru...insyaallah...

bila tengok akak tu angkat barang empat lima kali ulang alaik ambik barang hantar kat rumah dia, aida pun offer dia nak tlong angkat barang2 tu.... kesian.. dua2 branak ja wat keja2 macam tu...yang bapak syok duk ngan pompuan lain... binawe sungguh...

itulah ceritanya... pepakat lah kita ambil pengajaran...nak wat pape pun pikir la betol2...pikir ke depan... jangan akyik nak berseronok ja...

SILA LIKE :-)