Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 22, 2013

KLMU dalam kenangan...

Ok seperti yang aku jangka dan agak, entry ni pasti berulat dalam draft aku... korang pakat2 bayang la aku taip ni entry ni sehari selepas perjumpaan kita baru-baru ni...hahaha

----------------------->

Smalam hari terakhir sebagai student degree di sebuah Universiti Swasta yang tidak terkemuka di ibu kota... saat hati melonjak gembira, pilu tetap betandang dan menyinap di sudut hati... xda apa yang paling sedih  melainkan terpaksa berpisah dengan semua rakan seperjuangan yang sangat saya sayang...

Aku x sekrearif Khai nak ngedit video segala.. ni ja yang aku mampu buat tanda penghargaan kehadiran korang dalam hidup aku... =)  dan percayalah, saat jemari ini sedang menaip, tubir mata mula berlenang.. ='(

Dunia berputar terlalu pantas... tanpa kita sedar dua tahun sudah perkenalan kita... Alhamdulillah, dua tahun yang penuh warna-warni, suka duka, serta jatuh dan bangunnya kita.... Dua tahun yang cukup buatkan aku kenal erti persahabatan yang sebenar2nya persahabatan. Kita banyak bersusah dan bersuka ria bersama. Saat kita terlibat dalam kemalangan di Melaka, aku bangga dengan kamu semua... tak da seorang pun yang berpaling muka,semuanya masih bersama... itu insiden yang membuka mata aku pada persahabatan kita semua...

Buat Nas, Biey, Lily, Afifi , Khai, Azri, Amirul, Mimbar, n Amin.. kalian sangat best... Bersama kalian, aku kenal erti sahabat sebenar-benar sahabat.. Banyak kenangan manis yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila... Makan angin bersama, berseronok bersama, excident pun kita sama-sama... Kenangan berovernite sampai tersenguk2 kpala semata-mata nak siapkan assignment adalah sangat manis untuk dikenang... Alhamdulillah, semuanya sudah sampai ke penghujung.. smoga kejayaan manjadi milik kita nanti... Nas thanks sudi terima kehadiran kami ke rumah ko..sampaikan salam aku pada mak ko... mana resepi pucuk paku yg ko nak kasi aku tu? kempunan tau!! Aku pasti rindu semua masakan mak ko... Biey, thanks slalu bawakkan makanan, hantar n ambik aku...jasamu dikenang... Khai, thanks slalu tolong aku bab2 laptop bermasalah, ko memang expert.. thanks jugak slalu jadi driver kami.. heee.. Lily n Mimbar, aku rindu abg tol hensem time kita nak gi Photoshoot kat Putrajaya...handsome kan3? heeee.. Amin n Mirul, korang bff dah lama.. berbaiklah... x best majuk2 ni... Mirul RM20 aku mana?? =) Amin, apa2 contact la aku.. jgn terus menghilang... Azri, kawin nnti jangan lupa jemput,.. insyaallah aku smpai ganu... Afifi, ko mentor no.2 aku, nak sukses macam ko jugak. Kirim salam Azie n peluk cium utk Amiera chomel.. insyaallah ada kelapangan aku melawat kawasan jajahan ko nanti. 

Buat Tikah, Azie, Su, Along n Kala...korang pun aku x kan lupa... kenangan meredah Putrajaya dengan korang mmg best.. betapa kita excited nak berposing dengan pokok buluh di Alamanda, makan donut kat Dataran Putrajaya, n paling best kita berkomplot nak suprisekan Capik.. Beli kek kat Klang, smbut birthday kat Kajang... huuu terbaikk.....

Buat Eina, Ain, n Huda...dua tahun kita sebumbung. Thanks untuk semuanya... Eina, ko teman sebilik aku... thanks for everything.. jemput2 la mai rumah aku slalu naa... Ain n Huda... bila nak pi jalan-jalan lagi?? bila nak berphotoshoot lagi?? Rindu!! Smoga ukhwah antara kita kekal smpai bila2...

Buat Sarah, Farah, Hafiz n Fina... perkenalan antara kita teramatlah pendek, tapi cukup untuk aku katakan yang korang memang dah ada tempat di hati aku...tiga bulan perkenalan kita..smoga perkenalan ni kekal selamanya... korang sangat gila-gila!!! =P

Buat Mohd Shafiq bin Suparman... xda perkataan mampu aku ucapkan... banyak yang kita hadapi dan kongsi bersama.. susah senang aku dengan kau slama 2 tahun ni..aku selesa walau kita berlainan jantina... berpisah dengan ko buatkan aku hilang kedua belah telinga yang setia mendengar segala keluh kesah aku slama ni... aku kehilangan mulut yang selalu berleter dan membebel.... aku kehilangan jam yang selalu bngunkan aku ke kelas saban pagi...ko sahabat terbaik aku... thanks jadi sahabat yang sebenar2 sahabat... dua tahun yang penuh suka duka antara kita akan aku ingat sampai bila-bila... bermula dari insiden berjabat tangan antara kita sehingga hari terakhir kita berjumpa semuanya tak akan aku lupa..lepas ni, kita akan terpisah jauh... antara utara dan selatan... smoga persahabatan kita  berkekalan hingga ke akhir usia kita... jangan lupakan aku fik.. thanks untuk segalanya... aku x mampu nak taip panjang lebau dahh... [ aku menaip sambil lap hingus dah ni]  T______T         FRIENDS TILL JANNAH!! itu ja yg mampu aku ucapkan...

Buat semua lecturer2, tanpa anda siapalah saya... buat Puan Lala,terima kasih yang tidak terhingga dari saya.. Puan banyak membantu dan support batch kami... Juga buat  Sir Sam, Sir Sailendra, Puan Su, Puan Zainida, Sir Mus, jutaan terima kasih atas segalanya... Maafkan andai ada salah dan silap saya sepanjang bergelar pelajar... Halalkanlah segala ilmu yang dicurahkan...doakan kejayaan saya.. =) 


Buat mereka-mereka di atas sana, hanya ucapan terima kasih yang mampu diucapkan.. Semoga perkenalan ini berkekalan dan mendapat rahmat daripadanya... Doa aku, semoga kalian semua sukses dalam apa jua yang kalian ceburi...

Jom layan layan gambar-gambar kenangan kita selama dua tahun ni...

bersuka ria bersama Azie, Su, tikah n Along di Alamanda... korang sangat osemmm!!!
Gambar bersuka ria yang terakhir sebelum semuanya membawa haluan masing-masing...
KLCC menjadi saksi :)
berlensa sambil siapkan assignment di Taman Pertanian Bukit Cerakah

Berposing dan terus berposing....
With capik, hafiz, sarah, Pina n Farah...


Kenangan terindah di Melaka....

Kami di Melaka....

Kawan-kawan seperjuangan melawat booth Final projek aku

Sejukk!!! oseemm!

Melaka with love...

Berekreasi di Taman Botanik bersama housemate2 tersayang...
Rindu adik2 berdua tuu..

Gambar di Melaka yang paling aku suka,,,
Dua penghibur lara yang akan aku rindu sampai bila2..
korang kalau berdua, mmg pecah isi perut kitaorg ketawa..
Melawat booth sahabat tersayang.. Jambuu!!

DMPP's Final Presentation...
bergambar kenangan bersama lecturer kesayangan... 
With my sahabat tersayang... aku rindu ko!!!
aktiviti memanggang dan merebus... Enjoyy!!!
Kami diraikan.. Thanks buat semua kawan2 yang menyumbang...



 And last but not least.....
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

he he he.. :D

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Sexy x??

Mimbar in action... slalu susah sangat kan ko nak bergambar...
Ini sahaja  yang mampu aku buat untuk buktikan betapa aku teramat sedih berpisah dengan kalian... Semoga semua baik-baik sahaja... 

FRIENDS TILL JANNAH....

Love,
A.Najwa A. Ghani

SILA LIKE :-)

No comments:

Post a Comment