Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 25, 2010

...BERBUKA BERSAMA ANAK2 YATIM RUMAH BUDIMAN...

Ni my first visit g rumah anak2 yatim...first kita orang berkumpul kat depan kolej... sebelum mulakan perjalanan kami snap dua tiga keping gambar dlu... aku? wajib ar kan... walaupun camera aku ..aku pass kat orang lain... kalau aku yang snap gmabr aku x da arr memangdangkan aku lupa  nak bawak tripod.... hehhe

Then kami mulakan perjalanan... diketuai oleh Van Alphard cosmo...muahahha... gila arr keta alphard.. tayar kancil.. kuikuikui..kami konvoi beramai... sangat happening owkey... 11 biji keta semuanya.. ramai kan... merata jalan kami berhenti...

dalam 11 keta tu aku ja student ponpuan yang bawak keta... yang sorang g tu satf marketing... so memasing pakat buli aku... xpa2 janji best... inn hang x jeles ka aku duk crita ni??? hehehe
 
sebelum sampai kami singgah kat Pantai Murni.. nak bg briefing jap...then kami terus g rumah ank yatim... bila sampai park keta... then terus masuk dewan makan diaorang... nak tolong apa yang patut...aida, ina, dila ngan ana ditugaskan untuk jadi tukang senduk laun ngan nasi.. kami ok ja.. wat je... 

tapi sebelum tu mata ni terpaku jap kat dua tiga orang anak yatim yang tgah letak lauk ngan nasi kat dalan tray...main letak ja... xda nak plih2... memandangkan lauk yang kita orang makan time tu ayam.. kita sedia maklum la ada sesetengah orang yang agak emmilih part2 ayam ni... macam aida.. aida lebih pada bahgian bertulang.. macam drumstick, wing tak pun bahagian atas paha tu...

kalau bagi isi memanhg x habis la... then kadang2 terus x makan ayam... ambik lauk lain.. ngada2 kan? ermn dapat gak insafi diri kejap... betapa beruntungnya aku....then lepas makan kami solat maghrib... perempuan solat kat surau asrama pompuan... kat situ aku terdiam kejap.. aku tengok segala kemudahan kat situ.. nauzubillah...time tu ada sorang budak kecik.. aku rasa umo dia dalam darjah 3 cm gitu baru lepas basuh baju sek.. seawal usia tu diaorang dah kena handle semuanya sndri..mana ada mesin basuh.,.. xda dry cleaner, xda softland.. aishhhh.... :-'(
 
betapa untungnya hidup aku...aku bleh pilih nak makan apa...baju nak brand apa? sedangkan diaorang hanya memakai pemberian orang ramai...aku terpkir jugak.. mcm mana diaorang beraya tiap2 tahun? sedih kot.. terkenangkan mak ayah yang dah xda....bila bpkir2 balik... kita patut adakan lawatan time raya... bukan puasa je... mana tau khadiran kita bleh hilangkan kesedihan diorang... kan?



SILA LIKE :-)

Saturday, August 21, 2010

...AIR MATA MALAM PERTAMA...

Buat semua blogger2 tegar mahupun x tegar, silent reader... or sesapa saja.. meh nak kongsi crita.. sedih arrr.. kalau aida di tempat ana.. huk3 xtau la... dh la.. x mau komen panjang lebar... meh la pakat baca..



...SELAMAT MEMBACA...
 

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.

Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.


“Ana dah jadi isteri!“ Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

“Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.”Doaku perlahan.

Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

“Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

“Sayang” Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.

Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.

“Abang..“ Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.

“Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. “Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku.

Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.

Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.

Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.

Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”. Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya.

“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.

“Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.”

“Apa!!!” Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?”Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

“Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana.” Ujar mak setelah sekian lama membisu.

“Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.”Terang ayah lagi.

“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.

“Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”

Ini cincinnya, pakailah!.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.

“Arrgggghh…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.
Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.
“Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku.

Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan.

Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.

Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.”

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."
Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.

“Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.

“Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.”Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.
Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

“Abang nak kemana tu?”Soalku.

“Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.”Jawabnya.

“Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan.

“Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.

“Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.

Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.

“Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.”

“Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku.

“Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.

Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

“Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.

“Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.”Jawabnya tersenyum.

“Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.”

“Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat.

“ish.. gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

“Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.

“Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.

“Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku.

“Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

“Sayang” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.

“Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.

“Ana ikut aje kemana abang nak bawa.”

“Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya.

“Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

“Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda.

“Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.

“Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?”

“Ish.. abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.

“Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.”

“Insya-Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.

“Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil.

“Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.

Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.

Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

“Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.”

“Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.

Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan dan menguncinya sekali. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.

“Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.

Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.

“Habistu apa yang sayang menungkan ni?”

“Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.
Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.

“Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.

“Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

“Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang!” Bisiknya.
Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.

“Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.

Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.

Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.

“Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.

“Pasal peminangan tu.” Ujarku.

Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.

“Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.

Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

“Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku.

Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

“Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.

“Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

“Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu.

“Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

“Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pinta suamiku sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.

“Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.

“Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.

Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar
sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.

Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa ku tahu butir bicaranya.

Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

“Bang” Seruku.

“Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.

“Malam ni abang nak..?”Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya “Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum.

“Ah..abang ni..” Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

“Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku.

Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku.

“Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku.

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya ke atasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda:
“Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.”

Rasulullah bersabda:
“Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.”

Rasulullah bersabda:
“Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.”

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.

“Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

“Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.” Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.

“Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.

“Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.

Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.

Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.

“Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya.

“Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..”

“Zul sakit ke?” Tanya ayah.

“Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.” Jawabnya.

“Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak.

“Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.

Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.

“Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk.

“Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

“Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.”

“Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.”

“Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.”

“Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.

“Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.

“Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang ya!”

“Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan.

“Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.

Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.

Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

“Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

Amin..

SILA LIKE :-)

Wednesday, August 18, 2010

-RIWAYAT CINTA-

Lagu ni best...slama ni x penah prasan lagu ni best.. meh dengar semua....

Penyanyi: Misha Omar
Tajuk Lirik Lagu: Riwayat Cinta
Gerhana
Yang melanda
Seluruh alam semesta
Dunia gelap sunyi tanpa cahaya
Begitulah hatiku terasa ohh.....
Siapa
Yang rela
Bernafas dalam derita
Membiar perasaan jadi sengsara
Dicengkam sedih yang tak terduga
Ke mana
Hilangnya keindahan
Yang ingin ku damba
Diselimut rasa sepi keseorangan
Dihiris kelukaan
Sentuhanmu yang pertama
Bagaikan madu menyiram asmara
Tapi itu hanyalah kepalsuan
Tersingkir aku di dalam khayalan
[ Riwayat Cinta lyric found on www.lirik.my ]
Perlukah aku bercinta
Andai hidup berteman air mata
Biarkan saja aku bersendiri
Usah kau memandang wajahku lagi
Sesungguhnya
Tiada jalan teduh untuk bersama
Ku rela kepedihan menjadi luka
Berakhirlah riwayat cintaku oohh.....
Sentuhanmu yang pertama
Bagaikan madu menyiram asmara
Tapi itu hanyalah kepalsuan
Tersingkir aku di dalam khayalan
Perlukah aku bercinta
Andai hidup berteman air mata
Biarkan saja aku bersendiri
Usah kau memandang wajahku lagi
Sesungguhnya
Tiada jalan teduh untuk bersama
Ku rela kepedihan menjadi luka
Berakhirlah riwayat cintaku oohh...


SILA LIKE :-)

...HARGAI SELAGI DIA MASIH ADA...

Salam semua... nak share story lagi kat sini.. sesapa yang sudi.. jemput la baca... sapa yg x sudi... wat2 x nmpak ja owkey.... crita ni aida copy dari blog kawan aida... si Sha ...Sha ni kawan baik aida masa kat sek men bertam indah dlu... smpai skrang baik.. cuma nak jumpa tu ja x boleh.. aishh.. miss u sha.. heheh.,. kang jeles plak En Khairul uzma dia.. hehe... 


dah2.. x yah nak lari crita .. hehehe.. berbalik kpada tajuk crita di atas... korang baca la crita kat bawah nie... sedih beb.. walaupun aku pompuan n crita ni lebih ditujukan kpada lelaki..sedih gak aku baca...


SELAMAT MEMBACA.....


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,

dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah

. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”

tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”



Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,

“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”

Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,

“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”

pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

"em cam mana? korang sedih x?? sedih kan? huk3... bila baca crita ni aida sikit pun x bayangkan laki tuu.. terbayang aida je pompuan tuu.. amin... hope bleh jadi mcm tu jugak..." -aida-


SILA LIKE :-)

Wednesday, August 11, 2010

...KENAPA AKU CEPAT BEREMOSI???...

Sejak aku rajin berblog.. banyak pengalaman, info2 dari kawan2 blogger yang aku perolehi...sapa cakap blogger ni buang msa?? sangat la aku x setuju...kawan2 blog aku ramai... ada yang student mcm aku.. aku budak sek.. ada yang dah kawin... yang dah berjaya dlam hidup n mcam2 lagi la... byak crita yang kami kongsi bersama..ada yang study tapi terpaksa... ada yang minat kos lain blajar kos lain.. ada yang dah kawin hubby jauh.. ada yang baru ditinggalkan suami.. ada yang kehilangan mak ayah... 

N untuk post kali ni aku nak kongsi ngan korang crita salah sorang dri kawna blog aku.. MAMA HANA... mama hana ni start join blogger sejak dia kehilangan puteri tersayang Hana Humairah...anak spa yang xsayang kan? bila aku baca blog nie.. hati aku sedih sgt...rintihan seorang ibu bila kehilang anak yang dia kandung... nangis2 aku baca... korang baca la... nnti bgtau aku korang nangis x...

22nd Jan 08 – Hana Humairah Dalam Kenangan

Aku tak pernah sangka arwah akan pergi tinggalkan aku n hubby secepat nie... Takder terlintas langsung pun...

Pagi 22hb Jan 08 tu mcm biasa... Aku kejutkan hana lebih kurang pukul 6pg sbb nk bg susu... Biasanya kalo aku bg salam kat dia maser kejutkan dia, dia akan senyum, tp pagi tu bila aku bg salam, dia tenung jer muka aku... Dia tengok jer… Tp tak der la aku terfikir aper2... Pastu aku bg susu dan tukarkan baju dia mcm biasa...
Pagi tu sementara nk tunggu laki aku siap, aku sempat amek gambar dia guna HP aku sekeping and rakam video dia lebih kurang seminit lebih... Tak pernah aku buat macam tu sebelum nie… Memang tak pernah… Tp dia mmg tak ceria mcm biasa... Tak bnyk bercakap (biasernyer dia banyak bercakap bahasa dia)... Tapi pagi tu dia senyap jer....

Pastu hampir kul 7 pagi, kami gerak la dr rumah nk hantar hana pegi nursery dia... Pas aku bagi hana pd baby sitter tu, aku ckp "adik jgn nakal tau, mama ngan papa nk g keje" biasanya dia akan senyum dgr aku pesan mcm tu, tp pagi tu dia mcm takder perasaan langsung.. Dia tenung jer muka aku n hubby sampai kami naik kereta... Maser tu mmg aku tak terfikir aper2 pun...

Dlm pukul 8 lebih, aku msg wani (baby sitter) pesan jgn mandikan hana dgn air sejuk, pastu mandikan dia pagi jer, sbb dia baru baik dr batuk n macam lelah (athma).

Tiba2 dlm kul 9.05 pg aku dpt call dr mona (owner nursery tu), dia bgtau baby sitter bwk hana pegi SMC sbb hana tak sihat... Dia kate mulut hana dh berbuih-huih n hidung dia keluar susu.... Pastu dia ckp hana critical, dia suruh aku cepat pergi SMC...

Maser tu hanya ALLAH SWT yg tau perasaan aku.. Aku tak sempat nk ckp aper2 aku terus capai handbag, aku meraung berlari keluar dr opis...

Maser tu officemates aku, kabir, syuhada n kak murni kejar sbb aku dah meraung-raung... Kak murni offer hantar aku sbb hubby aku kat sungai buloh... Aku call hubby, aku ckp kat dia suruh g smc cepat sbb hana tak sihat...

Maser tu sepanjang perjalanan aku menangis jer, risau something bad happens to my baby... Dlm perjalanan nk ke smc tu aku receive sms dr kak mona, dia kata kat SALAM hospital plak... Mungkin mmg ALLAH SWT nk cepatkan aku sampai ke situ, maser kak mona msg tu, aku dh terlajak exit nk ker SMC, kiranya jln yg aku lalu tu mmg betul2 nk pegi SALAM hospital...

Dekat2 kul 9.30am aku sampai hospital... Berlari aku masuk hospital tu... Aku tny kat kaunter, "hana humairah kat maner" Diorg tunjuk kaunter lg satu... Aku lari lg kesana... Aku tny lg "hana humairah maner" Dia tunjuk bilik doctor... And suddently, aku nmpk wani kat bilik doc tu tgh melambai-lambai aku... Berlari aku masuk bilik doc tu... Maser sampai-sampai jer kat bilik doc tu, semua org ckp pd aku bersabar, bersabar... Aku sound diorg balik, naper lak nk suruh aku bersabar nie? Pastu aku tny mana hana? Wani terus tunjuk kat bilik sebelah...

Maser tu dr jarak tak sampai 7 langkah, aku nmpak anak aku baring, aku terus berlari kat katil tu... Aku tgk mata dia pejam... Dlm hati aku kata "tido rupanyer anak aku, agaknyer doc baru bg ubat" Aku terus usap kepala dia pastu terus cium dia...

Tapi.................................
Maser tu aku dh raser semacam jer... Aku ckp pd diri aku sendiri "napa anak aku sejuk jer nie" Dua tiga kali aku cium dia, aku ckp "hana mama dtg nie, hana naper syg" tp no feedback and nurse sumer dh pegang aku sbb aku tetiba lembik......
Aku nangis n jatuh bila aku sedar, anak aku dah takder… Dan dgr diorg ckp "sabar puan, ALLAH lebih sayangkan anak puan"

Ya ALLAH, anak aku dh takder rupernyer... Terus aku jatuh... tetiba jer kaki aku lembik, tak mampu nk berdiri...

Subhanallah....
Besar betul dugaan yg KAU turunkan untuk aku...

Aku meraung untuk beberapa ketika… Ntah dah macam org giler agaknyer… Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa hana? Kenapa Ya ALLAH???????

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!

Lepas tu, aku dh boleh bangun, aku pergi jumpa doctor... Aku tny mcmner leh jd mcm tu...

Doc explain... Maser sampai, arwah mmg dh takder.... Sbb denyut nadi dh takder... Bola mata pun dh bulat... (biasernyer kalau bola mata dah bulat tu, mmg menunjukkan org tu dah takder). Tak putus air mata aku dgr semua tu.... Terasa sedih sgt..... Sbb aku tak dpt ngadap anak aku sampai akhir hayat dia..... Kenapa hana tak habis di pangkuan mama hana??? Berderai lg airmata aku maser tu… Mase tu hubby tak sampai lagi… Aku rasa aku sendiri hadapi semua tu, macam tak tertanggung jer.. Rasa macam nak pengsan je maser tu…

Maser tu hubby call aku tanya macam maner… Aku tak punya kekuatan nak bgtau hubby yg hana, cinta hati kami dah pergi untuk selama-lamanya… Aper yg boleh aku ckp, “papa datang cnie cepat!!”. Tapi hubby tetap tanya, kenapa? Macam maner? Bila aku bgtau, “pa, hana dah takder… cepat sayang...” Aku dengar ada jeritan dr hubby... “Ma, mama ckp aper nie?”. Hubby seolah-olah tak percaya bila dgr apa yg aku cakapkan... Tp itulah hakikatnya.... Talian terputus.... Tak lama lepas tu, hubby call aku semula, hubby tny “ma, cakap betul2 ma, takkan lah hana dah takder?” aku tak mampu nak jwb, hanya tangisan yg kedengaran ketika itu... Dan talian terputus lagi...

Aku kuatkan semangat, aku tny baby sitter tu, mcmner leh jd mcm tu...
Diorg ckp... Pas aku hantar hana pagi tu, hana asyik menangis jer.... tak mcm selalu... Biasanyer hana lah baby yg paling senang yg diorg jaga... Hana mmg tak banyak ragam… Tapi pagi tu dia meragam, asyik menangis tak berhenti... Itu yg keluar dr mulut diorg… Diorg buatkan susu, tp katanya hana taknak menyusu... Pastu, diorg cuba tidokan hana and hana tido...

Maser hana tido, katernya diorg turun bwh. About 15 minutes after that, diorg naik balik... Kata diaorg, maser naik tu, dia tgk hana dh mencarap and mulut hana keluar buih and lendir, hidung hana pulak keluar susu... Dia org try buat CPR tp tak success, hana dh biru n sejuk... Diorg terus call teksi and bwk hana pergi hospital... Dan dr apery g Doc tu bgtau aku, rasernya maser dlm teksi, on the way ke hospital arwah dah takder…

Itu lah cerita dr diorg... betul atau tak, hanya ALLAH swt yg tau...
Ya, Allah…. Tak sanggup aku nk dengar semua tu… Tak mampu rasernya untuk aku berhadapan dengan dugaan Mu yg maha hebat ini Ya Allah…

Bila hubby sampai, dia terus meluru masuk n terus peuk cium arwah... Ya Allah, hubby menangis..... Tak sanggup aku tgk semua tu... Makin bertambah luka yg aku tanggung... Sakitnya hanya Allah yang tahu...

Lepas hubby call semua family bgtau hana dah takder, tak berenti hp aku berbunyi... Dan yg paling aku sedih bila along, kakak aku dr Japan call.... Along tny, naper boleh jd mcm tu... Aku tak mampu nak jwb aper2 pun, aku hanya menangis.... Yg sedihnya, along tak dapat tgk hana lg, tp hana telah pergi untuk selama-lamanya... Abah call bg semangat, tp tetap airmata yg menjawab semua paggilan tu...

Lepastu, arwah dibawa ke hospital klang sbb nak kena buat postmoterm... Bergaduh gak la aku dgn polis tu, sbb aku taknak arwah dibedah... Aku kesiankan arwah... Tak sanggup rasernya aku nak biarkan tubuh mungil arwah dibedah... TP undang-undang tetap undang-undang... Sbb arwah bukan meninggal ditangan aku, bukan di tangan parents, tp pengasuh, sbb tu kena postmoterm....

Selesai semua, doc bgtau cuma jumpa ckit jer susu dikerongkong arwah n ada sikit bengkak pada paru-paru arwah... Selesai dimandikan, aku n hubby dipanggil untuk menatap sekujur tubuh arwah... Ya Allah, manisnya muka anak aku... Berseri sangat-sangat... Tp hati mama nie masih bersedih na....

Selesai dikafankan, sekali lagi aku dipanggil untuk mengadap arwah... Suhanallah, maha suci Allah... Cantiknya ciptaanMu ini ya Allah.... Hana tgh tersenyum... Siap dikafankan, hana sgt comel dgn kain putih melitupi sekujur badannya... Hanya wajah arwah yg belum ditutupi.... Hana, wajah itu akan mama ingat sampai bila2 sayang...

Dan sekejapan selepas itu, kami bertolak dr klang terus ke kampong, Muar.... Sepanjang perjalanan, aku tak henti menangis... Setiap kenangan bersama arwah berlegar dlm fikiran ku... Rasernya baru sebentar td aku peluk cium arwah yg masih bernyawa, dan sekarang..... Aku sedang memangku jenazahnya untuk disemadikan buat selama-lamanya...

Sesampainya di Muar, abang ku (andak) terus mengangkat jenazah arwah naik ke atas rumah untuk disembahyangkan. Mak berlari mendapatkan aku, dan kami berpelukan... Puas emak minta aku bersabar dan bersabar... Tp, aku gagal... Aku rebah..... Adik ku (ijan) dan bapa sedara ku mengangkat aku masuk kerumah... Puas kakak2 ku memujuk aku bersabar dan redha dgn pemergian arwah....
Dan buat kali terakhirnya, aku kena kuat untuk kami menatap wajah comel arwah... Satu persatu ahli keluarga ku mengucup arwah... Bila tiba giliran aku, aku raser tak mampu untuk menahan air mata ini dr mengalir... Aku gagahkan jua, dan kucupan demi kucupan singgah dipipi mulus arwah... Hana, ini untuk yg terakhir kali sayang... Doakan mama n papa kuat untuk berhadapan dgn semua ini... Bila tiba giliran abah, aku jd makin sayu... Abah tumbang selepas mengucup arwah tuk kali terakhir..... Abah pitam, hampir pengsan... Semuanya gara2 abah terkejut dgn pemergian yg tak dijangka ini... Sbb abah baru jumpa arwah 20hb.... Tp abah, ALLAH lebih menyayangi Hana...

Dan malam itu, lebih kurang jam 9.00mlm, hana selamat dikebumikan.... Dan disitulah rumah baru hana... Hana, maafkan mama jika selama 9 bulan 10 hari hana dalam rahim mama dan selama 104 hari mama menjaga hana, mama ada menyakitkan hana... Maafkan mama sayang...... Maafkan mama.....

Tak lupa juga kepada semua yg ada disisi tatkala aku diduga sebegini... Kepada mak, abah, along,angah, uda, andak, ijan, ateh, acik, ucu, semua abang ipar, kakak ipar dan adik ipar, mak-mak sedara dan bapa-sedara yg ada.... Terima kasih sgt2 kerana sentiasa memberi sokongan yg tek henti-henti untuk akak menghadapi semua ini.... Dan terima kasih yang tak terhingga kepada hubby tercinta, Ahmad Fakhrul Radzi, kerana kesabaran dan kasih sayang yang tak pernah putus selama ini... Terima kasih sayang...
Kepada semua kawan2 yang memberi sokongan, liza, cham, zila, yana, kak murni, adah, mas dan nama2 yg mungkin aku tak nyatakan disini... Terima kasih yg tak terhingga atas simpati n perhatian kalian selama ini...

Hana, semoga Hana bahagia disyurga ciptaan Allah dan doakan mama n papa tabah melalui hari-hari mendatang tanpa kehadiran Hana disisi...


AL-FATIHAH untuk Hana Humairah Bte Ahmad Fakhrul Radzi
10th Oct 2007 – 22nd Jan 2008


PART 2

Bila dh jd mcm nie, baru aku perasan sedikit perubahan arwah sebelum arwah pergi tinggalkan aku n hubby untuk selama-lamanya….

Lebih kurang seminggu lebih sebelum arwah pergi, dia asyik terjaga mlm... Sbb biasernyer, kalo dia dh tido, dia jarang sgt terjaga mlm.... Tapi semiggu lebih sebelum arwah pergi, mmg every night dia bangun mlm... Bila aku bg susu pastu nk tidokan dia atas katil dia sendiri, dia mesti mengamuk..... Dia taknak tido atas katil dia sndiri…

Dia nak aku angkat dia, baringkan dia kat lengan aku, peluk and tepuk-tepuk dia sampai dia tido semula… Agaknyer maser tu dia dh tau, tak lama lg dia tak merasa lg tido dlm pelukan mama dia.. Pastu hari arwah pergi tu, tak pernah aku rakam video dia pagi2 buta, tp pagi tu aku buat... Mungkin ALLAH gerakkan ati aku tuk jdkan kenangan sebelum arwah pergi tinggalkan kami untuk selama-lamanya…
Ntahla.... Aku redha atas aper yg berlaku.... Aku lepaskan hana pergi.... Aku tau, ALLAH mmg dh janjikan syurga untuk hana... Aku bersyukur sbb ALLAH duga aku mcm nie, so aku tau ALLAH sayangkan aku n hubby lg...


AL-FATIHAH untuk Hana Humairah Bte Ahmad Fakhrul Radzi
10th Oct 2007 – 22nd Jan 2008


PART 3

Mmg besar dugaan yg ALLAH turunkan tuk aku n hubby... Tp alhamdulillah, kami semakin kuat tuk menempuhnya... At first, aku mmg tak boleh terima sbb hana pergi mengejut.... Aku asyik menangis jer... Bila aku mcm tu, laki aku pun menangis gak, mak abah aku pun mcm tu gak... Sbb dulu aku tak macam tu... Dulu aku ceria, skrg nie aku bnyk diam n termenung....

Tp mungkin ALLAH taknak aku risaukan hubby n parents aku, dia bg aku kekuatan tuk tempuh semua nie... Tapi tu pun disebabkan 1 incident...

Jumaat mlm sabtu selepas pemergian arwah, first time aku blk shah alam. Selepas pemergian arwah dan jenazahnya dikuburkan di kampong halaman aku di muar, itu lah hari pertama aku jejakkan kaki aku ke shah alam… Ke rumah yg pastinya penuh dgn memori bersama hana…….

Mula2 jejakkan kaki dlm umah tu, hati aku dh meraung... Lembik kaki aku... Tak mampu rasernyer nk tatap sumer barang2 arwah.... Tempat tido arwah.... Mainan arwah, pakaian arwah… Semua yg bersangkut paut dgn arwah buat aku sgt sedih……

Tp mak abah n hubby cepat2 kemaskan barang2 arwah tuk disimpan... Katil arwah terutamanya... Sbb katil arwah betul2 tepi katil kami...... Bengkak2 mata aku menangis aritu...

Dlm kalut mak abah n hubby sorokkan brg2 arwah, aku sempat curi towel n bantal arwah tuk aku jdkan kenangan n peneman tido aku.... Dan mlm tu aku tido, berbantalkan tuala and bantal arwah...

Ntah mcm maner, dlm pukul 2am, aku kejutkan hubby, Aku ckp "papa, tepi ckit bleh" Hubby tny naper? Aku jwb "tepi ckit la, hana taknak tdo kat katil dia nie, dia tdo sebelah mama, papa tepi la ckit, sempit...." Terus hubby aku bgun n goncang aku berkali-kali n ckp... "mama, hana dh takder syg, jgn mcm nie ma, pa risau... papa tak sanggup tgk mama mcm nie... papa nk mama yg dulu... jgn mcm nie syg... redhakan hana pergi, dia bahagia kat sana, kita jgn meratap pemergian dia, nnt arwah tak bahagia kat sana... mama kuat kan? mama ada papa, papa janji papa takkan tinggalkan mama sorang2... papa janji, tp mama kena janji jgn mcm nie....."

Tak berhenti air mata kami mengalir saat tu.... Puas hubby aku tenteramkan aku.... Bila dia tgk aku dh diam, dia ngat aku dh tdo... Aku sedar, slow2 hubby bgun turun dr katil... Pastu, aku tgk hubby aku duk hujung katil n menangis sendiri....

YA ALLAH, aku ker penyebab hubby aku menangis?

Lama jugak la dia menangis, aku biarkan jer dia lepaskan kesedihan dia... Pastu dia naik katil semula... Sebelum tido tu, mcm biasa hubby mesti peluk aku..... Slow2 dia ucap something kat ubun kepala aku....... Antara dgr dan tidak… Yg pasti, tentu hubby berdoa supaya kami kuat untuk menempuh dugaan ini…
Start dr mlm tu, aku ckp pd diri aku sendiri... Kalo aku sygkan hubby n hana, aku kena kuat n redha... Alhamdulillah....... aku raser aku semakin kuat sekarang... Aku redha dgn pemergian arwah n aku yakin arwah bahagia di SANA...

Hana, bahagialah kau disana syg... Mama akan sentiasa merindui mu...

Hana Humairah – Bidadari Syurga


AL-FATIHAH untuk Hana Humairah Bte Ahmad Fakhrul Radzi
10th Oct 2007 – 22nd Jan 2008




PART 4

Ramai org tanya kenapa aku tak saman jer nursery yg jaga hana tu… Sbb pada diorg, nursery tu careless… Mungkin dia bg arwah susu n tak sendawakan arwah… So bila arwah tido, berpusing n tercarap, susu tu, terkeluar n menyebabkan arwah sesak nafas… Diorg tak sepatutnya tinggalkan baby yg berumur 3 bulan tido tanpa pemerhatian….

Ntah, aku pun tak tau naper aku tak sman diorg… Kalau ikut amarah, mmg nak saman… Bukan nak saman jer, nak jer buat diorg raser apery g aku raser…. Tapi……………………… Ntah la, aku tak punya kekuatan tuk saman diorg…. Sbb aku fikirkan diri aku…. Aku tak kuat…..

Kalau aku saman diorg, semua cerita tentang hari kejadian akan diulang-ulang sampailah kes selesai… Berapa lama??? Tak tahu kan? So aku taknak amek risiko…… Sbb aku takkan pulih kalau cerita hari pemergian arwah asyik diulang-ulang… Aku tak boleh… Semua org suruh aku saman…. TP menang belum tentu….

Sbb keputusan postmoterm arwah pun memang takkan menyebelahi kami… Kata doctor, lepas postmoterm tu, tak banyak susu yg dia jumpa dikerongkong arwah… Ada mmg ada, tp sgt sikit… Mungkin semua susu dah keluar maser arwah tercarap kat nursery tu… Pastu doc bgtau, paru2 arwah ada bengkak ckit, tp tu disebabkan arwah baru baik dr batuk… Maksudnya Doc sendiri tak dapat nak mengesahkan sebab kematian arwah hana…

Tapi macam yg mak aku kata, hidup mati nie Allah dah tentukan bila masa nyer… Takkan boleh lari walau sesaat pun… Mmg dah takdir dan kehendak Allah, yang hana akan pergi pd hari dan ketika yg telah ditetapkan… Cuma cara kematian jer yang berlainan… Aku kena redha… Aku lepaskan hana pergi dgn amannya… Dan andaikata ada kecuaian dr pihak nursery yg turut menyumbang kepada kematian arwah, biar Allah sahaja yg membalasnya… Hari pembalasan itu ada!!!!!


AL-FATIHAH untuk Hana Humairah Bte Ahmad Fakhrul Radzi
10th Oct 2007 – 22nd Jan 2008


korang sedih x baca? cepat2 ambik tisu.. lap air mata tuu... 

SILA LIKE :-)

ExcidEnt!!!

Kawan2 bloggger sekalian alam...x kita blogger tegar mahupun silent reader... AIDA XCIDENT!!!... uwaaa... sedih.. tahu napa sedih? sebab cinta hati sya dh x cntik.... ada kesan getah color hitam... sgt x cntik n mencacatkan pandangan mata i nih... tau apa2 petua nak hilangkan????

Canma leh excident??? Al kisahnya bermula bila i nak hntar angah ngan dua org kawan dia kat cc... on tehway nak hantar diaorang, aida singgah Maybank jap... lepas draw duit aida pun masuk dalam keta... pakai seat belt... cewaahh baik kan? bukan nak tunjuk baik kwan2.. tapi sejak dua menjak nie polis duk wat rajin kat kawasan umah.. so baik pakai... then dh pakai seat belt start keta... masuk gear D.. Auto ok... then turunkan handbreak... jalan la cinta hati saya tu....pastu belok... belok2 tetiba dah da pakcik kat depan aida... gelabah beb... nak break tapi x tertekan break tu...bila dah tekan lepas plak.. haha nasib arr..tapi slow je pun,.. xda kemik2.. keta ja hitam sikit kna getah handle moto pakcik tuu...

yang menyakitkan hati... mulut pakcik tu macam longkang!!!.. hahah ambik hang pakcik... geram sungguh.. mulut xda insuran... bila i kol abah.. pass handphone kat dia x nak plak cakap... takot la tu... nak Rm250..pdaahl motol terkehel skit jaa... dah la tu dengan penuh bangga nya dia bgitau dia mbik ubat kat Klinik Aqib... Klinik biasa dia x layan... buat semua pengetahuan para1 blogger sekalian alam... Klinik Aqib tu Klinik 24 hours.. so paham2 la kan dia nak charge cm mana.,.. Ambik ubat demam pun RM120..demand arr pakcik tuu... keja kontrak sapu smpah ja pun...ishhh...

kita ni hidup kalau x mampu wat la cara x mampu..wat pa nak blagak sana sini...isshhh mmg x leh blah la..  nasib dia baik arr sebb mulut adik laki kesayangan aku tu diam jaa..watnya dia bersyarah kat situ?? nasib hng la pakcik..oppsss melalut lak.. berbalik pda crita tdi lepas ja kol abah abah pun decide nak bagi ja duit... kira sedekah.. kalau la dia ada niat nak kenakan tu masalah dia.. nnti dia jawab la..then kami pun minta diri nak balik ambik duit...dalam sejam camtu la proses nak balik ambik duit sebb time tu my dad ada kat bagan... pastu yang pakcik tu nonstop duk call aku... takot aku lari kot.. padahal aku ni skit pnya baik g tulis no keta bgi kat dia.. bleh ke aku nak lari? aiyaa... soo bengong itu pakcik...

kali ke-3 dia kol aku angkat....dalam hati sabar aida sabaq... dia tu orang tua..layankan jela... berikut ni la perbualana ku dgn pakcik tuu...

Pakcik=hang kat mana? nak lari ka?
Aida=Assalamualaikum pakcik..Astagfirullah Al Azim pakcik.. nak lari pi mana... no plat keta sy bg kan tdi....ish pakcik nie
PAkcik=lama aku tunggu hang ni (tanpoa menjawab salam)
Aida= amboi pakcik slam sya pun pakcik x jawab.. sat sya baru lepas draw duit nie
Pakcik=ok(trus letak phone..sgt xda adab pakcik nie)

then kami pun pi balik kat tempat kejadian... nak pass duit kat dia..dia kata kalau hang x mai dlam setrengah jam pakcik nak pi report...selamba ja angah cakap.. jgn report pakcik.. pakcik saman ja la.. sikit kami x heran...hahahaha.. pdan muka mu pakcik... mulut tu jgn la mcam2 sama adik gue.. memang tempah maut la kan...



SILA LIKE :-)