Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Perasaan. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Mama dan Abah

Ibu dan ayah adalah harta yang tidak ternilai bagi seorang anak.... Semasa mereka masih ada, berbaktilah... Selagi mereka masih bernyawa hormati dan taatilah mereka... insyaallah balasan baik menanti kita....

Sejak dua menjak ni mama dengan abah asyik sakit-sakit... Dan sebagai anak, aku tak mampu nak tipu diri sendiri... berpura-pura seperti tiada apa-apa.... Aku risau... Aku takot... Aku tak sedia!  T____T

Mungkin ada yang fikir aku tak sepatutnya fikir sejauh ni.. tapi inilah aku... sentiasa pandang jauh kehadapan... aku belum sedia untuk kehilangan salah satu daripada mereka, apatah lagi kedua2nya...

"Ya Allah, kau panjangkanlah usia kedua ibu bapaku, kurniakanlah kepada mereka nikma kesihatan yang baik...Sihat tubuh badan... Ameen...

T__________T




SILA LIKE :-)

Thursday, July 18, 2013

KETENTUAN...

Hai Hai Hai..
Lamanya tak hapdet.. rindu blogging... rindu.. rindu... rindu...

Semua sihat? Aida alhamdullillah... Sihat... Makin boleh terima semuanya... Ada yang tanya macam mana boleh terima semuanya semudah ni...

Emm actually, what ever happen adalah bagus kalau kita kembali kepada-Nya.... Bila hati dekat kepadanya, insyaallah... semuanya akan ok... semuanya akan jadi baik-baik sahaja... sungguh....

Rasa sedih beransur pergi..
Rasa rindu berkurang di hati...
Rasa kehilangan beredar pergi...
Rasa kecewa berterbangan pergi...

Bila rasa- rasa itu menjengah di hati, bersujudlah kepadanya... rasanya masyaallah.... tenang sangat-sangat... tak mampu nak diluah di sini....

Rasa-rasa yang menjengah itu tadi bertukar dan menjadi satu perasaan, satu tangkapan yang lain.. antaranya..

"Ya, dia terbaik... Tapi mungkin ada lagi yang lebih baik....Janji Allah itu pasti, andai dia tetapkan itu jodoh aku, maka cepat atau lambat ya dia jodoh aku"

"Allah bagi aku segalanya... Aku hargai, tapi mungkin aku tak pernah bersyukur serta berterima kasih kepada-Nya..."

"Aku hilang dia, aku makin dekat kepada-Nya... itu satu bonus... itu lebih baik..."

Itu antaranya lah... kalau nak kata langsung tak sedih tu tipulah... saat jari jemari ini sedang rancak menaip, air mata bercurah keluar.... tapi hati perlu kuat... hidup perlu diteruskan..

5 tahun bukanlah sekejap... lama... sangat lama... 

Orang kata kita perlu sedetik untuk cintakan orang, dan bertahun untuk melupakan... kalau 5 tahun? mungkin berabad... mungkin seumur hidup...

Wallahuaklam...

Kita hanya rancang, dan perancangan allah yang pasti......

SILA LIKE :-)

Sunday, June 23, 2013

GENAP SEMINGGU BEKERJA...

Lupa bagitau. Aku dah keja. Still graphic designer. Aku suka keja aku sekarang. Gaji + Cra keja + boss semua aku suka. Aku xpernah keja dengan Cina. Ni first time. Dan sepanjang aku keja sini seminggu, kesimpulan yang boleh aku buat adalah orang cina cekap berniaga. Aku solute anak-anak taukeh aku ni. Taukeh dengan bini taukeh pun hari-hari datang tapi just duduk dalam bilik khas. Lepak +tgk tv + pantau ja keja diaorang. Yang lain-kain semua bagi anak dia urus. Anak dia pun bukannya ramai. Dua ja. Dua bagus bagi aku. Muda ja diaorang tapi cekap.

Cara komunikasi antara boss dengan pekerja adalah sangat bagus. Macam aku, aku share blik dengan anak boss. Ala-ala boss dengan secretary tu duduk sebilik. Tapi aku designer la. Kerja aku plak sikit2 ja, buat logo + packaging baru untuk product diaorangn buat catalog ja.. haha syok oo…

Dah seminggu aku keja. Tapi internet belum sambung. So boss cakap aku relaks ja dulu. Wat la apa-apa. Jenguk la katalog2 lama. Haha aku free sampai tetiba aku rasa aku duduk kat alam lain. Mimpi rupanya.. boleh macam tu? & >___<

Majikan aku Cina. Dalam kurungan haruslah surau tak disediakan. Tapi tu bukanlah alasan. Lunch hour ja aku keluar gi solat kat masjid sebelah opis. Kalau aku malas, aku solat ja kat blik aku. Kalau boss ada aku segan sikit. So aku solat kat bilik stor.

Gaji? Haaa rahsia la. Tapi berbaloi la dngan jauhnya tu kan… dekat 40 minit jugak la Kulim ke rumah aku tu. Ok je kot bagi aku. Lagipun bukannya lama pun. Kalau ada rezeki aku sambung study awal, Bulan 9 ni masuklah. Kalau xda aku keja sampai bulan 12… masuk intake bulan 1..

Apa2 pun aturan Allah yang aku nantikan. Smoga masa depan aku cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ameen 

SILA LIKE :-)

Friday, May 24, 2013

AWAS SI MULUT CELUPAQ!

Mood: Marah + Geram + Rasa nak lempang tapi tak bleh

Insiden semalam...

Seorang Nenek: Lamanya tak nampak hang. Buat apa la ni? Qeja [kerja dalam loghat utara] dah ka?
Aku: -tengah susun ayat nak jawab-

Tiba-tiba ada yang menyampuk...

Si Mulut Celupaq: Dia tak buat apa aih. Makan tidoq makan tidoq ja la ni. 
Aku: !@#$%^&*()ER*()_@#$%^&*() [memaki di dalam hati]

Betul aku tak nafikan.. tak pernah nafikan kata pepatah 'mulut orang manakan bisa ditutup'... tapi bila jadi kat aku.. aku memang sungguh2 rasa nak pi tampar muka dia sedas.. pastu kat mulut tu aku nak letak gam gajah... eehh takk gam gajah x kuat sangat ... nanti aku mintak pendapat kat makcik n pakcik google, gam apa yang paling kuat... aku nak gamkan mulut celupaq hang tuuu...

eeeeee.... geramnyaaaaa!!!

Ikutkan hati mati pompuan tu aku kerjakan... nak lempang2.. nak sepak2... nak tumbuk2 sampai hati aku puas... tapi nak wat mcm mana kan, rasa hormat yang terlalu tinggi mama dan abah dah terapkan dalam diri ni.. so aku sabar laaa... walhal dalam hatiii... bukan sebakul, dah selaut aku maki....

Buat Si Mulut Celupaq...
Aku memang duk rumah mengangkang ja,,, makan tido makan tido ja aku kat rumah ni haa... tengah aku tido tu, adik aku pagi2 boleh sampai sekolah... boleh sampai tempat tuisyen... SAPA YANG HANTAR?? mama balik mengajar, abah balik sawah makanan untuk tengah hari dah siap terhidang... SAPA YANG MASAK?? baju dah siap dibasuh... SAPA YANG BASUH?? bila petang, rumput basah disiram.. SAPA YANG SIRAM??? pokok pun dah siap bersiram... ikan dah siap di bagi makan... SAPA YANG WAT WEH SEMUA TU? HANTU? TOYOL? POCONG? 

Petang-petang sambil tengok tv, baju2 siap berlipat... SAPA YANG LIPAT??? sebesar2 rumah aku parents aku [8 bilik + 7 bilik air + 3 dapur + 3 living], kami x pakai khidmat bibik... takda tenaga luar yang menyumbang.. dari dalam rumah smpai ke pokok2 semua sendiri... n bila semua orang keluar ke sekolah dan bekerja, aku lah insan yang bertanggung jawab mengemas dan mencuci rumah...  hang xtau papa baik hang diam!

Aku tak keja?
Weh, mana ko tau aku kat rumah aku tak keje apa2... Aku ada ja wat freelance dri rumah.. nnti tnya plak freelance tu apa! Freelance tu mengangkang depan tv sambil makan kacang.. hahaha.. Tu lah, dasar tak tau apa2 tapi menyibuk nak ambil tau hal orang..

eee aku geram wehh.. aku geram gila ngan hang nih...
Rasa mcam diri tu bagus sangat.. rasa mcam dah habis rajin... Rajin sangat je hang tu? Aku tengok rumah bersepah mcam tongkang pecah... kain tu kalau bubuh dalm bilik, pintu bilik pun x bleh bukak... Apahal x lipat? Kata ko bagus sangattttttttttt? Tulah manusia, tau nak menyibuk hal orang.. hal sendiri.. hal keluarga sendiri sampai x sempat nak sibuk eh?

Aku x keja tapi aku rasa aku xpenah menyusahkan sapa2.... Aku rasa aku cukup membantu skrg ni.. Sambil2 tu skill buat krja rumah boleh lah aku asah... Abah skrg gi keja x payah kelam kabut nak hantar adik aku.. gi Tuisyen pun pi balik aku yang hantar...  Aku xpenah mintak duit abah untuk kegunaan peribadi... bahkan aku guna duit aku kadang2 nak beli papa utk dimasak & untuk rumah... ko apa tau?? 

Hidup aku biar la aku yang tentukan... korang2 please la.. xpayah la susah nak sibukkan diri.. Sikit pun aku x hadap!.. Haa lagi satu, aku tengah tunggu panggilan nak smbung master... tulah aku x nak kerja lagi... Berlambak dah offer kerja aku dpat.. aku je yang x nak... 

Dah la.. makin taip makin aku nmpak muka ko kat screen laptop ni... kang x pasal2 terbang tinggi laptop ni...

Sebelum aku jadi macam ni baik aku stop!

hahahahaha

Bye!

p/s: Pembaca kesayangan saya, tolong tinggal jejak anda di komen @ shoutbox boleh? hari2 ada readers dan silent readers tapi sya xtau sape... tegur2 lah saya.. =)

SILA LIKE :-)

Monday, May 20, 2013

SELAMAT ULANG TAHUN BLOG TERSAYANG...

4 tahun? Ya 4 tahun. dah 4 tahun rupanya saya meluahkan isi hati, jatuh bangun, suka duka saya selama ini... ya dalam blog ini.... Ada orang kata, kisah kita x perlu di canang pada orang, xperlu diceritakan pada orang.. ye ke?

Tah. Saya kurang bersetuju dengan statement tu... 

Kenapa x tulis diari je???
Saya penah tulis diari... siap ada kunci n mangga bagai... haha.. bila pkir balik kelakar... kunci bagai nak rak [bersungguh-sungguh dalam logat utara], kunci siap simpan dalam dalam bantal la, celah lipat baju la, selit tengah buku la.. macam2 laaa... padahal senang2 je orang boleh baca.. x safety pun..

Aida jenis yang suka baca balik apa yang aida tulis sebelum ni.. beberapa bulan skali wajib baca... ada yang baca sambil gelak, ada yang sambil senyum dan ada yang sambil menangis... then bila kita baca balik apa yang kita tulis dalam diari, jadi mcm kurang semangat... tulisan dan jdi mcm kembang smcam... x cntik n kusam...

berbeza kalau kita karang blog... semuanya kekal sama walaupun selepas dua tiga tahun... potensi nak hilang atau rosak pun rendah... kelemahan bila update blog ni password dgn username tu kena slalu hafal.. takot lupa..

Blog ni macam diari la jgak.... x jauh beza pun.. apa2 pun aida lagi prefer blogging... terpulang pada diri masing2... aida jemput semua jengah ke blog ni... sapa rasa muak, rasa bosan, rasa x best, rasa menyampah sila angkat kaki... anda tak diperlukan di sini =P

owhh apa pulak membebel panjang2 ni... nak ucap slamat ulang tahun je benarnya... 

Selamat Ulang Tahun Ke-4 blog Aida suka membebel... saya sayang kamu... Tolong setia jadi peneman susah senang saya...  >____<

nah kek sebijik.. 


Jemput makan ramai2 readers sekalian... 

p/s: Pembaca kesayangan saya, tinggal jejak anda di komen @ shoutbox boleh? hari2 ada readers dan silent readers tapi sya xtau sape... tegur2 lah saya.. =)

SILA LIKE :-)

Friday, August 17, 2012

SENDU TERAKHIR DI PENGHUJUNG RAMADHAN

Dalam semua insan sibuk sibuk menguli kuih, bakar kek, pasang langsir... aku masih terdampar di perantauan... ce wah perantauan la sangatkan? Kl je pun... hahaha

Dalam excited tunggu jam2 terakhir nak bertemu keluarga terchenta, ada sendu yang menggamit di hati... ada pilu yang bertandang di hati ini.. ramadhan ini adalah ramadhan aku yang terakhir di stapak ni.... dalam aku nak sngat tinggalkan tempat ni, hati ini tetap berat sebenarnya... 2 tahun yang sangat mengajar aku untuk hidup sendiri... makan, pakai, semua kena uruskan sendiri...  Masyaallah... pengalaman adalah hadiah yang tiada galang gantinya...

before ni, kalau jauh dgn family just duduk asrama je.. tu pun dekat jee... Butterworth dgn kampong slmat je... dekat sangat... ini la first time duduk jauh... alhamdulillah... dua tahun dah berlalu...ermmm ini baru berat nak tinggalkan tmpat beradu... belum lagi kawan2...

kawan2??

Aku pasti aku takkan berjaya menahan air mata yang makin lama makin dah tak tertahan nak jatuh ni.... n aku percaya... insan yang paling buat aku sedih nak berpisah adalah BFF aku a.k.a sahabat susah senang aku... Thanks sahabat... aku tengah cuba belajar untuk hidup tanpa kamuu... sedih wehhh!!!

p/s:: next entry aku crita everything pasal sahabat aku ni... aku sayang ko capik... hahaha 

SILA LIKE :-)

Wednesday, July 25, 2012

AKU MARAH!!!

Semalam ada orang buat aku marah....
ada orang buat aku terus tutup laptop and masuk tido...
Aku marah... aku marah... dan yaaa aku marah...

Dah lama aku tak view blog aku.... dah lama x check bilangan pembaca n like semua...
pastu trasa hati nak check chat box... kot2 ada yang menegur o mintak aku tinggalkan jejak
kat blog diaorang plak... godek2 punya godek aku nmpak la msej hamba Allah nih...

Ya Allah...
Aku mengucap + beriktifar jap dalam hati...
Rasanya aku xde cri masalah dengan orang.... kecuali orang tu yang cari masalah dengan aku..
aku baca  mesej tu bnyak2 kali... n trus dpat idea...

buat Si klmuBODOH tu... 
Saya rasa awak yang bodoh....tengok nickname dah la...awak yang letakkan diri awak bodoh... bukan klmu, dan bukan jugak saya... Untuk pengetahuan awak yang saya yakin awak memang tak tahu... chat box tu bukan la sekadar chat box.... kitaorang ada akaun masing2.... dan setiap orang yang tinggalkan
msej, admin boleh tahu.... x kisah la ko pakai nama klmuBODOH ke, aidaBODOH ke, apa2 nama pun
boleh buat kami tau sapa awak... nak ngan x nak jaaa....

Kekadang kita nak kata orang bodoh, kita tu dah cukup pandai ka?
blajar sampai mana dah? Phd? ke dip ja, pastu kerja bapak lari dri course ko?
ke ko pon study degree sama mcm aku? dah bagus sangat ke pointer ko dah dpaat CGPA 4.0? 
Sape ko nak kata aku bodoh???

Yew aku memang study KLMU jeee.... IPTS je... x sambung IPTA pun...
tapi sape ko nak kata aku bodoh dan IPTS tu bodoh? Aku x study IPTA tak bermaksud aku
x layak dan xpernah dpat smbung IPTA... aku dpat smbung UiTM!! ko mesti x tau kan?
So sila tarik balik kata2 ko yng sangat biadap tuu... hak aku aku nak study mana, ko ape kisah?
jaga diri ko sudah! Aku pun xde kacau duit ko even aku study mana pun...

Bagi aku study IPTA pun x guna kalau habis blajar kpala srabut nak bayar hutang PTPTN,
study IPTS aku dpat MARA... n satu lagi, MARA x bgi pinjaman kat orang yang BODOH... 

Kat bawah ni aku upload kasi korang tengok sikit apa yang orang bodoh tu kat kat aku...


Tengok la msej paling atas tuu... aku x tau kalau korang baca muka korang senyum... aku baca memula aku marah... lama-lama aku gelak... sebab aku rasa yang bodoh tu dia...bukan aku....sekilas ikan di laut aku tahu dia sapa... cuma aku terpikir nak terus tau atau tak? perlu ke nak keluarkan duit upah orang utuk benda2 yang mcm ni... akan dipikirkan....

So buat Si klmuBODOH tuu....
please la mind your own words ok.... gi giant, beli cermin besar n suluh diri kau.... 
Aku ker kau yang bodoh tuu?

p/s: Bodoh2 aku pun every sem aku dekan... bodoh lagi kew? ngek tul!!!

SILA LIKE :-)

Saturday, July 14, 2012

DUA TAHUN MENANTI AKHIRNYA... ALHAMDULILLAH>> THANKS ALLAH... :))

PEnantian tu satu penyiksaan... dua tahun menanti dan malam ni tanggal 12 July 2012 ko muncul jugak akhirnya..... Alhamdulillah, bersyukur jugak kerana dikurniakan sahabat2 yang ambil berat n selalu di sisi.. bila tengok wallpost aida kat Fb yang tah hapa2 tuu... ramai yang pm tanya knapa aida post mcm tuu... masyaallah.. hebatnya kurniaan tuhan.. saat kita hilang sorang kawan, dia hadiahkan kita dengan ramai sahabat... syukran :)

actually benda yang aida maksudkan tu haid/period aida... sebenarnya dah dekat dua tahun kot aida x dtang period yang betul2 period... i mean bukanlah x dtang terus, datang la jugak 3/4 bulan skali... tapi bila dah dtang dua hari ja dah habis... tah apa2 tah... Pad tu x yah cakap la... bertahun dah x beli... pakai panty line jaaa tau....so sebab ini jugaklah muka aida selalu ja ada jerawat... huhuhuhu

aida ada jugak jumpa dua tiga orang doctor.... n the result adalah sama... doc cakap dont worry semua tu hanyalah disebabkan hormon yang kurang stabil... ayooo dh 22 pun x stabil lagi ka? bila tnya diaorng any solution yang boleh stabilkan hormon, dengan slumber ja doc jawab.. "awak kawin la, trus stabil"[sambil senyum2]... aku???? ohhh nooo... nak kena kawin la ni??.. hahhahaa

Actually x brapa faham, apa kena mengena kawin dengan hormon stabil.... agak blur di situu...tpi x pe.. nnti nak tnya akak blogger yg kerja doc sakit puan tu... kompem dia tau kan... hopefully terjawab la segala pertanyaan yang membelengu selama ni.. :D

Aida kan bangsa beli stok banyak2, pastu campak dalam almari... jadi memang berkurun la x topup benda ni... bila gi mydin/giant/tesco.... jeling-jeling je... dalam hati "Bila nak habis stok aku nih?" uhuuuu

Owhhh ini super duper sweet...super duper cute... dunia grafik sgt meluas sekarang... smpai pad pun dan ada design bagai dah... sweet sgt smpai rasa x tergamak plak nak pakai...[muka minta lempang]

Haaaa ko tengok, memang sweet gila design kotex sekarang nih... packaging pun nampak class je.. aida kan bangsa pandang luaran... gasak la bayar mahal janji cntikk.... owhh tahniah untuk designer yang wat aku teruja smpai mcm ni.... dan sebagai tanda sokongan korang kat kotex... jangan lupa layan Memberku hawa setiap ahad, jam 10.30 malam di tv3.... hero i blakon owkeh :D


p/s: mama abah... nak kawin!!! nak stabilkan hormon.... [boleh mcm tu]???

SILA LIKE :-)

Thursday, July 5, 2012

ERTI TANGGUNGJAWAB!

Salam bloggerz.....
Alhamdulillah pagi yang damai walaupun membawa pengkhabaran yang kurang indah.... biarlah... biarlah dia dengan tujuan asal hidup dia.... malas nak ambil tau, even kekdang rasa nak gitau dia "eh ko tau x, ko dah kantoi? aku dah tau la! Nipu ja kau tuu!!!"... huh... dah aida duk diam2... biar dia ngan hal dia.. jaga hal ko dah....

Tapi bukan lah itu yang mahu aku coretkan di sini... hal yang aku mahu coretkan adalah lebih besar... lebih serius... lebih penting dan lebih kekeluargaan... muncul jugak kerisauan di hati, andainya apa yang ingin dicoretkan mengundang seribu satu rasa di hati orang lain.... mengundang sesuatu yang buruk dlaam hubungan kekeluargaan... tapi biarlah... hanya pendapat dan curahan hati....

dua atau tiga bulan yang lalu, one of my auntie sakit. sakit apa? dalam bahasa yang sopan dan manis didengar, dia mengidap ganguan pada mental...GILA adalah satu perkatan yang sangat biadap... so plez... jangan mntioned org gila... sebut 'dia tak waras' adalah lebih sweet :)  ... based on apa yang doc bagitau yang aida faham... otak dia gagal berfungsi secara normal...which is my auntie akan  dengar dua tiga mesej serentak... x paham? mcm ni.... normally otak kita akan cakap "aida makan".... tu aja... tapi otak dia lain... kalau satu suara kata makan, satu lagi kata jangan makan atau pun dia akan kata msej yang lain... 

cth... "aida mkan"... satu lagi lak "aida mandi"... haaa mcm tu.... so ini lah yang wat my aunt akan keliru untuk terima msej yang mana satu n lastly dia akan menjerit....itulah yang sbanrnya... bila dah mendekati mereka2 yang macam ni baru kita akan faham...and please bila one of your family members ada yang menyidap penyakit yang mcam ni, please la jangan terus lari n ignore dia mcm tu... itu akan membawa keburukan yang maha banyak... itu akan lebih memburukkan keadaan mereka... kita as the family members, sepatutnya kita lah berdiri sebelah mereka, pegang tangan, dan hulurkan bantuan...n the most important things is we must treat them well....bayangkan kita di tempat mereka... mestilah kita pun mengharap perhatian yang sama kan? jangan lupa hidup kita bagaikan roda.. hri ni mgkin kita di atas... esok2bila kita di bawah, jangan lah terkejut andai tak de sapa pun pedulikan kita....

aida tak suka cakap kosong.... dan semua yang dicoretkan di entry ini adalah semua yang aida lalui..... Punya adik bradik yang banyak bukanlah penentu masa depan kita terjamin kelak.... take note n be aware... jangan lah terkejut andainya kakak dan abg yang slalu bersama kita hilang dan aib macam tu ja... inilah lumrah dunia yang sangat pahit utk kita telan dan sangat x best untuk kita hadapi....

ok.. berbalik kepada crita my auntie yang sakit tu, dia adalah ank yang ke-5 daripda 6 adik bradik...... ramai kan? sangat ramai sebenarnya.... dia punya seorang abg(my dad), tiga kakak, dan seorang adik perempuan..... semua nya hubungan baik2 sahaja... xde masalah dlam perhubungan... tapi bila nasib menipa diri, dia sakit maka hilanglah semua... dalam ramai2 bradik tadi yang datang tunjuk muka, yang datang menghulurkan bantuan adalah segelintir daripada mereka sahaja.... and syukur Ya Allah, my dad adalah salah seorang insan yang terpilih untuk tau erti tanggung jawab.... bukan ingin memuji atau mengangkat2 diri... tapi inilah hakikat yang diterima.... my dad la segalanya....

tertnya x mana yg lain? 

Erm entahlah.... bak kata mama... apa yang kita buat, kita kena set in mind itu adalah tanggungjawab.... dan plz.. jgnlah mengharapkan sebarang pembalasan dri apa yang kita buat.... ikhlas itu penting.... dan ahamdulillah, apabila kita dibesarkan di kalangan mereka2 yang bertanggungjawab, pastu kita jugak akan terpilih untuk menjadi slaah seorang daripada mereka... syukrun :)

Bila dah besar n dah punya lesen kereta, teruslah set in your mind yang lesen tu bukan lah hnya untuk kepentingan diri.... kepentingan orang lain jga perlu diambil kira.... So, berasaskan sesuatu yang dipanggil tanggungjawab, aida ngan angah( adik llaki) yang juga sudah punya lesen mula menggalas tanggungjawab yang selama ni mama dan abah dah jalankan dengan sangat bagus... dan kami jga mahu jadi sebagus mereka... Bila my aunt warded, kami(Angah n Me) lah yang bawak maktok mlawat my aunt.... bila mereka-mereka yang mempunyai masalah mental kena tahan di wad, polisi melawat adalah berbeza dari pesakit2 lain... mereka yang menghidapi penyakit yang sebegini hanya akan dibenarkan mlawat dgan kebenaran doktor... bila nak dtang, kenal call doc n tnyakan khabar sebab emosi mereka-mereka ini adalah tidak menentu... penah jugak dah smpai, tetiba doc tak bagi tengok.... katanya emosi my aunt terganggu n takot dia hilang kawalan... kali pertama kami dibenarkan melawat adalah selepas seminggu dia di wad.... masa tu aida, maklang, jihah(cousin), maktok n maklang  yang melawat... angah tak ikut coz kereta dah penuh...

bila smpai kat depan pintu wad, ada interkom bagai... safety la kan? diaorg kan boleh bertindak di luar kawalan... so dh masuk kena bgitau plak nurse kat situ anda waris sapa ni then dia akan suruh tunggu kat bilik yang dikhaskan di untuk pelawat di situ... bila my aunt smpai.... so aida tengok dia.... she's look different..... sangat kemas dan terurus.... x mcam kat rumah... nampak sngt tak terurus... pastu i'm asking her... "Cik yah kenal x kami".... dia jawab "tak".... pastu satu2 muka kami dia pandang... n she's crying.... n terus dia peluk maktok.... uwaaaaa... Me? apa lagi.. teruslah menangis!!  then kami pun stay kat bilik yang dah dikhaskan tuu... maktok tnya dia dah makan ke blom, maktok ada bawakkan makanan.... terus dia ambik beg yang maktok bawak n makan dgn sangat gelojoh.... Me? menangis lagi... aida tau dia sangat rindukan makanan rumah... 7 hari kot...

Bila dah makan, kita orang sembang2... lebih kurang mcm ni la..

Aida: Cik Yah kenai org x?
Cik Yah: Aida Najwa....

Haaaa ambik kau mak..skali ngan nama penuh dia sebut which is i never espect... ingat dia nak sebut Along ja... n tanya semua kat situ semua dia knai... tnya dia knal my Angah n my dad pun dia knal.... tapi jangan terkejut.... kakak n adik bertuah yang lansung tak melawat dia memang dia tak kenal.... I'm asking her:-

Aida: cikyah kenal makngah x?
Cikyah: huh x knai aih. dia bukan nak mai tgk pun. [itu yg dia balas]
Aida: kenai maksu x?
Cikyah: Hazwani Hassan tu? nama ja misi[jururawat], tpi ngan org x heran pun...

haaa tengok... jangan fikir mereka ada masalah otak mereka xda perasaan.... bla dah jadi macam ni sapa yang nak kita persalahkan... haruslah mereka yang bertanggung jawab.... dlaam nak menjaga hati, sebenarnya jauh di sudut hati ni nak sangat mereka2 yang tak bertanggung tu baca entry ini... bukan nak keruhkan keadaan... tapi nak wujudkan kesedaran.... jangan terlalu bongkak n lupa diri.... hidup kita tak lama.... entahlah.... as for me, aida rasa mereka2 ini malu sbenarnya.... malu nak bgtau umum yang mereka ada sedara n darah daging yang kurang waras.... bab ni aida puji Angah.... my one n only bro.... patutnya, remaja yang tengah membesar mcm dia yang patut malu... tapi dia tak... dia sangat cool... dia yang kerap bawak my aunt jumpa doc bila ada check up... Alhamdulillah dia tahu erti tanggungjawab....

Kat bawah ada few pic yang sempat aida snap... 


Dia makan dengan sangattt excited sekali...smpai kena suruh dia slow down n kunyah perlahan2... betapa dia rindukan rumah... so aida pun ambik kesempatan ni cakap kat dia... "CIkyah kena duk sini, wat perangai elok2... baru la misi bagi balik cepat. Duk sini bukan best pun". Kena pandai main dengan emosi...

Dah habis makan kami borak2.... time ni la sessi pertanyaan either dia kenal kami or tak... tanya dia apa aktiviti kat sini.... siap ada taici[aku xreti nak eja bebetul weh] dengan sessi basuh kereta dengan kawan2... macam best kan?

jihah(sepupu), maktok, n my aunt

Owh ini maklang... dulu kecik saya duduk dengan dia....
Dia la babysitter saya dulu....

borak n terus borak...


jihah...

Ini adalah pesakit lain yang nasib dia lebih kurang sama... disebabkan stress ja dia jadi mcm ni... dia sangat minat tentera..tapi dah dua kali apply x berjaya, dia jadi tension.... mcam2 kan? so jangan tension2... [hari tu tengok mcam hensem... mimpi kot?]

Nie jadual aktiviti diaorang.... KLIK untuk tumbesaran....

OK nak balik dah... part ni kompem aku duduk jauh2...aku kan hati kaca...
org lain steady lagi, aku airmata dah di tubir mata... wahh sastera kau...

nampak pintu tuuu? pintu tu la yang menempatkan ramai yang senasib dgn my aunt...
ok jom tekan bell panggil nurse

ok nurse dah bukak pintu... trus ja my aunt masuk...
kami ni punya la risau kot2 dia x nak masukkan... alhamdullillah...

P/S: Itulah dia rencana yang maha esa... kita yang sihat walafiat... yang senang lenang yang nak sombong diri alpa dengan tanggungjawab sendiri... dunia boleh la lepas... nanti2? pikir2 la... korang lagi tua dari aku!

SILA LIKE :-)

Sunday, June 24, 2012

SAHABAT SUATU MASA DAHULU....

Sahabat.... 
Dulu kita sangat akrab...
Gelak ketawa bersama sudah terlalu kerap...
Ketika berduka kau sahaja yang boleh diharap....
Takada benda lain lagi yang paling mujarab...


Sahabat...
Itu dulu....
sewaktu kita belum ada sengketa...
Sebelum wujudnya pelbagai prasangka...
Sebelum kau memilih kaca dan bukan permata...
Sebelum kau berubah berpaling muka....


Sahabat....
Pernahkah kau ingat lagu-lagu itu?
Pernahkah kau rindu saat-saat yang berlalu?
Pernahkah kau sebut-sebut namaku?
Pernahkah kau meyesal dengan apa yang berlaku?


Sahabat...
Biar kuberitahu mu apa yang kamu tidak tahu...
Aku menangis kenangkan diri dan sikapmu...
Kenapa kau sanggup khianati sahabatmu demi sesuatu yang palsu?
Aku sentiasa berdoa agar kau tak lupakan semua itu...
Agar kau tahu, harga persahabatan bukan mampu ditunjuk-tunjuk sebegitu....


Aku hanya aku... punya kelebihan dan kekurangan...






SILA LIKE :-)

Friday, June 22, 2012

SAHABAT SEJATI, SENTIASA DI HATI.... :))

Sahabat, dulu kita bukan main mesra.... bertepuk tampar.... hoi sana, hoi sini..... Dalam erti kata yang sbenar kita sangat happening..... Kita sangat ngam, kamceng yang teramat..... Kita ibarat isi dengan kuku, susu dengan milo, roti dengan kaya.... Punya la rapat kan? Kita mandi sama-sama[kecik2 je ok], makan sepinggan, tido sebantal n minum sestraw....Semuanya kita kongsi bersama.... hal hati perasaan, gelodak jiwa,sedih gembira, boyfren girlfren, hal mak ayah  pun kita kongsi bersama... SHARING IS CARING RIGHT???

Kalau kita bersembang, sehari semalam pun x setel. Ada saja cerita yang kita nak borakkan... yang kita nak gosipkan sampai terjuih-juih mulut macam mak Joyah....berdekah-dekah kita gelak.... mak aih, punya la mersa, seronok, gembira tak terkata.....Aku ingat lagi shabat, dahulu, seringkali aku habiskan masa aku di rumah kamu memandangkan mama dan abah aku bekerja... waktu aku seharian dihabiskan di rumah kamu....

Sayang? jangan ditanya....sayang aku buat diri kamu lebih dari sorang sahabat... sama seperti mana aku syangkan mama dan abah.... sama seperti aku syangkan adik2 aku.... 

Tapi bahagia bukan selalunya milik kita sahabat.... 

Langit tak selalunya cerah....... kita harapkan panas berpanjangan rupanya hujan turun di penghujung hari.... turunnya air hujan sama seperti mana gugurnya air mata aku saat aku tau kamu mahu berpindah.... kata kawan2 lain pada aku saat itu, kamu pindah dekat ja... bukan jauh... pasti kita boleh berjumpa lagi nanti.... tapi itu untuk mereka... bukan aku...

bagi aku, saat pemergian kamu sama seumpama aku hilang sebelah kaki untuk berjalan, tangn untuk menguap, mulut untuk bercakap....hidup aku biasa ada kamu.... tawaku biasa bersama kamu.... sedihku biasa dengan kamu... jadi aku mmg tak bleh xda kamu... :'(

Aku ingat lagi, hari itu hari terakhir kamu.... saat kawan-kawan lain mngucapkan perihal pepindahan kamu, hati aku bagaikan ingin menjerit....jiwa ku memberontak.... mcm2 rasa bergaul ketika itu.... sampailah satu ketika, air mata ini sudah tidak mampu tertahan.... kaki melangkah dan aku ke tandas.... aku hamburkan segala rasa aku di situ....hampir sejam, aku masih terus menangis dan menangis... saat kawan lain sedar akan ketiadaan aku di kelas, ada yang menjumpai aku di tandas... terjerit-jerit mereka panggil aku.... aku makin menngis dan menngis.... bila dah risau kawan2 bagitau kat cikgu yang bertugas mengenai aku.... ada yang yang ketuk pintu smpai nak pecah pintu... ada yang panjat singki smata2 nak intip aku dri atas.... mcm2 ragam, tapi itulah kasih aku pada kamu.... syang dan setia aku pada kamu sahabat....

Cikgu dtang dan paksa aku untuk keluar.... stelah berjaya buat2 tenang... aku keluar.... sikit pun aku tak panjang muka kamu sabahat... aku x sanggup.... aku x kuat untuk berpisah dengan kamu sabat....bila cikgu tnya knapa aku menangis cepat2 aku jawab aku sakit perut... aku senggugut... dan cikgu trus suh aku ikut dia , dia kol abah aku  n aku terus balik.... tiada kata selamat tinggal dari aku untuk kamu menggambarkan betapa aku tidak ingin berpisah dgn kamu sahabat....

Hari berganti hari, masa berganti masa, tahun berganti tahun....

Kita semakin dewasa mengenal dunia.... dan seperti yang aku jangkakan kita makin jauh...seorang kehulu... seorang ke hilir... kita terputus hubungan memandangkan teknologi dan laman2 sosial dulu tidaklah secanggih sekarang.... tapi mcm mana pun jauhnya kita, hati ini tak mampu untuk berhenti mengingatkan kamu.... hati ini tdak mampu berhenti memikirkan kamu....saat aku lalu di tepi rumah kamu, semua kenangan kita bagaikan hidup bersatu.... aku mcm nampak aku dan kamu di situ... aku nampak aku dan kamu sedang bermain batu seremban di situu... dan rindu itu membuatkan aku selalu membeli nasi lemak yg dijual di seberang jalan rumah kamu selalu.... saat terpandang rumah kamu, doaku hnya satu.... semoga kamu sihat dan bahagia selalu.... doaku juga ingin bertemu kamu..

Awal 2011 alhamdulillah, doa dimakbulkan.... tetiba kamu terus menjemput aku ke majlis kamu... dan aku aku trus set kat otak..... apa pun aktiviti akan aku ketepikan.... aku nak tengok kamu bersarungkan baju pengantin..... dan alhamdulillah... kami ketemu.... :)


12 tahun perpisahaan kita, tak mampu buat aku lupakan kamu sahabat.... Smoga ukhwah antara kita berkekalan smpai bila-bila... doa aku smoga kita kembali mcm dulu kala...


DAN

...

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

Di kesempatan ini juga aku ucapkan Selamat Hari Lahir yng ke-22... 
SELAMAT ULANG TAHUN SAHABAT... SMOGA KAMU BAHAGIA DI SAMPING SUAMI TERCINTA...
SMOGA HIDUP KAMU DIRAHMATI DAN MENDAPAT KEREDHAAN DRIPADANYA....
OHHH SMOGA CEPAT DAPAT BABY YANG CHOMEL JUGAK....


p/s: aku ada hadiah untuk ko... nanti ada ruang aku mlawat :D

----> Buat Cikgu Aminah Yahya... maafkan saya cikgu... terpaksa menipu :))

SILA LIKE :-)

Saturday, March 24, 2012

SEDIH....KECEWA......

Mood: sedih... kecewa... terkilan... rasa tak dihargai...

 SEMUANYA AKU  SUMBANGKAN....... 
TAK KIRA MASA, WANG RINGGIT DAN SEMUANYA....
 APA YANG AKU DPAT???? 
BUKAN NAK MENGUNGKIT.....
BUKAN JUGA NAK KAN PEMBALASAN...
AKU CUMA PERLUKAN SATU.....
KATA-KATA PENGHARGAAN....
X PERLU UCAPAN TERIMA KASIH DARI MULUT KALIAN...
 aRGHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SILA LIKE :-)

Thursday, November 3, 2011

MOOD KEMBALILAH....

Salam semua... salam pembuka bicara...

Kehadapan bl0g  Aida suka bebel yang amat saya sayang...amat...Rindu nak kembali berblog... rindu nak berblogwalking... rinduuu...rindu sangat2...ramai yang pm kat muka buku, ramai yang text msej bertanyakan hal yang sama...

Kenapa blog aida suka membebel dah lama tak terhapdet????

Alahai... kamu2 semua sangat sweet owkeh... kamu buat cik empunya blog ni tersangat la terharu....x sangka kamu semua tyertunggu smpai mcm ni... tak sangka aida suka bebel dapat perhatian sebegini?? sungguh sya tak sangka!!!!!

Empunya blog sangat bz kebelakangan ni....sangat2 ok... this semeter memang langsung xda exam... semuanya hanya bergantung pada assignment, mini project, final projek... memang mak semput la semester ni,... dengan video production nya, dengan design managementnya, dengan packaging, 3D... photography x yah cakap la... kena ke hulu ke hilir doh nak shot gmbar... mau x terbontang mak... sempat ke ko nak online... memang takk...

Dah tu kan, dengan mood plak asyik nak merewang2 je sejak dua menjak nih... haih la... mood.. mana ko? kembali lah... 

Nak kata x online langsung memang tipu la... online ja slalu.. tapi nak perah otak nak post entry tu rasa malas sangat....bila ada idea semangat kau nak post... taip title pastu mula la nak taip entry.. masuk perenggan pertama trus kaku.. then save dalam draft... jadilah penuh la draft mak dengan entry yg tak terpublish... wahhh malas beno kan?

papa pun den janji.... insyaallah.. I will back as soon as posible... janji!!! Korang jangan lupa terus support Aida Auka Bebel ea... syg korang ketat!!!

With Love,
Aida Najwa Abdul Ghani

SILA LIKE :-)

Sunday, October 16, 2011

HEBATKAN HATI SEORANG WANITA!!

First baca story ni dari dinding muka buku milik si tantek manis Aida albakry...so sebagai seorang perempuan bila baca ja pun hati ni asyik nak menyumpah ja si suami dalam cerita di bawah.... hishh... cayalah... rileks je wife die handle... berhemah plak tuu....jom baca!!!
-------------------------->

´Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´

"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

beeep beeeeppp... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan
abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

SILA LIKE :-)

Sunday, September 18, 2011

HIDUP DIKELILINGI MULUT LONGKANG SANGAT MENYAKITKAN JIWA!!!

Mood: Panas..Panas..Panas

Mood memang tengah di puncak, bila2 masa saja boleh meletup. Knapa manusia suka sibukkan hal orang lain?Kalau xtahu, diam. Jangan xtahu tapi buat2 tahu. Saya rimas ok. Tersangat rimas. Arghhh!!! Why people suka nak jaga tepi kain orang? Knapa x nak jaha tepi kain sendiri? sedangkan kain sendiri tu koyak.. berlubang-lubang..

Best kan kalau boleh terus attact mereka-mereka yang terbabit n terus gam kan mulut mereka nih dengan double sided tape..Heaven gila kan? tapi saya tak boleh! Menjawab pun x boleh. Mama cakap, kita jangan layankan mulut2 mereka.. diam sudah... tapi sungguh saya tak boleh... darah saya meluap-luap..tau kenapa???kerana mereka membualkan perihal mama dan abah saya!!

"Tukar kereta macam tukar baju"
"Rumah dah elok, duk membaziaq buat pa"
"Mana depa cekau(dpat) duit banyak buat rumah? sorang cikgu, sorang buat bendang ja..Pelik!"
"Berjalan sana sini, beli tu beli ni mana dapat duit?"

Ehh hello... kamu xtahu, kamu jangan nak cakap yang bukan2...abah saya... ya abah bersawah ja.. bukan pengurus besar, bukan doktor, bukan business man berjaya dan bukan juga kerja hebat2... hanya pesawah.. tapi kamu tahukah berapa relong sawah yang dia kerjakan? macam mana dia usahakan? kamu tak tahu kan? jadi baik kamu diam!! Saya sendiri tak pasti berapa relung sawah yang abah kerjakan.. tapi rasanya lebih dari 20 relung.. ada yang sendiri, ada yang pajak n ada yang sewa... abah saya kerja tak macam orang lain... bangun seawal jam 4 pagi, solat tahajud, baca Quran sambil tunggu azam subuh.. then gi subuh berjemaah kat masjid, dengar tazkirah smpai pkol 7 lebih... then balik terus siap2 pergi sawah..bersawah la dia sampai ke petang... sawah plak bukan setempat... merata-rata..itu sekarang... dulu masa abah kerja as second engineer kat Hp abah still gi bersawah...kamu tau ke semua tu? kamu tak tahu.. so kamu layak diam..jangan kamu buat2 tahu..

Buat sawah pun bukannya buat sekadar lepas batuk kat tangga...dia bersungguh-sungguh buat... ikut cara yang betul..sistematik! Even baja pun, abah x gunakan baja yang ppk bagi free tu, abah akan habiskan beriban2 semusim untuk beli baja yang bagus untuk tanaman dia.. Hasil yang abah dapat pun berbaloi2 la.. lebih dari orang lain.. sehingga abah di pilih untuk menjadi pesawah under MARDI... so setiap hasil n proses tanaman abah akan dipantau oleh pihak mardi...ada juga peruntukan untuk setiap musim...

Mama memanglah cikgu.. tapi korang tau x sejarah hidup mama? mama pun dulu engineer jugakk... smpai dah nak dipilih jadi pengurus mama terpaksa behenti n jadi cikgu...semuanya sebab nak peruntukkan masa yang lebih untuk kami adik bradik..mama sanggup tinggalkan gaji yang 3x ganda dari gaji cikgu...semuanya sebab kami... then mama n abah share duit beli tanah... then jual... bila dpat duit beli lagi... mcm tu la seterusnya... so abah sya bukan pesawah biasa... mama bukan cikgu jaa...So rasanya korang dah dapat kot jawapan nya kan? dri mana mama n abah saya cekau duit...

then, mama n abah kerja berlandaskan islam.. zakat, sedekah menjadi keutamaan...mereka tak penah lupa...n yang paling saya kagum dengan mereka, mereka tersangatlah suka melayan tetamu...yang ni memang saya perasan, cakap lah korang nak datang rumah, wajib mama masakkan something...aida pernah tanya mama, tak penat ke? mama boleh duduk di dapur sehari suntuk memasak..dari pagi sampai petang..mama cakap kita kena melayan tetamu sebaik mungkin...nanti murah rezeki...pintu rezeki terbukak luas untuk mereka yang meraikan tetamu..itulah yang buatkan saya xpenah merasai nikmat raya mcam kamu-kamu semua..syaa x penah berpeluang untuk pergi beraya dengan kawan2.. tak penah...selalunya kawan jyang akan dtanag beraya dengan rumah aida... jeles tgk sepupu keluar beraya... aida palk kena sibukkan diri tolong mama kat dapur...memana kawan aida yang rpaat diaorang mmg dah tahu n diaorang xkisah.. Alhamdulillah diaorang faham... Sayang korang... tiap kali raya mmg aku sentiasa tunggu kamu.. :)

So itulah ceritanya, mama dengan abah bukannya dri keluarga yang senang lenang..semuanya tak dtaang bergolek... semuanya hasil isaha mereka berdua... Alhamdulillah.. rezeki membuak-buak...

Buat pemilik mulut2 longkang di luar sana... jaga mulut kamu,,, kamu tak tahu hapa baik kamu diam...nak hidup senang berusahalah.. jangan nak duk goyang kaki tunggu duit mak bapak bagi... eeee malu sikit weh... nak bangga2 ko buat rumah... beli keta tapi bukan duet ko...x malu ke weh? eeeee..kalau aku sumpah malu... buat habius duit mak bapak ja...

Buat mama n abah... kamu ibu bapa terhebat... Saya bangga menjadi anak kamu... Muahhh... big hug! :)

SILA LIKE :-)

Sunday, August 28, 2011

SEGMEN MENGINSAFI DIRI...."JANGAN TERLALU PERCAYA"....

Sedang aku berblogwalking...teringat aku akan kisah semalam...bicara di antara aku dengan seorang yang bergelar sahabat...kisah yang masih bersarang dan melekat kuat dalam fikiran aku...sahabat, kenapa kamu jadi begini??? Hancur, luluh, kecewa dan kesal dengan berita yang kamu sampaikan...berita yang telah kamu kongsi dengan aku...Andai aku tahu, bersungguh-sungguh akan aku halang kamu..Perlukah aku menangis?? Perlukan aku bersedih dengan semua yang berlaku...dengan semua yang terjadi akan diri kamu?? mengapa semudah itu sahabat?? mengapa???

Sahabat...

Jawapannya hanya pada kamu... hanya kamu yang tahu...hanya kamu yang mampu bicara tentang semua ini...sahabat.. tau kah kamu....dalam keletihan semalam, dalam kepenatan semalam... aku berusaha untuk tidak menghampakan kamu..walau pun penat mengharungi perjalanan dri Klang ke Penang...aku tetap berusaha untuk tidak menghampakan kamu...aku berusaha untuk mendengar setiap masalah, setiap keluh-kesah kamu...Namun berita semalam membuatkan aku terkedu. Mengucap panjang aku. Mengapa kamu mesti hancurkan masa depan kamu demi perasaan yang memberontak...demi rasa jiwa yang sedang menggelegak..Sahabat, apa lagi yang mampu untuk aku katakan.. untuk aku titipkan...semuanya sudah terlambat...semuanya sudah berkecai... Aku sangkakan kamu punya fikiran yang utuh..... iman dan akal yang teguh...rupanya tidak... kamu tidak seperti yang aku sangkakan... kamu tidak seperti yang aku jangkaan...kamuuu !@#$%..... Arghhh...

Sahabat...

Andai kamu tahu aku tersangat lah sedih dengan berita ini... Dimana lagi letaknya harga diri, dimana pergi rasa malu dalam hati dan sanubari....Ya sahabat, aku tak punya apa-apa...namun ingatlah pesan aku padamu semalam, usahlah kamu serahkan apa yang kamu miliki demi menguji hakikat cinta sejati....usah lah terlalu taksub mengejar cinta....usah terlalu percaya pada setiap janji dan bicara....biarkan diri kita keseorangan... jangan terlalu terburu-buru....Jangan lah menjadi terlalu memberi...Semoga kamu sedar wahai sahabat...Semoga kamu masih punya jiwa yang suci...Menegrtilah kisah semalam benar-benar buat aku berfikir sejenak untuk apa semua nini? perlukah?

Sahabat...

Semoga kamu kembali ke pangkal jalan...mengertilah aku sayang sama kamu...kamu wanita dan aku juga wanita... kita sama-sama wanita.... Jagalah diri...Lindunglah permata yang kita punya...Jangan lah terlalu mudah percaya pada pasangan... semoga engkau mengerti wahai sahabat...

ingatlah...
Tiada istikah CINTA SEJATI dalam dunia kahir zaman ini

Walau pun semuanya telah terjadi, tetap aku titipkan doa buatmu sahabat... Semua yang terbaik hanya untuk kamu....Bertaubatlah...Allah sentiasa mengampunkan dosa hmbanya...

Semua kamu beroleh setiap rasa gembira dan bahagia....

Subhan-Allah....

Inikah yang dinamakan cinta DUNIA????


-------------------------------------------------->>>


itu cerita antara aku dengan seorang sahabat di sebelah malamnya... sebelah siang-Nya aku dipertemukan dengan seorang wanita yang sangat derita kehidupannya...semuanya selepas ditinggalkan insan yang bernama lelaki...'Dia' kita namakan akak A(bukan nama sebenar)....dulu, 13 tahun yang lalu dia hampir menggelar seorang pendidik...menggelar pendidik pada waktu itu adalah satu pekerjaan yang aku pkir cukup bagus...tapi apakan daya....disebabkan terlalu mengikut kehendak hati yang tengah memberontak, dia sanggup tinggalkan pengajiannya yang papa waktu itu sudah berada di tahun akhir...subhanallah... syangnya....bayangkan, dah berapa tahun berjuang, di saat-saat akhir kita mengalah...sangat sayang...sayang rugi... kan??


tapi apa yang boleh kita buat...nafsu menguasai akal...semua nampak indah...semua nampak bahagia...Ditinggalnya kedua ibu bapa yang berpenat lelah demi mencari menguap nasi demi membesarkan dia hanya untuk mengikut kekasih hati... kononnya mahu berkahwin dan hidup bahagia dengan kekasih hati... pastinya sangat indah kan?? walau apa pun, kita kena ingat...jodoh, pertemuan, kehidupan kita semua di tangan-Nya.. kita boleh rancang... tapi dia yang akan tentukan....


Menyesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidah berguna.... fikir masak-masak dalam buat apa pun leputusan...sangat indah perumpaan nenek moyang kita..segala nya pasti ada sebab dan musababnya...

Dia awal perkahwinan, mereka sangat bahagia... semua sangat indah..sangat sweet untuk dikenang... tapi panas yang kita harapkan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari... selepas disahkan mengandung, si suami mula berubah sedikit demi sedikit... dari penyanyang jadi garang n tegas tak bertempat... dari romaktik jadi tukang pkul...dari sayang jadi benci...segalanya berubah...segala sudah tidah sweet...bila di soal selidik, rupanya dia sudah punya kekasih baru...dia tinggalkan isteri yang tengah sarat mengandungkan anaknya demi mengikut kekasih hati...sebulan kemudian bertahun ditunggu, dia tetap tidak kembali...Si isteri punah harapan...dan mula mengatur langkah demi untuk memulakan hidup baru...

Kamu semua tahu apa yang akak ni buat demi untuk menganggung hidup mereka anak branak???

Akak mngutip dan mencari barangan terpakai dari satu tempat ke satu tempat...dari satu rumah ke satu rumah...azabnya.... bayangkan dari bakal bergelar seorang pendidik... simpati saya menggunung.... Akak ni ibu kepada student mama saya... dan sebagai seorang guru yang sangat mulia budi pekertinya, mama mengajak akak ni datang rumah n ambil ja barang terpakai yang ada kat rumah kami... x perlu bayar... n disebabkan kami bakal pindah hujung tahun nie, banyak jugaklah barang-barang yang kami hulurkan... semoga ianya dapat membantu akak ni dlam membesarkan anaknya...

opsss anak akak ni sangat good looking... sangat bersih mukanya...mama kata "insyaallah 5A UPSR tahun depan"...doa seorang guru...insyaallah...

bila tengok akak tu angkat barang empat lima kali ulang alaik ambik barang hantar kat rumah dia, aida pun offer dia nak tlong angkat barang2 tu.... kesian.. dua2 branak ja wat keja2 macam tu...yang bapak syok duk ngan pompuan lain... binawe sungguh...

itulah ceritanya... pepakat lah kita ambil pengajaran...nak wat pape pun pikir la betol2...pikir ke depan... jangan akyik nak berseronok ja...

SILA LIKE :-)

Friday, November 13, 2009

life without him....

he's will not be here for at least three weeks... windu sesangat..... but life must be go on... x sabar nak tnggu bee kol...this night might be...

take care bee...

keja2 jugak... x mau teruk2 sgt.....

:-)

SILA LIKE :-)

Thursday, November 12, 2009

JUS MATE 5

jus mate 5.... ramai yang penah dengar kan? lepas ja tgk iklan di majalah terus saya rasa menbuak2 nak cuma...bukan apa...cara promosi dia tu agak meyakinkan org ramai yang melihat...x macam produk lain... nampak macam gmbar edit ja... so... nak dijadikkan crita... saya pn beli la....
hari pertama saya guna JM5 ni...pagi tu saya ambik 2 biji kuih....tgh hari ambik JM5..... ptg minum milo.... malam makan buah epal... Ya Tuhan.. sikit pn saya x lapa.... mcm x prcaya la plak....huhhuhuhuhhu....
rasa dia plak.sedap..... x macam jus2 yang lain.... rasa oren.... kita sesuai la ngan tekak kita....so nasihat saya pada yang b'badan besar n obesiti tu meh kita cuba sama2... xyah nak malu... x yah nak segan....

SILA LIKE :-)