Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

Friday, May 24, 2013

AWAS SI MULUT CELUPAQ!

Mood: Marah + Geram + Rasa nak lempang tapi tak bleh

Insiden semalam...

Seorang Nenek: Lamanya tak nampak hang. Buat apa la ni? Qeja [kerja dalam loghat utara] dah ka?
Aku: -tengah susun ayat nak jawab-

Tiba-tiba ada yang menyampuk...

Si Mulut Celupaq: Dia tak buat apa aih. Makan tidoq makan tidoq ja la ni. 
Aku: !@#$%^&*()ER*()_@#$%^&*() [memaki di dalam hati]

Betul aku tak nafikan.. tak pernah nafikan kata pepatah 'mulut orang manakan bisa ditutup'... tapi bila jadi kat aku.. aku memang sungguh2 rasa nak pi tampar muka dia sedas.. pastu kat mulut tu aku nak letak gam gajah... eehh takk gam gajah x kuat sangat ... nanti aku mintak pendapat kat makcik n pakcik google, gam apa yang paling kuat... aku nak gamkan mulut celupaq hang tuuu...

eeeeee.... geramnyaaaaa!!!

Ikutkan hati mati pompuan tu aku kerjakan... nak lempang2.. nak sepak2... nak tumbuk2 sampai hati aku puas... tapi nak wat mcm mana kan, rasa hormat yang terlalu tinggi mama dan abah dah terapkan dalam diri ni.. so aku sabar laaa... walhal dalam hatiii... bukan sebakul, dah selaut aku maki....

Buat Si Mulut Celupaq...
Aku memang duk rumah mengangkang ja,,, makan tido makan tido ja aku kat rumah ni haa... tengah aku tido tu, adik aku pagi2 boleh sampai sekolah... boleh sampai tempat tuisyen... SAPA YANG HANTAR?? mama balik mengajar, abah balik sawah makanan untuk tengah hari dah siap terhidang... SAPA YANG MASAK?? baju dah siap dibasuh... SAPA YANG BASUH?? bila petang, rumput basah disiram.. SAPA YANG SIRAM??? pokok pun dah siap bersiram... ikan dah siap di bagi makan... SAPA YANG WAT WEH SEMUA TU? HANTU? TOYOL? POCONG? 

Petang-petang sambil tengok tv, baju2 siap berlipat... SAPA YANG LIPAT??? sebesar2 rumah aku parents aku [8 bilik + 7 bilik air + 3 dapur + 3 living], kami x pakai khidmat bibik... takda tenaga luar yang menyumbang.. dari dalam rumah smpai ke pokok2 semua sendiri... n bila semua orang keluar ke sekolah dan bekerja, aku lah insan yang bertanggung jawab mengemas dan mencuci rumah...  hang xtau papa baik hang diam!

Aku tak keja?
Weh, mana ko tau aku kat rumah aku tak keje apa2... Aku ada ja wat freelance dri rumah.. nnti tnya plak freelance tu apa! Freelance tu mengangkang depan tv sambil makan kacang.. hahaha.. Tu lah, dasar tak tau apa2 tapi menyibuk nak ambil tau hal orang..

eee aku geram wehh.. aku geram gila ngan hang nih...
Rasa mcam diri tu bagus sangat.. rasa mcam dah habis rajin... Rajin sangat je hang tu? Aku tengok rumah bersepah mcam tongkang pecah... kain tu kalau bubuh dalm bilik, pintu bilik pun x bleh bukak... Apahal x lipat? Kata ko bagus sangattttttttttt? Tulah manusia, tau nak menyibuk hal orang.. hal sendiri.. hal keluarga sendiri sampai x sempat nak sibuk eh?

Aku x keja tapi aku rasa aku xpenah menyusahkan sapa2.... Aku rasa aku cukup membantu skrg ni.. Sambil2 tu skill buat krja rumah boleh lah aku asah... Abah skrg gi keja x payah kelam kabut nak hantar adik aku.. gi Tuisyen pun pi balik aku yang hantar...  Aku xpenah mintak duit abah untuk kegunaan peribadi... bahkan aku guna duit aku kadang2 nak beli papa utk dimasak & untuk rumah... ko apa tau?? 

Hidup aku biar la aku yang tentukan... korang2 please la.. xpayah la susah nak sibukkan diri.. Sikit pun aku x hadap!.. Haa lagi satu, aku tengah tunggu panggilan nak smbung master... tulah aku x nak kerja lagi... Berlambak dah offer kerja aku dpat.. aku je yang x nak... 

Dah la.. makin taip makin aku nmpak muka ko kat screen laptop ni... kang x pasal2 terbang tinggi laptop ni...

Sebelum aku jadi macam ni baik aku stop!

hahahahaha

Bye!

p/s: Pembaca kesayangan saya, tolong tinggal jejak anda di komen @ shoutbox boleh? hari2 ada readers dan silent readers tapi sya xtau sape... tegur2 lah saya.. =)

SILA LIKE :-)

Wednesday, July 25, 2012

AKU MARAH!!!

Semalam ada orang buat aku marah....
ada orang buat aku terus tutup laptop and masuk tido...
Aku marah... aku marah... dan yaaa aku marah...

Dah lama aku tak view blog aku.... dah lama x check bilangan pembaca n like semua...
pastu trasa hati nak check chat box... kot2 ada yang menegur o mintak aku tinggalkan jejak
kat blog diaorang plak... godek2 punya godek aku nmpak la msej hamba Allah nih...

Ya Allah...
Aku mengucap + beriktifar jap dalam hati...
Rasanya aku xde cri masalah dengan orang.... kecuali orang tu yang cari masalah dengan aku..
aku baca  mesej tu bnyak2 kali... n trus dpat idea...

buat Si klmuBODOH tu... 
Saya rasa awak yang bodoh....tengok nickname dah la...awak yang letakkan diri awak bodoh... bukan klmu, dan bukan jugak saya... Untuk pengetahuan awak yang saya yakin awak memang tak tahu... chat box tu bukan la sekadar chat box.... kitaorang ada akaun masing2.... dan setiap orang yang tinggalkan
msej, admin boleh tahu.... x kisah la ko pakai nama klmuBODOH ke, aidaBODOH ke, apa2 nama pun
boleh buat kami tau sapa awak... nak ngan x nak jaaa....

Kekadang kita nak kata orang bodoh, kita tu dah cukup pandai ka?
blajar sampai mana dah? Phd? ke dip ja, pastu kerja bapak lari dri course ko?
ke ko pon study degree sama mcm aku? dah bagus sangat ke pointer ko dah dpaat CGPA 4.0? 
Sape ko nak kata aku bodoh???

Yew aku memang study KLMU jeee.... IPTS je... x sambung IPTA pun...
tapi sape ko nak kata aku bodoh dan IPTS tu bodoh? Aku x study IPTA tak bermaksud aku
x layak dan xpernah dpat smbung IPTA... aku dpat smbung UiTM!! ko mesti x tau kan?
So sila tarik balik kata2 ko yng sangat biadap tuu... hak aku aku nak study mana, ko ape kisah?
jaga diri ko sudah! Aku pun xde kacau duit ko even aku study mana pun...

Bagi aku study IPTA pun x guna kalau habis blajar kpala srabut nak bayar hutang PTPTN,
study IPTS aku dpat MARA... n satu lagi, MARA x bgi pinjaman kat orang yang BODOH... 

Kat bawah ni aku upload kasi korang tengok sikit apa yang orang bodoh tu kat kat aku...


Tengok la msej paling atas tuu... aku x tau kalau korang baca muka korang senyum... aku baca memula aku marah... lama-lama aku gelak... sebab aku rasa yang bodoh tu dia...bukan aku....sekilas ikan di laut aku tahu dia sapa... cuma aku terpikir nak terus tau atau tak? perlu ke nak keluarkan duit upah orang utuk benda2 yang mcm ni... akan dipikirkan....

So buat Si klmuBODOH tuu....
please la mind your own words ok.... gi giant, beli cermin besar n suluh diri kau.... 
Aku ker kau yang bodoh tuu?

p/s: Bodoh2 aku pun every sem aku dekan... bodoh lagi kew? ngek tul!!!

SILA LIKE :-)

Thursday, July 5, 2012

ERTI TANGGUNGJAWAB!

Salam bloggerz.....
Alhamdulillah pagi yang damai walaupun membawa pengkhabaran yang kurang indah.... biarlah... biarlah dia dengan tujuan asal hidup dia.... malas nak ambil tau, even kekdang rasa nak gitau dia "eh ko tau x, ko dah kantoi? aku dah tau la! Nipu ja kau tuu!!!"... huh... dah aida duk diam2... biar dia ngan hal dia.. jaga hal ko dah....

Tapi bukan lah itu yang mahu aku coretkan di sini... hal yang aku mahu coretkan adalah lebih besar... lebih serius... lebih penting dan lebih kekeluargaan... muncul jugak kerisauan di hati, andainya apa yang ingin dicoretkan mengundang seribu satu rasa di hati orang lain.... mengundang sesuatu yang buruk dlaam hubungan kekeluargaan... tapi biarlah... hanya pendapat dan curahan hati....

dua atau tiga bulan yang lalu, one of my auntie sakit. sakit apa? dalam bahasa yang sopan dan manis didengar, dia mengidap ganguan pada mental...GILA adalah satu perkatan yang sangat biadap... so plez... jangan mntioned org gila... sebut 'dia tak waras' adalah lebih sweet :)  ... based on apa yang doc bagitau yang aida faham... otak dia gagal berfungsi secara normal...which is my auntie akan  dengar dua tiga mesej serentak... x paham? mcm ni.... normally otak kita akan cakap "aida makan".... tu aja... tapi otak dia lain... kalau satu suara kata makan, satu lagi kata jangan makan atau pun dia akan kata msej yang lain... 

cth... "aida mkan"... satu lagi lak "aida mandi"... haaa mcm tu.... so ini lah yang wat my aunt akan keliru untuk terima msej yang mana satu n lastly dia akan menjerit....itulah yang sbanrnya... bila dah mendekati mereka2 yang macam ni baru kita akan faham...and please bila one of your family members ada yang menyidap penyakit yang mcam ni, please la jangan terus lari n ignore dia mcm tu... itu akan membawa keburukan yang maha banyak... itu akan lebih memburukkan keadaan mereka... kita as the family members, sepatutnya kita lah berdiri sebelah mereka, pegang tangan, dan hulurkan bantuan...n the most important things is we must treat them well....bayangkan kita di tempat mereka... mestilah kita pun mengharap perhatian yang sama kan? jangan lupa hidup kita bagaikan roda.. hri ni mgkin kita di atas... esok2bila kita di bawah, jangan lah terkejut andai tak de sapa pun pedulikan kita....

aida tak suka cakap kosong.... dan semua yang dicoretkan di entry ini adalah semua yang aida lalui..... Punya adik bradik yang banyak bukanlah penentu masa depan kita terjamin kelak.... take note n be aware... jangan lah terkejut andainya kakak dan abg yang slalu bersama kita hilang dan aib macam tu ja... inilah lumrah dunia yang sangat pahit utk kita telan dan sangat x best untuk kita hadapi....

ok.. berbalik kepada crita my auntie yang sakit tu, dia adalah ank yang ke-5 daripda 6 adik bradik...... ramai kan? sangat ramai sebenarnya.... dia punya seorang abg(my dad), tiga kakak, dan seorang adik perempuan..... semua nya hubungan baik2 sahaja... xde masalah dlam perhubungan... tapi bila nasib menipa diri, dia sakit maka hilanglah semua... dalam ramai2 bradik tadi yang datang tunjuk muka, yang datang menghulurkan bantuan adalah segelintir daripada mereka sahaja.... and syukur Ya Allah, my dad adalah salah seorang insan yang terpilih untuk tau erti tanggung jawab.... bukan ingin memuji atau mengangkat2 diri... tapi inilah hakikat yang diterima.... my dad la segalanya....

tertnya x mana yg lain? 

Erm entahlah.... bak kata mama... apa yang kita buat, kita kena set in mind itu adalah tanggungjawab.... dan plz.. jgnlah mengharapkan sebarang pembalasan dri apa yang kita buat.... ikhlas itu penting.... dan ahamdulillah, apabila kita dibesarkan di kalangan mereka2 yang bertanggungjawab, pastu kita jugak akan terpilih untuk menjadi slaah seorang daripada mereka... syukrun :)

Bila dah besar n dah punya lesen kereta, teruslah set in your mind yang lesen tu bukan lah hnya untuk kepentingan diri.... kepentingan orang lain jga perlu diambil kira.... So, berasaskan sesuatu yang dipanggil tanggungjawab, aida ngan angah( adik llaki) yang juga sudah punya lesen mula menggalas tanggungjawab yang selama ni mama dan abah dah jalankan dengan sangat bagus... dan kami jga mahu jadi sebagus mereka... Bila my aunt warded, kami(Angah n Me) lah yang bawak maktok mlawat my aunt.... bila mereka-mereka yang mempunyai masalah mental kena tahan di wad, polisi melawat adalah berbeza dari pesakit2 lain... mereka yang menghidapi penyakit yang sebegini hanya akan dibenarkan mlawat dgan kebenaran doktor... bila nak dtang, kenal call doc n tnyakan khabar sebab emosi mereka-mereka ini adalah tidak menentu... penah jugak dah smpai, tetiba doc tak bagi tengok.... katanya emosi my aunt terganggu n takot dia hilang kawalan... kali pertama kami dibenarkan melawat adalah selepas seminggu dia di wad.... masa tu aida, maklang, jihah(cousin), maktok n maklang  yang melawat... angah tak ikut coz kereta dah penuh...

bila smpai kat depan pintu wad, ada interkom bagai... safety la kan? diaorg kan boleh bertindak di luar kawalan... so dh masuk kena bgitau plak nurse kat situ anda waris sapa ni then dia akan suruh tunggu kat bilik yang dikhaskan di untuk pelawat di situ... bila my aunt smpai.... so aida tengok dia.... she's look different..... sangat kemas dan terurus.... x mcam kat rumah... nampak sngt tak terurus... pastu i'm asking her... "Cik yah kenal x kami".... dia jawab "tak".... pastu satu2 muka kami dia pandang... n she's crying.... n terus dia peluk maktok.... uwaaaaa... Me? apa lagi.. teruslah menangis!!  then kami pun stay kat bilik yang dah dikhaskan tuu... maktok tnya dia dah makan ke blom, maktok ada bawakkan makanan.... terus dia ambik beg yang maktok bawak n makan dgn sangat gelojoh.... Me? menangis lagi... aida tau dia sangat rindukan makanan rumah... 7 hari kot...

Bila dah makan, kita orang sembang2... lebih kurang mcm ni la..

Aida: Cik Yah kenai org x?
Cik Yah: Aida Najwa....

Haaaa ambik kau mak..skali ngan nama penuh dia sebut which is i never espect... ingat dia nak sebut Along ja... n tanya semua kat situ semua dia knai... tnya dia knal my Angah n my dad pun dia knal.... tapi jangan terkejut.... kakak n adik bertuah yang lansung tak melawat dia memang dia tak kenal.... I'm asking her:-

Aida: cikyah kenal makngah x?
Cikyah: huh x knai aih. dia bukan nak mai tgk pun. [itu yg dia balas]
Aida: kenai maksu x?
Cikyah: Hazwani Hassan tu? nama ja misi[jururawat], tpi ngan org x heran pun...

haaa tengok... jangan fikir mereka ada masalah otak mereka xda perasaan.... bla dah jadi macam ni sapa yang nak kita persalahkan... haruslah mereka yang bertanggung jawab.... dlaam nak menjaga hati, sebenarnya jauh di sudut hati ni nak sangat mereka2 yang tak bertanggung tu baca entry ini... bukan nak keruhkan keadaan... tapi nak wujudkan kesedaran.... jangan terlalu bongkak n lupa diri.... hidup kita tak lama.... entahlah.... as for me, aida rasa mereka2 ini malu sbenarnya.... malu nak bgtau umum yang mereka ada sedara n darah daging yang kurang waras.... bab ni aida puji Angah.... my one n only bro.... patutnya, remaja yang tengah membesar mcm dia yang patut malu... tapi dia tak... dia sangat cool... dia yang kerap bawak my aunt jumpa doc bila ada check up... Alhamdulillah dia tahu erti tanggungjawab....

Kat bawah ada few pic yang sempat aida snap... 


Dia makan dengan sangattt excited sekali...smpai kena suruh dia slow down n kunyah perlahan2... betapa dia rindukan rumah... so aida pun ambik kesempatan ni cakap kat dia... "CIkyah kena duk sini, wat perangai elok2... baru la misi bagi balik cepat. Duk sini bukan best pun". Kena pandai main dengan emosi...

Dah habis makan kami borak2.... time ni la sessi pertanyaan either dia kenal kami or tak... tanya dia apa aktiviti kat sini.... siap ada taici[aku xreti nak eja bebetul weh] dengan sessi basuh kereta dengan kawan2... macam best kan?

jihah(sepupu), maktok, n my aunt

Owh ini maklang... dulu kecik saya duduk dengan dia....
Dia la babysitter saya dulu....

borak n terus borak...


jihah...

Ini adalah pesakit lain yang nasib dia lebih kurang sama... disebabkan stress ja dia jadi mcm ni... dia sangat minat tentera..tapi dah dua kali apply x berjaya, dia jadi tension.... mcam2 kan? so jangan tension2... [hari tu tengok mcam hensem... mimpi kot?]

Nie jadual aktiviti diaorang.... KLIK untuk tumbesaran....

OK nak balik dah... part ni kompem aku duduk jauh2...aku kan hati kaca...
org lain steady lagi, aku airmata dah di tubir mata... wahh sastera kau...

nampak pintu tuuu? pintu tu la yang menempatkan ramai yang senasib dgn my aunt...
ok jom tekan bell panggil nurse

ok nurse dah bukak pintu... trus ja my aunt masuk...
kami ni punya la risau kot2 dia x nak masukkan... alhamdullillah...

P/S: Itulah dia rencana yang maha esa... kita yang sihat walafiat... yang senang lenang yang nak sombong diri alpa dengan tanggungjawab sendiri... dunia boleh la lepas... nanti2? pikir2 la... korang lagi tua dari aku!

SILA LIKE :-)

Monday, June 18, 2012

INSIDEN DALAM TRAIN ------> MANUSIA HARI INI......

Semalam ada nite class....so disebabkan aida dah boikot driver bas air asia leng seng yang gatal nak mampos tuuu, terpaksa la aida menapak naik LRT.... nak naik teksi directly dri KLMU duit x brapa nak menebal... nak naik bas rapid, malas lak nak menapak jalan masuk nanti... so LRT pilihan yang paling tepat....

So lepas class smalam, aida dengan sahabat tersayang menapakla dri KLMU ke  LRT sultan Ismail.... pastu turun kat Masjid Jamek n naik la plak train ke Wangsa Maju... train smpai n aida pun naik... dalam train tu orang x la penuh sngat tapi ade la tiga empat orang yang kena berdiri n aida salah sorang daripadanya.... ada la satu seat kosong tapi memandangkan seat tu sebelah pria n aida plak saiz berXXL so x nak la... kang siku die cucuk pinggang aida, siku aida cucuk pinggang die...so aida maintain berdiri....

Then after few station, seat pun penuh n orang pun bertambah2.... sampai la dekat KLCC, ada sorang akak ni ngandung ni naik....perut diaaa mak aih.... buatkan aida pun trut sama pegang perut aida.... besar.... besar sgt kalau nak dibandingkan dengan badan die yang kecik molek tuu...tempat duduk semua full... train pun start bergerak balik... n aida tengok akak yang kecik molek tu still berdiri... terhuyung-hayang badan die nak stabilkan diri dari jatuh.... simpati menggunung... aida perhati sekeliling.... tak kan la xda sorang pun antara yng duduk tu x nmapk akak ni mengandung? ada sorang laki ni, muda belia, muka hensem.... die tengok akak tu... pastu mcm mana tah dia mcm prasan aida tengok die... terus dia pejamkan mata tido... owh ok.... sila berfikiran positif aida... mungkin kaki pemuda terbabit kesakitan atau mungkin beliau cacat atau tempang yang membuatkan dia tak boleh berdiri....

Dari arah yang bertentangan plak ada sorang cik adik manis bertudung litup sedang duduk.... mata nya juga memandang akak yang terbabit.... so dengan penuh berharap dia akan bangun dan mmpersilakan akak yang mengandung tu duduk.... tapi tak owkeh... dia sibuk membelek Hp dia.... ok xpa... mungkin akak ni x ada penyakit kurang kestabilan diri yang membuatkan dia juga turut sama tidak boleh berdiri... then train pun stop kat setiawangsa n akak tu pun turun... simpati menggunung pada die....

train terus meneruskan perjalanan... Sampai ke destinasi (Wangsa Maju), aida pun turun.... masa aida turun tuu, nmpak pulak sorang pemuda ni buta... muda lagi rasanya dalam 23-26 mcm tu umo die.... terasa nak tolong tapi memandangkan dia pakai baju tangan pendek, aida pun hold kejap... tapi dah berniat dalam hati,kalau xde orang tolong jugak...aida akan bantu dia turun tangga.... tangga Wangsa maju tu tau2 la kan? tinggi jugak tuuu.... pastu dekat2 nak smpai tangga ada sorang laki Cina.... muda belia.... berambut punk, bertindik di hidung tolong pimpim tangan si buta tadi smpai kat luar stesen... bagus kan? tula.... jangan pandang orang luaran jaaa..... disebalik rambu punk n bertindik di hidung tu, dia still ada rasa untuk membantu..... haihhh... donia2....

SILA LIKE :-)

Friday, May 4, 2012

Betul SAIFUL NANG... SETUJU!!!


Kreadit to Saiful Nang:-

Isteri terpelajar masuk dapur? Kolotkah itu?
by Saiful Nang on Thursday, 26 April 2012 at 02:51 ·

Artikel ini saya tulis dengan penuh emosi kerana ia melibatkan orang yang rapat dan saya kenali. Ayah dan arwah ibu saya mungkin bukan orang terpelajar. Emak sekolah curi-curi intai dari tepi tingkap sampai darjah tiga dan tidaklah sampai ke peringkat pandai membaca, hanya sekadar kenal huruf jawi juga huruf rumi tapi tidak pandai membaca sampai hari terakhir arwah emak di dunia. Ayah pula belajar sampai darjah 6 tapi bukanlah seorang pelajar yang baik kerana telahpun bekerja di ladang kopi dari umur 7 tahun lagi. 

SOAL PILIH JODOH / MENANTU 

Kalau nak ketawa, silakanlah tapi ayah dan arwah emak saya mengamalkan cara tradisional dalam memilih menantu. Ada 2 kriteria utama yang akan dilihat secara keutamaan pada nombor 1 kemudian yang ke-2. Ibu bapa mana yang tak mahu anaknya bahagia. Kriteria pertama kami 4 beradik lelaki akan memperkenalkan pasangan pilihan kami pada ibu bapa kami dahulu. Kes isteri saya, selepas sudah bertunang barulah dapat diizinkan ibu mertua saya untuk bawa isteri saya ke Pahang untuk diperkenalkan pada ibu bapa saya. Alhamdulillah, kriteria pertama dan kedua menepati dan ibu saya sangat sayang dan selesa sekali dengan calon isteri pilihan saya. 

Kriteria pertama ialah BERTUDUNG. Walaupun isteri saya bertudung litup, saya pernah juga argue pada ibu bapa saya, terima sahajalah calon yang saya bawa walaupun tidak bertudung, boleh jadi hidayah akan sampai selepas berkahwin nanti. Rupanya, kini saya sedar dan saya silap. Rasionalnya ialah, jika seseorang yang bertudung itu adalah satu gambaran luaran sebelum mengenali hati budi bahawa bertudung itu adalah ciri-ciri seorang wanita yang menjaga kehormatannya dan pastinya selepas berkahwin akan terus menjaga kehormatannya juga maruah suaminya. Secara rasional, pastinya ibu bapa saya tidak mengenali calon isteri yang saya pilih kecuali dinilai dari pandangan pertama. Di sini isteri saya Alhamdulillah melepasi kriteria yang diberi. Bukan sekadar bertudung, pakaiannya juga tidaklah ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan tudungnya pula tidaklah seperti tudung Siti mahupun "Kak Rosmah" kita.

Walaubagaimanapun, sebelum itu, calon isteri yang abang saya bawa tidak menepati kriteria ini. Ibu dan ayah saya tetap positif untuk mempertimbangkan kriteria kedua iaitu...PANDAI MEMASAK.Kakak ipar saya yang gagal menepati kriteria pertama masuk ke peringkat ke-2 dan Alhamdulillah, kakak ipar saya memang seorang wanita yang pandai memasak.

Saya juga pernah argue perkara ini. "Alaa emak dan ayah ni, orang sekarang semua dah ada kerjaya, makan dan minum semua kat kedai jer yang penting hidup cukup makan sudah lah".Ayah saya menjawap "Nanti engkau tahu lah..." dan tidak mengulas panjang. Rupanya kini saya faham, jika calon isteri yang dipilih itu pandai memasak, pastinya telah didik untuk memasak dan memenangi hati Si Suami. Jika untuk survival, saya tak fikir ada wanita yang akan memasak sendiri kecuali berada di luar negara, itupun kerana tiada pilihan. Maka dengan itu, kriteria kedua ini hanyalah satu petanda bahawa seorang calon isteri itu telah dididik untuk mengurus rumahtangga. Selebihnya seperti kerja mengemas rumah, mengasuh anak itu pastinya akan dinilai dari cara memasak, penyusunan, kebersihan dan juga susunan rasa yang dicipta dalam makanan itu sendiri.

Kakak Ipar saya berjaya dapat A untuk ini. Sementara isteri saya pula tidak diuji di peringkat ke-2 ini kerana telah lulus cemerlang di peringkat pertama. Cuma sekadar emak dan ayah mengusik mesra mengatakan "Saiful ni suka makan kat rumah, dia tak suka makan kat luar...Intan kenalah memasak nanti"

Intan : Gulppp.... (Senyum sahaja)
Saya : (Senyum jer dalam hati berkata...perlu ke nak memasak?) 

Isteri saya orang terpelajar. Sekolah tinggi sampai ke peringkat Ph.D di universiti terbaik dunia di Cambridge University, United Kingdom. Dalam hati saya, saya kurang percaya dan bukanlah satu keperluan untuk saya katakan isteri saya perlu memasak untuk saya nanti selepas berkahwin. Selepas kami berkahwin, selama setahun dapur kami hanya berasap ketika ibu dan ayah saya datang melawat. Arwah emak yang masakkan. Isteri saya tak memasakpun dan emak cuma sekadar mengusik sahaja..."Abang Saiful ni kurus jer dia, Intan kena masak ni bagi dia gemuk sikit" (Padahal ketika itu saya dah masuk dalam kategori awal overweight dah). Saya kurang teliti maksud sebenar kata-kata itu hanya sekadar menganggap itu satu gurauan sahaja.

Selepas ibu saya menghembuskan nafas terakhir, barulah saya sedar antara satu perkara yang paling besar saya hilang ialah masakan airtangan seorang ibu. Sehingga kini saya masih merasakan masakan ibu sayalah yang terbaik dan saya terfikir, apabila isteri saya nanti "pergi" apakah masakan itu tidak langsung menjadi satu ingatan anak-anak saya nanti jika kami meneruskan makan di luar sahaja. Chef ternama dunia yang masakannya pernah saya rasai kehebatannya masih belum dapat menawarkan rasa segar lidah saya memakan masakan arwah ibu yang telah lama pergi. 

Selepas dari itu, saya membuat keputusan untuk mengurangkan makan di luar. Lalu, SAYA SENDIRI MEMASAK di rumah. Isteri saya setuju untuk saya memasak dan isteri saya akan mengemas. Kerana saya memasak memang style mamak. Ketung ketang ketung ketang....siap. Tapi dapur dan singki memang sangat huru hara saya buat. Selepas beberapa kali saya memasak di rumah, isteri saya mula turun tangan menolong memotong bawang dan menyediakan bahan. Tidak lama selepas itu, isteri saya mula mengambil inisiatif apabila saya mula lihat beliau mula memuat turun banyak resipi-resipi masakan dari internet. Itu sudah satu petanda bagus. Satu hari, saya pulang kerja saya lihat "DR. INTAN SALWANI, PH.D Cambridge University, Chem. Eng." (Jangan ingat ini nak tayang, tapi sekadar jadi contoh atau analogi golongan yang terpelajar) memasak di dapur. Saya tersenyum dan saya bangga dengan beliau. Masih lagi saya terasa lazatnya gulai MASIN yang beliau masak dan saya dengan senyuman terus memuji..."Sedapnya you masak...kalau hari-hari macam ni, i boleh jadi obes". Selepas beberapa hari isteri saya memasak. Saya bertanya..

"Intan, u masak ni pasal u sayang kat i kan?". Isteri saya menjawab..."Semestinya lah, tapi satu lagi kerana kalau u masak, dapur bersepah i kena buat kerja lebih dari i sendiri yang masak" 

Saya : (Senyum...walaupun disindir).

Alhamdulillah, sudah lebih 5 tahun kami berkahwin, dan 50% makanan yang masuk dalam perut kami sekeluarga adalah adunan rasa yang dimasak oleh isteri saya sendiri di sebalik kesibukan kerja beliau sebagai seorang pensyarah kanan di UPM. Juga sibuk dengan urusan anak-anak dan kini mengandung anak kami yang ke-3 saya tahu itu semua satu yang kurang praktikal untuk isteri saya lakukan. Saya berkompromi dan tidak pernah memaksa isteri saya memasak untuk kami sekeluarga sekiranya beliau memang tidak larat. Tapi saya hormatinya semangatnya, kerana isteri saya masih menggagahkan diri untuk terus berkhidmat sebagai seorang ORANG DAPUR YANG TERPELAJAR. Juga seorang CIKGU untuk anak-anak saya dan bayaran yang saya berikan hanyalah mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi pada isteri dan anak-anak kami. 

Sudah lebih 5 tahun, dengan kesibukan isteri saya juga tidak pernah pula saya memakai baju kemeja tidak diseterika atau pakai baju yang sama dan tidak berbasuh pada dua hari berturut-turut. Jarang sangat hari yang saya balik kepenatan di rumah tiada segelas air sejuk dihidang. Walaupun hanya air sejuk, rasanya sangat manis dengan senyuman isteri yang menghidangkannya. Semuanya diuruskan dan perkhidmatan isteri saya pada saya dan anak-anak adalah satu pengorbanan besar dan saya secara patut pasti akan membalas pengorbanan itu dengan pengorbanan dari diri saya sendiri untuk terus menyayangi isteri saya dan keluarga saya. Alhamdulillah, Kami saling berbagi kami saling faham memahami. 

Saya minta maaf jika anda yang kurang sependapat dengan saya, tapi saya rasakan kasih sayang saya pada isteri saya kini jauh lebih hebat berbanding pada tahun pertama kami berkahwin. Saya seronok bila anak-anak menjerit dan melonjak seronok bila CHEF peribadi kami mengumumkan akan memasak menu kegemaran anak-anak kami. Saya sering mahu menitiskan airmata kerana saya melihat diri saya sendiri pada anak-anak saya apabila arwah ibu saya dahulu mahu memasakkan menu yang saya sukai. Saya masih terasa ia hanya berlaku semalam sahaja bila saya dijamu makanan kegemaran saya setiap kali saya balik ke rumah bercuti dari sekolah berasrama. Saya mula faham mengapa ibu dan ayah saya begitu menitik beratkan perkara ini. Jika memasak itu dapat diaturkan, disiplin dalam pemasakan itu juga membentuk rumahtangga ibu bapa kami.

Ibu dan bapa saya seumpama timur dan barat yang tidak sehaluan dalam banyak perkara. Mereka bertengkar hampir setiap hari tetapi tidak pernah sehingga ibu saya meninggal, ayah meninggalkan ibu saya tidur bersendirian. Gaduh, merajuk dan memujuk semuanya berlaku apabila ibu saya tetap tidak melupakan tanggungjawab memasak dan ayah saya akan balik semula dan berbaik di meja makan kami. 

Sesibuk mana pun saya, saya sentiasa cuba meluangkan makan malam dan sarapan bersama sekeluarga. Saya kini jelas dan faham mengapa dahulu orang-orang lama meletakkan 2 kriteria di atas dalam memilih pasangan hidup. Rupanya ia bukanlah mengada-ngada tetapi ia masih praktikal pada zaman moden sekarang ini. 

Betul orang tua berkata, pikat hati suami, menangilah perutnya dahulu. Ia kelihatan kelakar tetapi tidak sama hasil airtangan orang yang memikirkan laba dan untung berbanding penyediaan makanan yang dibuat secara terbaik oleh seorang ibu untuk anak-anak dan suaminya yang semuanya dimasak dengan teliti. Tidak perlu nasi tangas, tidak perlu pizza hut, tidak perlu makan di restoran mahal...jika ia datang dari orang yang kita sayang, makanan masin pun enak dikunyah. 

Saya kembali pada fahaman tradisional orang lama. Saya kurang pasti anda juga begitu. Jika saya masih lagi segar dan masih terasa di lidah mengunyah makanan ibu yang telah lama pergi, anak-anak saya juga pasti akan merindui masakan ibunya TIDAK KIRA SEJAUH MANA MEREKA BERADA nanti.

Makanan bukanlah satu perkara besar, tetapi ia seakan-akan satu pengikat kasih dalam rumahtangga. Semasa saya menaip ini, saya sedang merasakan kehebatan airtangan hidangan isteri walau hanya segelas air sejuk dan ada juga yang telah berumahtangga lama tetapi tidak pula merasakan apa yang saya rasakan. Rumahku, syurgaku. 

Terima kasih ibu dan ayah yang telah memberikan kami satu pelajaran hidup yang sangat besar ertinya setelah pelajaran itu saya laluinya sendiri dan merasainya sendiri. Walaupun ayah dan emak tidak terpelajar, pada hari ini saya tetap bangga dengan emak dan ayah. Saya bangga dibesarkan oleh emak dan ayah walaupun dalam keadaan serba miskin, tetapi emak dan ayah tak pernah miskin kasih sayang. Sekarang apabila saya tanyakan kembali kenapa 2 kriteria itu jadi keutamaan, ayah minta saya jawap sendiri. Jika sudah mampu menjaga diri dan kehormatan diri pasti pandai menjaga maruah suami, pasti pandai menjaga suami. Jika suruhan Allah boleh dipatuhi, taat kepada suami juga adalah salah satu suruhan Allah yang seorang isteri perlu buat disamping solat dan puasanya, selebihnya isteri boleh ke syurga dengan mana-mana jalan yang dimahukan. Jika kriteria pertama BELUM dipenuhi, kriteria ke-dua menandakan isteri sudah bersedia untuk memberi perkhidmatan pada suaminya sebagai isteri yang taat. Pasti jika suaminya seorang yang beriman, kriteria pertama akan mudah diikuti jika itu dari seruan Si Suami. Contoh terdekat ialah kakak ipar saya sendiri yang lantas bertudung kerana suami (Abang sulong saya) mahukan aurat isterinya menjadi tatapan ekslusif beliau dan muhrimnya sahaja. 

Ada logiknya dan sangat-sangat logik untuk difahami. Kini baru saya fahaminya mengapa orang tua berfahaman sebegitu tradisional. Rupanya ia untuk mewujudkan satu suasana syurga dalam rumahtangga dengan anak dan isteri menjadi bidadari-bidadarinya. 

Jika anda rasa artikel ini baik untuk anda kongsikan. Jangan segan jangan malu...klik sahaja LIKE dan SHARE kan sahaja pada orang yang anda rasa baik untuk anda berkongsi.

Salam bahagia semua.

SAIFUL NANG

SILA LIKE :-)

Monday, August 3, 2009

SIFAT IRI HATI, KETIDAK PUASAN HATI ANTARA MANUSIA....

da lama aida wat blog ni... tp hari ni baru sempat nak wat 'new p0st' kat blog nih.....bz sesangat..... byk assignment yg nak kena submit.... g pun final ezam da nak dekat.... just around the corner kata mat salleh....lagi dua minggu.... cam na la kan final kali nih... isau gak hati nie.... harap2 CGPA kali ni meningkat berbanding yang dlu.....

ok la tu baru mukadimahnya.... lom lagi masuk tajuk sebenarnya....crita dia macam nie....aida blajar kat sebuah kolej swasta kat Sungai Petani(SP)...kolej apa??? k0rang pkir2 la sendiri....bukan byak pun kolej swasta kat SP nie......aida wat part time kat satu publishing house sambil blajar... kira part time la..... aida x g office hari2...kira ada job ja boss akan kol... then send email....bila perlu ja g ofis...

so bila dapat gaji ja paham2 la.... x ayh la cari kat tempat lain.....cari ja kat mall2 yang ada kat sekitar SP n Penang.... sure akan jumpa aida kat situ.... aida selalu shopping dgn kak ina.... kawan baik merangkap akak la jugak.... kadang2 yang lain join sekali....(lynn, n0raini and Dila).. kalau x kuar dgn depa2 nie.... aida kuar dengan my family... my mom.... or my aunt....

kira sh0pping mmg dah jadi satu aktiviti bila lapang.....salah ka sh0pping nie?
rasanya x salah kan? lagi pun sh0pping bnda yang nak pakai..... bukan saja2 buang duit mcm tu jaa...lagi pun kita bukan nya shopping pakai duit orang..... pakai duit sndiri....kita dah penat keja sampai ke pagi x kan salah nak guna duit tu untuk kesenangan diri.....

hari tu masa kol kak ina, dia bgtau kata ada kawan kat kolej kami tu yang x puas hati dengan cara hidup kami skarang nie....dia buat mulut... cakap kat orang yg kami ni suka menunjuk2 kat orag lain... bila masa plak kami ni menunjuk pn x tau la.... hai manusia.... x da keja lain ke selain jaga tepi kain orang.....kadang2 x paham jugak, kami ni x cukup tido wat (assignment+keja)...sedangkan orang lain bleh snang2 duk buka kdai kopi ngungpat kami......apa salah kami nie?

rasanya x pernah terlintas pn kat ati ni nak cakap bujkan2 pada dia...... x dapat nak dibayangkan rasa sakit ati nie bila dapat tau dia orang yang ngutuk kami tu.....sedang aida anggap dia kawan....rapat pun rapat jugak la....sdih sangat.... huhuhuhu.......

SILA LIKE :-)