Sekarang nie banyak fesyen yang entah hapa2... kekadang terpikir..selesa ke si pemakai pakai pakaian yang mcam tu?? kita yang tengok ni pun rimas doh...penah sekali tu baca blog sorang mamat nih dia kata dia rimas tengok pompuan2 sekarang suka pakai tudung x siap... pakai separuh jalan ja...aida pun cuba paham apa yang dia maksudkan... bila dia attach gmbar cntoh kat email...hahaha... bila tngok balik yeww.. mmg nampak mcm pakai separuh jalan ja..ada yang nampak tengkuk.. ada yang nampak telinga.. ish mcam2 la...
Tu baru bab tudung belom lagi bab pakai.. baju seluar.. ish mcam2...paling serius legging.. adoih... mcm bogel tgk.. kita ynag pompuan ni tengok pun beristofar dalam hati.. kalau laki tengok??????? jawab2!! so jangan salahkan lelaki dalm kes rogol, bunuh semua nie.. kita pompuan pun salah...tapi yang paling x bleh blah ada plak yang pakai dress paras paha pastu x pakai legging... adoyai... selesakah mereka? pakai xrasa apa2 ka?nak-nak plak lalu kat tempat tengah berangin.. tau plak korang nak tarik2...adoiyai dunia.. bila korang pakai mcam tu, x pkir ke abg2, pakcik2, atuk2 yang dah lama x dapat tngok korang... mau habis tegak semuanya..ish nauzubillah...takot dohhh
bila baca blog kak Me, dia tinggalkan link page artikel yang Imam Muda Ashraf tulis pasal Berlegging nie... dengan adanya artikel ni dapat buat korang sedar yang lengging tu sebenarnya hukamnya haram... HARAM ok.. pakai berdosa!!
Baca artikel ni!
Saya Tergoda Wanita yang ber’Legging’
Posted by Imam Muda Asyraf on March 7th, 2011
Islam tidak mengharamkan secara total apa yang dinamakan dengan fesyen. Ianya juga meraikan sesiapa yang menghendaki gaya penampilan yang kemas dan cantik. Kerana imej seseorang itu terletak pada cara ia mengenakan pakaian. Malah Islam juga tidak menggalakkan umatnya kelihatan selekeh dari pandangan mata umum. Ianya seolah-olah menggambarkan sikap umat Islam itu amat rendah pada peri pentingnya keterampilan yang kemas dan cantik. Malah Allah SWt lebih menyukai hambaNya yang bijak menggunakan nikmat kurniaannya sebagai tanda bersyukur.
Namun dalam masa yang sama, kekemasan dan kecantikan itu bukanlah suatu yang tidak didasari oleh peraturan dan ketetapan yang disediakan oleh Allah SWT. Malah kecantikan itu pula mestilah tidak dituruti bersama dengan sifat riya’ mahupun takabbur dengan kecantikan dan kekemasan pakaian yang dikenakan.
Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”.
Lalu bertanya seorang lelaki :
“Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takabbur?”.
Baginda menjawab :
“Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takabbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.
Selain dari penjagaan aurat, Allah menjadikan pakaian juga sebagai perhiasan bagi si pemakai. Maka perhiasan itu suatu yang tidak menyalahi hukum malah ianya merupakan fitrah seorang insan. Ini dinyatakan di dalam surah al-A’raaf ayat 26 yang bermaksud :
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (libaasa) pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk (wariisya) perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.
Menurut Tafsir Jalalain’, “اLibaasa” dalam ayat tersebut ialah pakaian bertujuan untuk menutup aurat. Adapun “Wariisya” ialah apa yang diambil atau dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu bertujuan untuk perhiasan. Menutup aurat adalah sebagai keperluan asas. Sementara yang keduanya iaitu perhiasan adalah sampingan kepada tujuan pakaian.
Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran Surah an-Nahl, ayat 81 maksudnya :
“Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang
Seluar kebiasaannya merupakan pakaian bagi lelaki. Namun ianya juga mula dipakai oleh golongan wanita. Sehinggakan terdapat sebahagian pendapat dari ulama yang mengharamkan secara terus pemakaian segala jenis seluar bagi wanita. Walaubagaimanapun ramai juga dikalangan ulama yang membenarkan pemakaian seluar kepada wanita berdasarkan jenis seluar yang dipakai.
Terdapat juga kesalahan segelintir mereka yang menyalahgunakan dalil hadis Nabi SAW sehinggakan mereka berpendapat wanita itu lebih mulia jika memakai seluar. Ini disebabkan salah faham mereka kepada maksud hadis yang diriwayatkan oleh Al-Uqayli, Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal iaitu :
“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang”
Sedangkan hadith ini berlaku pada satu ketika ada seorang wanita yang jatuh dari kenderaan sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya. Maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Jika diteliti hadith dari Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Riwayat Bukhari)
Hukum ini umum, bagi membolehkan perempuan dan lelaki memakai seluar. Asalkan seluar perempuan hendaklah berbeza dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri berasaskan sabda Nabi SAW dari Ibnu Abbas maksudnya :
“Rasulullah melaknat ke atas lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”(Riwayat Bukhari)
Menurut Syeikh Atiyyah Saqqar, Mantan Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif didalam kitab Mausuah al-Usrah katanya :
“Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib celanya seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini. Cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang mengundang perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi dipakaikan pula di luarnya kain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping tidak kelihatan rupa bentuknya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa
Ini bermaksud wanita dibenarkan memakai seluar dengan menepati syarat penutupan aurat yang sebenar.
Permasalahan yang muncul adalah trend anak muda yang semakin ramai mengenakan seluar yang terlalu ketat sehinggakan menampakkan tubuh badan mereka. Seluar yang dimaksudkan ialah seluar yang dipanggil ‘legging’ dalam bahasa inggerisnya. Seluar ketat ini terkadang dilihat dipakai oleh wanita yang bertudung. Ianya dengan jelas menampakkan bentuk aurat wajib yang ditutup. Sehinggakan pemakainya menonjolkan bentuk tubuh seperti betis, peha dan kemaluan dengan ketara.
Dalam isu pemakaian seluar ketat bagi lelaki menjadi perbincangan para ulama. Antara yang mengharamkan pemakaian seluar ketat dengan tidak mengira lelaki mahupun perempuan ialah Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan didalam kitabnya Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtha’ Al-Mushallin mengatakan bahawa :
“Majoriti pemuda-pemuda yang menamakan dirinya remaja Muslim, mereka mengingkari wanita-wanita yang berpakaian ketat, kerana membentuk tubuhnya. Sementara pemuda ini sendiri lupa dirinya yang turut sama melakukan perbuatan tersebut. Tidak ada perbezaaan antara seorang wanita yang berpakaian ketat dan seorang lelaki yang memakai seluar yang membentuk tubuh, kerana keduanya sama-sama membentuk kedua punggungnya. Sedangkan punggung lelaki dan punggung perempuan adalah aurat, keduanya sama hukumnya.
Namun sebahagian pandangan dari Mazhab Syafie yang mengharuskan bagi lelaki. Asalkan ianya tidaklah sehingga menampakkan bentuk kemaluan mereka. Jika ternampak bentuk kemaluan maka ianya jatuh kepada hukum haram.
Tetapi majority para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’. Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian. Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya
dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,
”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah
Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka
Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai
lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad
(21279)
Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.
Maaf dengan tajuk diatas. Kerana bukan saya sahaja suka, semua lelaki juga tergoda. Tidak semestinya lelaki tergoda, maka lelaki akan sukakan ia. Kerana anda lebih bijak membezakan antara lelaki yang tergoda dan lelaki yang terjatuh cinta. Jangan salahkan pencuri yang merampas harta anda, jika anda sendiri yang memberi kunci kepadanya.
SILA LIKE :-)
anti budak legging >,<
ReplyDeletejuju:saya jugak... ;-)
ReplyDeleteaku pun xberkenan ngn legging nie...aku penah suarakan kat kwn rempat sama keja aku dulu...dia siap kata "ko tok nang lah out of fasyen"...tp bg aku mun nampak lurah kat bawah tu sanggup aku kena kata xtau berfasyen dr tunjuk wei.....
ReplyDeleteish3... teruknya....
ReplyDelete