Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 11, 2011

WAHAI WANITA..PERTAHANKAN MAHKOTA!!! PEMURAH ITU ADA WAKTUNYA....

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua sahabat-sahabat yang saya sayangi.. Fuh..fuh...fuh..meh buang habuk dulu meh.. Dah dua hari blog tersayang ni berhabuk.. x sempat nak menjengah memandangkan assignment yang sedikit bertimbun tuu..ok kawan-kawan semua.. perkongsian hari ini adalah berkenaan dengan calon isteri dan suami.. Kemungkinan besar kalian seringkali membaca terbaca mengenai keluhan-keluhan serta luahan perasaan teman-teman sekeliling apabila sambung putus cinta a.k.a clash dengan pakwe atau makwe tersayang samaada dalam wall laman sosial facebook ataupun di post-post blog masing-masing...

Kadang-kadang kita yang tiada kaitan tumpang sedih dan sayu membaca rentetan penderitaan dan kekecewaan yang diluahkan oleh mereka..Zaman bercinta diibaratkan macam makan garam pun rasa manis...meriah bagai nak rak..Sana sini tayang gambar berdua..Bermesra bukan main..Dedah sana..dedah sini...gaya plak ala-ala manja gitu..Kekadang mata yang melihat jadi keliru...dah kawinkah mereka? adik bradik kah? berpeluk... bergesel macam gam..Kucup pipi macam dapat aiskrim..Pegang tangan pun dah macam x nak lepas..Niat asalnya mahu menggambarkan kemesraan yang terjalin kepada umum..dan kebarangkalian ianya menimbulkan rasa sedikit meluat, menyampah, kasihan.. semuanya bergaul dalam satu...

Maaf dipohon..ampun dipinta andainya ada yang terasa... Entry kali ini berlain benar daripada asalnya..sekali beralih arah tiada salahnya...Entry kali ini bukan la membawa kita sama-sama berbincang perihal halal haram perbuatan terbabit..masing-masing sudah tahu dan sedia maklum apa hukumnya..Entry kali ini lebih kepada berkongsi apa yang patut dan apa yang tidak patut dalam sesuatu perhubungan yang belum ada kesudahannya lagi...Aida bukanlah orang yang patut menyuarakan hal sebegini kerana siapalah Aida pada teman-teman...[mungkin akan ada yang akan berkata "mak bapak kami x kecoh pun, apa kau nak sibuk"]..Masalah nya di sini mak ayah korang tau ke?Kalau ada yang tahu, n diamkan dri xtau la nak cakap... Aida hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan..Namun, sangatlah zalim andainya Aida enggan berkongsi kesilapan yang telah dialami oleh insan-insan terdekat yang membawa seribu satu penyesalan dalam diri Aida..Semua hanya untuk dikongsi tidak lebih.. tidak kurang agar yang baru bermula dapat berhenti... yang terlajak dapat mengundur dan yang terlanjut tidak mengulanginya lagi...

Peringatan kursus ini ditujukan kepada teman-teman sejenis yang berstatus 'female' mengenai tingkah laku anda yang akan merendahkan 'saham' anda apabila ada yang terpikir-pikir untuk menjadikan anda calon menantu atau calon isteri mereka. Kata orang, dalam apa jua keadaan kaum lelakilah yang akan menang dan rasa bertuah. Saya setuju!.. Cuba anda pikir, tak kira apa yang kita bahaskan, dari sudut mana sekali pun apabila sepasang kekasih berpisah, yang paling teruk menanggung kerugian adalah kaum wanita. Rugi air mata usah dicerita.. rugi harta tidak terkira..Rugi maruah..Rugi saham diri.. dan yang paling azab dan menyedihkan apabila mereka rugi mahkota yang sepatutnya menjadi hak milik mutlak buat sang suami..

Sedangkan kaum lelaki hanya akan berkabung seketika sebelum mencari pengganti seterusnya..Tanyalah kepada mana-mana lelaki pun, apa yang dia rasa apa bila berpisah... Kebanyakkan menjawab biasa biasa sahaja...."tiada jodoh nak buat macam mana"...Tapi cuba anda tanya kaum wanita yang baru berpisah...alamatnya tidak terjawablah dengan kata-kata...Cukuplah riak muka serta linangan air mata yang menceritakan betapa remuknya hati mereka untuk merelakan perpisahan yang sangat menyedihkan dan sadis itu...

Dipendekkan cerita...cukuplah dan berhentilah memberi kaum lelaki sebarang peluang...jangan terlalu bermurah hati..Cukuplah dengan memberi mereka ruang untuk bertapak di hati kita selagi mana mereka belum bersedia membawakan kadi sebagai tukang rasmi dalam menghalalkan ikatan sebuah perhubungan..Cukuplah dengan memberi mereka kesempatan untuk 'mengambil kesempatan' atas kelemahanhati budi kita...Selagi mereka masih belum bersedia janganlah kalian tawarkan cinta kalian..Jangan gadaikan masa depan dan maruah keturunan kalian kerana terikut dek gaya hidup teman-teman lain yang tidak sedikit pun menguntungkan itu..Biarkan mereka dengan dunia mereka selagi mereka terdaya...

Jangan jadikan alasan 'chop' untuk mengharuskan perhubungan yang langsung tiada nilai dan tidak diredhai itu..Jangan jadikan alasan 'datang ke IPT' adalah masa dan waktu untuk mencari pasangan..Jangan katakan memang sudah termaktub jodoh kalian betemu si dia di sini... Perjalanan kita masih jauh..Masih banyak yang perlu kita kejarkan..Banyak jua ruang dan kesempatan untuk memikirkan siapakan teman terbaik kamu..Lelaki baik untuk perempuan baik..dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..Itu janji yang Allah aturkan untuk kita hamba yang dia ciptakan dari setitis air yang sangat hina...

Semua ini hanyalah untuk dikongsi tanpa mengharapkan apa-apa.. Cuma kasihan melihat teman-teman sejenis yang menderita ditinggalkan si dia... Atas sedikit pengalaman yang bersisa, Aida hamparkan seluas-luasnya buat tatapan semua.. Jika hari ini mereka yang terkena tidak mustahil esok adalah hari kita...Tak usahlah kita menadah tangan berdoa pada yang Esa kerana ianya memang termaktub tidak diizinkan olehnya dan bagaimana mahu dimakbulkannya.. Justeru, apakan penyelesaiannya? Kembalilah kita pada fitrah sama seperti sewaktu ibu bapa membenarkan kita untuk memasuki alam pengajian tinggi selepas SPM dulu.."SINGLE BUT UNAVAILABLE" status kebanyakkan daripada kita ketika itu... Lalu mengapa kita tukarkan status itu sebelum segulung ijazah/diploma dipersembahkan kepada ayah dan bonda tercinta...

Ataupun, andainya si dia masih berkeras untuk kekal bersama dan berjanji untuk bertanggungjawab atas segalanya hingga akhir hayat dikandung badan maka laksanakan petua ini!!! Ajaklah teman lelaki anda balik menghadap kedua orang tua anda. Katakan inilah bakal suami anda bila tiba masanya kelak.. Jika dia tidak bersedia bertemu ibu bapa anda, maka jawapannya dia sememangnya tidak ikhlas dan tidak bersungguh-sungguh bersama anda. Jika diri sendiri sebenarnya yang tidak sanggup melakukannya maka iulah jawapannya anda berpura-pura... Saya sudah berjaya lakukannya.. ANDA BAGAIMANA?????????

Wallahua'lam....

p/s: yang baik kita jadikan tauladan... yang buruk kita jadikan sempadan... Tiada hak cipta kerna ilmu itu hak mutlak Yang Maha Esa Allah SWT... Silalah copy dan paste sesuka hati anda untuk manfaat semua..Cuma mohon jangan salah gunakan entry ini... Jika ada sebarang usaha untuk sabotaj, sila jawab di Padang Mahsyar kelak...

Salam sayang,
Aida suka membebel,
11/03/2011 (3.36am)

SILA LIKE :-)